Thursday, July 3

RESEPI AYAM MASAK KURMA

Resepi Ayam Masak kurma adalah  masakan berasaskan rempah kurma dan sangat digemari oleh masyarakat melayu. Ini menu Resepi rose berbuka puasa..tak sempat nak update sebelum berbuka tadi. Jom kita tengok resepinya.

Resepi Ayam Masak Kurma


Bahan-bahannya :

1/2 ekor ayam
4 sudu besar rempah kurma
Rempah tumis (kulit kayu manis,buah pelaga,bunga lawang)
2 cawan santan pekat
3 biji kentang
Sedikit air asam jawa

Bahan untuk dikisar :

5 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
2cm halia

Cara Penyediaan :

Panaskan minyak
Masukkan bahan kisar,rempah tumis dan rempah kurma ayam,
kacau sehingga pecah minyak
Masukkan ayam kacau sebati dan biar masak seketika
Masukkan kentang dan air asam jawa
Apabila kentang sudah empuk,masukkan santan,kacau sebati dan biarkan mendidih
Akhir sekali masukkan garam dan gula secukup rasa.

Siap dan angkat untuk dihidangkan.


No comments:

Post a Comment