Tuesday, July 1

KESILAPAN KERAP DALAM BULAN RAMADHAN

Selamat pagi semua..:)

Kesilapan Kerap Dalam Bulan Ramadhan
oleh : Ust. Zaharuddin Abd Rahman

Syukur alhamdulillah,kita masih lagi diberi peluang untuk menjalankan pelbagai ibadah dibulan yang penuh keberkatan dan keampunan ini. Moga kita semua dapat mengandakan usaha kita bagi membersihkan hati dan jiwa yang kerap tercemar dengan pelbagai dosa setiap hari.

Berikut adalah beberapa lagi kesalahan yang kerap berlaku terutamanya di bulan Ramadhan ini..

1. Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima islam)

2. Tidak menunaikan solat ketika berpuasa

3. Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa

4. Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat

5. Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka

6. Makan sahur diwaktu tengah malam kerana malas bangun diakhir malam

7. Tidak mengutamakan solat subuh berjemaah sebagaimana Terawih

8. Lelaki hadir ke masjid dengan berbau busuk,perempuan pula berwangian

9. Berbuka dengan merokok atau selain makan minum

10. Memperbanyakkan tidur disiang hari dengan alasan ia adalah ibadat

11. Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram

12. Bersahur dengan hanya makan dan minum sahaja tanpa ibadah lain

13. Menunaikan solat terawih dimasjid dengan niat ingin meriah

14. Menganggap waktu imsak sebagai lampu merah bagi sahur

15. Hadir berjemaah solat terawih tapi tidak berjemaah solat 5 waktu

16. Tidur selepas sahur tanpa solat sunat dan tidak subuh berjemaah

17. Terlalu sibuk dengan persiapan raya, terutama pada 10 hari terakhir.


Sama-samalah kita perbanyakan ganjaran puasa kita dibulan Ramadhan ini dan semoga Ramadhan kita semua diterima oleh Allah s.w.t.



No comments:

Post a Comment