Monday, June 8

PANDUAN SUAMI ISTERI BAHAGIA

Hye semua !

Panduan Dan Tips Suami Isteri Bahagia


1. Cium tangan suami dan cium dahi isteri serta berpelukan amat digalakkan setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.

2. Memandang pasangan dengan senyuman dan mesra akan mengeratkan lagi hubungan suami isteri.

3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.

4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I Love You sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.

5. Sentiasa mencari peluang untuk makan bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari bekerja.

6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.

7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumahtangga hinggalah isu semasa sebelum tidur.

8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari.

9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting anda berada disisi.

10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.

11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.

12. Biasakan berkongsi gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan dan jijik untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.

13. Selesai buatlah surprise seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu.

14. Senda gurau dalam rumahtangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.

15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkeja keras menyara keluarga.

16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu dan sebaiknya memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.

17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.

18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang terbaik dalam rumahtangga kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.

19. Belajar menerima kelemahan dan kekurangan suami atau isteri dan sentiasa melihat kelebihan suami atau isteri.

" Jika amalan-amalan diatas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu. Kita hendaklah yakin, setiap jodoh yang ALLAH berikan adalah yang terbaik untuk diri kita dan setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya."

Wallahu'alam

6 comments:

  1. Terima kasih Misya...akak dah join pun segmen Blogwalking Ramadhan bersama Misya yer :)

    ReplyDelete
  2. Entry yang bagus.. saya share di G+

    ReplyDelete
  3. info tuk yg dah kawen dan persedian untuk yg bujang mcm cik en.. ehehheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah..boleh amalkan..akak dapat info ni masa akak pg seminar Kekeluargaan Islam...Suami Soleh Tonggak Keluarga Sakinah :)

      Delete
  4. Tetap ilmu yang berfaedah walaupun akak dah 27 tahun berumahtangga

    ReplyDelete