Friday, February 27

SALAM JUMAAT

Hye semua!


Selamat Pagi dan Salam Jumaat semua..:)

Monday, February 23

SENTOSA VILLA, TAIPING PERAK

Hye semua!

Cuti tahun baru cina baru-baru nie rose dan anak-anak balik kampung bercuti di rumah opah di Kampung Larut Tin. Terubat rindu rose berjumpa dengan opah, makcik, pakcik saudara dan sepupu-sepupu rose. Rasa happy dan tenang sangat bila berada di kampung sendiri. 


Kebetulan hari jumaat malam 20.2.2015 tue paktam rose belanja kami semua makan malam di Sentosa Villa Cafe..rose pernah ler dengar Sentosa Villa nie tapi tak pernah lagi sampai..ini ler pertama kali sampai..:)


Sentosa Villa nie berdekatan area Zoo Taiping dan Taman Tasik Taiping...actually jalan menuju ke resort nie kena lalu taman perumahan dulu.


 Rupa-rupanya Sentosa Villa nie letaknya di tepi hutan..lokasinya agak terpencil..memang sesuai untuk sesiapa saje yang nak mengasingkan diri dan mencari ketenangan jiwa..macam rose nie..hehehe...







Masa mula-mula sampai di Sentosa Villa nie rose terasa macam duduk dalam hutan jer..ada air sungai mengalir..ada pokok-pokok hijau..sesuai sangat dengan jiwa lembut yang sentimental macam rose nie..hahaha...perasan je. Tapi sayang rose dan semua family opah datang pada waktu malam memang tak boleh ler kami nak jalan-jalan kat Villa tu..pemandangan pun tak berapa nak nampak. Kalau ambil gambar tak cantik jadi gelap jer..maklum ler ambil gambar pun guna hset jer...






Makanan dah sampai..Jemput makan semua..:)





Masakan di Sentosa Villa Cafe nie boleh tahan sedapnya..walaupun makanan yang kami order tue nampak simple jer..tapi ada rasa..hehehe...kami semua dah kenyang..sebelum balik kami semua berselfie ler dulu..:)


Buat Paktam ku Wan Rosli bin Wan Chik Terima Kasih kerana sudi belanja kami semua makan di tempat yang sangat indah dan cantik nie..semoga paktam dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik, dirahmati dan sentiasa dilindungi Allah...Sayang Paktam selamanya..:)



Kalau korang rasa nak tenangkan fikiran, nak duduk sunyi-sunyi atau nak jalan-jalan bersama family boleh ler bercuti di Sentosa Villa Resort nie..tempatnya memang cantik dan tenang sangat..tapi resort nie tak ler setaraf hotel 5 bintang...kalau ada rezeki lebih rose pun teringin nak bawa anak-anak dan suami bercuti disini..sambil tue boleh ler berbulan madu sekali lagi..hehehe..


Sentosa Villa Resort nie ada jugak menyediakan Whole Body Thai Massage..sambil berurut boleh relax kan minda kita..:) 

Wednesday, February 18

MUZIUM PERAK TAIPING

Hye semua!

Muzium Perak Taiping merupakan institusi muzium tertua di negara ini yang diasaskan oleh Sir Hugh Low pada tahun 1883 yang nenempatkan pelbagai koleksi spesimen zoologi, herbarium dan alat budaya masyarakat melayu. Pembinaan bangunan muzium dilakukan secara berperingkat di mana fasa pertama dibina pada 1883 dan selesai pembinaannya pada tahun 1886. Fasa seterusnya bermula pada tahun 1889 dengan pembinaan serambi hadapan dan belakang.


Pembinaan bangunan muzium ini diusahakan oleh Residen Perak, Sir Hugh Low dan Kurator pertama Muzium perak ialah Leonard Wray Jr. keunikan bangunan muzium yang berunsurkan senibina Moorish ini merupakan pusat penyelidikan, pengumpulan dan pemeliharaan warisan harta kebudayaan masyarakat tempatan serta sejarah alam semulajadi.


Muzium Perak terletak di antara persimpangan Jalan Taming Sari dan Jalan 
Muzium Ulu. Bangunan ini, terletak berhampiran dan berhadapan Penjara Taiping.


Muzium ini yang ditadbir oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti mempunyai tarikan utama iaitu koleksi orang asli yang lengkap dan terbaik. Selain itu, terdapat juga peralatan-peralatan peninggalan British seperti sauh kapal, tugu peringatan, kapal terbang dan lanca.

Tandas Awam Muzium Perak

Artifak yang dikutip dan dikumpulkan datangnya dari Lembah Kinta dan Lembah Lenggong. Muzium Perak telah menghimpun dan mempamerkan kebudayaan Melayu dan Orang Asli dan juga mempamerkan contoh zoologikal. Diantara contoh zoologikal yang ada didalam muzium ini ialah rangka badak sumbu. Selain itu, basikal lama, pameran penggunaan rotan oleh Orang Asli dan rumah minitur Orang Asli juga dipamerkan.


Rangka Kuda

Rangka Gajah

Congkak

Gasing

Proses Membuat Labu

Rumah Minitur Orang Asli


Di luar bangunan muzium pulak, boleh dilihat, satu jet lama, koc keretapi wap, kereta wap, patung kolnel walker, batu tanda kubu Maharaja Lela, batu nisan purba dari Sungkai, sampan purba, kereta lama dan jugak basikal.

Sampan Purba 


Kereta Lama

Beca

Basikal Lama



Sebenarnya gambar jalan-jalan ke Muzium Perak nie dah lama Rose ambil..tak silap rose cuti sekolah bulan 12 tahun lepas. Rose pun dah lupa pasal gambar-gambar nie..bila tengok pendrive tu baru teringat banyak gambar dalam tu yang rose tak tengok lagi. Tapi alhamdulillah..akhirnya dapat jugak rose bawa anak-anak pergi Muzium Perak Taiping nie..:)

Monday, February 16

ECO PARK, BANDAR SERI BOTANI, IPOH PERAK

Hye semua!

Apakata jom kita jalan-jalan di Eco Park,Taman Botani Ipoh Perak. Eco Park Taman Botani nie adalah salah satu tempat yang sangat menarik dan cantik untuk sesiapa saje yang nak buat shoot gambar wedding atau kita sendiri pun boleh jugak kalau nak shoot gambar untuk kenang kenangan. 



Dah banyak kali jugak rose datang ke sini, tapi jarang-jarang nak ambil gambar. Kali nie terasa pulak nak ambil gambar kat sekitar kawasan Eco Park,Taman Botani nie..tapi tak semua yang rose ambil..hanya sedikit saje yang rose sempat ambil gambar..tak larat la pulak nak jalan-jalan kat semua kawasan Eco Park,Taman Botani ni..letih cheq... 



Masa mula-mula rose datang ke sini dulu perumahan baru jer nak naik..tapi sekarang perumahan dah penuh semuanya..rumah jangan cakap ler..masyaallah cantik-cantik belaka..rasa macam nak beli jer sebiji lagi..hehehe.. SubhanAllah...indah sungguh ciptaan Tuhan...kalau kita tengok dari luar nampak macam biasa jer..bila dah masuk ke dalam cantik sungguh kawasan rekreasi yang menarik mata memandang... 



Disini jugak ada sebuah tasik yang begitu indah dan cantik...membolehkan rose dan anak-anak melihat keindahan Flora dan Fauna sambil beriadah dan bersantai di petang hari..anak-anak rose suka sangat bagi makan ikan..memang sihat ikan-ikan kat sini..rose pulak lebih suka lepak-lepak sambil memandang anak-anak bermain dan melihat gelagat orang ramai di situ (alasan malas nak jalan)..hehehe... 


Eco Park,taman botani ni jugak sesuai untuk sesiapa saje yang suka berjoging bersama family..sambil berjoging boleh tengok pengantin berphotoshoot..setiap kali rose datang ke sini mesti ada saje pengantin tengah duk photoshoot..tak kira bangsa melayu..cina dan india. Eco Park,taman botani nie memang popular dengan photoshoot wedding..


Di Eco Park,taman botani nie jugak ada disediakan tempat untuk orang ramai bersenam..haa..yang ini ros tak sempat nak ambil gambar sebab waktu pun dah lewat dah nak masuk maghrib..kena le cepat-cepat keluar dari situ.


Kalau korang datang bercuti ke Perak nie singgah-singgah ler di Eco Park,Taman Botani Ipoh ni yer..:)