Saturday, May 31

SAYANGILAH IBU DAN AYAH KITA

Selamat malam semua..:)

Perkongsian dari Page Islam Itu Indah..
Untuk renungan bersama jugak peringatan buat kita semua.
Baca dan renungkan...jika kita sayang ibu dan ayah kita..

Bila mak kata dia teringat,kita jawap kita sibuk sgt.
Bila ayah kata dia rindu,kita jawap nantilah hujung minggu.
Bila mak minta kita pulang,kita jawap kita belum lapang.
Bila ayah minta kita singgah,kita jawap kerja belum selesai.
Bila hati kita terguris,kita kata Mak memang tak pernah paham.
Bila hati kita terguris,kita kata Ayah memang tak ambil kisah.

Tetapi

Bila hati mak kita terguris,mak kata Tak apa,dia masih muda.
Bila hati ayah kita terhiris,ayah kata Tak apa,belum sampai akalnya.
Bila kita menangis tanda lapar,mak berlari bagai hilang kaki.
Bila kita merintih tanda derita,ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena.
Bila kita sedih kerana gagal,mak setia membekalkan cekal.
Bila kita pilu kerana kecewa,ayah teguh berkata dia tetap bangga.



Ya Allah..lindungilah ibu bapa ku..sesungguhnya kami anak-anak selalu lalai dalam setiap perkara..maka teguhkanlah hati kami dalam menunaikan tanggungjawap terhadap kedua ibu bapa kami..Amin

Wednesday, May 28

KEMANGKATAN DYMM SULTAN AZLAN SHAH

Takziah atas kemangkatan kebawah DYMM Paduka Seri Sultan Perak Sultan Azlan Muhibuddin Shah Ibni Almarhun Sultan Yussuf Izzuddin Shah 
( 19 April 1928 - 28 Mei 2014 ).
Al-Fatihah...Semoga Allah merahmati Roh Baginda dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman..Amin


MENDIDIK ISTERI CARA RASULULLAH S.A.W

Perkongsian bersama ^_^
Suami sebagai pemimpin rumahtangga semestinya sentiasa kreatif dalam mendidik isteri. Allah SWT bekalkan kepada kaum lelaki kekuatan akal yang rasional, tidak terlalu emosional atau mudah didorong oleh perasaan. Lelaki tidak mudah tersinggung berbanding dengan wanita. Jika kekuatan akal ini dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya, ditambah pula dengan kesabaran serta kekuatan jasmani untuk mencari nafkah keluarga, seorang suami akan menjadi pelindung dan pendidik yang berwibawa.

Firman Allah SWT:
“Lelaki adalah pemimpin (pembela dan pelindung) bagi wanita, kerana Tuhan telah melebihkan yang satu dari yang lainnya, dan kerana suami telah menafkahkan sebahagian daripada hartanya.”

Kebahagiaan rumahtangga dapai diraih apabila suami dapat menggunakan kekuatan akalnya serta kesabaran dalam menghadapi kerenah dan ragam isteri. Secara mudah, bolehlah dikatakan lelaki adalah makhluk akal manakala wanita adalah makhluk rasa. Perasaan wanita terlalu mudah terusik dengan suasana dan keadaan sekeliling. Oleh itu dalam menghadapi wanita, lelaki hendaklah banyak menggunakan daya fikir. Kalau umpamanya isteri sedang berduka, suami perlu merancang untuk mewujudkan perasaan gembira di dada isteri. Di sinilah perlunya strategi dalam mendidik isteri.
Kaum wanita memang dibekalkan dengan sembilan nafsu dan akal berbanding dengan lelaki hanya satu nafsu dan sembilan akal. Nafsu yang dimaksudkan bukanlah nafsu seks semata-mata tetapi nafsu yang menyebabkan seseorang itu mudah hilang sabar, mudah berprasangka, pemarah, pemboros dalam berbelanja, cepat tersinggung dan sebagainya. Pendek kata, hasil dorongan nafsu itulah lahirnya pelbagai perasaan di dada wanita. Sebab itu dikatakan juga bahawa sembilan persepuluh daripada diri wanita itu ialah perasaan dan satu persepuluh saja pertimbangan akal. Atas dasar inilah isteri mesti dipandu atau dibimbing oleh suami agar segala tindak tanduknya tidak melulu ikut perasaan semata-mata.
Sembilan nafsu pada diri wanita boleh menyebabkan kerosakan pada masyarakat dan keruntuhan rumahtangga jika tidak dipagari dengan ilmu syariat. Mahu tidak mahu suami terpaksa mempelajari sedikit sebanyak ilmu untuk menundukkan wanita atau psikologi wanita serta memenuhkan dada dengan ilmu syariat. Barulah nanti dapat menggunakan kebijaksanaan dalam mendidik isteri sekalipun adakalanya menghadapi ragam isteri yang mencabar kesabaran suami.
Kebijaksanaan mesti disertai pula dengan kesabaran. Kedua-duanya mesti ada pada seorang suami. Kesabaran tanpa kebijaksanaan menyebabkan suami menurut saja kemahuan isteri sehingga isteri lupa daratan. Manakala kebijaksanaan tanpa kesabaran akan menyebabkan suami tewas dengan nafsunya sendiri sehingga bertindak ganas dan boleh mencederakan isteri.

Maknanya, tanpa kesabaran seseorang itu hilang pertimbangan akal dan tidak dapat lagi melihat sesuatu persoalan dengan tenang. Jika kesabaran tidak ada pada diri, ia perlu diusahakan melalui latihan berpandukan ilmu tasauf. Contoh bagaimana kesabaran boleh menundukkan nafsu wanita dapat dilihat pada satu kisah seorang perempuan tua yang suka mengganggu Rasulullah SAW.
Tatkala Rasulullah SAW lalu di sebelah rumahnya, perempuan tua itu akan membaling sampah kepada Rasulullah SAW. Adakalanya dia menaburkan sampah dan serpihan kaca di sepanjang jalan yang akan dilalui oleh Rasulullah SAW. Bahkan pernah juga dia membaling najis semasa Baginda lalu di sebelah rumahnya. Namun sedikit pun tidak dipedulikan oleh baginda. Suatu hari Rasulullah SAW rasa pelik kerana perempuan tua itu tidak menghalangi lagi perjalanannya baik dengan serpihan kaca mahupun dengan sampah yang dibalingkan. Apabila pulang dari masjid, baginda bertanya kepada jiran perempuan tersebut. Rupa-rupanya perempuan itu sakit. Lalu Baginda naik ke rumahnya dengan tujuan untuk berziarah. Rasulullah SAW bertanyakan khabar dan tolong memasakkan air untuk perempuan tua itu. Alangkah terkejutnya perempuan tersebut melihat akhlak Baginda yang sanggup menziarahi dan membantunya tatkala dia sedang sakit. Akhirnya dengan sifat sabar, Rasulullah menghadapi kerenah perempuan tua itu, menyebabkan terbuka hatinya untuk mengucap dua kalimah syahadah.
Dalam peristiwa yang lain, pernah Rasulullah SAW melintasi sekumpulan kaum perempuan, lalu Baginda memberi salam. Namun tiada seorang pun yang menjawab salam baginda. Rasulullah SAW memberi salam sekali lagi. Mereka masih diam juga. Akhirnya setelah tiga kali Rasulullah beri salam, barulah mereka menjawab salam baginda. Apabila ditanya mengapa mereka tidak menyahut salam yang pertama dan kedua, mereka menjawab: “Kami sengaja mahu Rasulullah SAW mendoakan untuk kami.”
Begitu Rasulullah SAW mendidik kaum wanita. Walaupun sesekali kesabaran baginda rasanya tercabar, tetapi Baginda masih dapat menunjukkan akhlak yang paling baik. Kadangkala apabila berhadapan dengan kaum perempuan yang pendek akalnya, kaum lelaki mudah naik angin. Memang tidak dinafikan ada masanya perempuan mengambil masa untuk memahami sesuatu perkara. Tetapi kaum lelaki mestilah menyedari hakikat bahawa kaum perempuan memang sediakala lemah pemikirannya. Oleh itu, suami mestilah bersedia untuk mendidik isteri dengan penuh kasih sayang tanpa rasa jemu walaupun mengambil masa yang panjang.
Suatu ketika datang seorang perempuan berjumpa Rasulullah SAW dan bertanya tentang mandi hadas. Rasulullah SAW menjawab:
“Ambillah sepotong kain perca yang sudah dikasturikan lalu berwuduk dengannya.” Perempuan itu terpinga-pinga kerana tidak memahami keterangan Rasulullah. Lantas dia mengulangi lagi pertanyaannya: “Bagaimana saya hendak berwuduk dengan itu?” Sekali lagi Rasulullah mengulangi jawapan baginda. Tetapi perempuan yang bertanya masih belum memahaminya. Lalu Rasulullah SAW meminta kepada Siti Aishah r.a. supaya menerangkan kepada perempuan itu. Maka Siti Aishah pun berkata: “Ambil sepotong kapas yang bersih, lalu letakkan di tempat darah. Jika kapas itu tetap putih tanda haid sudah berhenti.”

Yang dimaksudkan dengan unsur kasih sayang dalam mendidik isteri bukanlah sekadar kata-kata asmara dana atau pujuk rayu. Tetapi ia lebih daripada itu. Sifat dan perwatakan suami itu sendiri hendaklah mempunyai ciri pengasih, sekalipun jika dia seorang pemimpin. Ada waktu-waktu yang tertentu apabila suami bersama isteri, suami hendaklah merendahkan sifat egonya, seperti mana yang dibuat oleh Rasulullah SAW tatkala bersama Siti Aishah.
Sewaktu Rasulullah SAW dinikahkan dengan Siti Aishah, umur baginda 55 tahun manakala Siti Aishah baru enam tahun dan mereka bersama tatkala Siti Aishah berusia sembilan tahun. Semasa melayan Siti Aishah, ada masanya Rasulullah berlagak seperti kawan sepermainan. Siti Aishah diajak berlumba lari. Kadang-kadang Siti Aishah menang dan adakalanya Rasulullah menang. Bermakna sewaktu bersama isteri, adakalanya Rasulullah melayan kehendak isterinya tanpa menjatuhkan martabatnya sebagai seorang suami yang wajib dihormati oleh isteri. Ini menunjukkan bahawa pada masa-masa tertentu suami mesti pandai memikat hati isteri asalkan tidak sampai terlalai hingga menurut saja segala kemahuan isteri.
Di sinilah perlunya ketegasan seorang suami. Tegas dalam syariat dan tegas dalam perjuangan. Tegas tidak pula bermakna kasar atau garang cuma jangan sampai kerana hendak melayan kehendak isteri, syariat dan perjuangan terpaksa diketepikan. Sebagai pemimpin dalam sesebuah rumahtangga, suami berhak untuk mendidik dan menyelesaikan segala kekusutan fikiran isterinya. Oleh kerana wanita seringkali bertindak mengikut perasaannya, maka adakalanya apabila fikiran terganggu, emosinya juga terikut sama. Tatkala itu kalau ada kesalahan suami walaupun kecil akan diungkit-ungkit lebih-lebih lagilah jika kesalahan itu dianggap besar, mulalah meluap-luap perasaan marahnya pada suami.
Memang satu sifat yang agar sukar untuk dikawal ialah tatkala isteri sedang marah. Kadang-kadang dia mengamuk macam ribut taufan lakunya (sebab itu kebanyakan nama ribut diambil dari nama perempuan umpamanya Taufan Lydia, Ariel, Angela dan lain-lain). Bagaimana sepatutnya tindakan suami untuk mententeramkan isteri yang sedang dilanda ribut taufan ini? Seeloknya didiamkan saja dahulu sampai kemarahannya reda kemudian baru diterangkan dengan sejelas-jelasnya setiap perkara yang perlu diterangkan terutama yang menimbulkan prasangka isteri. Mengapa perlu diamkan saja orang yang sedang mengamuk? Kerana tatkala sedang marah syaitan sengaja meluap-luapkan perasaan marahnya. Kalau dijawab, bererti kita sengaja mencari pasal kerana berlawan dengan syaitan. Maka lebih baik didiamkan sahaja sehingga perasaan marahnya kendur.
Ada kalanya demi keharmonian rumahtangga, ada perkara-perkara tertentu yang tidak sepatutnya diketahui oleh isteri. Kalau perlu disembunyikan dari pengetahuan isteri, sembunyikan sungguh-sungguh. Bukanlah untuk menggalakkan suami mengambil kesempatan melakukan perkara yang sumbang dan berbuat dosa di belakang isteri. Tetapi jika perkara yang disembunyikan itu tidak bertentangan dengan syariat, memang ada baiknya disembunyikan. Mungkin ia berhubung dengan suatu perkara yang isteri masih sukar untuk menerimanya. Hal ini pernah berlaku dalam rumahtangga Rasulullah SAW.
Suatu hari isteri-isteri datang menemui Baginda, dan Siti Aishah, yang mewakili mereka semua, bertanya: “Wahai Rasulullah, di antara isteri-isteri Rasulullah,yang manakah yang paling Rasulullah sayangi?” Rasulullah SAW tersenyum mendengar pertanyaan itu. Rasulullah tidak terus menjawabnya. Bahkan Baginda menyuruh kesemua isterinya pulang dahulu dan berjanji akan memberikan jawapannya kemudian. Bagaimana harus dijawab kalau anda ditanya begitu oleh isteri-isteri anda? Memang tidak dinafikan perasaan kasih sayang itu tidak boleh diberi sama adil. Ini diakui oleh Allah SWT. Tetapi suami mestilah pandai memainkan peranannya supaya jangan ada di kalangan isteri-isteri yang tersinggung perasaanya kerana mengetahui suami lebih sayang kepada isteri yang tertentu. Berbalik kepada kisah tadi, maka seperti biasa Rasulullah SAW mendatangi isteri-isterinya mengikut giliran masing-masing. Rasulullah sedikit pun tidak menyebut mengenai persoalan yang dikemukakan itu. Sebaliknya sebelum baginda meninggalkan isterinya, setiap seorang baginda hadiahkan sebentuk cincin dan baginda berpesan agar mereka tidak memberitahu pada isteri-isteri yang lain.
Pada hari yang telah ditetapkan Rasulullah SAW menyuruh isteri-isterinya berkumpul kerana baginda hendak memberi jawapan kepada persoalan yang dikemukakan. Maka berdebar-debarlah hati masing-masing untuk mengetahui siapakah di antara mereka yang paling disayangi oleh Rasulullah. Ada yang terasa pasti jawapannya Siti Aishah kerana beliaulah yang termuda di antara mereka. Tetapi dengan kebijaksanaan Rasulullah SAW, Baginda pun berkata, “Isteri yang paling disayangi ialah mereka yang diberi cincin kepadanya.” Maka tersenyumlah isteri-isteri Rasulullah kerana setiap seorang menyangka dia sahaja yang menerima cincin tersebut. Begitulah sepatutnya tindakan suami, pandai menyelesaikan kekusutan fikiran isteri.
Satu perkara lagi biasanya kaum perempuan suka berleter atau setengah orang kata macam mulut murai. Suami yang bijak akan berdiam dan tidak menjawab leteran isteri. Ini bukan bermakna suami mengalah, tetapi sebagai satu strategi. Ibarat orang sedang sakit gigi. Gigi yang sakit jangan terus dicabut kerana akan bertambah sakitnya. Hendaklah tunggu sehingga sakitnya berkurangan barulah dicabut. Maknanya isteri yang sedang berleter, jangan dinasihati. Hendaklah tunggu keadaannya menjadi kendur, barulah boleh dinasihati. Dan nasihat itu mestilah kena pada tempatnya. Maka barulah diterima dan dirasakan seperti kepala yang disirami embun pagi pada kala panas terik. Rasulullah SAW juga pernah berhadapan dengan kerenah perempuan yang suka berleter. Rasulullah tidak menjawab sepatah pun. Baginda memberi peluang kepada perempuan tersebut meluahkan ketidakpuasan hatinya. Apabila kesemuanya telah diluahkan, barulah baginda memberi penjelasan atau pun memaafkan saja dan melupakan perkara tersebut.
Tidak semua suami memiliki isteri yang banyak kerenah. Beruntunglah suami yang memiliki isteri yang sikapnya terlalu pengasih terhadap suami dan anak-anak. Perempuan begini rela mengorbankan seluruh jiwa dan raganya untuk kebahagiaan suami dan anak-anak. Dia akan bersikap sebagai penghibur, penyayang, pendorong dan pembantu kepada perjuangan suami sekiranya suaminya seorang pejuang atau pendakwah. Isteri begini bukan sahaja tidak membebankan suami dengan masalah-masalahnya, bahkan dia akan berusaha untuk menyelesaikan masalah suaminya. Sabda Rasulullah SAW:
“Barangsiapa memiliki isteri yang solehah, maka sesungguhnya ia telah memiliki separuh dari agamanya.”

Rasulullah SAW juga bersabda yang bermaksud
“Dunia adalah hiasan dan hiasan yang terbaik ialah memiliki isteri yang solehah.”
Apabila wanita dapat dididik dengan betul, maka ia dapat memberi kebaikan yang besar kerana di tangan wanitalah penentu corak generasi akan datang. Kelembutan dan kehalusan belaian tangan wanita yang solehah boleh membahagiakan seisi alam.

sumber dari : http://myibrah.com/mendidik-isteri-cara-rasulullah-s-a-w

SELAMAT PAGI TEMAN-TEMAN

Selamat pagi teman2...
Semoga bahagia disamping orang tersayang ^_^


Monday, May 26

LUAHAN HATI SEORANG BERNAMA ISTERI

Selamat pagi semua ^_^

Luahan hati seorang bernama isteri

dariMu aku dijadikan,
sumbangan Mu memberikan satu keindahan,
yang hanya dapat dibuktikan dengan satu ikatan..
seperti Cintaku kepadaMu..Ya Allah..

dari susuk tubuh seorang lelaki,
aku bergelar isteri,
yang layak diberi haruman kasturi,
untuk bekalan berhari-hari sebagai teman sejati..

salahkah aku meminta manja
seperti adam dan hawa,
salahkah aku meminta belaian
seperti Kekasih Allah, Muhammad dan Isteri-isterinya..

aku seorang perempuan,
aku juga seorang anak,
bahkan aku seorang isteri,
yang bakal bergelar seorang ibu,
tiada menadah laut meminta hujan,
tiada sinar menyuluh alam,
hanya mengilap kaca untuk dijadikan berlian..

kesedaran ini menguji diri,
kesilapan ku anggap gurauan,
kesakitan ku anggap kebahagiaan,
kekecewaan ku anggap keharmonian,
hanya untuk mu suamiku,
senyuman seindah bungaan,
mekar harum tiada tampak madunya..

atas perasaan anugerah Ilahi,
aku redha menerima seadanya,
kerana dia suamiku yang dicintai,
sekadar di dunia, bahagia sejati di sana..
sedarkan dia atas kehadiran ku,
pelengkap rusuk seorang suami...

Nukilan isterimu
copy paste by 
SweetMuslimah.com


Subhanallah...sedapnya nukilan ini ^_^

Sunday, May 25

RESEPI BIHUN GORENG

Selamat pagi semua...
Resepi Bihun Goreng

Bahan-bahan :

1 bungkus bihun - direndam hingga lembut
200gm daging - potong dadu 
50gm kobis 
Secekak taugeh
3 ulas bawang putih - dikisar
2 ulas bawang merah - dikisar 
1/2 cawan cili blender
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos tiram
Garam dan gula secukup rasa
Kiub ikan bilis
1/2cawan air

Cara-cara :

Tumis bawang putih dan bawang merah sehingga wangi dan masukkan cili blender.
Masukkan pula kicap pekat, sos tiram dan daging. Kacau hingga sebati dan masukkan pula sedikit garam,gula,kiub ikan bilis dan air. Biar sampai daging lembut dan masak hingga mendidih.
Seterusnya masukkan bihun dan sayur kobis. Kacau hingga bihun lembut serta sebati dengan bahan-bahan yg ditumis tadi.Akhir sekali masukkan taugeh dan kacau sebentar. 
Siap untuk dihidang.


Selamat mencuba..:)

Saturday, May 24

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA SAHKAN COKLAT CADBURY ADA DNA KHINZIR

Kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh KKM..aduhai..ada jugak yang rose pernah termasuk dalam perut terutama perasa coklat cadbury susu dgn kacang hazel dan jugak perasa yang lain. Bila kita dah tau, jauhkan. Allahuakbar...dah berapa banyak khinzir yang kita dah termakan...Allaaaahhhh..!!!



Thursday, May 22

ANTARA INTIPATI TAZQIRAH USTAZ KAZIM ELIAS

Selamat pagi semua..:) 

Sedikit perkongsian ceramah yang rose dengar dari Ustaz Kazim Elias di facebook tadi..seronok dengar ceramah Ustaz Kasim ni..

Renungan bersama... 

Antara Intipati Tazqirah...Ustaz Kazim Elias...

" Terlalu banyak menggunakan waktu pejabat untuk urusan peribadi menyebabkan rezeki yang diperolehi dari gaji bulanan menjadi shubahah "

Mungkin tanpa kita sedar atau sedar tapi tidak begitu mengindahkan....
maklumlah dah menjadi amalan begitu dan tanpa rasa bersalah atau segan...


Peringatan buat diriku sendiri...
semoga Allah sentiasa merahmati hidup kita semua..Amin

Sunday, May 18

RESEPI KEK MARBLE

Selamat petang semua..

Rasanya dah lama rose tak buat kek..kali ni nak cuba resepi kek marble dari kak fazilah bf rose..dah lama kak zila bagi resepi ni..masa je takde nak buat. Kebetulan petang td semua keja dah habis jadi ada le masa untuk buat kek marble ni. Jom kita tengok resepi kek marble ni..

KEK MARBLE

Baha-bahan :

2 cawan tepung gandum
1 cawan marjerin
1 cawan gula
3 biji telur gred A
1 sudu besar baking powder
3 sudu besar susu pekat
1 sudu kecil esen vanilla
Pewarna coklat

Cara-cara :

1. Pukul marjerin, gula sampai kembang
2. Masukkan telur sebiji-biji
3. Masukkan tepung gardum dan baking powder sikit2 sampai habis
4. Lepas tu masukkan esen vanilla dan susu pekat, mesin sampai sebati.
5. Bahagi bancuhan kepada dua bahagia
6. Sapu loyang dengan marjerin dan taburkan tepung gandum sikit supaya
 tidak melekat.
7. Bakar dalam suhu 180'c selama 40 minit.





Selamat mencuba..:)

Friday, May 16

UCAPAN SELAMAT HARI GURU


16 Mei 2014 - Selamat Menyambut Hari Guru buat semua cikgu-cikgu di Malaysia..
Kegigihan cikgu dalam mendidik tidak akan kami lupakan...
Jasamu tetap dalam ingatan..Love u dear teacher..
SMK Convent Taiping..:)



BERSYUKUR KEATAS REZEKI YANG KITA PEROLEHI

Hye Semua :)

Salam Jumaat...Ya Allah..aku bersyukur padaMu kerana diberi nafas untuk menikmati kehidupan dan dapat melihat Keindahan CiptaanMu sekali lagi pada hari jumaat ini...ampunkan dosaku, peliharalah nafsuku, tetapkan pendirianku, tanamkan sifat2 mahmudah dalam diriku, semoga aku tergolong dalam golongan yang Kau redhai. Aamiin...

Kehidupan ini ada masa kita gembira..ada masa kita sedih. Bersyukurlah disaat kita diberi kegembiraan dan bersabarlah bila kita diuji dgn kesedihan. Allah SWT Maha Mengetahui apa yg terbaik untuk setiap hamba NYA..


Jangan pernah lupa ucap syukur ke atas semua rezeki yang kita perolehi. Bila-bila masa ianya boleh ditarik semula ..Syukur alhamdulillah..terima kasih Allah..:)


Wednesday, May 14

KETIKA USIA 40 TAHUN TIBA

Sweet rose sekadar ingin berkongi sedikit cerita kisah diusia 40 tahun..ianya sekadar untuk peringatan kita bersama..semoga kita semua akan mendapat hidayah dengan membacanya...aminn  


Ramai tidak sedar dalam al-Quran ada menyentuh tentang usia ini. Tentu ada yang sangat penting, perlu diperhatikan dan diambil serius akan perkara ini. Allah swt. berfirman,

حَتَّى إَذَا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَبَلَغَ أَرْبَعِيْنَ سَنَةً قَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِى أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِى أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِى فِى ذُرِّيَّتِى إِنِّى تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّى مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ

"Apabila dia telah dewasa dan usianya sampai empat puluh tahun, ia berdoa, “Ya Tuhanku, tunjukkanlah aku jalan untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang engkau redhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang muslim.” (al-Ahqaf: 15)

Usia 40 tahun disebut dengan jelas dalam ayat ini. Pada usia inilah manusia mencapai puncak kehidupannya baik dari segi fizikal, intelektual, emosi, mahupun spiritualnya. Benar-benar telah meninggalkan usia mudanya dan melangkah ke usia dewasa yang sebenar.

Doa yang terdapat dalam ayat tersebut dianjurkan untuk dibaca oleh mereka yang berusia 40 tahun dan ke atas. Di dalamnya terkandung penghuraian yang jelas bahawa mereka; telah menerima nikmat yang sempurna, kecenderungan untuk beramal yang positif, telah mempunyai keluarga yang harmoni, kecenderungan untuk bertaubat dan kembali kepada Allah

Pada ayat yang lain, firman Allah;

أَوَلَمْ نُعَمِّرْكُمْ مَا يَتَذَكَّرُ فِيْهِ مَنْ تَذَكَّرَ وَجَاءَكُمُ النَّذِيْرُ

Apakah Kami tidak memanjangkan umurmu dalam tempoh yang cukup untuk berfikir bagi orang-orang yang mahu berfikir, dan (apakah tidak) datang kepadamu pemberi peringatan? (al-Fathir: 37)

Menurut Ibnu Abbas, Hasan al-Bashri, al-Kalbi, Wahab bin Munabbih, dan Masruq, yang dimaksud dengan “umur panjang dalam tempoh yang cukup untuk berfikir” dalam ayat tersebut tidak lain adalah ketika berusia 40 tahun.

Menurut Ibn Kathir, ayat ini memberikan petunjuk bahawa manusia apabila menjelang usia 40 tahun hendaklah memperbaharui taubat dan kembali kepada Allah dengan bersungguh2.

Apabila itu berlaku menjelang usia 40 tahun, maka Allah memberikan janjiNya dalam ayat selepas itu: (maksudnya) Kematangan.

Usia 40 tahun adalah usia matang untuk kita bersungguh-sungguh dalam hidup. Mengumpulkan pengalaman, menajamkan hikmah dan kebijaksanaan, membuang kejahilan ketika usia muda, lebih berhati-hati, melihat sesuatu dengan hikmah dan penuh penelitian. Maka tidak hairan tokoh-tokoh pemimpin muncul secara matang pada usia ini. Bahkan Nabi s.a.w, seperti yang disebut oleh Ibn ‘Abbas:

“Dibangkitkan Rasulullah s.a.w pada usia 40 tahun” (riwayat al-Bukhari).
Nabi Muhammad saw. diutus menjadi nabi tepat pada usia 40 tahun. Begitu juga dengan nabi2 yang lain, kecuali Nabi Isa as. dan Nabi Yahya as.

Banyak negara menetapkan untuk menduduki jabatan2 elit seperti ketua negara, disyaratkan bakal calon harus telah berusia 40 tahun. Masyarakat sendiri mengakui prestasi seseorang mantap tatkala orang itu telah berusia 40 tahun. Soekarno menjadi presiden pada usia 44 tahun. Soeharto menjadi presiden pada umur 46 tahun. J.F. Kennedy 44 tahun. Bill Clinton 46 tahun. Paul Keating 47 tahun. Sementara Tony Blair 44 tahun.

Mengapa umur 40 tahun begitu penting.

Menurut Ibnu Qayyim Al-Jauziyah usia manusia diklasifikasikan menjadi 4 (empat) period, iaitu
1. Kanak-kanak ( sejak lahir hingga akil baligh )
2. Muda atau syabab ( sejak akil baligh hingga 40 tahun )
3. Dewasa ( 40 tahun hingga 60 tahun )
4. Tua atau syaikhukhah ( 60 tahun hingga mati )

Usia 40 tahun adalah usia ketika manusia benar-benar meninggalkan masa mudanya dan beralih kepada masa dewasa penuh. Kenyataan yang paling menarik pada usia 40 tahun ini adalah meningkatnya minat seseorang terhadap agama sedangkan semasa mudanya jauh sekali dengan agama. Seolah-olah macam satu fitrah di usia ini ramai yang mula menutup aurat dan mendekati kuliah-kuliah agama.

Salah satu keistimewaan usia 40 tahun tercermin dari sabda Rasulullah saw.,

لعَبْدُ الْمُسْلِمُ إِذَا بَلَغَ أَرْبَعِيْنَ سَنَةً خَفَّفَ اللهُ تَعَالَى حِسَابَهُ ، وَإِذَا بَلَغَ سِتِّيْنَ سَنَةً رَزَقَهُ اللهُ تَعَالَى الْإِنَابَةَ إِلَيْهِ ، وَإِذَا بَلَغَ سَبْعِيْنَ سَنَةً أَحَبَّهُ أَهْلُ السَّمَاءِ ، وَإِذَا بَلَغَ ثَمَانِيْنَ سَنَةً ثَبَّتَ اللهُ تَعَالَى حَسَنَاتِهِ وَمَحَا سَيِّئَاتِهِ ، وَإِذَا بَلَغَ تِسْعِيْنَ سَنَةً غَفَرَ اللهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ وَمَا تَأَخَّرَ وَشَفَّعَهُ اللهُ تَعَالَى فِى أَهْلِ بَيْتِهِ ، وَكَتَبَ فِى السَّمَاءِ أَسِيْرَ اللهِ فِى أَرْضِهِ – رواه الإمام أحمد

"Seorang hamba muslim bila usianya mencapai 40 tahun, Allah akan meringankan hisabnya (perhitungan amalnya). Jika usianya mencapai 60 tahun, Allah akan memberikan anugerah berupa kemampuan kembali (bertaubat) kepadaNya. Bila usianya mencapai 70 tahun, para penduduk langit (malaikat) akan mencintainya. Jika usianya mencapai 80 tahun, Allah akan menetapkan amal kebaikannya dan menghapus amal keburukannya. Dan bila usianya mencapai 90 puluh tahun, Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan dosa-dosanya yang dahulu, Allah juga akan memberikan pertolongan kepada anggota keluarganya, serta Allah akan mencatatnya sebagai tawanan Allah di bumi. (riwayat Ahmad)

Hadis ini menyebut usia 40 tahun paling awal memiliki komitmen terhadap penghambaan kepada Allah swt. sekaligus konsisten terhadap Islam, maka Allah swt. akan meringankan hisabnya. Orang yang usianya mencapai 40 tahun mendapatkan keistimewaan berupa hisabnya diringankan. Tetapi umur 40 tahun merupakan saat harus berhati2 juga. Ibarat waktu, orang yang berumur 40 tahun mungkin sudah masuk senja. Abdullah bin Abbas ra. dalam suatu riwayat berkata, “Barangsiapa mencapai usia 40 tahun dan amal kebajikannya tidak mantap dan tidak dpt mengalahkan amal keburukannya, maka hendaklah ia bersiap-siap ke neraka.”

Imam asy-Syafi’i tatkala mencapai usia 40 tahun, beliau berjalan sambil memakai tongkat. Jika ditanya, jawab beliau, “Agar aku ingat bahwa aku adalah musafir. Demi Allah, aku melihat diriku sekarang ini seperti seekor burung yang dipenjara di dalam sangkar. Lalu burung itu lepas di udara, kecuali telapak kakinya saja yang masih tertambat dalam sangkar. Komitmenku sekarang seperti itu juga. Aku tidak memiliki sisa2 syahwat untuk menetap tinggal di dunia. Aku tidak berkenan sahabat-sahabatku memberiku sedikit pun sedekah dari dunia. Aku juga tidak berkenan mereka mengingatkanku sedikit pun tentang hiruk pikuk dunia, kecuali hal yang menurut syara’ lazim bagiku. Di antara aku dan dia ada Allah.”

Lantas, apa yang harus kita lakukan menginjak usia 40 tahun?

1. Meneguhkan tujuan hidup
2. Meningkatkan daya spiritual
3. Menjadikan uban sebagai peringatan
4. Memperbanyak bersyukur
5. Menjaga makan dan tidur
6. Menjaga istiqamah dalam ibadah.

Jika ada yang mengatakan bahawa: Life began at forty, saya cenderung berpendapat kehidupan yang dimaksudkan ialah kehidupan terarah kepada mendekatkan diri kepada penciptaNya dengan sebenar-benarnya. Tetapi satu perkara yang kita harus sentiasa sedar bahawa kematian memanggil kita bila-bila masa tanpa tanda, tanpa alamat dan tanpa mengira usia. Jika kita beranggapan harus menunggu usia 40 tahun untuk baru memulakan kehidupan yang dimaksudkan di atas, maka rugi dan sia-sia lah hidup kita jika umur kita tidak panjang.

Maksud sabda Nabi Muhammad S.A.W ," Orang yang bijak adalah orang yang selalu mengingati mati".

Ramai manusia tertipu dengan keindahan dunia dan isinya yang bersifat sementara. Sejak Nabi Adam as. sehingga kini, kesemuanya telah kembali kepada Allah swt. tidak kira kaya atau miskin, berpangkat atau tidak. Mengingati mati bukan bermakna kita akan gagal di dunia tetapi dengan mengingati mati kita akan menjadi insan yang berjaya di dunia dan di akhirat. janganlah menunggu sehingga esok untuk membuat persediaan menghadapi kematian, kerana mati boleh datang pada bila-bila masa..


Usia sweet rose pun hampir 40 tahun..
semoga diriku ini bertambah baik daripada sebelumnya..aminn

DOAKU HARI INI

YA ALLAH..
terima kasih atas kehidupanku hari ini
untuk nafasku dan rezekiku yang
kau limpahkan kepadaku...
Ku mohon seandainya aku tak memiliki cukup waktu untuk membahagiakan 
ORANG TUAKU,ORANG YANG KU SAYANG DAN SAHABAT2KU..
satu pintaku bahagiakan mereka dengan kasih sayangmu...
berikan juga kami kekuatan untuk menghadapi hari2 kami..Aminn...



Semoga hari ini lebih baik dari semalam..:)

Tuesday, May 13

TEMPAHAN VECTOR POTRAIT KU DI EDIT OLEH PUAN AZHAFIZAH

Selamat pagi semua..:)

Sweet Rose nak Promote sikit gambar vector yang dah diedit oleh Puan Azhafizah..selama ni Sweet Rose tak tahu apa itu gambar vector...bila dah ada blog sendiri ni baru Sweet Rose tahu apa itu gambar vector..bila tengok blog orang lain..cantik2 gambar vector dorg..kebetulan Sweet Rose saje2 le klik kat Google edit foto vector tu..dengan harapan ada le tuan blog yang boleh edit gambar vector Sweet Rose ni...kebetulan terjumpa blog Sihatimerahjambu ni..cantik gambar vector yg dia edit..Jom tengok gambar vector Sweet Rose yang dah diedit oleh Puan Azhafizah..

Gambar asal Sweet Rose 


Vector Potrait Sweet Rose 


Kalau korang berkenan dan teringin nak tempah gambar Vector Potrait macam Sweet Rose ni...
boleh tengok link kat sini ye : http://www.azhafizah.com/p/tempahan.html
Blog SihatiMerahJambu ni bukan setakat edit vector potrait je...untuk yang nak edit blog full template  pun ada...cantik2 blog yang diedit oleh puan Azhafizah ni..:)

SELAMAT HARI JURURAWAT

Selamat malam semua..:)

Istimewa buat mereka yang bergelar JURURAWAT 
Insan ini banyak membantu kita...
Terima Kasih buat Jururawat ...


Selamat Hari Jururawat
12 Mei 2014

Monday, May 12

ANAK DERHAKA SEMAKIN RAMAI

Semoga anak2 kita menjadi anak2 yang baik dan sayang pada kita org tua mereka... 

“Sesiapa yang membuat ibu dan bapanya gembira (memberi keredhaan), maka sesungguhnya ia mendapat redha Allah s.w.t”. (Hadis Riwayat Bukhari)





Risau bila dipikirkan anak zaman sekarang ni...bila direnung kembali ramai ibu bapa yg dihantar ke Rumah Orang Tua..kemana pergi nya anak2 sampai sanggup menghantar ibu bapa mereka ke rumah orang tua...walau apa pun silap ibu bapa kita pada kita..tidak seharusnya kita melakukan seperti itu..kita yang muda pasti akan tua juga suatu hari nanti...mungkin suatu hari nanti anak2 kita juga akan melakukan perkara yang sama sepertimana kita melakukan..ALLAH itu Maha Adil..janganlah sesekali kita pinggirkan kedua ibu bapa kita..sepertimana kita memerlukan mereka..seperti itu juga la mereka memerlukan kita. Semoga anak2 kita menjadi anak2 yang baik dan sayang pada ibu bapa. 
Sekadar peringatan buat kita semua...jugak peringatan buat diriku sendiri..

Friday, May 9

UCAPAN SELAMAT HARI IBU...BUAT IBU KU...NORSIAH BT WAN CHIK


DOA buat IBU
Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...
Ya ALLAH Ya TUHANku...
Rendahkanlah suaraku, perindahkan ucapanku dan lembutkan hatiku untuk ibuku..Norsiah bt Wan Chik
Berikan ia balasan yang sebaik-baiknya atas didikannya padaku...
Peliharakanlah dia sebagaimana dia memeliharaku...

Ya ALLAH Ya TUHANku...
Ampunilah dosa-dosanya dan kasihanilah dirinya sebagaimana dia mengasihanku sejak kecil...
Panjangkanlah usianya, murahkan rezekinya dan berikanlah keberkatan dunia dan akhirat dalam hidup kami sekeluarga...

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung dan Engkaulah yang Maha Pengasih diantara semua pengasih...
...Amin Ya Rabbal Alamin...

Thursday, May 8

BERHATI-HATI KETIKA MEMBELI PRODUK MINUMAN ATAU MAKANAN


Berhati hati ketika membeli susu Dutch Lady



Sweet Rose dapat perkongsian gambar ini di facebook mengenai air kotak minuman susu Dutch Lady yang sudah tidak elok untuk diminum..sangat bahaya untuk kesihatan. Ikuti perkongsian dibawah ini :-

Sudah menjadi kemestian setiap bulan membeli 4-5 kotak Susu Dutch Lady utk keluarga sebab yakin dgn kandungannya yg 'Berkhasiat'. ...sume stok susu DL saya simpan dlm peti sejuk. .. .tp semalam sgt mengejutkan saya ialah salah satu susu perisa coklat mengandungi benda yg sgt meloyakan....susu kotak tlh dibuka dlm lingkungan 4- 5 hari (dlm peti sejuk dan bertutup rapat). ...biasanya saya beli susu DL di Carefour BTHO.....smlm call DL nak wat report tp operator suh call blk arini.. arini call lg.. .tp hampeh!! !.... Demi keselamatan pengguna saya post kat fesbuk sbb xtau cara camne lg dah..petikan ini diambil dari rakan facebook sweet rose...


Wednesday, May 7

KHASIAT BUAH EPAL HIJAU

Khasiat Buah Epal Hijau (Menarik!) | Tidak ramai yang tahu tentang khasiat makan buahepal hijau ini. Kebiasaannya tertumpu kepada epal merah kerana rasanya yang lebih manis berbanding hijau sedikit masam. Mengunyah sebiji epal atau meminum jusnya setiap hari sudah cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolesterol dalam badan.Kajian menunjukkan epal mengandungi elemen kesihatan phytonutrient yang boleh melambatkan pengoksidan kolesterol yang tidak baik.



Berikut ialah kelebihan dan khasiat epal hijau yang perlu kita ketahui :
1. Membantu mencegah pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.
2. Mengurangkan risiko penyakit jantung.
3. Membantu kesihatan membran paru-paru.
4. Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
5. Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
6. Membantu mengekalkan berat badan.
7. Mengurangkan tekanan penyakit asma.
8. Mengurangkan risiko barah.
9. Adalah digalakkan untuk memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.
10. Untuk mereka yang mempunyai masalah sembelit atau sistem penghadaman, kisarkan epal hijau dengan saleri dan minum setiap pagi sebelum sarapan. Amalan ini dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau sememangnya merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.
11. Untuk kesegaran kulit wajah pula, potong epal hijau dan rendamkan seketika dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan hirisan epal hijau tersebut di atas muka dan biarkan selama 15 minit. Pasti anda dapat rasakan kesegarannya dan jika diamalkan selalu boleh melicinkan kulit muka.
Banyak khasiat yang terdapat dalam buah epal hijau ini. Antaranya dapat membantu mengurangkan penyakit berisiko tinggi seperti penyakit barah, jantung, asma, paru-paru dan lain lagi. Apa yang paling penting, perbanyakkan juga minum air setiap hari.
Petikan diambil dari -Melayukini.net -