Monday, December 4

SAMBUT BIRTHDAY DI KOPITIAM MEDAN STATION 18

Hai semua !!

Pertama kali rose dan anak2 makan di Restoran kopitiam medan station 18 ni. Kebetulan 22/11/2017 birthday mak mentua rose, jadi adik ipar eboy ajak kami semua buat kejutan untuk mak. 


Kalau ikut malas nak join sebenarnya sebab masa tu rose memang sakit gigi, pagi tu dah pergi klinik gigi 1 malaysia di UTC kononnya nak tampal atau cabut, tapi doktor check kata gusi rose kat dalam ada bengkak sikit, jadi tak boleh nak tampal atau cabut..doktor cuma cuci jer gigi rose, itu pun sakit gila..huhuh


Bila sampai jer di kopitiam tu abg ipar dan makmentua rose dah tunggu siap2 kat dalam. Baru jer nak duduk tengok makanan dah sampai, ehhh bila masa pulak rose order ni. Bila tanya rupanya adik ipar dah order awal2. 



Suasana kedai nya rose suka sangat, best ada aircond, selesa dan santai jer. Sangat sesuai kalau buat birthday party bersama family kat sini. Hiasan deco kedai ni pun nampak simple jer.




Banyak pilihan menu kat sini, western pun ada, semua sedap2 dan harga yang rose tengok ni pun boleh tahan..kira berpatutan lah jugak. 





Macam2 menu makanan ada kat sini :)

Ini pulak Chicken Chop

Tengok anak rose makan chicken chop ni sedap sangat, nak rasa risau gigi sakit balik. Kalau gigi tak sakit mahu rose habis kan semua makanan yanga ada ni..heheheh

Ini pulak menu burger
Anak buah punya burger, nampak sedap sangat kan..

Ini pulak Bakso 

Bakso ni pun baru pertama kali rose makan, sebelum ni cuma dengar jer tapi tak pernah lagi makan. Bakso ni makanan negara jiran kan. Adik ipar dah order rose kena la jugak makan, itu pun tak banyak makan sikit jer. Rasanya boleh tahan, bakso nya pun lembut dan kuahnya pun sedap. Kalau ikut rose suka lagi  bihun sup ayam atau daging, ini memang peberet rose...heheheh


kek secret recepi ni pun memang peberet rose, sakit gigi pun rose gagah jugak makan sampai habis, rugi kalau tak makan..heheheh

Ini adik ipar rose Hidir dan isteri nya wawa :)


Sebelum balik kami semua bergambar ramai2 dulu...
untuk dijadikan kenangan :)

Selesai makan, rose dan anak dara rose selfie pulak. 


Terima kasih pada adik ipar eboy sebab sudi belanja kami semua makan di Kopitiam Medan Station 18. Semoga sentiasa dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik serta berjaya dunia dan akhirat. 


Buat mak mentua rose, selamat hari lahir semoga sentiasa diberi kesihatan yang baik dan dirahmati Allah...Aamiin

Monday, November 27

BERCUTI DI ROCKBUND FISHING CHALET, TELUK BATIK LUMUT

Hai semua !!!

Lamanya rose tak berblog, sekarang ni sibuk dengan bisnes jualan kek, tak sempat nak berblog. Ok..rose nak share dengan korang semua pasal percutian rose bersama family di Rockbund Fishing Chlaet, Teluk Batik, Lumut.


Kalau sesiapa yang jenis kaki pancing sangat sesuai bercuti bersama bersama family di Rockbund Fishing Chalet ni, ianya adalah pilihan yang terbaik.


Rockbund fishing chalet ni sangat sesuai untuk percutian keluarga, beristirehat dengan aman, sekaligus boleh teman suami,anak dan adik2 memancing non-stop 24 jam. Kalau rasa nak memancing sambil hirup angin laut boleh pasang khemah ala camping, tidoq terus dalam khemah tu pun boleh..heheheh


Rockbund fishing chalet ni terletak di Marina Island berhampiran Jeti Marina Island. Sebelum ke sini, eloklah booking awal2 yer, takut penuh pulak chalet tu, maklum la cuti sekolah kan. Adik ipar rose booking melalui online iaitu ejen carian.


Harga penginapan 1 malam di Rockbund fishing chalet ni berbeza tau, harga mengikut ejen carian yang kita guna. Rose tak pasti adik ipar booking guna ejen mana, agaknya trivago kot. Harga chalet disini bermula dari rm280 hingga rm370. Bilik yang adik ipar rose booking ni mahal sikit, semalam rm350 dan ada breakfast percuma untuk 4 orang.


Suasana dan pemandangan disini sangat cantik dan tenang. Angin laut feeling dah rasa macam bercuti kat Maldives pulak..hahahah


Ruang tamu digabungkan dengan bilik air yang lengkap dengan pancuran mandian air panas dan tandas yang besar. Di ruang tamu terdapat kabinet mini (terlupa rose nak ambil gambar ruang tamu dan kabinet) dan dilengkapi dengan cerek elektrik, 4 biji mug, 4 maggi cup dan paket minuman bercampur dengan gula. Tetapi ruang tamu nya sempit sikit. Kalau, ada yang nak tidor kat ruang tamu ni, muat la dalam 2 orang jer. Tetapi susah sikit la jika ada yang nak ke bilik air, kang terpijak pulak..heheheh


Dalam setiap bilik dilengkapi dengan penghawa dingin. Kalau tak ada penghawa dingin mati la nakk..panas habaq hang. Di ruang tamu pulak tak ada penghawa dingin hanya ada kipas angin sahaja. Tapi yang rose tak tahan tu, kat sini banyak betul lalat. Asal buka pintu jer lalat pun laju jer masuk..hahahah

Bersama adik ipar rose, shima dan nor :)

Chalet ni jugak tak ada peti sejuk dan televisyen, kalau nak peti sejuk dan televisyen kena caj harga tambahan lain. Chalet yang rose duduk ni ada televisyen sebab adik ipar minta tapi kena cas rm50 tu yang harga chalet jadi rm350..mahal kan. Hotel bajet pun ada televisyen kan.


Tapi yang bestnya sini ada Wi-fi percuma, dari chalet rose duduk ni signal Wi-fi nya sangat laju. Best gila main tel, sambil tu boleh dwnlond gambar, anak rose dan anak buah jangan cakap la asyik duk main tel lepas tu selfie jer keja dorg..heheheh


Rose sebenarnya memang tak minat memancing tapi dah adik ipar teringin nak bercuti disini, ikut jer la. Sambil tu boleh layan anak2 bercuti dan sambut birthday anak rose dan anak buah sekali.


Anak teruna dan suami rose memang minat sangat memancing. Dia orang punya seronok, sampai ja chalet kemas barang terus memancing tak dan tunggu waktu petang sikit. Pukul 3 petang dah start memancing dengan panas teriknya, smpai pukul 6 petang baru stop, itu pun sebab umpan dah habis. Udah dorg keluar cari umpan pulak. Siap mandi, solat, makan malam sambung balik mancing sampai pukul 3 pagi..huhuhu. Kalau boleh tak nak tidoq terus dorg ni, punyalah gila memancing, mengantuk pun hilang. Macam la esok pagi lepas subuh tak boleh sambung memancing..hahahah

Hobi anak rose sorg ni memang suka memancing

Nasib baik lah chalet ni ada sediakan 4 biji kerusi malas. Boleh bawa keluar kerusi lepak depan chalet kita sambil layan angin sepoi2 bahasa dan waktu senja serta waktu malam yang cantik lagi indah.


Dorg memancing dapat la jugak ikan, dalam 6 ekor, ikan apa tak pasti. Takpa lepas ni kita kena datang lagi bagi dapat ikan banyak sepertimana yang dikatakan orang..heheheh


Disini ada disediakan sarapan pagi percuma untuk 4 orang di Cafe. Rose tak sarapan pun di cafe ni saja selfie sat. Yang sarapan adik ipar, adik rose, anak dan suami rose jer.


Alhamdulillah, berakhir sudah percutian rose dan family adik2 rose sambil memancing selama 2 hari 1 malam di Rockbund Fishing Chalet. Sebelum berangkat pulang sempat lagi suami dan anak rose memancing sementara kami yang isteri2 ni mengemas barang dan menunggu jam 12 tengahari untuk check out. Dan kami jugak sempat berposing ramai2 sebagai kenang-kenangan. Insyaallah kalau ada rezeki boleh datang sini lagi, kerana percutian di Rockbund Fishing Chalet ni sangat best dan berbaloi.


Rockbund Fishing Chalet
KM 1, Teluk Muroh,
32200 Lumut,
Perak Darul Ridzuan.
Tel : 016-5580388 / 016-5590488


Kalau korang nak bercuti di Rockbund Fishing Chalet ni bolehlah hubungi no tel yang rose sertakan diatas untuk booking dulu yer 😍😍 

Saturday, May 20

REVIEW JAMU ASAM KUNYIT BY SUSUK MANJA ENTERPRISE

Hye semua !!!

Lamanya rose tak update blog...sibuk tak sempat nak jenguk blog sendiri dan rakan2 yang lain. Hari ni rasa nak share sikit dengan kekawan pasal jamu asam kunyit yang rose minum ni. Semenjak minum jamu asam kunyit ni badan rasa segar, bertenaga, kurang rasa letih dan angin dalam badan pun dah berkurang..alhamdulillah.


JAMU ASAM KUNYIT

Merupakan jamu homemade yang selamat diamalkan. Antara bahan utamanya asam jawa, ibu kunyit, gula batu, cekur dan temu kunci.

Khasiat :
❤ Menurunkan berat badan
❤ Mengempiskan perut
❤ Membuang angin dalam badan
❤ Merapatkan faraj
❤ Merawat keputihan yg berlebihan
❤ Menaikkan seri wajah
❤ Meningkatkan stamina
❤ Menyegarkan tubuh
❤ Mencantikkan kulit
❤ Mengembalikan tenaga
❤ Menguatkan sistem peranakan
❤ Mampu menyembuhkan luka dengan cepat utk wanita lepas bersalin.


Cara Pengambilan :

πŸ’₯ Satu cawan penutup disediakan setiap pagi sebelum sarapan dan malam sebelum tidur. Boleh diminum setiap hari atau selang sehari.
πŸ’₯ Sesuai diamalkan oleh lelaki dan wanita.
πŸ’₯ Ibu yang menyusukan anak boleh mengambil Jamu Asam Kunyit. 
πŸ’₯Wanita mengandung tidak digalakkan


Harga : RM15 (sebotol 500ml)

Sebarang pertanyaan atau order 
 whatsapp Rose 018-4680613

Friday, March 31

KEBAIKKAN DAUN SENNA

Hye semua :)

Berapa ramai nak kurus sebelum raya nie?? Bukan kurus je tapi puteh gebu berseri? Korang tahu tak kenapa korang makan suplemen tapi tak nampak kesan, makan masa berbulan-bukan untuk dapat kesan puteh, kurus bagai tu. 

Okey mai sini rose nak bagitahu salah satu sebab why why bila ambil suplemen tapi tak nampak kesan sebab badan kita mempunyai toksin yang berlebihan. Mention je TOKSIN semua orang tahu ia benda dalaman, benda yangn kita tak boleh lihat jadi untuk make sure korang bersih dari masalah tu rose nak share DETOX yang super lagi power boleh cuci usus korang. Sebab apa rose kata power, sebab Teh Senna bersifat natural dan semulajadi. Teh senna minuman detox yang paling berkesan dan terbaik untuk TURUNKAN BERAT BADAN yang berlemak2 dalam masa 2 minggu sahaja.

KURUS DALAM MASA 14 HARI 


Daun senna adalah teh herba organik/natural berfungsi seperti berikut:
~ MELANGSINGKAN TUBUH
~ MEMBERSIHKAN DARAH KOTOR
~ MENGGURANGKAN KOLESTROL
~ MEMBUANG RACUN/TOKSIN DALAM TUBUH karena mengandungi antioksidan tinggi.
~ MENGECILKAN DAN MENGEMPISKAN PERUT.Peluntur lemak dalam tubuh bagi penderita OBESITI
~ Untuk menjaga KELANGSINGAN TUBUH.
~ Sesuai utk LELAKI DAN WANITA

Cara Penyediaan TEH DAUN SENNA :
Ambil 1 sudu teh daun senna dan masukkan ke dalam gelas.Tuang dengan air panas. Biarkan larut beberapa minit hingga jd warna kecoklatan.Kemudian tapis dan airnya siap diminum.Bole juga direbus dengan air 500ml hingga mendidih dan sehingga air tinggal 250ml.Penggunaan 1x sehari untuk minggu pertama.Setelah satu minggu masa penyesuaian Anda bole meningkatkan dos 2x sehari.

Beberapa hal yang perlu diperhatikan dalam penggunaan TEH DAUN SENNA:
Apabila anda menderita masalah pencernaan disarankan PENGGUNAAN 2 hari sekali saja.Tidak disarankan minum teh senna apabila sedang haid, alasannya kebanyakan wanita mengalami PMS syndrom dengan perut kembung, otot perut terasa kejang, apabila anda minum teh daun senna akan menambah ketidakselesaan anda dalam masa HAID.Sebaiknya minumlah sebelum tidur malam hari.


Effect TEH DAUN SENNA :
2-3 hari pertama akan merasa perut memulas dan selalu ke tandas, ini merupakan proses penyingkiran toksik.

Effek Sampingan:
1. Tubuh terasa segar
2. Buang air besar menjadi lancar
3. Mudah berpeluh
4. Kotoran sedikit berminyak akibat pembuangan lemak dalam tubuh.

Sebarang pertanyaan boleh terus whatsapp Rose 018-4680613 untuk detail 😍

Friday, March 24

FEMININIE WASH HARUM MANJA

Hye semua :)

Kenapa uolls WAJIB apply Feminine WASH hebat ni?? Meh rose nak share khasiat Feminine Wash By Jamu Susuk Manja kat uolls. 
Baca sampai habis tau :


Remaja / Wanita
Boleh menghilangkan keputihan dan kegatalan pada Miss V. Serta juga menghilangkan hanyir dan memberi keselesaan semasa datang bulan.

Isteri
Boleh merapatkan otot Miss V yang longgar, meruang didalam faraj, memberi keselesaan sebelum dan selepas bersama.

Hamil
Memberi keselesaan Miss V yang lembab dan merawat keputihan yang berlainan.

Ibu Pantang
Melancarkan darah nifas, memberi keselesaan selepas bersalin, menghilangkan bau nifas, mempercepatkan proses sembuhan luka jahitan bersalin.


~ Menghilngkan bau pada Miss V
~ Mewangikan Miss V
~ Membersihkan Miss V dari keputihan
~ Merapatkan Miss V lepas cucian
~ Memudarkan kesan parut bersalin diperut
~ Menghilangkan kutil
~ Mencerahkan celahan peha, leher dan ketiak

LAGI? Ada lagi...

~ Memberi kesegaran berpanjangan pada Miss V
~ Melembapkan kulit
~ Merawat masalah jerawat


Sebotol ada 100ml
harga RM20 sahaja (postage rm8)

Jom tukar Feminine Wash dari sekarang.
Tak rugi untuk penjagaan diri jugak.

Boleh contact rose untuk dapatkan 😊😍
#AjenSahJamuSusukManjaEnterprise
whatsapp rose 018-4680613

REVIEW JAMU ASAM KUNYIT

Hye semua :)

Pagi ni rose nak share dengan korang pasal minuman jamu asam kunyit produk dari Jamu Susuk Manja Enterprise. Jamu ni memang best, rose dah try minum 4 botol untuk sebulan, memang bagus amalkan minum jus jamu asam kunyit ni, banyak kebaikkannya. Mai tengok kat bawah ni apa kebaikkan dia nah...

Jamu Asam Kunyit 


Kenapa LELAKI kena minum?

~ Membuang angin dalam badan
~ Melawaskan pembuangan angin
~ Melawaskan pembuangan najis
~ Menyingkirkan toksik
~ Menyingkirkan lemak dari badan
~ Merawat luka luka dalaman dan luaran
~ Membantu mengawalkan darah tinggi, kolestrol dan kencing manis
~ Membantu meningkatkan kesuburan
~ Menghilangkan bau mulut
~ Melancarkan perjalanan darah
~ Memberi tenaga dan kecergasan yang berpanjangan
~ Menaikkan seri wajah leleki.

Kenapa WANITA kena amalkan?

~ Membersihkan miss V dari anak dara, wanita, ibu dalam pantang, mak2 kita dan wanita yang berumur semua boleh cuba
~ Mencergas dan menyegarkan badan
~ Melancarkan perjalanan darah
~ Membantu mengecutkan dan memulihkan rahim selepas bersalin
~ Menyingkirkan toksik dan lemak dalam badan
~ Melawaskan pembuangan angin
~ Melawaskan pembuangan najis
~ Memulihkan kentut rahim
~ Merawat luka luka dalaman dan luaran
~ Membantu membanyakkan susu badan
~ Membantu mengawalkan darah tinggi, kolestrol, kencing manis
~ Menghilangkan bau mulut
~ Membantu meningkatkan kesuburan
~ Menyuburkan peranakan wanita
~ Menaikkan seri wajah membersihkan kulit muka
~ Merapatkan keintiman
~ Memberikan tenaga dan kecergasan.


Macamana cara minum jamu Asam Kunyit ini?

 - sebelum sarapan @ selepas sarapan bagi yang ada gastrik
- sebelum tidur
- sehari dua kali
- kena minum air kosong banyak
- tiada pantang larang

Siapa yang sesuai amalkan?

- peringkat umur dewasa kaum hawa, kaum adam, anak dara dan bujang
- perempuan sudah didatangi haid
- selepas bersalin/sedang berpantang
- yang selalu sakit badan dan berangin

100% HOMEMADE
TANPA PENGAWET
TANPA PEWARNA TIRUAN


Sebotol 500ML
Harga sebotol RM15 sahaja (postage rm8)

Selamat Mencuba 😊😍

Boleh contact rose untuk dapatkan πŸ˜πŸ˜πŸ˜‰
#AgenSahJamuSusukManja
whatsapp rose 018-4680613

SALAM JUMAAT

Hye semua :)

Moga dipermudahkan urusan kita hari ini,
dibukakan pintu-pintu rezeki dan
segala pintu kebaikan
buat kita semua...Aamiin.


Selamat pagi dan salam jumaat :)