Monday, October 6

BERCAKAP SENDIRI POSITIFKAN MINDA

Hye dan selamat pagi semua..:)

Andai emosi kita tiba-tiba terasa terganggu dan tertekan, usah berasa gusar. Jalan terbaik mengatasi perasaan tersebut adalah dengan bercakap pada diri sendiri. Tapi jangan cakap yang buruk-buruk. Sebaliknya cakap yang baik-baik mengenai diri kita, positifkan diri dan minda. Menurut pakar psikologi, berulang-ulang kali mengungkapkan perkataan yang baik-baik pada diri dapat menukar emosi negatif menjadi positif dan membuat kita kembali ceria dan bersemangat.

Wallahu'alam


Orang bijak pandai selalu menyebut "sayangi, hormati dan cintailah diri kamu sendiri, kelak nanti kamu akan menjadi seorang yang hebat"...

Orang yang mempunyai hati yang bersih dan kuat sentiasa tabah dengan dugaan yang dihadapinya. Biarpun di timpa musibah dia tidak pernah mengeluh. Walaupun pada hakikatnya dia sedang menghadapi kesulitan, dia tetap tenang. Orang yang tenang sentiasa menang. - pesanan Prof Dr Muhaya -



4 comments:

  1. Setuju sangat. Bercakap sendiri lebih baik untuk positifkan diri berbanding mengharapkan sesuatu dari orang lain sebagai penghargaan. :D

    http://sabdapelangi.blogspot.com/

    ReplyDelete