Monday, December 4

SAMBUT BIRTHDAY DI KOPITIAM MEDAN STATION 18

Hai semua !!

Pertama kali rose dan anak2 makan di Restoran kopitiam medan station 18 ni. Kebetulan 22/11/2017 birthday mak mentua rose, jadi adik ipar eboy ajak kami semua buat kejutan untuk mak. 


Kalau ikut malas nak join sebenarnya sebab masa tu rose memang sakit gigi, pagi tu dah pergi klinik gigi 1 malaysia di UTC kononnya nak tampal atau cabut, tapi doktor check kata gusi rose kat dalam ada bengkak sikit, jadi tak boleh nak tampal atau cabut..doktor cuma cuci jer gigi rose, itu pun sakit gila..huhuh


Bila sampai jer di kopitiam tu abg ipar dan makmentua rose dah tunggu siap2 kat dalam. Baru jer nak duduk tengok makanan dah sampai, ehhh bila masa pulak rose order ni. Bila tanya rupanya adik ipar dah order awal2. 



Suasana kedai nya rose suka sangat, best ada aircond, selesa dan santai jer. Sangat sesuai kalau buat birthday party bersama family kat sini. Hiasan deco kedai ni pun nampak simple jer.




Banyak pilihan menu kat sini, western pun ada, semua sedap2 dan harga yang rose tengok ni pun boleh tahan..kira berpatutan lah jugak. 





Macam2 menu makanan ada kat sini :)

Ini pulak Chicken Chop

Tengok anak rose makan chicken chop ni sedap sangat, nak rasa risau gigi sakit balik. Kalau gigi tak sakit mahu rose habis kan semua makanan yanga ada ni..heheheh

Ini pulak menu burger
Anak buah punya burger, nampak sedap sangat kan..

Ini pulak Bakso 

Bakso ni pun baru pertama kali rose makan, sebelum ni cuma dengar jer tapi tak pernah lagi makan. Bakso ni makanan negara jiran kan. Adik ipar dah order rose kena la jugak makan, itu pun tak banyak makan sikit jer. Rasanya boleh tahan, bakso nya pun lembut dan kuahnya pun sedap. Kalau ikut rose suka lagi  bihun sup ayam atau daging, ini memang peberet rose...heheheh


kek secret recepi ni pun memang peberet rose, sakit gigi pun rose gagah jugak makan sampai habis, rugi kalau tak makan..heheheh

Ini adik ipar rose Hidir dan isteri nya wawa :)


Sebelum balik kami semua bergambar ramai2 dulu...
untuk dijadikan kenangan :)

Selesai makan, rose dan anak dara rose selfie pulak. 


Terima kasih pada adik ipar eboy sebab sudi belanja kami semua makan di Kopitiam Medan Station 18. Semoga sentiasa dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik serta berjaya dunia dan akhirat. 


Buat mak mentua rose, selamat hari lahir semoga sentiasa diberi kesihatan yang baik dan dirahmati Allah...Aamiin