Tuesday, March 25

KEADAAN LAUT BERGELORA DI LAUTAN HINDI


.Ya Allah..seramnya tengok keadaan laut hindi bergelora..tengok ombak pun dah rasa mengigil..





Lautan Hindi adalah lautan ketiga terbesar di dunia, meliputi sekitar 20% permukaan air Bumi. Di utara ia disempadani oleh selatan Asia; di barat oleh Semenanjung Arab dan Afrika; di timur oleh Semenanjung MalaysiaIndonesia, dan Australia; di selatan oleh Lautan Selatan. Lautan ini dipisahkan dengan Lautan Atlantik oleh 20° timur meridian, dan dengan Lautan Pasifik oleh 147° timur meridian.

Panjang Pantai: 66,526 km

Titik ketinggian:
  • Titik terendah: Palung Jawa -7,258 m
  • Titik tertinggi: permukaan laut 0 m

Subahanallah...Ya Allah...besarnya kekuasan ALLAH yang menciptakan bumi dan langit, sungai dan lautan..Ya Allah hanya kepadaMu aku berserah..hanya kepadaMu aku memohon pertolongan....

Kau Timbulkanlah Kapal MH370 supaya kami dapat mengetahui apa sebenarnya yang terjadi. KAU MAHA MENGETAHUI LAGI MAHA BERKUASA...

Allahumma yassir wala tu'assir. Rabbi tammim bilkhoir. Birohmatikaya Arhamarrohimin

(Ya Allah, permudahkanlah, jangan dipersulitkan dan Kau akhirkan dengan kebaikan)


Aaamin.

AL-FATIHAH #MH370






Monday, March 24

TRAGEDI MH370


Assalammualaikum dan selamat malam semua...


Hilang dan berakhir sebagai satu tragedi...daripada NYA kita datang dan kepada NYA jua kita kembali..Al-Fatihah dan salam takziah pada keluarga penumpang dan krew MH370...segala persoalan tentang misteri kehilangan pesawat ini akhirnya terjawab sudah....


VIDEO RAKAMAN SUARA TERAKHIR DARI KOTAK HITAM PESAWAT ADAM AIR



Boleh dikatakan semua orang sentiasa mengikuti perkembangan mengenai pesawat MAS MH370 yang hilang sejak Sabtu lalu. Kehilangan berkenaan sedikit sebanyak telah membuka mata banyak pihak untuk mengetahui lebih lanjut mengenai penerbangan. Ada antaranya sudah menjadi pakar pengesan radar pesawat dan ada juga sudah menjadi penganalisis sambilan.
Ketika kejadian pesawat tersebut membawa 96 penumpang dan dalam perjalanan dari Surabaya ke Manado. Pesawat dengan nombor penerbangan KI-574 itu menjunam ke laut Sulawesi akibat cuaca buruk. Kehilangan pesawat itu turut membingungkan pihak berkuasa Indonesia dan bagaimanapun penemuan kotak hitam merungkai segala yang berlaku.
Ikuti rakaman terakhir yang direkodkan kotak hitam pesawat Adam Air yang terhempas.

Allahu akbar... Berdebar dengar rakaman suara ini. Tak dapat dibayangkan detik yang terpaksa mereka tempuhi... Minta dijauhkan dari MH370...

Friday, March 21

SALAM JUMAAT


salam jumaat semua..:)

Ya Allah..
 aku memohon kepadaMU ilmu yang bermanfaat..
rezeki yang luas, kesihatan dan dijauhkan dari segala penyakit.



Wednesday, March 12

PRAY FOR MH370


salam sayang semua... 


Hari ini 12 Mac genap 5 hari kehilangan pesawat MH370.
Sayu rasanya mendengar mesej audio yg dikatakan dihantar oleh menara kawalan trafik Beijing kpd pesawat MH370 yang masih tidak ditemui sehingga kini. Terjemahan dalam bahasa Melayu
"Kami berharap radar akan dapat melihat kamu. Jika kamu dengar, teruskan terbang pada ketinggian kamu sekarang sehingga kamu sampai ke destinasi. Kami akan lapangkan jalan untuk kamu. Semua orang akan berbesar hati memberi kamu peluang untuk mendarat terlebih dahulu. Langit cerah, dengan suhu di Beijing sebanyak lima darjah celsius, agak sejuk. Tolong pakai kot kamu untuk memanaskan badan. Ingat untuk peluk ahli keluarga dan sahabat setelah kamu turun. Mereka sayangkan kamu, benar benar sayang kamu".
Selagi belum ditemui sama-samalah kita teruskan berdoa untuk keselamatan para penumpang dan anak kapal MH370.


Sunday, March 9

PRAY FOR MH370


Assalammualaikum dan selamat petang semua..

Sudah 2 hari kita digemparkan dengan berita sedih ni..
Jangan la kita pandai2 buat spekulasi sendiri. Macam-macam pandangan dapat kita lihat apabila berlakunya sesuatu tragedi. Apa-apa pun berhati-hatilah memberi pandangan agar kita sama-sama menjaga sensitiviti mereka yang terbabit juga jangan sesekali menyebarkan berita palsu yang kita sendiri tidak tahu sejauh mana kebenarannya..sama-samalah kita berdoa agar mereka semua selamat...

Ya Allah, sesungguhnya yang di langit dan di bumi ini milikMU...apa yg berlaku adalah ketentuanMU...
Kami mohon kasih sayangMU yg robbi,berilah kekuatan dan ketabahan kepada semua ahli keluarga penumpang2 MH370 yang sedang dalam kesedihan dan kedukacitaan..
Berikanlah sebarang tanda untuk pesawat itu ditemui dan mudahkan lah untuk menemuinya...
Hanya KepadaMU kami berserah dan hanya KepadaMU kami memohon pertolongan...Aaamiin.

Panjangkanlah doa ini..mungkin ada di antara kita doanya itu yang paling makbul...



RESEPI PANCAKE

Hye semua..

Cuti kali ni mendorong Sweet Rose untuk membuka selera bagi mencuba pelbagai jenis juadah yang terlintas difikiran...selera kali ni lebih kepada makanan simple tapi menyelerakan..masakan yang begitu mudah dan senang disediakan. Jom kita sama-sama tengok resepi Pancake yang simple dan mudah disediakan...

Pancake

Bahan-bahan :

1 cawan (130gm) tepung gandum
2 sudu kecil baking powder 
2 sudu  besar gula
1 biji telur dipukul ringan
1 cawan (240ml) susu ( susu segar/ susu sejat )
2 sudu besar mentega - dicairkan

Cara-cara :

Dalam bekas besar, campurkan sekali tepung gandum, baking powder dan gula. Dalam bekas yang lain pukul telur, susu dan mentega yang telah dicairkan. Campurkan campuran telur kedalam campuran tepung perlahan-lahan dan kacau sebati. Pastikan jangan terlebih kacau supaya adunan tidak menjadi keras/liat.

Panaskan non Stick Pan, bila Pan dah panas, perlahan sedikit api, kaupkan adunan tadi keatas Pan,  terbalikkan pancake apabila gelembung-gelembung buih keluar dibahagian atas pancake dan bahagian bawah sudah masak dan berwarna perang.



Selamat mencuba..:)