Wednesday, January 7

PENJAGAAN KUKU TANGAN DAN KUKU KAKI

Hye semua !

Kuku perlu dijaga dengan baik supaya tidak menjadi tempat berkumpulnya bakteria yang boleh menyebabkan penyakit. Sedikit perkongsian dan penjagaan kuku tangan dan kuku kaki.

Panduan Penjagaan Kuku Tangan


- Potong kuku dalam keadaan kuku lembap. Seelok-eloknya selepas mandi atau basuh tangan dahulu sebelum proses memotong kuku.

- Potong kuku mengikut bentuk tetapi jangan terlalu pendek bimbang menyakitkan.

- Mengikis hujung kuku yang baru dipotong dapat membuatkan kuku tidak bergeriji.

- Mengurut jari-jemari anda perlahan-lahan sebelum tidur juga boleh diamalkan unuk membuatkan bahagian ini lebih selesa.

- sapukan losen untuk membuatkan kuku lebih lembut dan juga bahagaian seluruh tapak tangan.

Panduan Penjagaan Kuku Kaki


- Kuku kaki lebih keras dan besar berbanding kuku tangan. Justeru beli sepit kuku lain yang khas untuk kuku kaki anda.

- Biasakan rendam dulu kaki dalam air hangat sebelum memotong kuku kaki supaya kuku lebih lembut untuk memudahkan proses pemotongan.

- Jangan potong kuku terlalu pendek terutama pada bahagian tepi bagi mengelakkan kesan kuku cengkam.

- Selepas memotong kuku, kikis bahagian hujung kuku tersebut untuk mengelakkan kesan bergeriji.

Untuk Kuku Lebih Sihat

Potong kuku seminggu sekali.
Pastikan kaki dan kuku sentiasa kering untuk elak masalah kaki berbau.
Makan makanan berkhasiat seperti ikan tuna dan beras perang untuk 
kuku lebih kuat.
Jangan gigit kuku kerana menjadikan kuku kelihatan hodoh.

Selamat menjaga kuku tangan dan kuku kaki :)

5 comments:

  1. Replies
    1. Cuba2...mesti kuku tangan dan kaki cantik...heheheh...

      Delete
  2. hihihihihi.... ekin nak cari tip kurangkan yg suka gigit kuku ni kak kalau ada bgitaw ya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah ekin..kalau ada tip kurangkan gigit kuku ni..akak update kt blog ni ye :)

      Delete