Monday, March 16

DECO RUMAHKU SYURGAKU

Hye semua!

Entry kali nie rose nak cerita pasal deco rumah la pulak..lama jugak rose tak jengok blog sendiri dan blog rakan-rakan yang banyak memberi idea dan padangan...

Jadi entry kali nie rose hanya nak cerita pasal deco rumah sendiri..jom intai-intai deco rumah rose yang tak seberapa nie..


Ruang tamu merah kuning...

Ini ruang lepak tengok  tv dan tempat anak-anak main..:)

Hiasan frame gambar family rose dan anak-anak..:)

Ini bahagian dapur kering..asal dapur nie kecil jer... 
rose pecah dapur asal nie dan sambung belakang buat dapur basah
dan jadikan satu bilik stor.

Setakat nie sajer deco rumahku syurgaku...:)

Tuesday, March 10

BAGGYSHIRT ALA-ALA KOREA

Hye semua!

Siapa pernah pakai Baggy Shirt..Baggy Shirt nie bukan sahaja murah dan mempunyai banyak corak menarik malah ia longgar dan cantik apabila dikenakan dengan skirt kembang atau seluar. Baggy Shirt nie jugak tak perlu di iron.  


Cuba korang teka...satu baju nie berapa ringgit??? baju nie rose beli dengan harga rm16 sahaja..murah giler kan..rasanya kat tempat lain ada ker jual harga murah macam rose beli nie..rasanya ada kot..tapi rose ada tengok baju nie jual kat Mydin Mall Meru Raya dengan harga rm29.90..mahal kan?? Kualiti kain sama jer rose tengok..tapi mungkin sebab sewa kedai tue mahal.


Memang cantik baju-baju nie..rose suka sebab bajunya longgar dan memang tak ketat..walaupun tak selabuh baju muslimah tapi sure labuh paras paha..dan nampak lagi manis kalau baggy shirt dipadankan dengan skirt kembang..korang rasa sesuai tak rose gayakan macam tue..hehehe..


So..kalau siapa-siapa yang rasa tertarik dengan t-shirt korea macam rose pakai nie..boleh lah terus singgah ke laman facebook Nuri Stylista FashionBeauty macam-macam corak ada..Nuri Stylista FashionBeauty bukan setakat jual baggy shirt corak jer..design baggy shirt plain pun ada..bukan itu jer..skirt creepe pun ada jual..skirtnya labuh,kembang,tak nipis,tak jarang..lining sama labuh dengan skirt..selesa dipakai..jom kita shopping di Nuri Stylista FashionBeauty

Baggy Shirt

Shoulder width : 38-40cm
Hips : 98-108cm
Waist : 90 or below
Bust : 90-100cm
Sleeve length : 52cm
Whole length : 72cm

Material : Cotton Wool Memeri..Tak tebal sangat dan tak nipis sangat. Selesa dipakai..yang penting tak fit..insyaAllah.

Harga : RM16/Sehelai
(Postage RM7 SM)
Free size fix until XL

Sunday, March 8

AL-FATIHAH BUAT HARUN SALIM BACHIK

Selamat malam semua!

Al-Fatihah buat sahabat kita Harun Salim Bachik yang baru kembali ke Rahmatullah petang tadi. Semoga rohnya dirahmati Allah dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman...Amiinn.


Dimaklumkan dan difahamkan, arwah Harun Salim Bachik berhenti di RnR Bukit Merah dan terjatuh di tandas.

Thursday, March 5

PEARL WHITE PUTIH MULUS KELUARAN JAMU JELITA

Hye semua!

Hari nie rose nak share sikit pasal produk yang diformulasikan dengan kolagen dan yang telah dihidrolisiskan, ceri Acerola, ekstrak tomato dan kulit kayu Pine yang mempunyai pelbagai khasiat, Pearl White Putih Mulus keluaran Jamu Jelita ini efektif untuk mencerah dan menganjalkan kulit wajah. Ia bebas dari kandungan lemak dan kaya dengan karbohidrat dan Vitamin C.

Shaker disertakan bersama.

Khasiat Pearl White Putih Mulus
Melambatkan proses penuaan dan meremajakan kulit
Mencerahkan kulit wajah
Menggebu dan menganjalkan kulit wajah
Menyihatkan lagi kulit wajah
Menghaluskan kulit wajah
Menyegarkan kulit
Melindungi kulit dari sinaran ultraungu
Kandungannya :

Hydrolyzed Collagen : Kolagen larut air yang juga dikenali dengan nama gelatin ini mengandungi asid amino yang mampu membina dan mengekalkan tisu yang sihat, menjadi agen anti-oksida, menyeimbangkan protein dalam badan, melembap dan menghaluskan kulit.

Glutawhite : Sejenis asid amino yang juga dipanggil Gluta ini berperanan sebagai anti-oksida yang paling berkesan untuk mencantikkan kulit. Ia terbukti dapat mengatasi penyakit kulit kemerah-merahan, bersisik, kering, dan menyembuhkan luka pada kulit. Di samping itu, ia mampu meneutralkan radikal bebas, memulihkan sel rosak, menyahtoksin dan juga meningkatkan prestasi antioksida yang lain.

Vitamin C : Vitamin C merupakan sebatian yang penting untuk menyeri dan menyihatkan lagi kulit. Ia juga bertindak sebagai anti-oksida untuk mencegah penyakit selain mengurangkan kesan radikal bebas yang disebabkan oleh pendedahan terhadap bahan kimia yang merbahaya.

Multivitamin: Gabungan mineral ini mempunyai pelbagai khasiat untuk tubuh badan kita. Mengikut pendapat pakar kesihatan, pengambilan multivitamin dengan dos yang dibenarkan boleh membantu mencegah kekurangan vitamin dan mineral yang digunakan untuk meningkatkan nutrisi penting dalam tubuh.

3X Stem-Cell : Stem Cell adalah sel induk yang berfungsi untuk membentuk sel baru secara berterusan dan menggantikan fungsi dari sel-sel organ tubuh yang telah rosak.

Acerola Cherry : Juga dipanggil dengan nama saintifiknya, Malpighia emarginata, ia sangat kaya dengan vitamin A, B1, B2, B3 dan C serta karotenoid dan bioflavonoid. Ramuan-ramuan tersebut mengandungi khasiat yang efektif untuk menjadikan kulit lebih sihat, muda dan bebas dari bakteria dan penyakit yang akan merosakkan kulit.

Pinebark : Mengikut kajian, kulit kayu dari pokok Pine ini sememangnya berkesan untuk mendapatkan kulit yang sihat di samping melembap dan meremajakan kulit wajah.

Tomato : Tumbuhan yang sering menjadi ramuan dalam produk kecantikan ini tidak dinafikan mampu menyihat dan mencantikkan lagi kulit. Ia terbukti dapat mengecilkan liang pori-pori kulit, menghilangkan bintik-bintik hitam, mengawal penghasilan minyak pada wajah, mengekang pertumbuhan jerawat di samping melindungi kulit daripada sinaran ultraungu dan mencerahkan kulit yang kusam.

Astaxanthin : Bahan ini berperanan untuk merawat kerosakan kulit yang diakibatkan oleh sinaran ultraungu, di samping menjadi agen anti-oksida yang mampu mencegah daripada terkena penyakit.

Argan : Ramuan anti-oksida yang berasal dari pokok Argan dan sering didapati di Maghribi ini kaya dengan vitamin dan berfungsi sebagai pelembap dan penawar untuk masalah kulit.

Pearl : Mutiara merupakan ramuan penting dalam sesebuah produk kosmetik dan kecantikan dan berperanan untuk mencerah, melembap dan melembutkan kulit wajah. Di samping itu, ia berfungsi untuk melindungi kulit daripada sinaran ultraungu, mengatasi kegatalan pada kulit, melambatkan proses penuaan, serta mengurangkan kedut.

Rose Alps : Ekstrak bunga mawar sememangnya berkesan untuk merawat kulit. Ia berupaya mengecilkan pori-pori dan mengawal kulit yang berminyak. Hasilnya, kulit tampak lebih berseri, halus dan segar.


Cara Penggunaan Pearl White Putih Mulus Jamu Jelita :

- Masukkan satu sudu Pearl White Putih Mulus Jamu Jelita ke dalam shaker yang mengandungi 120 ml air.
- Goncang shaker atau kacau didalam gelas sehingga larut.
- Untuk kesan nutrisi yang lebih optima, anda disarankan mengambil Pearl White Putih Mulus 15 minit sebelum sarapan pagi dan sebelum tidur malam.
- Simpan ditempat yang kering.

Rasanya memang sedap..:)


Pearl White Putih Mulus Keluaran Jamu Jelita 400gm
Harga 1 Jar : RM36.90 
Postage : RM7.00 WM / RM12.00 EM

Selfie gambar sendiri dulu..heheheh

Sunday, March 1

ICT RIVER WALK KINTA RIVERFRONT IPOH

Hye semua!

Selesai lepak kat KTM Ipoh..rose,anak-anak dan suami menuju ke Kinta Riverfront pulak. Kalau kat KTM Ipoh tadi anak-anak rose tengok air pancut berwarna warni, kat sini pulak anak-anak rose tengok lampu berwarna warni tambah tempatnya yang cantik dengan ada sungai segala..heheheh...lagi pun dah lama sangat rose tak jalan-jalan lepak malam minggu dengan family macam nie..sekali sekala best jugak..:)




Bila sampai jer anak-anak rose macam teruja tengok lampu kat sini..kata anak rose yang kecil tue macam lampu ICT Shah Alam ibu..huhu..tapi cantik lagi ler lampu ICT Shah Alam tu anak ibu oii...suami rose pulak tak berapa suka datang sini, katanya bising dengan orang menyanyi karaoke kat situ..lagi pun bukan paham..karaoke lagu Cina kadang-kadang lagu Thailand..hehehe...




ICT Riverfront nie nak kata best sangat pun tak ler jugak, tempatnya biasa-biasa jer. Tapi kalau nak santai-santai malam minggu bersama family rasanya ok la kot..:) Kalau yang duduk jauh tue boleh ler bermalam di hotel Riverfront nie..rose tak pernah ler bermalam disini sebab rumah pun dekat jer..hehehe...




Then special kat situ yang paling rose suka ada seorang brother yang tengah melukis potret seseorang..seronok tengok brother tue melukis..teliti, cepat dan yang paling penting cantik...sempat la jugak rose bertanya harga untuk satu potret tue..katanya ikut pada gambar..paling murah pun rm30 untuk yang hitam putih..kalau untuk potret berwarna rm50 untuk seorang...



Tekun jer brother nie melukiskan..:)

TAMAN TEMA AIR PANCUT KTM STATION, IPOH PERAK

Hye semua!

Balik dari Mydin Mall Meru Raya,saje ler lalu kat jalan KTM Ipoh tue..bila dah lalu kat situ anak-anak pun apa lagi ajak singgah ler..mula-mula malas jugak nak singgah..bukan apa kat situ susah betul nak parking kereta..sesak dan penuh dengan orang ramai..terpaksa ler parking kereta jauh-jauh..huhuhu...




Dah lama sebenarnya rose tak singgah kat KTM Ipoh nie..dulu-dulu masa belum ada taman tema air pancut nie rajin jugak rose,suami dan anak-anak lepak kat sini..sebelum nie taman KTM Ipoh nie memang dah ada..sebelum nie jugak terdapat banyak gerai-gerai yang menjual makanan dan sebagainya...cuma sekarang gerai-gerai makanan kat sini semua dah berpindah ke tempat lain. 






Masa dulu-dulu Ipoh nie sunyi jer, tiada tempat-tempat yang menarik untuk kita kunjungi. Namun sekarang suasana semakin berubah dari hari ke hari. Kini Ipoh dah banyak berubah dah makin cantik dan dipenuhi dengan lampu-lampu yang berwarna warni. Ada satu lagi tempat yang menarik untuk kita lawati pada waktu malam selain KTM Ipoh nie..I City Ipoh (River Walk Kinta RiverFront) jugak dipenuhi dengan lampu-lampu yang sangat cantik dan indah..:)