Monday, November 27

BERCUTI DI ROCKBUND FISHING CHALET, TELUK BATIK LUMUT

Hai semua !!!

Lamanya rose tak berblog, sekarang ni sibuk dengan bisnes jualan kek, tak sempat nak berblog. Ok..rose nak share dengan korang semua pasal percutian rose bersama family di Rockbund Fishing Chlaet, Teluk Batik, Lumut.


Kalau sesiapa yang jenis kaki pancing sangat sesuai bercuti bersama bersama family di Rockbund Fishing Chalet ni, ianya adalah pilihan yang terbaik.


Rockbund fishing chalet ni sangat sesuai untuk percutian keluarga, beristirehat dengan aman, sekaligus boleh teman suami,anak dan adik2 memancing non-stop 24 jam. Kalau rasa nak memancing sambil hirup angin laut boleh pasang khemah ala camping, tidoq terus dalam khemah tu pun boleh..heheheh


Rockbund fishing chalet ni terletak di Marina Island berhampiran Jeti Marina Island. Sebelum ke sini, eloklah booking awal2 yer, takut penuh pulak chalet tu, maklum la cuti sekolah kan. Adik ipar rose booking melalui online iaitu ejen carian.


Harga penginapan 1 malam di Rockbund fishing chalet ni berbeza tau, harga mengikut ejen carian yang kita guna. Rose tak pasti adik ipar booking guna ejen mana, agaknya trivago kot. Harga chalet disini bermula dari rm280 hingga rm370. Bilik yang adik ipar rose booking ni mahal sikit, semalam rm350 dan ada breakfast percuma untuk 4 orang.


Suasana dan pemandangan disini sangat cantik dan tenang. Angin laut feeling dah rasa macam bercuti kat Maldives pulak..hahahah


Ruang tamu digabungkan dengan bilik air yang lengkap dengan pancuran mandian air panas dan tandas yang besar. Di ruang tamu terdapat kabinet mini (terlupa rose nak ambil gambar ruang tamu dan kabinet) dan dilengkapi dengan cerek elektrik, 4 biji mug, 4 maggi cup dan paket minuman bercampur dengan gula. Tetapi ruang tamu nya sempit sikit. Kalau, ada yang nak tidor kat ruang tamu ni, muat la dalam 2 orang jer. Tetapi susah sikit la jika ada yang nak ke bilik air, kang terpijak pulak..heheheh


Dalam setiap bilik dilengkapi dengan penghawa dingin. Kalau tak ada penghawa dingin mati la nakk..panas habaq hang. Di ruang tamu pulak tak ada penghawa dingin hanya ada kipas angin sahaja. Tapi yang rose tak tahan tu, kat sini banyak betul lalat. Asal buka pintu jer lalat pun laju jer masuk..hahahah

Bersama adik ipar rose, shima dan nor :)

Chalet ni jugak tak ada peti sejuk dan televisyen, kalau nak peti sejuk dan televisyen kena caj harga tambahan lain. Chalet yang rose duduk ni ada televisyen sebab adik ipar minta tapi kena cas rm50 tu yang harga chalet jadi rm350..mahal kan. Hotel bajet pun ada televisyen kan.


Tapi yang bestnya sini ada Wi-fi percuma, dari chalet rose duduk ni signal Wi-fi nya sangat laju. Best gila main tel, sambil tu boleh dwnlond gambar, anak rose dan anak buah jangan cakap la asyik duk main tel lepas tu selfie jer keja dorg..heheheh


Rose sebenarnya memang tak minat memancing tapi dah adik ipar teringin nak bercuti disini, ikut jer la. Sambil tu boleh layan anak2 bercuti dan sambut birthday anak rose dan anak buah sekali.


Anak teruna dan suami rose memang minat sangat memancing. Dia orang punya seronok, sampai ja chalet kemas barang terus memancing tak dan tunggu waktu petang sikit. Pukul 3 petang dah start memancing dengan panas teriknya, smpai pukul 6 petang baru stop, itu pun sebab umpan dah habis. Udah dorg keluar cari umpan pulak. Siap mandi, solat, makan malam sambung balik mancing sampai pukul 3 pagi..huhuhu. Kalau boleh tak nak tidoq terus dorg ni, punyalah gila memancing, mengantuk pun hilang. Macam la esok pagi lepas subuh tak boleh sambung memancing..hahahah

Hobi anak rose sorg ni memang suka memancing

Nasib baik lah chalet ni ada sediakan 4 biji kerusi malas. Boleh bawa keluar kerusi lepak depan chalet kita sambil layan angin sepoi2 bahasa dan waktu senja serta waktu malam yang cantik lagi indah.


Dorg memancing dapat la jugak ikan, dalam 6 ekor, ikan apa tak pasti. Takpa lepas ni kita kena datang lagi bagi dapat ikan banyak sepertimana yang dikatakan orang..heheheh


Disini ada disediakan sarapan pagi percuma untuk 4 orang di Cafe. Rose tak sarapan pun di cafe ni saja selfie sat. Yang sarapan adik ipar, adik rose, anak dan suami rose jer.


Alhamdulillah, berakhir sudah percutian rose dan family adik2 rose sambil memancing selama 2 hari 1 malam di Rockbund Fishing Chalet. Sebelum berangkat pulang sempat lagi suami dan anak rose memancing sementara kami yang isteri2 ni mengemas barang dan menunggu jam 12 tengahari untuk check out. Dan kami jugak sempat berposing ramai2 sebagai kenang-kenangan. Insyaallah kalau ada rezeki boleh datang sini lagi, kerana percutian di Rockbund Fishing Chalet ni sangat best dan berbaloi.


Rockbund Fishing Chalet
KM 1, Teluk Muroh,
32200 Lumut,
Perak Darul Ridzuan.
Tel : 016-5580388 / 016-5590488


Kalau korang nak bercuti di Rockbund Fishing Chalet ni bolehlah hubungi no tel yang rose sertakan diatas untuk booking dulu yer 😍😍