Saturday, January 6

KEK VIRAL 3 BAHAN

Hai semua !!!

Hari tu rose ada try buat kek yang tengah viral ni..saja ja cuba..alhamdulillah menjadi..rasa sedap dan gebu gitu 😙😙😙 dibawah ni resepi nya...Selamat mencuba yer 😊

Kek viral 3 bahan


1 cawan tepung gandum
1 cawan gula kastor ( boleh kurangkan kalau x suka manis )
3 biji telur
( boleh letakkan esen vanila untuk hilangkan bau telur)

Blender telur dengan gula sampai gebu ya
Baru masukkan tepung gandum...blender sampai sebati. 
Selepas tu sapu sikit marjerin pada loyang dan kukus selama 20 minit
( pastikan air kukusan mendidih dulu ya baru kukus)...😃😃