Wednesday, April 30

Berat Badan: Cara Paling Malas dan Murah Untuk Kekal Kurus dan Sihat

Selamat malam semua..:)

Susah hati berat badan Sweet Rose makin naik...tak tahu macam mana cara nak diet dah. Nak kata Sweet Rose kuat makan tak jugak..pagi kat ofis sarapan kotiew sup dan limau ais..tengahari tak makan..cuma minum milo dan makan biskut je. Malam pkul 7 lebih baru Sweet Rose makan nasi itu pun sikit je..nak buat senaman ntah bila la..senaman basikal ada kat rumah tapi masa tu tak mengizinkan..macam2 keja nak kena buat..kebetulan Sweet Rose terjumpa petua untuk berat badan ni...petua paling malas dan murah untuk kekal kurus dan sihat..
Jom kita baca Link Berat Badan: Cara Paling Malas dan Murah Untuk Kekal Kurus dan Sihat  petua yang mungkin berguna buat kita semua....

Tuesday, April 29

SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN PERKAHWINAN YANG KE 14 TAHUN

Selamat malam semua..:)

29 April 2000 Sweet Rose di ijab kabul..pejam celik pejam celik sudah 29 April 2014..genap 14 tahun usia perkahwinan Sweet Rose dan suami..alhamdulillah..rasa macam setahun je baru mendirikan rumahtangga bersama suami..dan rasa macam baru lagi mengenali hati budi masing-masing walaupun dah 14 tahun bersama..syukur alhamdulillah Sweet Rose dikurniakan 3 orang cahaya mata..iaitu dua orang putera dan seorang puteri yang sangat comel dan cute. Sepanjang hidup bersama suami bermacam-macam liku kehidupan yang harus di tempoh...semoga Sweet Rose bahagia bersama suami hingga ke jannah...InsyaAllah.

Buat suami ku..Zulkifli bin Zamzuri..Selamat Menyambut UlangTahun Perkahwinan kita yang ke 14 tahun..semoga perkahwinan kita kekal hingga ke Jannah...Sayang Awak..Sayang Anak2 Ku...




Tak mungkin hilang Cinta ku Pada Mu..Zulkifli dan Anak-anakku..
Muahhhh

Monday, April 28

LUNCH

Selamat petang semua..:)
Terasa keletihan sangat2..cuaca hari ni pulak terlalu panas. Rasa macam nak demam je. Letih menunggu anak dara balik sekolah kul 1.20 td..nak cari tempat teduh penuh dgn kereta..terpaksa le tunggu kat motor dengan cuaca panasnya. Nasib baik kejap je menunggu.
Sampai umah je terasa dahaga dan lapar sgt. Hari ni masak makanan simple je. Ingat nak masak laut ikan tp anak teruna suruh masak lauk sardin..Sweet Rose dah jemu asyik2 lauk sardin je..tapi permintaan anak masak la jugak.
Inilah menu masakan Sweet Rose untuk hari ni..Sayur Campur, Sambal Tumis Sardin dan Udang Masak Kunyit.


Jemput makan semua..:)

Friday, April 25

SALAM JUMAAT

Hye semua :)

Kadang-kadang kita berdoa utk kuat.
tapi..byk pula dugaan yg dtg..
Kadang-kadang kita minta cerdik,
tapi..masalah pula yg bertandang..
Kadang-kadang kita minta kebahagiaan,
tapi..huru hara pula menjelang..

Dugaan menjadikan mental kita kuat,
masalah menjadikan kita berfikir,
huru hara menjadikan kita tabah..


SUBHANALLAH
BETAPA HEBATNYA ALLAH..
semua aturannya ada hikmah.

Wednesday, April 23

OAT CHOCO

Selamat malam semua..:)



Malam ni Sweet Rose nak diet le..badan Sweet Rose dah mula naik..dulu berat 48kg..sekarang dah naik 52kg..huhu..bila badan naik mula la rasa malas..rasa letih..rasa takde mood..kain baju kurung pun dah tak boleh nak kacip..nasib baik baju muat lagi. Yang tak tahannya lemak kat peha tu..selulit susah betul nak hilang..dah macam2 krim panas sapu kat peha ni..tapi tak jugak hilang..agaknya nak kena selalu senaman kot...suami Sweet Rose balik je bawa Oat Choco ni..katanya nak diet tak yah makan nasi..makan Oat ni je..masalahnya Sweet Rose tak tahan klu tak makan nasi...huhu...

Saturday, April 19

TIPS MINUM AIR DENGAN BETUL

     
Pagi ni Sweet Rose nak share tips minum air dengan betul...Sweet Rose paling tak suka minum air masak..tu sebab Sweet Rose susah untuk buang air besar..lagi pun Sweet Rose memang ada sembelit..macam2 ubat dah makan untuk bagi hilang sembelit ni..tapi tetap gak sembelit...suami selalu pesan minum air masak sekurang2nya 8 gelas sehari..baru senang buang air besar...nk minum air 8 gelas sehari...macam tak boleh je..huhu...

 Jom Baca...

2 gelas *air sejurus bangun dari tidur (Manfaat: Membantu mengaktifkan organ dalaman)
1 gelas air 30 minit sebelum makan (Manfaat: Membantu penghadaman)
1 gelas air sebelum mandi (Manfaat: Membantu menurunkan tekanan darah)
1 gelas air sebelum tidur (Manfaat: Bagi mengelakkan angin ahmar atau serangan jantung)



UBAT HATI


Selamat pagi semua..^_^

Ubatlah hati kita dengan 5 perkara...

Monday, April 14

PERGORBANAN SEORANG AYAH TERHADAP ANAKNYA

Hye semua :)

 Sedih Sweet Rose tengok bapa dan anak dalam gambar ini. 
Ibu bapa kita sanggup hidup serba kekurangan dan melupakan kehendak dan keinginan diri sendiri demi melebihkan segala-galanya untuk anak mereka. 

Sanggup pakcik ini gunting bulat2 kain kat seluar dia semata-mata untuk menampal seluar anaknya yang sedang koyak dan menghantar anaknya ke sekolah..alangkah beruntungnya budak ini mendapat seorang ayah yang penuh dengan kasih sayang. Sebak rasa hati tatkala melihat gambar ini..walaupun ia hanya sekadar lukisan..tetapi mempunyai maksud yang sangat mendalam..jadi kita semua haruslah menyayangi mak dan ayah kita selagi mereka masih bernyawa...


- Untuk Renungan Bersama -

Saturday, April 12

TANGGUNGJAWAP ANAK LELAKI (untuk renungan bersama)

Tanggungjawab Anak Lelaki Kepada Ibu bapa Setelah Berkahwin.

Sahabat yang dimuliakan,
Apabila seorang lelaki Muslim berkahwin ia bertanggungjawab memberi nafkah dan segala keperluan kepada isterinya. Samaada nafkah zahir dan batin dan asas pendidikan Islam. Dengan kadar keperluan mengikut kemampuan suami. Bila dikurniakan anak-anak maka  tanggungjawabnya akan bertambah kerana telah menjadi ayah untuk menyara segala keperluan nafkah dan pendidikan anak-anaknya pula.

Walaubagaimana pun ia telah memiliki keluarganya sendiri tetapi tanggungjawab kepada kedua ibu bapanya tidak boleh diabaikan kerana ia masih terikat dengan tanggungjawab tersebut.

Dalam Hadith Sahih Bukhari, seorang lelaki bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w. maksudnya :
“Siapakah yang perlu kita hormati dan kasihi selepas Allah dan Nabi?”
Jawab Nabi “Ibu kamu”
“Selepas itu?”-
“Ibu kamu”
“Selepas itu?”-
“Ibu kamu”
Kali ke 4 lelaki itu bertanya, “Selepas itu?”
Jawab Nabi “Ayah kamu”

Lihatlah betapa tingginya nilai ibu di dalam Islam. Seorang ibu tidak ada apa cara sekalipun dapat kita membalasnya. Seorang lelaki datang kepada Sayyidian Umar al-Khattab r.a dan berkata, "Saya telah mendokong ibu saya sepanjang tawaf dan haji, sudahkah saya dapat membalas jasa ibu." Jawab Umar r.a., " Kamu belum dapat membalas jasa ibumu walaupun setitis air mata ibumu semasa melahirkanmu."

Hadis di atas menjelaskan  selepas Allah dan Rasul-Nya, orang yang perlu dihormati dan dikasihi adalah ibu dan bapa. Bukan setakat menghormati dan mengasihi mereka tetapi segala keperluan hidup ,keselamatan  dan hak-hak mereka perlulah di penuhi sekadar kemampuan si anak tadi.

Menurut Al Qurthubi, derhaka kepada kedua orang tua ialah menyalahi perintah keduanya, sebagaimana bakti keduanya bererti mematuhi perintah mereka berdua. Berdasarkan ini jika keduanya atau salah seorang dari mereka menyuruh anaknya, maka anaknya wajib mentaatinya, jika perintah itu bukan maksiat. Meskipun pada asalnya perintah itu termasuk jenis mubah, begitu pula bila termasuk jenis mandub (sunat).

Dalam sebuah hadis dijelaskan, Rasulullah s.a.w. bersabda: Dari Abdullah bin Amr, ia berkata: "Seorang lelaki datang kepada Rasulullah, lalu berkata: 'Wahai Rasulullah, aku datang untuk berjihad bersama baginda kerana aku ingin mencari redha Allah dan hari akhirat. Tetapi aku datang kesini dengan meninggalkan ibu bapaku dalam keadaan menangis'. Lalu sabda baginda: "Pulanglah kepada mereka. Jadikanlah mereka tertawa seperti tadi engkau jadikan mereka menangis". (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Jadi perintah ibu atau bapa yang bukan bersifat maksiat atau mempersekutukan Allah, maka kita wajib mentaatinya. Namun jika perintah nya bersifat melawan kehendak dan hukum agama, maka tolaklah dengan cara yang baik.

Sahabat yang dimuliakan,
Seorang wanita apabila telah berkahwin, segala tanggungan dirinya adalah adalah dibawah tanggungan suaminya. Amanah ini terlah diserahkan oleh bapa wanita tadi kepada suaminya.

Bagaimana pandangan Islam kedudukan wanita tersebuat terhadap ibu bapanya?

Islam amat menitik beratkan soal silaturahim, perhubungan sebagai anak dan ibu bapa perlu diteruskan seperti biasa. Wanita kena mentaati suaminya dan diberi keutamaan daripada arahan ibu bapanya kerana tanggungjawab dan ketaatan isteri perlu diberikan kepada suaminya. Walaubagaimana pun Islam melarang suami berlaku tidak adil kepada isterinya jika ada sesuatu keperluan ia ingin membantu ibu bapanya yang susah dan memerlukan bantuan.

Pihak suami perlu ingat bahawa setelah ia mengawini wanita tersebut ibu bapa mertuanya adalah telah menjadi mahramnya dan sama taraf dengan ibu bapanya sendiri. Perlulah diberi kasih sayang dan segala keperluan dan hajat mereka berdua jika mereka terdiri daripada orang miskin perlulah diberi bantuan .

Kedua-duanya (suami dan isteri)  wajib berbuat baik kepada kedua orang tua (kedua-dua belah pihak)  selagi ada hayat mereka di dunia ini. Berbuat baik dalam erti kata menyenangkan hati kedua-duanya dan menjaga serta memberikan apa-apa keperluan mereka. Anak perempuan tidak terlepas tanggungjawab dan berbakti kepada orang tuanya. Jika dia mampu dia juga hendaklah berbuat baik kepada kedua ibu bapanya.

Dalam Islam, lelaki adalah ketua keluarga, sebab itulah anak lelaki diberikan lebih tanggungjawab untuk menyara orang tua nya walaupun selepas berkahwin jika dibandingkan dengan perempuan yang kurang tanggungjawabnya untuk berbuat demikian selepas berumah tangga. Sebab itulah dalam Islam anak lelaki beroleh 1/2 nisbah faraid berbanding dengan anak perempuan, ini menunjukkan betapa Islam menghargai tanggungjawab yang dipikul oleh anak lelaki sebagai ketua keluarga.

Namun pendapat yg mengatakan anak perempuan langsung tidak mempunyai tanggungjawab terhadap ibu bapa selepas berkahwin adalah salah sama sekali. Cuba bayangkan jika ibu bapa itu mempunyai 6 orang anak dan kesemuanya adalah perempuan adakah penat lelah selama mereka membesarkan anak-anaknya langsung tidak akan dihargai anak-anaknya selepas anak-anak tersebut berumah tangga? Ini adalah sesuatu yang tidak adil memandangkan mereka tidak merancang untuk mempunyai anak perempuan semuanya.

Di zaman sekarang telah berubah, semua perempuan telah berkerjaya, seharusnya kedua-duanya anak lelaki dan perempuan sama-sama membantu untuk menyara kedua ibu bapa mereka yang telah tua sebagaimana kedua ibu dan bapa telah menyara mereka semuanya.

Walaubagaimana pun sebelum apa-apa bantuan yang ingin diberikan, isteri perlulah meminta  keizinan dan redha daripada suami, sesungguhnya seorang suami yang Mukmin tidak akan menghalang sekiranya isterinya ingin membantu dan memberi khidmat kepada kedua ibu bapanya yang memerlukannya. Isteri perlu faham bahawa redha Allah bergantung kepada redha suami tetapi bagi anak lelaki redha Allah bergantung pada redha ibu bapa.

Sahabat yang dihormati,
Dalam Islam lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. 

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibu dan bapanya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua. Manakala seorang perempuan hanya perlu taat kepada suaminya.

Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tidak baik sedang suaminya membiarkan sahaja tidak menasihatinya maka  dosanya ditanggung oleh suaminya.

Suami kena bagi nafkah pada isteri, sedangkan pendapatan isteri tidak perlu menanggung nafkah keluarga, walaubagaimana pun isteri boleh membantu meringankan beban suami.

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap empat wanita ini: isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya (yang belum berkahwin).

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh empat orang lelaki iaitu suaminya, ayahnya (jika belum berkahwin), anak lelakinya dan saudara lelakinya.

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yang disukainya cukup dengan empat  syarat sahaja:
1. sembahyang lima waktu,
2. puasa di bulan Ramadhan,
3. taat suaminya dan
4. menjaga kehormatannya.

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah dan berdakwah dijalan Allah untuk mendapat redha Allah, tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah akan turut menerima pahala sama seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

Sahabat,
Keruntuhan rumahtangga dan penceraian yang banyak berlaku di dalam masyarakat kita adalah berpunca daripada pasangan suami isteri yang tidak memahami hukum-hukum Islam. Mereka tidak memahami hak-hak sebagai suami atau isteri. Mereka meletakkan nilai kebendaan dan hawa nafsu dihadapan dan meninggalkan nilai iman dan taqwa sebagai nilai hidup mereka. Penceraian boleh berlaku hanya berpunca daripada perkara kecil yang boleh diselesaikan dengan mudah bila ada iman dan pemikiran yang resional.

Jika suami faham bahawa kesabaran, lemah lembut dan bertolak ansur itu adalah akhlak yang ditunjukkan Nabi s.a.w. ketika berada di dalam perselishan pendapat dengan isteri maka si suami akan mengutamakan akhlak ini kerana sungguh besar pahalanya disisi Allah s.w.t.Kerana cerai adalah perkara halal yang dibenci oleh Allah s.w.t. Elakkanlah penceraian jika masih ada jalan penyelesaian yang baik.

Dan juga kalaulah si isteri fahan bahawa betapa besarnya dosa derhaka kepada suami dan tidak akan dapat mencium bau Syurga, maka si isteri akan memilih untuk bersabar dan bertolak ansur semata-mata mencari redha Allah. Perlu diingat perasaan marah, keluarkan suara yang tinggi dihadapan suami, mengeluarkan kata-kata kesat dan ungkit mengungkit perkara lama adalah dari dorongan hawa nafsu dan bisikan syaitan. Syaitan memang suka perpecahan dikalangan keluarga Islam kerana dengan perpecahan ini banyak perkara-perkara negatif akan berlaku.

Kedua ibu bapa samaada di pihak suami atau isteri perlulah menjadi penasihat dan pendamai yang baik bukannya menjadi batu api untuk merosakkan rumah tangga yang telah dibina. Ibu bapa yang menjadi pemusnah rumah tangga bahagia anak mereka sendiri adalah mereka-mereka yang melakukan dosa besar dan menempah tempat duduknya di Neraka, nauzubillah. Sebagai orang tua perlu bersikap positif dan proaktif dan tidak boleh menyebelahi mana-mana pihak jika berlaku perselisihan. Yang penting damaikanlah kerana sifat membantu dan memulihkan suasana tegang adalah sifat ibu bapa yang beriman dan bertaqwa.

SAMBAL TUMIS UDANG DAN AYAM MASAK KICAP

Hye semua..

Resepi rose kali nie pula adalah sambal tumis udang dan ayam masak kicap. Resepi ini resepi yang simple, senang, mudah dan yang paling penting..sedapp..hehehe..masakan sambal tumis udang dan ayam masak kicap style rose. Rasanya versi masakan paling simple je..kalau ada yang nak share resepi rose nie sila kan yer... Resepi yang tak seberapa..:)

SAMBAL TUMIS UDANG

Bahan-bahan :

20 ekor udang ( udang sederhana )
5 sudu besar cili kisar
1 biji bawang besar di kisar
3 ulas bawang putih di kisar
Air asam jawa
Gula
Garam
Sedikit minyak masak

1. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang di kisar td sehingga naik bau.
2. Masukkan cili dan biar cili tu masak sampai pecah minyak.
3. Lepas tu masukkan sedikit gula. 
4. Kacau rata dan masukkan air asam jawa serta garam.
5. Masukkan udang. 
6. Kacau dan biar betul2 masak. 

AYAM MASAK KICAP

Bahan-bahan :

Ayam digoreng 1/2 masak dahulu
Bawang besar
Halia
Cili dikisar
Sos tiram
Kicap manis cap kipas udang

Cara-cara :

1. Panaskan minyak, tumis bawang besar dan halia sehingga naik bau
2. Masukkan cili dikisar, sos tiram dan kicap manis. 
3. Kacau sehingga pekat.
4. Kalau pekat sangat tambahkan sikit air.
5. Masukkan ayam dan kacau rata..

Siap untuk dihidang..^_^


Selamat mencuba..:)

SUP SAYUR CAMPUR

Hye semua..

Kadang-kadang dah tak tahu nak masak sayur apa..sayur yang cepat dimasak, mudah disediakan dan yang paling penting sedap. Kalau ikut Sweet Rose apa sayur pun Sweet Rose makan tapi anak2 bukan semua sayur makan..yang diaorang tau makan sayur sawi je..fish ball semestinya kena campur dalam sayur..sebab anak2 memang suka makan sayur sawi campur fish ball..untuk sedapkan lagi sup sayur campur ni,Sweet Rose letak sedikit udang..nak bagi ada rasa manis sup campur ni..:)


Bahan-bahan :

Bawang merah
Bawang putih
Halia
Udang
Fish ball
Sayur sawi
Perencah sup
Garam secukup rasa

Cara-cara masak :

1. Tumis bawang merah,bawang putih dan halia sampai naik bau.
2. Masukkan pula fish ball. 
3. Gaul sebentar, selepas tu masukkan pula air.
4. Bila air dah nak dekat mendidih, masukkan udang.
5. Akhir sekali masukkan sayur, garam dan perencah sup.

Selamat mencuba..:)

Thursday, April 10

RESEPI KOTIEW GORENG


Malam ni kita masak resepi kotiew goreng biasa...tak tau nak masak apa dah...resepi mudah je..apa yg Rose rasa nak campur dalam kotiew tu Rose campur je..janji ada rasa dan tekak anak2 boleh masuk...hehehe...



Bahan-bahan :

500g kotiew
2 ulas bawang putih (diketuk)
1/2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar minyak masak
1/2 sudu kicap pekat
1 sudu besar cili kering
Tauhu
1 biji telur
Kucai + taugeh
Sedikit air masak + garam + perasa

Cara-cara :

Panaskan minyak masak,tumis bawang putih hingga naik bau.
Masukkan cili kering, sos tiram, kicap pekat, gula, garam dan perasa. 
Masuk air biar sekejap kemudian pecahkan telur dan kacau.
Masukkan kotiew dan gaul sebati. 
Masukkan kucai, taugeh dan tauhu biar sekejap saja,
 lepas tu boleh le angkat letak dalam pinggan.
Untuk hiasan boleh letak bawang goreng daun sup, daun bawang, 
lada jeruk, cabai melaka mengikut cita rasa sendiri ( rose tak letak pun)
Siap..jemput makan..

Selamat mencuba ^_^

Sunday, April 6

KUEY TEOW GORENG DOLI


Selamat petang kawan2 semua...

Korang semua mesti pernah dengar pasal KUEY TEOW goreng DOLI ni memang popular di Taiping. Ingat lagi masa zaman sekolah dulu..Kuey teow doli ni dulu hanya gerai biasa..berniaga di bawah bangunan Larut Matang Taiping...sekarang dah ada restoran sendiri..Bila hari Sabtu ada kelas tambahan atau aktiviti di sekolah mesti singgah makan kat Kuey teow doli ni..sambil tu pekena ais kacang..sedapp..Dah lama rasanya tak makan Kuey teow goreng doli..rindunya nak balik taiping makan kat DOLI ni..tapi apa boleh buat..dengan kesibukan bekerja tak berkesempatan nak balik kampung di Taiping...terliur dibuatnya bila tengok gambar KUEY TEOW DOLI ni....