Monday, June 30

FADHILAT AYAT KURSI

FADHILAT AYAT KURSI 


Ayat Kursi diturunkan pada suatu malam selepas Hijrah. Menurut riwayat, ketika ayat kursi diturunkan disertai dengan beribu-ribu malaikat sebagai penghantarnya, kerana kebesaran dan kemuliaannya.

Syaitan dan Iblis men
jadi gempar kerana adanya suatu alamat yang menjadi perintang dalam perjuangan nya.

Rasulallah s.a.w segera memerintah kepada penulis alQuran iaitu Zaid bin Thabit agar segera menulisnya dan menyebarkannya.

Ada terdapat sembilan puluh lima buah hadis yang menjelaskan fazilat ayat kursi. Sebabnya ayat ini disebut ayat KURSI kerana di dalam nya terdapat perkataan KURSI, ertinya tempat duduk yang megah lagi yang mempunyai martabat.

Perlu di ingat, bukan yang di maksudkan dengan KURSI ini tempat duduk tuhan, tetapi adalah KURSI itu syiar atas kebesaran Tuhan.

Khasiat Ayat Kursi:

Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan istikamah setiap kali selesai sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali masuk kerumah atau kepasar, setiap kali masuk ke tempat tidur dan musafir, insyaallah akan diamankan dari godaan syaitan dan kejahatan raja-raja (pemerintah) yang kejam, diselamatkan dari kejahatan manusia dan kejahatan binatang yang memudharatkan. Terpelihara dirinya dann keluarganya, anak-anak nya, hartanya, rumahnya dari kecurian, kebakaran dan kekaraman.

Terdapat keterangan dalam kitab Assarul Mufidah, barang siapa yang mengamalkan membaca ayat kursi, setiap kali membaca sebanyak 18 kali, inyaallah ia akan hidup berjiwa tauhid, dibukakan dada dengan berbagai hikmat, dimudahkan rezekinya, dinaikkan martabatnya, diberikan kepadanya pengaruh sehingga orang selalu segan kepadanya, diperlihara dari segala bencana dengan izin Allah s.w.t.

Salah seorang ulama Hindi mendengar dari salah seorang guru besarnya dari Abi Lababah r.a, membaca ayat Kursi sebanyak anggota sujud (7 kali) setiap hari ada benteng pertahanan Rasulallah s.a.w.

Syeikh Abul ‘Abas alBunni menerangkan: “Sesiapa membaca ayat Kursi sebanyak hitungan kata-katanya (50 kali), di tiupkan pada air hujan kemudian diminumnya, maka inysyaallah tuhan mencerdaskan akalnya dan memudahkan faham pada pelajaran yang dipelajari.

Sesiapa yang membaca ayat Kursi selepas sembahyang fardhu, Tuhan akan mengampunkan dosanya. Sesiapa yang membacanya ketika hendak tidur, terpelihara dari gangguan syaitan, dan sesiapa yang membacanya ketika ia marah, maka akan hilang rasa marahnya.

Syeikh alBuni menerangkan: Sesiapa yang membaca ayat Kursi sebanyak hitungan hurufnya (170 huruf), maka insyaallah, Tuhan akan memberi pertolongan dalam segala hal dan menunaikan segala hajatnya, dam melapangkan fikiranyan, diluluskan rezekinya, dihilangkan kedukaannya dan diberikan apa yang dituntutnya.

Barang siapa membaca ayat Kursi ketika hendak tidur, maka Tuhan mewakilkan dua malaikat yang menjaga selama tidurnya sampai pagi.

Abdurahman bin Auf menerangkan bahawa, ia apabila masuk kerumahnya dibaca ayat Kursi pada empat penjuru rumahnya dan mengharapkan dengan itu menjadi penjaga dan pelindung syaitan.

Syeikh Buni menerangkan: sesiapa yang takut terhadap serangan musuh hendaklah ia membuat garis lingkaran denga nisyarat nafas sambil membaca ayat Kuris. Kemudian ia masuk bersama jamaahnya kedalam garis lingkaran tersebut menghadap kearah musuh, sambil membaca ayat Kursi sebayak 50 kali, atau sebanayk 170 kali, insyaallah musuh tidak akan melihatnya dan tidak akan memudharatkannya.

Syeikul Kabir Muhyiddin Ibnul Arabi menerangkan bahawa; sesiapa yang membaca ayat Kursi sebayak 1000 kali dalam sehari semalam selama 40 hari, maka demi Allah, demi Rasul, demi alQuran yang mulia, Tuhan akan membukakan baginya pandangan rohani, dihasilkan yang dimaksud dan diberi pengaruh kepada manusia. (dari kitab Khawasul Qur’an)

Sunday, June 29

RESEPI AYAM MASAK MERAH

Hye semua..:)

Petang tadi lepas masak lauk untuk berbuka puasa rose tak sempat nak update resepi Ayam Masak Merah ni kat blog..sibuk macam2 benda nak kena buat..malam ni baru boleh share resepi dengan korang semua..resepi Ayam Masak Merah simple dan mudah..tambahan pula menu ayam masak merah ni kegemaran anak dara rose..dia memamg suka sangat menu ni. Jom kita tengok resepi nya..:)


RESEPI AYAM MASAK MERAH

Bahan-bahan:

1 ekor ayam ( potong 12 )
1 biji bawang besar ( blend )
5 ulas bawang merah ( blend )
3 ulas bawang putih ( blend )
1 cm halia ( blend )
1 biji bawang besar ( potong bulat - hiasan )
2 batang serai ( ketuk )
3-4 sudu makan cili boh
1-2 sudu makan sos tomato
Air asam jawa
Garam, Gula @ perasa

Cara-Cara:

1. Perasakan ayam dengan garam kunyit, goreng 2/3 masak dan ketepikan. 
2. Tumiskan bahan kisar bersama serai hingga wangi dan garing. 
3. Masukkan cili boh, tumis hingga pecah minyak. 
4. Masukkan sos tomato dan kacau sebati. 
5. Masukkan air asam jawa, garam, gula dan sesuaikan rasa (Tambah air jika nak lebih berkuah). 
6. Masukkan ayam, kacau sebati. 
7. Kemudian masukkan bawang besar dan kacau sebentar. 
8. Angkat dan boleh dihidang untuk berbuka.

Selamat mencuba ^_^

Saturday, June 28

SALAM RAMADHAN AL- MUBARAK

Hye semua..:)


Mohon ampun dan maaf atas kesalahan yang rose lakukan pada semua secara sedar atau tidak kerana...sehari lagi Ramadhan akan tiba..sehari lagi Tidur menjadi Ibadah..sehari lagi DOA menjadi Ijabah..sehari lagi PAHALA di lipat gandakan..tapi..itu semua tidak akan terjadi tanpa maaf yang tulus dan ikhlas dari sahabat2 semua..rose menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf andai..Lisan diri ini yang terlanjur..janji diri ini yang terabai..hati yang berprasangka dan semua sikap diri ini yang menyakitkan semua orang...

Selamat menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan ini..semoga puasa kita semua di terima oleh Allah swt..Amin.

Mohon maaf atas kekhilafan diri ini


Jangan lupa baca niat puasa ye..:)






Friday, June 27

FILEM TRANSFORMERS : AGE OF EXTINCTION

Filem Transformers : Age Of Extinction


Transformers : Age Of Extinction...haa, rasanya memang ramai yang telah lama menunggu filem sekuel keempat Transformers ni ditayangkan di pawagam bermula 26 Jun 2014 di seluruh Malaysia kan? termasuk la rose dan Anak2 yang memang suka dengan movie Transformes ni..dari Transformers satu sampai Transformers yang tiga rose dan anak2 tengok..jumaat malam yang lepas pun tv 3 ada tayang cerita Transformers satu dan dua..malam ni agaknya sambungan cerita transformers tiga jumaat pukul 10 malam nanti...kalau tak silap Rose la..kalau betul ada pukul 10 nanti anak2 mesti dah siap tunggu depan tv..termasuk la rose juga..hehehe..tapi rose suka lagi cerita Transformers yang ke dua tu..memang best..anak teruna pulak sibuk suruh beli cd movie Transformers keempat ni...entah dah ada jual ke belum cd Transformers ni...apa lagi jom kita layan jap movie Transformers ni...  

Bumblebee


Synopsis : Four years have passed since the final battle between the Autobots and the Decepticons left Chicago in ruins and claimed the lives of over a thousand civilians. The U.S. government has severed its ties with the Autobots and branded them as fugitives. An elite CIA division called "Cemetery Wind" is formed by Harold Attinger with the intent of hunting down and exterminating the surviving Autobots with the aid of Lockdown, a Transformer bounty hunter. Meanwhile, using data obtained from destroyed Transformers, business tycoon Joshua Joyce and his technology firm Kinetic Sciences Institute (KSI) have discovered "Transformium", the molecularly unstable metal that is the lifeblood of Transformers. Joshua's prized creation is Galvatron, a Transformer created from the data inside Megatron's severed head.

Optimus Prime Truck

In rural Texas, struggling robotics inventor Cade Yeager and his friend Lucas Flannery purchase an old semi-truck in hopes of stripping it down and selling the parts to get Cade's daughter Tessa into college. Cade discovers that the truck is an injured Optimus Prime, and it is not long before Lockdown and Attinger's operatives led by James Savoy storm into the Yeagers' farm and threaten them. Optimus comes out of hiding to fend off against the operatives while Cade, Tessa, and Lucas are rescued by Tessa's boyfriend Shane Dyson, an Irish rally racer. 
TO BE CONTINUE...

Haa...jom layan sikit trailer movie ni dulu...


"Transformers : Age Of Extinction"


  • Filem Transformers : Age Of Extinction merupakan sekuel keempat filem Transformers arahan Michael Bay tetapi ianya dibarisi oleh pelakon yang berbeza iaitu Mark Wahlberg(Cade Yeager), Nicola Peltz (Tessa Yeager), Stanley Tucci (Joshua Joyce), Jack Reynor(Shane Dyson), Kelsey Grammer (Harold Attinger), Li Bingbing (Su Yueming) and T.J Miller (Lucas Flannery)
Autobots Kembali

Bumblebee VS Stinger

Tapi yang paling penting sekali movie Transformers ni mesti akan ada sambungan lagi...hehehe...






SELAMAT PAGI DAN SALAM JUMAAT BUAT SEMUA

Selamat pagi dan salam jumaat semua.:)

Mulakan hari kita dengan BISMIL'LAH dan senyuman.
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih.
Mulakan kehidupan kita dengan kebaikan dan keikhlasan,
hadapi Dugaan dengan senyuman...
Apabila kita mendapat kebaikan,maka bersyukurlah...
Dan apabila kita mendapat keburukan,maka bersabar dan bersyukurlah...
Semua adalah dari ALLAH..


Ambillah peluang setiap hari untuk menjadi MUSLIM
yang lebih baik daripada SEMALAM

Thursday, June 26

TUJUH PERKATAAN MULIA YANG PERLU DIUCAPKAN SETIAP HARI

Selamat malam semua ^_^

Sebelum tidor jom kita sama2 ucapkan tujuh perkataan mulia...
semoga hidup kita sentiasa diLindungi dan diRahmati Allah.

LAMPU GANTUNG BUNGA

Hye semua..:)


Lampu gantung bentuk bunga...
Cantikkan ^_^

Wednesday, June 25

MAJLIS JASAMU DIKENANG & ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG

Selamat petang semua ^_^

Majlis JasaMu DiKenang & Anugerah Perkhidmatan Cemerlang
Rabu 25hb Jun 2014 bertempat di Pusat Transit JAKOA Daerah Kuala Kangsar 
bertemakan warna HITAM PUTIH
Jom kita layan gambar di majlis yang rose hadir tadi..seronok dan meriah sangat..


Sijil untuk Anugerah Perkhidmatan Cemerlang


Cenderahati untuk pegawai Bersara


Hadiah untuk cabutan bertuah


Pengarah JAKOA sedang berucap


Tetamu yang hadir dari JAKOA Daerah & Ipoh


Bersama Puan Seri, Rosliawati dan Noor Atikah


Cik Neyamani


Rose bersama bff kak Fazilah


Hadiah hamper cabutan bertuah yang rose dapat di majlis tadi..
warna pink lagi...suka2 ^_^ 


Rose dan Hitam Putih..


Bersama Noor Atikah..Hitam putih ^_^

Tuesday, June 24

JANGAN LARUT DALAM KEMURUNGAN

Hye semua..:)

Sedikit perkongsian mengenai Kemurungan.
Satu perkara penting yang perlu kita ingat apabila dilanda rasa sedih, tegang atau murung, sesekali biarkan diri berseorangan. Berseorangan bukanlah ubat terbaik untuk melawan rasa sedih atau murung. Sebaliknya aktifkan diri dan habiskan masa bersama keluarga atau kawan-kawan.


Kajian mendapati dengan bergerak aktif dan saling berinterasi dengan orang lain akan membuat kita menjadi lebih gembira dan positif juga dapat membantu kita mengurangkan rasa sedih dan murung. Kajian ini juga membuktikan bahawa persahabatan dan ikatan kekeluargaan bertindak bagaikan satu pencetus semangat dalam melawan ketegangan dan kemurungan. Merasa diri diterima dan menjadi sebahagian dari satu kumpulan dapat membantu membuat diri kita lebih ceria, dihargai, proaktif dan positif dalam kehidupan. Solat pada waktunya. Baca Al-quran dan fahami maknanya. InsyaAllah jiwa kita akan menjadi tenang.

Wallahu'alam


TIPS ELAKKAN DIRI DARI MENGUMPAT

Hye semua..

Hari ini rose nak share dengan korang pasal bab2 suka mengumpat ni. 
Maaf lah kalau ada yang terasa hati dan menyinggung perasaan. 
Demi Allah..tiada niat rose untuk mencari keaiban sesiapa pun..
sekadar ingin berkongsi...

Elakkan Mengumpat

Banyak yang merasakan amat sukar mengikis sikap suka mengumpat. Namun ia bukanlah sesuatu yang mustahil dilakukan. Antara yang boleh kita lakukan untuk mengelakan diri daripada mengumpat adalah dengan cara jauhkan diri daripada berbual kosong. Sebaliknya berbuallah hal mengenai sesuatu topik yang boleh mengelakkan kita berbual hal peribadi orang lain. Juga bincangkan perkara yang boleh memajukan diri, simpan matlamat untuk berhenti mengumpat dan pastikan apa yang dikatakan itu baik-baik sahaja. 
Akhir sekali jangan lupa berdoa agar usaha kita untuk mengelakkan 
diri daripada mengumpat berjaya mencapai sasaran.


Peringatan buat diriku sendiri..maklum la..
kadang2 diri ini jugak mudah terlupa.

Apa-apa pun, berhati-hatilah dalam berbicara, pastikan kesahihan cerita 
itu dan pastikan juga tiada yang tokok tambah..yang paling penting 
niat kerana Allah Ta'ala.

Wallahu'alam


Monday, June 23

PETUA HATI TENANG

Selamat malam semua ^_^

Petua Hati Tenang

Latih hati sentiasa bersangka baik terutama dengan ALLAH.

Latih hati sentiasa ingat, ALLAH memberi pahala kepada setiap kali diumpat.

Latih hati sentiasa bergantung dengan ALLAH dan tidak terlalu mengharapkan manusia.

Latih hati sentiasa bersyukur dengan nikmat dari ALLAH.

Latih hati sentiasa memaafkan kesilapan orang lain dan sentiasa memohon ampun dari ALLAH.

Peringatan dan renungan buat diriku agar sentiasa menjaga hati..:)


Semoga dengan mengingati ALLAH,
mudah2an hati kita menjadi Tenang ^_^

Saturday, June 21

BUNGA KRISTAL PINK

Selamat petang semua..:)



Bunga kristal pink hadiah dari anak daraku Nur Alya Nabilah..katanya ibu suka warna hot pink..kebetulan kat koperasi sekolah tadi ada jual bunga kristal ni..katanya lagi..bila tengok bunga ni teringat kat ibu..nasib baik Nabilah bawa duit lebih..Alahai..kesian kat anak ibu..ibu bagi duit lebih suruh beli makanan yang Nabilah suka..bukan suruh beli bunga kristal untuk ibu..huhuhu...tak sangka ibu..Nabilah ingat ye ibu suka warna hot pink..terima kasih anak ibu Nur Alya Nabilah...ibu sayang Nabilah dunia akhirat...semoga Nabilah menjadi anak yang solehah dunia akhirat..:)

Friday, June 20

PASU GANTUNG DARIPADA BOTOL PLASTIK

Hye semua..:)


Pasu Gantung Yang Diperbuat Daripada Botol Plastik
Cantik kan ^_^

HIASAN LAMPU GANTUNG DARI KOTAK TERPAKAI

Selamat petang semua..:)

Hiasan lampu gantung ni bukan rose yang buat ye..rose dapat perkongsian 
ini dari google..suka tengok kreativiti orang yang membuatnya..
kreatif dan cantik sangat kan..:) 


Kotak terpakai yang telah di olah menjadi lampu gantung hiasan 
yang sangat cantik dan menarik ^_^


REHATKAN MINDA SEKETIKA

Rehatkan Minda Seketika...

Bekerja dalam keadaan tertekan dan terdesak sering membuat minda kita buntu dan serba tak kena. Terlalu banyak tekanan atau desakan yang perlu ditangani dalam satu-satu masa menjadikan minda tak mampu bekerja dengan baik serta boleh menjejaskan kesihatan kita. Oleh itu ambillah waktu sekejap di celah kesibukan kita untuk merehatkan minda dengan cara keluar berjalan-jalan, lakukan solat dan banyakkan berdoa. Hal ini akan membuat fikiran kembali tenang dan memudahkan kita menangani tekanan.


Jom kita rehatkan minda kita untuk seketika...

Thursday, June 19

SUAMI YANG BAIK

SUAMI YANG BAIK...


Dia tidak hanya pandai menuntut isterinya agar menjadi seorang wanita baik seperti yang diinginkannya. Akan tetapi dia lebih banyak memberi contoh yang baik dalam rumah tangganya.

Ketika seorang suami menginginkan isterinya menjadi seorang wanita yang bertakwa kepada ALLAH. Maka dia terlebih dahulu perlu mencontohkan dirinya sebagai seorang imam yang bertakwa.

Ketika seorang suami menginginkan isterinya menjadi wanita yang penuh hormat kepadanya. Maka dia perlu menjadikan dirinya sebagai seorang imam yang selalu menghargai isterinya.

Ketika seorang suami menginginkan isterinya menjadi wanita yang selalu setia. Maka dia haruslah meletakkan dirinya sebagai seorang imam yang tidak mudah tergoda kepada wanita lainnya.

Dan ketika seorang suami menginginkan isterinya menjadi wanita yang penuh kasih sayang dalam keluarganya. Maka dia haruslah menjadikan dirinya sebagai suami yang penuh perhatian kepada isteri dan juga anak-anaknya.

"Jodohmu adalah cermin dirimu"

PINGGAN KERTAS ATAU POLISTERIN


Selamat petang semua..:)


Pinggan kertas ataupun polisterin boleh dijadikan beg comel 
untuk anak2 kita atau boleh dijadikan hiasan dinding. 
Boleh le cuba nanti...

Cantikkan ^_^


Monday, June 16

FAHAMI ANTARA SATU SAMA LAIN

Selamat petang semua ^_^

Sedikit perkongsian dari Ustaz Dr.Mohd Izhar Ariff 
buat renungan kita bersama.


Fahami Antara Satu Sama Lain

Psikologi mengatakan :

1. Apabila seseorang itu terlalu ketawa terbahak-bahak biar pun hanya perkara kecik yang langsung tidak lucu dan kelihatan bodoh, dia sebenarnya seorang yang mempunyai jiwa yang sangat sunyi.

2. Sekiranya seseorang itu banyak tidur, dia seorang yang kuat bersedih.

3. Apabila dia kurang bercakap tetapi pantas dalam berbicara, bermakna dia menyimpan seribu rahsia.

4. Sekiranya dia sukar untuk mengeluarkan airmata, dia seorang yang lemah.

5. Kalau senang menangis meskipun benda yang kecil sahaja, dia seorang yang berhati lembut.

6. Dan sekiranya dia cepat marah biarpun perkara sekecil kuman, itu bermakna dia perlukan kasih sayang.

Berusahalah untuk memahami orang lain selepas kita memahami 
diri kita sendiri.



Wallahu a'alam

Sunday, June 15

SELAMAT HARI BAPA




Selamat Hari Bapa buat bapaku Mohamed bin Bodin..semoga panjang umur, murah rezeki, diberi kesihatan yang baik..diberkati dan dirahmati Allah..terima kasih diatas segala pengorbananmu mendidik kami adik beradik sehingga menjadi orang yang berguna..sayang Abah selamanya..:)



Tak lupa juga Selamat Hari Bapa buat Abangku Fairus dan 
adik-adikku Fazly,Farizal dan Faizul tersayang semoga menjadi bapa 
yang baik buat anak-anak kita semua...


Selamat Hari Bapa buat suamiku tercinta Zulkifli Zamzuri ^_^

KHASIAT BUAH BETIK

Khasiat Buah Betik

Betik kaya dgn vitamin A (kulit) dan C (isi) juga kalium. Selain itu terdapat kalsium, besi, tiamin, riboflavin dan niasin dalam betik. Jumlah kalorinya sangat rendah. Nutrien penting yang terkandung dalam betik, menjadikan tumbuhan ini mempunyai nilai-nilai perubatan yang tersendiri



1) Buah.
Selain mengandungi kalium dan magnesium yang sangat tinggi buah ini juga kaya dengan karotena, vitamin C, dan flavonoid, sehingga dapat berfungsi memecahkan serat makanan sisa, sehingga mudah kita untuk membuang air besar. Jika dimakan segar secara rutin, buah betik sangat bermanfaat untuk mengubati usus yang luka dan mengurangkan panas tubuh ketika demam.

2) Daun
Bagi yang suka, daun betik sangat enak dibuat sayur dan ulam. Memang rasanya agak pahit tetapi tengok saja manfaatnya yang luar biasa, seperti mengubati malaria, sakit perut dan kurang nafsu makan. Caranya: Ambil daun betik segar sebanyak 1-2 tapak tangan, garam sedikit, dan air suam 1/2 cawan. Campuran ini dipipis atau dikisar, lalu diperah dan diambil airnya. Diminum sehari satu sehingga tiga hari berturut-turut. Kandungan papain dalam daun juga amat berkesan untuk melembutkan daging. Masyarakat Mexico menggunakan daun betik bukan sahaja untuk melembutkan daging, tetapi juga dijadikan ubat untuk asma dan masalah jantung. Bagaimanapun jika penggunaan daun terlalu banyak ia boleh jadi berbahaya kerana ia boleh menghasilkan toksik.

3) Biji
Dikatakan amat berkesan untuk megubati masalah cacing dalam perut. Caranya: Jemur biji betik hingga kering, lalu tumbuk hingga halus. Ambil serbuk ini sebanyak 10 gram dan didihkan bersama 150ml air, sehingga tinggal kira-kira 75 ml. Minum sekali gus 2 jam sebelum makan malam.

4) Getah dan akar
Dapat mengubati sakit saluran kencing, masalah cacingan, bahkan digigit ular berbisa. Untuk ubat cacing,gunakan akar betik kering sebanyak 10 gram, bawang putih 1 gram, dan 100 ml air. Semua bahan dipotong-potong, kemudian didihkan dengan air selama 15 minit, baru disaring. Bila perlu, tambahkan air matang sehingga diperoleh hasil saringan 75 ml. Bahagikan kepada tiga bahagian 
(25 ml) sekali minum.

Cara yang terbaik untuk menikmati buah betik yang menyegarkan adalah dengan cara memotongnya kepada dua, buangkan biji hitamnya dan potong memanjang.







Saturday, June 14

RESEPI AIR LEMON TEH

Selamat malam semua ^_^

Bertemu lagi kita..:) malam ni rose nak kongsi resepi dengan korang semua tapi bukan resepi makan kali ni resepi minuman pula..Resepi ini memang mudah - secawan air suam atau panas dan jus dari separuh lemon.


Jus Lemon Teh

Bahan-bahan :

Lemon 1-2 biji
1 uncang teh boh
Gula secukup rasa
Madu 1 sudu
Daun pudina
Air panas/ suam
Ais batu

Cara-caranya :

Rendam 1 uncang teh boh dalam air panas separuh jag. 
Setelah teh uncang kembang, perah lemon untuk dapatkan jus.
Letak gula, kacau sehingga larut, tambah air suam dalam suku jag lagi 
dan kacau sehingga sebati.
Tambah 2 sudu madu ke dalam air dan kacau sehingga larut. 
Letakkan daun pudina yang sudah dibasuh ke dalam jag.
Baki belahan lemon tadi turut dimasukkan kedalam jag, jangan diperah. 
Biar ia meresap sendiri di dalam air.
Kalau nak sejuk air boleh simpan di dalam peti ais dulu atau boleh 
terus letak ais batu di dalam jag.

Siap jus lemon teh.
Selamat mencuba ^_^



JOM DIET - KEBAIKAN BUAH LEMON

Selamat malam semua ^_^
Kata orang minum air lemon diwaktu pagi mempunyai banyak manfaatnya. Secara umumnya kita akan mendapatkan secawan kopi atau teh pada waktu pagi. Jadi kenapa tidak kita menggantikan secawan kopi atau teh dengan air lemon panas atau suam. Jom kita baca khasiat buah lemon ini..:)


Khasiat Buah Lemon

Menambahkan tahan ketahanan dalam badan

Lemon kaya dengan Vitamin C dan juga Kalium (potassium) yang amat diperlukan badan. Vitamin C juga bagus untuk melawan demam manakala Kalium mampu melancarkan perjalanan fungsi dan perjalanan darah dengan betul. Oleh yang demikian, amalkan meminum segelas air suam dicampur sehiris lemon untuk dijadikan minuman selepas bangun tidur kerana ketika itu, perjalanan dan urat baru mula berasa tekanan kerja. 


Keseimbangan PH

Lemon merupakan makanan berakali tinggi yang menakjubkan. Percaya atau tidak, lemon bertindak sebagai asid sendiri, tetapi di dalam badan kita ianya alkali (asid sitrik tidak wujud sebagai asid semulajadi setelah metabolisme kita meningkat). Jika anda ingin tahu, keseimbangan alkali dalam badan merupakan kunci kepada kesihatan diri. 


Membantu masalah mengurangkan berat badan

Bagi mereka yang mempunyai masalah berat badan yang sedikit gempal, amalkan rutin harian ini untuk memiliki tubuh badan yang diidamkan, kerana lemon mepunyai khasiat serat pektin yang tinggi, dimana ianya mampu melawan kelaparan. Ianya juga menunjukkan bahawa mereka yang kekal alkali di dalam badan boleh mengurangkan berat badan dengan mudah. Oleh yang demikian, bagi mereka yang gemar makan berat di waktu malam, amalkan rutin ini agar kawalan perut anda berada dalam keadaan seimbang. 


Masalah penghadaman

Bagi mereka yang berasa ada makanan yang tersekat di ulu hati, cuba tip ini, kerana air suam mampu melancarkan makanan yang tersekat di ulu hati, manakala lemon pula bertindak sebagai mineral dan vitamin yang membantu perjalanan sistem penghadaman anda. 


Pembersihan air kencing

Jus lemon membantu membuang bahan yang tidak diperlukan badan kerana lemon menaikkan tahap kekerapan membuang air kencing dalam satu-satu masa ( ianya bagus untuk badan kerana kencing membuang toksik) . Oleh yang demikian, jika anda amalkan minum Jus lemon, tahap kebersihan air kencing anda akan meningkat dan sihat.


Asyik kongsi petua kuruskan badan je rose ni. Badan sendiri pun dah makin berisi..lemak makin berkumpul kat peha ni..huhu...ntah bila le rose nak diet ni..puasa pun dah hampir dekat ni..harap2 bulan puasa nanti dapat le kuruskan badan sikit..hehehe...