Hye semua :)
Hargailah isteri dan sayangi ia untuk selamanya. Walaupun kadang kala kita berkecil hati atau sakit hati dengan pasangan kita, mesti ingat pasangan kita juga macam kita, tidak sempurna. Sama2lah kita mula lihat diri dan berasakan ini semua adalah ujian dari Allah untuk menguatkan lagi keimanan kita.
1-Selalu
menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan
sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.
2- Bila
isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang
dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak
suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak
serta prihatin.
3-Jangan
sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan
mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari
emak anda..Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh
kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.
4-Kalau
pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada
suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing dan berak anak sedangkan suami
duduk tersandar kekenyangan macam maharaja. Jangan sekali-kali duduk tersandar
depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja
kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya.
Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan
rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.
5-Sekiranya
suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk untuk isteri. Jangan bedal semua
sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor
taugeh. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau
boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan
mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang
terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan
anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.
6-Jangan
sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau
semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu. Hormatilah ibu-bapa dan
kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak
mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara
bergurau.
7-Jangan
kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga. Jagalah maruah anda sebagai
suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masalah kewangan
anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan,
selagi itulah dia rela nak tolong.
8-Jangan
bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor,
dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi
bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?
9-Rajin-rajinlah
bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga
anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu
di rumah saja. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri
pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi
diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.
10-Jangan
main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri
awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena
tolerate kalau awak buat?
11-Kalau
tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik
nak menengking saja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga
awak? isterikan...
12-Kalau
isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda
mengambil berat tentang dirinya. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu
keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau
pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling
menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati
nanti.
13-Dalami
agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama.
Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk
syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau
isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau
isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya
tapi saya dengar dari seorang ustaz.
14-Berusahalah
dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa
yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri,
isteri balas sepuluh kali.
15-Jangan
buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf,
minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau
kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang
dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para
suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan
perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.
Allah
s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang
didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”
Sekadar
renungan bersama...
Wallahu'alam