Wednesday, September 3

KURANGKAN 5 MAKANAN PUTIH

Hye dan selamat pagi semua..:)

Sedikit perkongsian ilmu yang ingin rose kongsikan dengan semua orang.

Kurangkan 5 makanan putih


1. Nasi - nasi akan diproses menjadi gula. Gula berlebihan adalah punca penyakit diabetis yg akan membawa kpd darah tinggi, lemah jantung dan sakit buah pinggang. Makan nasi sekali sahaja sehari sudah memadai. Sebagai alternatif pilihlah beras perang atau "unpolished rice".

2. Tepung - tepung dihasilkan daripada gandum yang juga akan diproses menjadi gula. Pilih tepung atta sebagai ganti kerana tepung atta dihasilkan daripada kekacang bukan gandum.

3. Susu pekat manis - susu pekat manis adalah "ibu" gula. Dihasilkan daripada isirong kelapa sawit bukannya susu yang sebenar pun. Pilihan terbaik ialah susu kambing asli, jika tak dapat yang segar yang tepung pun bagus. Susu kambing kaya dengan antibodi dan mudah dihadam. Pastikan ia betul asli tiada campuran lain.

4. Gula putih - gantikan dengan madu asli organik, gula melaka, gula perang atau stevia. Apapun tambahkan manis dalam senyuman, kurangkan manis dalam makanan/minuman.

5. Garam - pilih garam bukit atau garam laut dan elakkan menambahkan garam ke dalam masakan ketika ia masih panas kerana ia akan memusnahkan khasiat garam itu.

Tambahan:

* Menurut kajian yang dijalankan oleh IJN, individu yang mengambil teh tarik dan roti canai sekurang-kurangnya 2 kali seminggu berisiko menghidap penyakit jantung pada usia 30 tahun.
* Air kelapa sangat baik untuk diminum kerana ia bersifat alkali, dapat meneutralkan asid di dalam perut. Elakkan air berkarbonat kerana kandungan gulanya sangat tinggi!
* Makanan sunnah seperti minyak zaitun dan habbatus sauda juga amat baik untuk dijadikan menu harian inshaAllah..

Umat Islam WAJIB jaga kesihatan kerana tubuh badan ini adalah amanah dan ia hanya dipinjamkan kepada kita oleh Allah s.w.t.

pesanan dari :
Dr Hasni Mohammed
CEO Sek Islam Adni

No comments:

Post a Comment