Friday, November 6

REVIEW TUDUNG BALQIS ANNA @ BANDAR MERU RAYA IPOH

Hye semua!!!!

Entry kali ini rose nak share dengan korang semua pasal shopping tudung yang rose beli di Butik Balqis Anna. Selalunya kalau kita dengar pasal shopping ni, orang perempuan lah yang paling suka sekali...betul tak korang??? Termasuk lah rose..hehehe
Sekarang ini memang trend orang suka shopping online. Rose sendiri pun suka beli online, bukan apa senang dan mudah, order dan bayar esok terus barang sampai. Tak payah nak keluar ke shopping Mall dah, dari situ dah jimat masa.
Kali ini rose tak shopping online sebab Butik Balqis Anna ni dekat bandar Meru Raya Ipoh jer. Bukan tak nak beli online tapi rose nak tengok sendiri kualiti dan design tudung Balqis Anna ini. Lagi pun dekat Ipoh jer, kalau jauh kena beli online jugak lah 😁😄


Tudung sarung Xpress Jasmin yang ros beli ini 3 helai RM50- RM55 free postage Saiz M/L & XL. No iron (lycra Moss crepe) Soft awning double cotton. Jangan risau corak tudung Jasmin ni semua meletopss...

Butik Balqis Anna juga menawarkan pelbagai jenis tudung sarung, Shawl, tudung Bawal, Baju kurung, Blouse, Skirt, Seluar dan Dress. Yang pasti harga mampu di miliki oleh semua orang!!! Boleh order secara online di Facebook Balqis Anna.
Jadi, jom kita terjah Facebook Balqis Anna untuk melihat pelbagai update terbaru! Sure korang semua rambang mata nak pilih :)

Boleh shopping di FB Balqis Anna atau terus ke butik BALQIS ANNA 25G, Jalan Bestari B5, Bandar Meru Raya 30020 Ipoh Perak. 010-3658780 (butik ini depan Mydin Mall Meru) dibuka dari jam 10 pg dan tutup kembali pada jam 9.30 mlm.


Tadaa!!! Cantik tak tudung sarung Xpress Jasmin rose?? Owning terbentuk cantik di muka. Rose beli terus 6 helai tudung sarung Balqis Anna ni.




Bagi korang yang minat tudung sarung Express macam rose pakai ni boleh lah try order, mana yang tak minat boleh try order shawl, tudung bawal dan macam2 jenis tudung lagi ada jual di Butik Balqis Anna ni. Rose suka tudung sarung ni sebab ianya mudah dan cepat 😍

Tuesday, November 3

REVIEW D'AJIT HOMESTAY @ MERU RAYA IPOH

  Salam sejahtera semua. Alhamdulillah hari ini 2hb November 2020. Hari ni ros nak share penginapan dengan korang semua D'Ajit Homestay @ Meru Raya Ipoh. Kalau korang nak bercuti atau ada urusan kerja di sekitar Ipoh bolehlah menginap di Homestay ini kerana kawasannya berdekatan dengan Mydin Meru Raya, pasarayaku, mcd, kfc, ada gerai makan yang banyak di situ dan Bulatan Amanjaya salah satunya tempat yang meriah dan menarik di Ipoh.

Pintu masuk 

Ruang tamu yang luas dan simple

Ruang tamu+tv+sofa

Kemudahan yang ada D'Ajit Homestay Meru Raya Ipoh.

Pemandangan kolam renang dari balkoni

D'Ajit Homestay @ Meru Raya menyediakan penginapan dengan kolam renang luar, pemandangan kolam renang dari balkoni dan akses bilik gimnasium. Homestay ini juga dilengkapi dengan penghawa dingin, tv skin-rata dan lengkap dengan dapur. Bahagian dapur juga disediakan cerek elektrik, pinggan, gelas dan sudu. Jika korang mahu jimat belanja dengan memasak sendiri pun boleh kerana di sini terdapat peti sejuk untuk simpan barang basah. Kemudian tuala mandi, sabun dan shampu juga disediakan.

Kolam mandi di bahagian bawah sekali

gym yang terletak di tingkat atas

Ruang tv

Ruang makan

Ruang dapur 

Homestay yang ros ginap untuk 2 hari 1 malam ini adalah standard apartment dengan 3 bilik dan 2 bilik air yang selesa dihuni 6 orang dewasa. Memang selesa dan parking kereta pun disediakan khas untuk pelanggan homestay, cuma korang kena maklumkan berapa buah kereta yang bersama korang pada jaga dan no bilik homestay ini, sebab sebiji kereta saja yang dibenarkan lot parking yang terletak di tingkat 2.

Bilik 1-Master Bedroom+Almari Rak Baju+Aircond+Kipas

Bilik 1 ini juga disediakan private toilet

Bilik 2-Double Bed+Rak Gantung Baju+Meja sisi+Kipas

Bilik air dilengkapi pemanas air+sabun mandian +shampu

Lain-lain kemudahan seperti Kolam mandi terletak di luar bangunan bawah sekali. Dan gym pula terletak di blok hadapan tingkat atas. Kawasan kolam dan gym yang selesa dan luas, memang berbaloi kalau korang menginap homestay disini. 

Pemandangan malam

Rose di balkoni melihat pemandangan kolam renang 💜

Selfie 1 kali di ruang makan sebelum check out

Lot Parking bahagian bawah sekali

Apalagi korang, kalau ada cadangan nak bercuti di Ipoh atau ada urusan kerja, bolehlah menginap di sini D'Ajit Homestay @ Meru Raya Ipoh. Korang boleh hubungi En.Abdul Aziz Bin Sulaiman 019-5552008 @ Puan Wanie Aziz 019-9721420 untuk booking. Jangan risau harga homestay ini sangat berpatutan. Korang pasti puas hati dan selesa !!!

Monday, September 7

7 RAHMAT DI SEBALIK DUGAAN

 7 Rahmat Di Sebalik Dugaan

1. Allah tingkatkan darjat dan keimanan kita

2. Allah tarik sedikit nikmat untuk diberikan Nikmat yang lebih besar

3. Allah berikan satu musibah bagi mengalih musibah yang lebih besar

4. Allah hapuskan dosa-dosa kita 

5. Allah sedarkan kita dan mahu mendengar rintihan hati kita yang semakin dekatinya

6. Allah mahu berikan iktibar kepada orang lain melalui kita

7. Tanda Allah ingat dan sayangkan kita

Redha dengan ketentuan dariMu Ya Allah...

Semoga ada sinar menanti....Aamiin

Friday, September 4

SALAM JUMAAT YANG BARAKAH

 

Hai sahabat rose semua....

Salam Jumaat Penghulu Segala Hari....

Semoga limpahan rezeki sentiasa mengiringi perjalanan hidup kita hari ini.

Moga semua usaha, amalan dan ibadah kita diberkati Allah. 

Moga hari ini jugak lebih baik dari semalam...

Semoga kita sentiasa sihat, bahagia, berjaya dunia dan akhirat...

Aamiin 


Selamat tengahari jumaat yang cerah, indah dan barakah!!!

Thursday, September 3

SOLAT DAN MATA

Selamat tengahari sahabat rose semua!!! 

Hari ini rose nak share sedikit kisah mengenai Solat dan Mata Dari Almarhum Tuan Guru Datuk Dr Harun Din...

SOLAT DAN MATA

Jika sakit kepala tu kat bahagian depan, ubatnya ialah tidur.

Kalau kat atas kepala, ubatnya makan atau minum (air kosong).

dan kalau sakit kepala tu kat bahagian belakang kepala, tu tanda kita stress dan kena release stress tu baru boleh ok.

Rawatan untuk meningkatkan power of our eyesss.

Ni penting untuk orang yang matanya lemah, dan juga org lain.

Otot mata menderita dari hari ke hari, sebab hari2 berfungsi, kita bangun tidur, mata kita yang function dulu.

So, makin hari mata akan kurang power.

Jadi, untuk maintain power mata kita dan kekuatan mata, kita kena ikut sunnah dalam solat. Iaitu, kekalkan mata terbuka ketika sujud, melihat titik tengah sejadah. Dan ketika berdiri, fokuskan mata pada titik tengah di sejadah juga.

Ni sebab, bila kita fokus pada titik tengah tu time kita rukuk, otot mata kita akan tekan anak mata kita untuk tingkatkan penglihatan dan bila kita bangun, otot tu relax. Dan bila kita sujud pulak, otot mata menguncup sebab jarak antara penglihatan kita dan tempat sujud tu. Bila kita bangun, otot mata kita akan relax balik.

Solat dengan cara yang betul ni lah akan membuatkan otot dan saraf mata bersenam. Kita boleh praktik sebanyak 17 kali atau lebih kalau kita nak.

Nabi Muhammad (SAW) selalu pesan untuk buka mata ketika sujud dan kita selalu tak tahu kenapa.

Dan sekarang, bukti dari kajian saintis dah ada.

Memang sangat bagus untuk meningkatkan kebolehan mata kita.

SubhanaAllah untuk hikmah disebalik membuka mata time sujud ni.

Wednesday, September 2

HAPPY BIRTHDAY & HAPPY MERDEKA DAY

 Hai sahabat rose semua!!!! 

Masih tak terlambat lagi untuk rose ucapkan SELAMAT HARI MERDEKA buat semua rakyat MALAYSIA. 

31hb Ogos 2020 hari MERDEKA dan tarikh ini jugak la rose dilahirkan. Syukur alhamdulillah rose masih lagi diberi peluang untuk bernafas dan kekuatan oleh Allah dalam meneruskan kehidupan ini. 

Terima kasih ALLAH...terima kasih mak kerana melahirkan rose. Tanpa mak dan abah tak mungkin rose ada di dunia ini. Terima kasih jugak buat suami dan anak2 ku TERCINTA....muahhh ❤❤❤ 

Semoga setiap amalan ku di terima ALLAH swt dan semoga ALLAH swt meredhai usia ku....Aamiin 

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-63 🇲🇾🇲🇾🇲🇾 buat semua RAKYAT MALAYSIA!!! SAYANGI MALAYSIAKU ❤❤❤

Thursday, August 6

REVIEW ORI THAI & WESTERN AEON MALL KLEBANG

Kakak ipar rose kalau balik Ipoh suka ajak rose jalan-jalan ke Aeon Mall dan ajak singgah makan kat situ. Kakak ipaq kata kat Aeon Mall ni banyak pilihan kedai makan ada kfc, mcd, secret recipe, texas, pizza, nandos, marrybrown, kenny rogers roasters, ori thai & western dan macam-macam lagi la...hehehe


Rose kalau pasal bab-bab restoran mana yang best nak makan kat Ipoh ni ros memang tak berapa tahu sangat, sebab suami rose tak suka makan kat luaq, dia lagi suka makan kat rumah masakan isteri dia ja..:) 


Kebetulan hari tu ayah rose baru dapat duit jual tanah, jadi ayah pun setuju nak belanja anak-anak semua makan kat luar. Kakak ipaq pun apa lagi rekemen la tempat makan Ori Thai & Western di Aeon Mall Klebang. Rasa jauh betul nak pg makan kat situ. Mana tak nya ros kan duduk area Pengkalan. Pada mulanya rasa tak berapa setuju nak makan kat situ. 
Masakan Thai Mix tomyam, green curry chicken, omelette, kangkung belacan dan white rice. Harga untuk Family Set ni RM49.90 untuk 4-5 orang makan.
Menu kedua kakak ipaq rose order Mix tomyam, dried chill chicken, sayur kailan, siakap 3 rasa dan tauhu telur sos tiram. Kalau korang suka makan masakan thai ni, boleh try order Family Set ni RM69.90 untuk 4-5 orang makan. Minuman kakak ipaq rose order air sejuk jer..
Masakannya boleh tahan, nak kata sedap sangat tak jugak....Ok2 ja. Masakan thai ni, tomyam dia ja yang rose suka. Yang lain-lain tu biasa-biasa ja la. Kalau korang suka masakan thai ni boleh la datang makan di Restoran ORI THAI & WESTERN dekat Aeon Mall Klebang..lepas makan boleh shopping :) 
ORI THAI & WESTERN AEON MALL KLEBANG

HARI ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2019 JAKOA NEGERI PERAK

Hai sahabat rose semua...doa rose moga sahabat semua sentiasa dalam lindungan Allah dan sihat selalu. Rindunya, dah lama sangat ros tak berblog. Sebenarnya mood nak menulis blog dah hilang ke laut, kang entah apa2 pulak yang rose taip nanti kann...Hari ni rose nak cerita pasal Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), cerita ni dah lepas, tp baru hari ni rose ada mood nak update.


Jabatan tempat rose berkhidmat (JAKOA) telah mengadakan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun 2019 bertempat di Dewan Dato' Abdul Rahman Pejabat RISDA Negeri Perak pada 13 Julai 2020. Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ini telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah JAKOA. 
 
                                  PERUTUSAN KETUA PENGARAH JAKOA MALAYSIA
 
Seramai 16 orang kakitangan JAKOA Perak yang telah di pilih untuk menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ini. Syukur alhamdulillah, kerana rose adalah salah seorang penerima Anugerah ini. Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ini akan di anugerahkan dengan sijil perkhidmatan cemerlang dan sejumlah wang berjumlah RM1,000.00 seorang...Alhamdulillah. 

 
Terima kasih jugak pada pegawai yang telah memilih rose sebagai penerima APC untuk tahun 2019. Semoga rose akan brkhidmat dengan lebih cemerlang lagi di masa akan datang...InsyaAllah. Tahniah pada semua sahabat ros yang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2019 JAKOA Negeri Perak.

BERGAMBAR KENANGAN BERSAMA KETUA PENGARAH MALAYSIA DAN SEMUA PENERIMA ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) 2019
BERSAMA PENGARAH JAKOA PERAK DAN KEDAH


BERSAMA MEOR, NOLIA & HAIDA
BERSAMA EO ROS YANG BAIK HATI PUAN SERI PURWANTY :)


Terima kasih pada semua !!!!!