Monday, September 1

RESEPI BISKUT CHEESECAKE

Hye semua..:)

Cheesekut cake..semalam punye cerita..hehehe..semalam 31 ogos 2014 harijadi rose ingat nak buat cheese kek sendiri..nak buat sekali untuk adik ipar yang ada kat umah mak untuk sambut harijadi rose..baru je nak sediakan barang2 kek anak2 dh siap cakap tak suka makan cheese kek..anak2 suruh rose buat kek batik untuk harijadi rose..huhu..kek batik tu bila2 pun bleh buat. Tapi untuk tidak hampakan permintaan anak2,rose gantikan kek batik dengan cheesekut kek..lebih kurang macam kek batik le jugak..huhu..jadi le..
Jom tengok resepi CheeseKut Cake yang rose buat untuk kali keduanya..

Resepi Cheesekut Cake

Bahan-bahannya : 

250g cream Cheese 
1/2 tin susu pekat
Biskut Hup Seng Deluxe Crackers (original)
Susu Full Cream (untuk dicelup)
Nestum (untuk ditabur)


Putar cream cheese bersama susu pekat manis.

bila dah kembang /sebati masukkan 4 sudu susu full cream - tujuan masukkan full cream ni adalah untuk mencairkan sedikit campuran cream cheese tadi..tapi jangan terlalu cair dan terlalu pekat.


masukkan sedikit susu full cream/low fat kedalam bekas lain - sedikit saja untuk celup biskut.


Celup biskut satu persatu kedalam susu full cream dan susun kedalam bekas atau loyang.


Sapu cream cheese kat atas biskut, sapu rata..tak perlu tebal sangat.


Taburkan nestum diatas cream cheese (seperti dlm gambar diatas)

Dan ulang lagi layer sampai habis.
Layer cheese atas sekali biarkan tebal dari layer2 di bawah.

Dah siap masuk dlm peti sejuk.


Inilah hasil Cheesekut Cake yang dah siap dipotong..

Selamat mencuba ^_^

No comments:

Post a Comment