Sunday, November 2

AYAM BAKAR BLACK PAPER

Hye semua :)

Hari ni rose nak share resepi Ayam Bakar Black Paper..resepi daripada kakak ipar ku Atie Nizam. Kalau dia balik Ipoh umah mak rose mesti ada je resepi yang sedap2 dia akan masak..rose pun tak payah dah masak makan kat umah mak rose je..heheheh...lagi pun kakak ipar rose ni memang rajin memasak..boleh dikatakan apa saje yang dia masak mesti sedap. Jom kita tengok resepi kakak ipar rose masak ni..nampak sedap sangat..nanti boleh la cuba buat )

Resepi Kuah Black Paper

Bahan-bahannya :

Bawang besar dipotong dadu
1 cawan sos lada hitam
1 sudu besar Mayonis 
1/2 cawan air 
sos lada hitam blend dengan Mayonis dan air
Cendawan kering

Cara-caranya :

 Tumis bawang besar dan cendawan yang direndam selama 3 minit
kemudian masukkan bahan diblend
Masukkan garam secukup rasa
Untuk pekatkan kuah masukkan tepung jagung yang di bancuh dengan air.


Resepi Ayam Bakar

Cara-caranya :

Ayam diperap dengan sos tiram dan serbuk lada hitam
Masukkan sedikit sos Lea & perins
Perap selama 1 jam kemudian bakar.


Salad ni untuk tambahan je...

Selamat mencuba ^_^

No comments:

Post a Comment