Monday, August 31

SELAMAT HARI LAHIR ROSNIWATI

Hye semua!

Selamat pagi dan Selamat Hari Merdeka :)

Syukur Alhamdulillah, hari ini 31hb Ogos 2015
Hari ini hari merdeka dan hari ini jugak la tarikh rose dilahirkan..
31hb Ogos genap 37 tahun usia rose, Alhamdulillah
rose masih lagi diberi peluang untuk bernafas dan kekuatan oleh Allah dalam meneruskan kehidupan ini..terima kasih ALLAH.


Mohon maaf jika rose ada menyakiti hati sesiapa pun selama ini, andai kalau ada yang terasa hati dan menyinggung perasaan dengan penulisan rose di blog ini, maafkan rose. Demi Allah, tiada niat rose untuk mencari keaiban sesiapa pun, hanya sekadar ingin berkongsi cerita. Semoga ukhwah yang terjalin antara kita semua akan semakin erat dan bertambah ceria.:)


Semoga amalanku diterima Allah swt dan semoga Allah swt meredhai usiaku..Amin.

Terima kasih kepada semua yang sudi wish dan mendoakan rose selama ini.
Semoga korang semua sentiasa dirahmati Allah..amin.

Terima kasih buat semua..:)

Saturday, August 29

RUMAH PERAK BOUTIQUE VILLA @ BATU FERINGGHI, PULAU PINANG

Hye semua :)


Seronokkan kalau kita pergi bercuti ke suatu tempat dengan satu family ramai-ramai, selalunya rose kalau pergi bercuti sewa hotel je. Kali ni lagi seronok sikit sebab family belah mentua rose iaitu abang ipar rose ada sewa rumah Perak Boutique Villa di Batu Feringghi Pulau Pinang. Kebetulan isteri abang ipar rose kira biras rose la Kak long Maizura keja di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, kitaorang pakai nama dia. Lagi pun rumah Perak Villa ni hanya boleh disewa untuk staf Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak. Villa ni bukan setakat rasa macam duduk dalam suasana rumah tapi siap boleh BBQ tanpa gangguan dan memasak sendiri lagi. Memang best gila, pengalaman yang tak akan dilupakan.


Jadual aturcara aktiviti Family Day kitaorang :)

Rumah Perak Boutique Villa ni terletak di Batu Feringghi, betul-betul dihadapan pasar malam. Rumah Perak Boutique Villa ni mempunyai 6 unit bilik tidur peribadi dengan pemandangan laut. Setiap bilik tidur peribadi dilengkapi kemudahan penghawa dingin dan tv flat skrin rata. Bilik tidur ini jugak dilengkapi bilik air dan kemudahan pancuran air panas. Wifi percuma boleh diakses di kawasan awam, itu pun kalau boleh akses la..hehehe. Villa ini jugak mempunyai ruang tamu dan ruang makan serta dapur kecil dengan peti sejuk dan cerek elektrik. Setiap bilik dilengkapi dengan balkoni peribadi. Boleh dikatakan Villa ini cukup sempurna untuk percutian bersama-sama family tercinta. Ok, jom kita layan sekejap gambar2 percutian rose bersama family2 belah suami rose :)

Meja makan serba hitam...

Hiasan simple jer...

Lampu gantung di bahagian ruang tamu, lupa rose nak ambil gambar 
sofa ruang tamu ni..

Hiasan dinding...

Dapur serba putih, nampak bersih dan cantikkan..

Laluan tangga ke tingkat atas...

Bilik tidur nya simple jer...

Bilik tidur ini dilengkapi 2 sofa dan meja kopi..

Cantik lampu bilik tidur ni kan...

Bahagian belakang rumah perak villa...

Bahagian belakang villa Perak ni betul2 mengadap laut..

Cantikkan...

Pagar belakang rumah Perak Villa ni...

Pagi2 lagi kami dah mandi laut...

Indah sungguh ciptaanNYA...

Tenangnya tengok laut ni kan...

Adik ipar rose, zeti dan suami sedang sibuk menyiapkan sarapan 
pagi untuk semua :)

Jom layan games yang diadakan untuk family day kita orang..

tapi masa ni rose tak sampai lagi, sebab ada kenduri di Taiping.

Adik ipar dan anak buah rose berselfie ditingkat atas villa ni...

Adik iparku Eboy dan anakku Hafiz...

Bersama biras ku Kak Long Maizura dan Yong..

Sedikit ucapan dari Abang Ipar sebelum kami semua check out 
dari rumah Perak Villa ni..

Sebelum keluar kami semua bergambar dulu :)


Kalau ada rezeki boleh pergi lagi, teringin pulak nak bawa adik beradik, mak bapa rose ke rumah Perak Villa ni..insyaallah.


Rumah Perak Boutique Villa @ Batu Feringghi, Pulau Pinang
No.72, Jalan Batu Feringghi,
11100 Pulau Pinang.

Tuesday, August 25

TERIMA KASIH BLOG SEINDAH CERITA

Hye semua :)

Apakhabar untuk hari ni rakan2 blogger semua, rose doakan mudah2an korang semua sihat hendaknya dan semoga dipermudahkan segala urusan, amin. Petang ni baru sempat update blog.

Ok..sebelum ni rose ada join segmen yang di anjurkan oleh Nieyl tuan blog Seindah Cerita...Alhamdulillah rose berjaya dalam segmen U Follow I Follow dan berjaya sebagai pemenang. Kalau di ikutkan Nieyl hanya memilih 5 sahaja pemenang, disebabkan Nieyl telah tambah lagi 5 pemenang, tak sangka pulak nama rose naik sebagai pemenang..terima kasih Nieyl. Tahniah jugak pada semua pemenang :)   

http://bungakayangan.blogspot.com

Sesiapa yang join Segmen U Follow I Follow By Nieyl boleh tengok keputusan di blog Seindah Cerita Senarai Pemenang ni yer :)    

Monday, August 24

JIKA KULIT WAJAH BERMINYAK

Hye semua :)

Jika Kulit Wajah Berminyak


Daun sup bukan saja digunakan dalam masakan sup atau apa saja, malah daun sup juga yang dikenali sebagai penyedap makanan mampu mengurangi kadar minyak pada wajah. Caranya, didihkan dua gelas air dalam periuk kecil. Masukkan daun sup yang telah dipotong kecil dan rebus selama 15 hingga 20 minit. Angkat dan sejukkan. Sapukan pada wajah secara merata. Tunggu hingga benar-benar meresap. Kemudian bilas dengan pembersih muka. Insya-Allah kulit wajah berminyak akan berkurang.


TOMATO SEGARKAN KULIT

Hye semua 

Segarkan Kulit


Tomato kebiasaannya digunakan dalam masakan, tambah sedap kalau dimakan begitu saja seperti ulam. Tomato baik untuk kulit muka sejak dulu lagi. Untuk segarkan kulit, kita boleh memilih mahu menggunakan tomato, timun atau kentang. Gunakan salah satu buah tersebut sebelum tidur. Caranya sangat mudah. Cuci muka terlebih dahulu. Lalu hiris salah satu dari buah tersebut. Usap ke wajah, biarkan kering. Keesokan harinya usap muka dengan tuala dan air suam. Setelah itu bilas dengan air dingin untuk menutup kembali pori wajah.

MERAWAT MASALAH KULIT KERING

Hye semua :)

Jika Kulit Kering


Untuk yang mengalami masalah kulit kering, usah bimbang kerana pisang berkhasiat mengatasi masalah ini. Petuanya ambil sebiji pisang dan lumatkan dengan sesudu teh madu serta sesudu teh minyak zaitun. Lalu sapukan pada wajah. Biarkan selama setengah jam atau hingga mengering. Setelah itu bilas wajah dengan air bersih. Amalan masker pisang ini dalam mengatasi masalah kulit kering, Insya-Allah.


PENAWAR PERUT KEMBUNG

Hye semua :)

Penawar Perut Kembung


Kalau ada antara kita yang terkena sakit perut, perut kembung, masuk angin dan cirit-birit, ambil beberapa helai daun jambu batu yang masih muda (pucuknya). Mamah daun jambu batu itu dengan garam lalu airnya ditelan. Atau daun jambu biasa yang masih muda dimamah halus dan ditelan. Insya-Allah mujarab dan sakit perut itu akan hilang dengan sendirinya.

UBATI SAKIT DADA

Hye semua :)

Ubati Sakit Dada


Sesiapa yang kerap atau biasa terkena sakit dada bolehlah cuba petua yang rose dapat dari majalah ni. Petuanya senang je..Tumbuk lumat beberapa ulas halia dan perahkan airnya. Ambil satu biji telur ayam kampung,keluarkan kuningnya sahaja. Campurkan bersama madu lebah tulen. Kacau rata-rata dan minum setiap pagi sebelum sarapan. Insya-Allah boleh kurangkan sakit dada.

PETUA UNTUK RAWAT DAN ELAKKAN GASTRIK

Hye semua :)

Rawat Gastrik

-gambar sumber google-

Amalkan meminum madu dua kali sehari sebelum sarapan dan sebelum tidur.
Minum bersama segelas air suam dan pastikan madu asli. Insya-Allah akan kembali pulih.

Elakkan Gastrik



Gastrik merupakan penyakit yang terjadi pada gangguan perut. Penderita akan mengalami rasa sakit pada ulu hati yang biasanya disertai rasa mulas dan perit. Elakkan gastrik dengan mengamalkan petua ini. Sediakan kunyit ukuran dua jari, cuci dan bersihkan. Parut kunyit dan ditambah dengan air. Perah parutan kunyit menggunakan kain bersih. Hasil perahan dibiarkan sebentar dan ambil air beningnya. Minum air kunyit ini dua kali sehari, pagi sebelum makan dan malam sebelum tidur.

Bintik-Bintik Merah Di Badan

Kadang-kadang tanpa disedari, tubuh badan kita terkena bintik-bintik merah menyebabkan gatal-gatal atau pedih. Ambillah sepotong kunyit, parut kunyit itu dan bubuh kapur sirih serta air. Panaskan ramuan tersebut diatas api, kemudian sejukkan. Setelah sejuk sapukan di bahagian bengkak-bengkak itu. Insya-Allah dalam waktu lima minit penyakit tersebut akan hilang.

Friday, August 21

SEGMEN : MEH SALLY NAK REVIEW

Hye semua :)

Jom kita join segmen Meh Sally Nak Review

KLIK SINI UNTUK JOIN

Segmen ini berlangsung dari 20hb - 30hb Ogos 2015 (11.59pm )

Pemilihan akan dipilih secara rawak 10 blog untuk di review :)

Thursday, August 20

SEGMEN : U FOLLOW I FOLLOW

Hye semua :)


KLIK SINI untuk join

Jom kita join segmen U Follow I Follow

Hadiah? 

Special REVIEW BLOG dan REVIEW FB PAGE untuk 5 orang!

Segmen Bermula Jam 9.00 Malam (19/8/2015)
Sehingga
Tamat Jam 9.00 Malam (21/8/2015)

Thursday, August 13

PESANAN BUAT SUAMI

Hye semua :)

Hargailah isteri dan sayangi ia untuk selamanya. Walaupun kadang kala kita berkecil hati atau sakit hati dengan pasangan kita, mesti ingat pasangan kita juga macam kita, tidak sempurna. Sama2lah kita mula lihat diri dan berasakan ini semua adalah ujian dari Allah untuk menguatkan lagi keimanan kita.


Pesanan Buat Suami

1-Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2- Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3-Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

4-Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing dan berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

5-Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk untuk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

6-Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

7-Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

8-Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

9-Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

10-Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

11-Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking saja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? isterikan...

12-Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

13-Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

14-Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali.

15-Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”

Sekadar renungan bersama...

Wallahu'alam

GIVEAWAY WALLET BY OPZZPINKY

Hye semua :)

Jom ramai2 kita join Giveaway Wallet By Opzzpinky
Bermula 12 Aug - 12 Sept 2015

KLIK SINI UNTUK JOIN

Wednesday, August 12

KONDOMINIUM PERANGINAN TNB PORT DICKSON

Hye semua :)

Asal mulanya rose tak jadi nak ikut adik rose bercuti ke Port Dickson, kerana sabtu tu ada jamuan hari raya kat lorong rumah rose. Tapi, kesian pulak kat anak2, diaorang teringin sangat nak pergi sebab tak pernah lagi sampai ke Port Dickson tu. Kebetulan hari ahad tu ada kenduri kahwin sepupu rose di Seremban, rumah kenduri belah lelaki. So, ikut la jugak, sambil bercuti boleh pergi kenduri kahwin sekali. 


Alhamdulillah..akhirnya kami sampai jugak kat kondominium tnb ni, walaupun pada mulanya kami dah silap jalan termasuk jalan Kuala Lumpur. Jenuh jugak la nak cari balik jalan keluar ke tol Sg Besi ni. Bertolak dari Ipoh pukul 1 tghri sampai Port Dickson pukul 6 petang, rasa macam jauh sangat.

Dah sampai pun rumah kondo kami no 305. 

Ruang tamu dan meja makan yang sangat luas, kalau tak cukup bilik tidur boleh tidur kat ruang tamu ni, maklum la bilik tidur cuma ada 3 bilik saja, kami adik beradik ramai, ada 5 keluarga, so lagi 2 keluarga terpaksa la tidur kat ruang tamu.

Dapurnya simple dan cantik, tapi tidak dibenarkan memasak, setakat masak air panas guna cerek elektrik dan masak nasi guna rice cooker boleh la kot.


Bilik tidur 2 katil bujang, kalau deco sikit lagi tentu menarik bilik tidur ni kan..heheheh

Bilik tidur utama bahagian depan

Padangan kondominium dari arah belakang

Masa untuk terjun kolam, ini bahagian kolam kanak2

Selfie sat sementara menunggu adik2 ipar, anak saudara dan anak rose mandi, rose ja yang tak mandi kolam, lagi pun tak berapa minat..bukan tak minat tapi malas nak pergi salin pakaian, alasan ja kan..heheheh

Ini la adik2 rose, adik ipar, anak saudara dan anak rose sendiri,
seronoknya depa mandi kolam...

Selfie kat belah sini pulak..kita ni tukanq duk ambil gambaq depa ja la :)

Ambil angin sat kat bahagian luar balkoni kondominium

Pemandangan kolam mandi dari tingkat 3, cantik sangat :)

Pemandangan laut yang sangat indah :)

Cadangnya selesai mandi kolam dan solat maghrib kami semua nak pergi ke homestay diSeremban jumpa semua sanak saudara rose yang menginap disana. Lagi pun lepas isyak ada makan2 kat rumah pengantin lelaki. Memandangkan adik dan adik2 ipar rose semua keletihan disebabkan terlalu lama mandi kolam, jadi kami semua tak jadi pergi. Jenuh jugak la nak pikiaq masak apa, sedangkan memasak disini tak dibenarkan. Nasib baik ada bawa rice cooker, masak nasi dulu lepas tu guna rice cooker untuk masak ayam goreng pulak dan masak sardin jadi la. Pasal semuanya dah malas nak keluar makan.


Sedang kami semua dalam gembira gelak ketawa, tiba2 dalam pukul 11 lebih dengar pakcik rose tel bgtau paklang rose pengsan dan jantungnya tetiba berhenti. Kelan kabut kami semua dibuatnya, nak pergi ke hospital Seremban anak2 semua dah tidoq, jadi rose dan adik ipar terpaksa tunggu di kondominium. Biar mak dan adik lelaki sahaja yang pergi. Bila dah sampai hospital pakcik rose cakap paklang rose dah disahkan meninggal dunia. Rasa sedih dan terkilan sangat sebab kami semua tak sempat jumpa arwah paklang, ingat esok pagi baru la nak pergi homestay jumpa semua sanak saudara dan terus pergi kenduri. Tapi apa boleh buat dah takdir tertulis macam tu dan Allah lebih maha mengetahui segalanya. 


Kami semua terus tak jadi pergi kenduri, tinggal makteh dan family makteh saja yang terpaksa menunggu sehingga selesai majlis kenduri anaknya baru boleh bertolak ke Taiping. Mayat arwah dikebumikan di Taiping Perak. Rose dan adik2 yang lain kami bertolak dari Pork Dickson pkul 5.30 pagi. Saudara yang lain semua dah bertolak awal pkul 3 pagi, diaorang risau lambat sebab nak kebumi dalam pukul 11 pagi jugak. Rose dan adik2 tawakal ja la, kalau sempat tengok alhamdulillah, kalau tak sempat apa boleh buat bukan rezeki kami nak tengok.


Al-Fatihah buat bapa saudaraku Mohd Amin yang telah kembali ke rahmatullah pada 8hb ogos 2015...semoga roh paklang ku dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman...Amin.
Salam takziah jua buat kaum keluarga sepupuku...
semoga tabah menghadapinya...sesungguhnya kita adalah milik Allah dan kepada Allah jua kita akan dikembalikan.