Thursday, October 30

Giveaway Cuti Sekolah By JiwarOsak

Giveaway Cuti Sekolah by JiwarOsak.Com
Mari Sertai Giveaway Cuti Sekolah By JiwarOsak.Com


Hadiah Terkumpul
Cash : RM 390
Topup : RM 195
Barangan : Tudung Pashmina x 1, Shawl x 2, Novel Sanctuaria x 1, Tudung Aidijuma x 1, Bantal Handmade x 2

Terima Kasih kepada Sponser

AbgferOz | MahaMahu | Yanty Lee | Afzal Sukasuki | Mawar Biru | Cik Pjaz | Ieta Mat Sa’ad | Mohamad Nasir | Yan Saflina | UmmiMama |Mohd Noor Shawal | Dila KazUha | Doktor Pemasaran | Helmi Julia | Nadia Johari | Suzlin Azreena Nordin| Nurul Syarafina II | Khaty Aiman| KyLe Kesha | Cik Yaya | Putery Memory | Edo Hayra | Delima Zamrud | Karen Nisa 

Untuk menyertai Giveaway Cuti Sekolah anda boleh klik Banner atau SILA LIHAT SINI

Segmen Pencarian Bloglist November & Disember 2014

Hye semua :)




29 Oktober 2014 sehingga 30 Oktober 2014


Jom Support Kisahsidairy.com




Wednesday, October 29

MENANG CONTEST BLOG COMEL BY SHEDA UCU

Hye semua :)

Alhamdulillah...rezeki rose menang contest ^_^



tak sangka comel jugak blog Sweet Rose ni kan...
sebelum ni tak pernah pun menang..huhu..tapi kali ni rezeki rose menang Contest Blog Comel By Sheda Ucu...seronoknya..nanti boleh join lagi..hihihi..


Alhamdulillah..hadiah tudung bawal rufle dari sponsor Aimi Syafiqah selamat sampai pagi tadi di ofis rose..terima kasih Aimi Syafiqah.
Terima kasih jugak pada blog Sheda Ucu kerana sudi pilih blog akak sebagai pemenang no 5 ^_^


Tuesday, October 28

JAGALAH PERHUBUNGAN SESAMA

Hye semua :)

KEMENANGAN DIPEROLEHI..
TETAPI MEROSAKKAN PERHUBUNGAN

Kalau gaduh dengan pelanggan,
Walaupun kita menang,
Pelanggan tetap akan lari.

Kalau gaduh dengan rakan sekerja,
Walaupun kita menang,
Tiada lagi semangat bekerja satu kumpulan.

Kalau kita gaduh dengan boss,
Walaupun kita menang,
Tiada lagi masa hadapan di tempat itu.

Kalau kita gaduh dengan keluarga,
Walaupun kita menang,
Hubungan kekeluargaan akan renggang.

Kalau kita gaduh dengan guru,
Walaupun kita menang,
Keberkatan menuntut ilmu dan kemesraan itu akan hilang

Kalau gaduh dengan kawan,
Walaupun kita menang,
Yang pasti kita akan kekurangan kawan.

Kalau gaduh dengan pasangan,
Walaupun kita menang,
Perasaan sayang pasti akan berkurangan.

Kalau kita gaduh dengan sesiapapun,
Walaupun kita menang,
Kita tetap kalah...

Justeru itu...baik jangan bergaduh...
Lebih baik kita bersalaman dan mengeratkan perhubungan...!



Sunday, October 26

AMALAN SEBELUM TIDUR

Hye semua !


Semoga kita semua mendapat tidur yang bermanfaat...dan dikurniakan kesudahan yang baik..amin

Selamat malam semua :)


Friday, October 24

SALAM MAAL HIJRAH 1436

Hye semua :)

Selamat Menyambut Tahun Baru 1436 Hijrah

Semoga kita semua akan menjadi lebih baik dan mendapat keredhaan Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang...kita akan bertemu tahun baru hijrah 1 Muharram 1436H pada 25 oktober 2014 esok. Bermula maghrib nnti kita dah masuk tahun baru 1436H. Cepat betul masa berlalu dan bertemu tahun berikutnya.

Sebelum berakhir tahun 1435H,sama-sama le kita membaca..

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu asar sebelum masuk waktu maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Sesiapa yang membaca doa ini,syaitan berkata:
"kesusahan bagi ku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini,Allah ampunkan dosanya setahun"

Doa Awal Tahun 1436H dibaca 3 kali selepas waktu maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini,Syaitan berkata:
"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan"


Yang terindah apabila kita dapat hijrah diri dari baik kepada yang lebih baik... InsyaAllah semoga kita berhijrah menjadi hamba Allah yang berjaya dunia dan akhirat..Amin.

Thursday, October 23

KHASIAT ULAM

Hye semua :)

Ketahui kepelbagaian Khasiat Ulam 


Ulam adalah antara hidangan yang biasa dimakan terutama masyarakat melayu dalam pengambilan makanan harian. Ulam boleh didapati disekitar kawasan rumah namun khasiatnya amat tinggi sekali. Pelbagai bahagian tumbuhan boleh dijadikan ulam seperti pucuk,daun,umbut,buah mahupun bunga.

Ulam boleh dimakan secara mentah atau dicelur menggunakan air panas. Bagi menabah keenakan ulam,biasanya ulam dimakan dengan menggunakan pencicah seperti sambal belacan,cencaluk atau budu. Ulam yang dimakan begitu sahaja lebih menyihatkan kerana pencicah selalunya mengandungi banyak garam.

Selain ulam yang disebutkan di atas,ada juga sayur yang dijadikan sebagai ulam seperti terung,kacang bendi,timun,kubis dan kacang panjang. Terung dan kacang bendi selalunya dicelur dahulu sebelum dimakan. Manakala kacang panjang dan timun akan dimakan mentah sahaja.

Ulam yang dianggap makanan kampung dan kini ditanam secara komersial kerana permintaan yang tinggi oleh masyarakat awam termasuklah di restoran mewah. Memakan ulam memang dapat meningkatkan kesihatan kerana kandungan khasiatnya yang tinggi. Malah ada juga nasi ulam atau dikenali juga nasi kerabu yang mengandungi pelbagai sayuran didalamnya.

Kebaikan Ulam Daripada Seratnya

Ulam mengandungi banyak galian seperti mineral dan vitamin. Justeru memakan ulam secara mentah sebenarnya lebih elok kerana dapat mengekalkan kandungan khasiat didalamnya. Merebus atau mecelur ulam boleh menghilangkan sedikit sebanyak khasiat ulam tersebut. Mencelur atau merebus ulam boleh memusnahkan khasiat seperti kalium,fosforus,zat besi,natrium dan kalium dalam ulam disebabkan oleh haba. Antara ulam yang mempunyai kandungan khasiat tinggi seperti kalsium,fosforus dan zat besi ialah daun kaduk.

Kebaikan paling utama dalam khasiat ulam ialah kandungan seratnya yang tinggi. Serat ini membantu sistem penghadaman manusia kerana boleh membantu memudahkan pelancaran sistem pembuangan air besar.

Kebaikan Ulam Untuk Kesihatan

Ulam juga termasuk dalam golongan herba yang diakui kebaikannya kepada kesihatan manusia dan ulam berasaskan tumbuhan semulajadi. Apatah lagi ulam dimakan mentah dan segala kandungan khasiatnya kekal tidak terusik. 

Daun pegaga dikatakan boleh membantu meningkatkan kecerdasan pemikiran kanak-kanak. Selain itu boleh juga membantu sistem peredaran darah dan meningkatkan kesihatan kulit.

Daun kaduk pula mempunyai kandungan kalsium yang tinggi dan sangat bagus dimakan kerana boleh membantu mengurangkan risiko masalah kerapuhan tulang terutama bagi kalangan wanita.

Selain itu jering juga elok dimakan kerana mengandungi sebatian alkaloid pelawas yang memberi rangsangan untuk membuang air kecil. Secara tidak langsung,jering boleh membantu seseorang yang mempunyai masalah pembuangan air kecil terutama kalangan lelaki. 

Bagi pesakit kencing manis, memakan jering dalam jumlah sedikit tetapi berterusan boleh membantu mengurangkan sedikit masalah kencing manis. Hal ini disebabkan oleh khasiat jering yang dapat meneutralkan kendungan gula dalam badan seseorang.

Lepas ni kena banyak makan ulam le nampaknya..rose sendiri pun kurang suka makan ulam..rose hanya suka makan kacang bendi je..hikhikhik..

Tuesday, October 21

TIPS MEMILIH KAWAN

Hye..
selamat petang semua :)


Semoga kita menjadi kawan atau sahabat sebaiknya :)




Sunday, October 19

FAKTA : KHASIAT GARAM

Hye..selamat pagi semua..:)

Sedikit perkongsian yang ingin rose kongsikan bersama..
Untuk ibu2 yang sedang dan akan memasak jangan letak garam ketika memasak. Buat macam orang Arab kalau masak tawaq habiaq tapi bila nak makan baru letak garam. Sunnah nabi bagus untuk kesihatan..jom kita baca ni..

Fakta : Khasiat Garam


Kita disogok dengan fakta palsu."Ambik garam lebih boleh kena penyakit darah tinggi... ni protokol yahudi."
Back to cara hidup nabi...Sebelum makan nabi letak secubit garam di lidah untuk elak santau dan tapis makanan yang akan di makan ... 
Sampai di tempat baru...nabi ambil garam dahulu utk sesuaikan hormon tubuh di tempat baru... 
Untuk ubat penyakit rohani, air perlu di campur garam terutama untuk ubati sihir dan santau ...kenapa?

Allah cipta garam adalah sebagai penarik toksid/asid/racun dalam darah atau tubuh dan juga penarik unsur2 negatif (pengamalan darus syifa' utk bersih rumah atau pagar rumah perlu tabur garam di sekeliling rumah. Garam juga unsur yang boleh imbangkan balik sistem tubuh kita ...ini sunnah Nabi...

Tp garam boleh jadi rosak apabila dimasak atau bertindak balas dengan suhu tinggi/panas. Maksudnya kalau hendak masak, guna garam bukit dan jangan bubuh garam semasa makanan gelegak atas dapur.Tutup api dan biar suhu turun dahulu baru letak garam. Kita panggil "bubuh garam atas darat" macam orang Arab lakukan. Letak garam semasa hendak makan. 

Mengapa? Garam mengandungi sodium dan potassium. Tubuh perlu potassium lebih. Kalau panas, garam hanya tinggal sodium.Potassium akan rosak dalam suhu panas. Oleh kerana itu boleh terkena darah tinggi.

Wallahu'alam.

Friday, October 17

PENGHAYATAN ASMAUL HUSNA

Hye dan salam jumaat buat semua..:)

Sebelum kita memulakan kerja jom kita sama2 hayati dan amalkan 
zikir2 Asmaul Husna...


Semoga bermanfaat buat kita semua ^_^

Wednesday, October 15

5 CARA TERBAIK ATASI MASALAH

Hye dan selamat petang semua..:)

Sekadar perkongsian dan renungan bersama.

5 Cara Terbaik Atasi Masalah...


1.Sandarkan Harapan Pada Allah

Setiap ujian yang datang sebenarnya mempunyai banyak hikmah disebaliknya. Yakinlah bahawa setiap kesusahan yang kita tempuhi pasti akan diganti dengan kesenangan. ini bersesuaian dengan firman Allah dalam surah al-Nasyrah ayat 1-8 yang antara lain maksudnya " Sesungguhnya selepas kesulitan itu pasti ada kemudahan.."

Selain itu : " Cukuplah Allah bagiku. Tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakal." (Al-Taubah : 129)

2.Minta Pertolongan Daripada Allah

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan yang sabar dan dengan mengerjakan solat dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk." (al-Baqarah : 45)

3.Jangan Sedih Dan Kecewa

"Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang-orang beriman." (al-Imran : 139)

-Yakinlah dengan janji Allah itu dan jangan cepat putus asa dengan masalah yang dihadapi sebaliknya tingkatkan usaha dan kuatkan semangat untuk mengatasinya, lihat maksud firman Allah dibawah ini..
"..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kamu yang kafir." (Yusuf : 12)

4.Luahkan Masalah Tersebut Pada Teman-Teman Yang Dipercayai

Walaupun dia mungkin tidak dapat membantu, tetapi sekurang-kurangnya ia dapat meringankan beban yang kita tanggung.

5.Bandingkan Masalah Kita Dengan Masalah Orang lain.

Mungkin masalah orang lebih besar daripada kita, perkara ini juga boleh membuatkan kita lebih tenang ketika menyelesaikan masalah.
Sesungguhnya ujian yang datang itu tandanya Allah sayangkan kita. Jadi ambillah masa untuk menilai diri dan meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah dalam apa jua yang kita lakukan. Lakukanlah untuk mencari redha Allah. Fikir dengan positif bahawa setiap dugaan yang datang daripada Allah dan pasti ada hikmah yang tersendiri.

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (al-Baqarah : 216)

Wallahu'alam



TAZKIRAH : BERGURAU SENDA

Hye semua ^_^

Tazkirah: Bergurau Senda

Hidup kita memang selalu dipenuhi dengan gurau senda dengan orang di sekeliling, biasanya kawan-kawan. Mana ada orang yang bergurau dengan dirinya sendiri, betul tak? Maknanya, bila kita bergurau senda, secara tak langsung ia akan melibatkan perasaan orang lain yang mendengar gurauan kita.

Biasanya, orang bergurau untuk menceriakan suasana. Takkan nak buat muka serius sepanjang masa. Macam kebanyakan orang mengatakan, “Hidup mesti ceria”.


Tapi, mari kita teliti, apa yang selalu ada dalam sesebuah gurauan? Lawak yang direka-reka, cerita yang dibuat-buat, perli memerli dan kata mengata antara satu sama lain. Itu antara yang biasa saya temui. Jarang sekali orang bergurau tapi dalam masa yang sama dia tak menipu. Tak sah kalau bergurau, dia tak mengata-ngata (secara bergurau) kat orang lain.

Kebanyakan kita menganggap gurauan adalah perkara biasa. Ada juga yang menyangka menipu dibolehkan ketika bergurau sebab tak membahayakan orang di sekeliling kita. Saya juga pernah menganggap begitu kerana merasakan apa yang kita guraukan hanya mainan semata-mata, bukan betul-betul, dan bukan niat untuk betul-betul berbohong.

Betulkah persepsi macam ni?

Banyak Ketawa boleh Mematikan Hati

Pernahkah anda lihat orang yang ketawa terbahak-bahak sampai katanya nak pecah perut dan sampai tak cukup udara nak bernafas? Apa yang kita fikir? Pastinya orang tu baru saja lihat atau dengar satu jenaka atau gurauan yang sangat menggelikan hati. Betul tak?

Kita akan ketawa apabila ada sesuatu yang menggeletek hati. Ya, itu memang sesuatu yang normal. Tapi, hakikatnya, di situlah akan timbulnya masalah. Gurauan yang melampau-lampau akan menyebabkan kita banyak ketawa.

Dalam Kitab Ihya’ Ulumiddin karangan Imam Ghazali, beliau menyenaraikan senda gurau sebagai salah satu unsur bahaya yang dibawa oleh lidah. Kata beliau,
“Asalnya senda gurau itu tercela dan terlarang, kecuali sekadar sedikit yang dapat dikecualikan daripadanya.” [1]

Ini berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W.:
Maksudnya: “Jangan engkau berbantahan dan bergurau dengan saudaramu!”

Kita dibolehkan bergurau senda tetapi jangan berlebih-lebihan. Kenapa? Kerana ia akan mengundang banyak ketawa. Dan banyak ketawa akan mematikan hati. Dan mungkin akan menjatuhkan maruah diri. Kata Imam Ghazali,

“Adapun berlebih-lebihan pada bergurau, maka akan mempusakai banyak tertawa. Dan banyak tertawa itu mematikan hati dan mewarisi kedengkian pada sesetengah keadaan. Dan menjatuhkan kehebatan diri dan kemuliaan. Dan apa yang terlepas dari hal-hal tersebut, maka tidak tercela,” sebagaimana diriwayatkan dari Nabi S.A.W. bahawa baginda bersabda:

Maksudnya: “Sesungguhnya aku bersenda gurau dan aku tidak mengatakan, selain yang benar.”[2]

Kita biasa dengar,

“Ish dia ni. Ketawa sampai tak ingat dunia!”
Hakikatnya begitulah keadaan orang yang ketawa berlebih-lebihan. Larut dalam dunia ketawanya. Sampai lupa dan tak sedar apa yang berlaku di sekelilingnya. Dan lebih parah lagi, ketawanya itu juga menunjukkan kelalaian dari mengingati akhirat.

Nabi S.A.W. bersabda:
Maksudnya: “Jikalau kamu tahu apa yang aku tahu, nescaya pasti kamu banyak menangis dan sedikit ketawa.” [3]

Nilai Gurauan vs Persaudaraan

Ketawa memang seronok. Tapi menjadi bahan ketawa sangat menyakitkan hati. Hakikatnya, itulah yang selalu ada dalam sesebuah gurauan - mentertawakan orang lain.

Kita mungkin sekadar main-main, kata orang menyakat. Tapi, siapa tahu apa yang dirasai ‘watak utama’ kisah gurauan tersebut?

Mungkin tak kisah, mungkin marah, mungkin kecil hati dan mungkin terus tak bertegur sapa.

Gurauan yang dianggap sekadar main-main boleh menjadi bibit kepada pergaduhan, pertengkaran, tak bertegur sapa dan permusuhan yang berpanjangan antara sesama Muslim. Begitu murahkah nilai persaudaraan dalam Islam sehingga kita sanggup menggadaikannya dengan kata-kata gurauan dan mainan yang langsung tiada nilai di sisi Allah?

Rasulullah S.A.W. sendiri telah memberi amaran dalam sabda baginda:
“Sesungguhnya orang yang berkata-kata dengan suatu perkataan untuk mentertawakan teman-teman duduknya, akan jatuh dalam api neraka, lebih jauh dari bintang surayya.”

Jujur dalam Berjenaka dan Gurau Senda

Sedarkah kita, ketika bergurau senda dengan rakan-rakan, kita mungkin dah berbohong? Berbohong bukan maksud saya betul-betul bercakap bohong. Tapi, hanya sekadar cakap main-main atau kata orang sekadar mengacah saja.

Soalnya, betul ke kita tak boleh menipu walaupun dengan hanya niat untuk bergurau? Nama pun gurauan, jadi kita bukan berniat untuk betul-betul menipu, hanya sekadar main-main dan tak memudharatkan sesiapa. Dan biasanya, last sekali, kita mesti akan cakap,

“Aku main-main je la…”

“Aku tipu engkau je tadi. Saja nak tengok macam mana reaksi engkau.”
Kalau diikutkan logik akal pendek kita, mungkin pandangan tu nampak macam betul. Tapi, mari kita teliti sabda Rasulullah S.A.W. :

“Hendaklah kamu jujur. Sesungguhnya kejujuran menunjuk kepada kebaikan. Dan kebaikan menunjuk kepada syurga. Seorang lelaki terus jujur dan mencari kejujuran sehinggalah dia dicatatkan di sisi Allah sebagai seorang yang sangat jujur. Berwaspadalah terhadap dusta. Sesungguhnya dusta menunjuk kepada kejahatan. Dan kejahatan menunjuk kepada neraka. Seorang lelaki terus berdusta dan mencari pendustaan sehingga dia dicatat di sisi Allah sebagai seorang yang sangat berdusta." [4]

“Celakalah orang yang memperkatakan sesuatu agar orang lain ketawa, lalu dia berdusta. Celakalah untuknya. Celakalah untuknya.” [5]

Apa pun tujuan kita, pendustaan sesekali tidak dibenarkan walaupun hanya untuk bergurau dan berjenaka. Islam mengharuskan gurau senda, keceriaan dan hiburan jiwa, tetapi tidak menjadikannya sebagai pembuka jalan kepada kita untuk berdusta.

Jadi, kalau nak bergurau, pastikan gurauan kita tak ada unsur-unsur penipuan dan pendustaan. Sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W.:
Maksudnya: “Sesungguhnya aku bersenda gurau dan aku tidak mengatakan, selain yang benar.” [6]

Macam mana cara yang betul untuk bergurau? Mari kita susuri sirah Nabi Muhammad S.A.W., bagaimana cara baginda bergurau senda dengan orang-orang di sekeliling baginda.

Suatu hari, seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah S.A.W., meminta tunggangan daripada baginda kerana hendak pulang ke negerinya. Apabila Nabi mendengar permintaan lelaki itu, baginda bersabda: “Sesungguhnya aku akan menunggangkanmu di atas anak unta.” Padahal, pada waktu itu Nabi berkata demikian hanya dengan tujuan untuk bergurau.

Apabila lelaki itu mendengar kata-kata Nabi, dia merasa susah hati kerana memikirkan bagaimana anak unta yang kecil dan lemah boleh ditunggang untuk perjalanan yang jauh. Lalu, lelaki itu berkata, “Apa yang boleh aku buat dengan seekor anak unta? Kalau kamu berikan pada aku, tentulah menjadi beban dan hanya menambahkan kesusahan saja, sebab ia masih kecil dan tidak boleh ditunggang.”

Maka Rasulullah S.A.W. berkata, “Adakah yang melahirkan unta itu selain daripada unta betina? Maka itulah yang mahu aku berikan kepadamu iaitu unta besar yang asalnya dilahirkan oleh ibunya.” [7]

Lihat bagaimana cara Rasulullah S.A.W. menjaga adab-adab dalam bergurau senda. Baginda tidak sesekali menipu orang yang diajak bergurau, sebaliknya cara baginda ada ‘seninya’ yang tersendiri.

Apa yang saya perhatikan dalam kisah di atas dan beberapa kisah lain, Rasulullah menggunakan kaedah “double meaning” dalam gurauan baginda, iaitu satu kalimah tetapi mempunyai ataupun boleh difahami dalam dua maksud dan keadaan yang berbeza. Jadi, cara sebegitu akan mengelakkan kita daripada berbohong ketika bergurau.

Sayyidina Umar r.a. pernah berkata:
“Tahukah kamu mengapa dinamakan gurau senda (al-muzaah) dengan kata-kata al-muzaah?” (maksud asal al-muzaah: alih)...

Mereka itu menjawab: “Tidak!”

Maka Umar r.a. menjawab:
“Kerana senda gurau (al-muzaah) itu, mengalihkan orang yang bergurau daripada kebenaran.”

Jadi, berwaspadalah kita dalam setiap gurauan dan kata-kata kita. Setiap apa yang dituturkan oleh kita akan dipertanggungjawabkan ke atas diri kita di akhirat kelak. Gurau senda mampu menghiburkan jiwa dan boleh mengeratkan hubungan sesama Muslim, tapi andai tidak kena caranya, gurau senda boleh melontarkan kita ke dalam azab neraka..Na'uzubillahi min dzalik.

Sekadar renungan dan peringatan bersama...


Tuesday, October 14

JADUAL WAKTU SISTEM BADAN MANUSIA

Hye semua ^_^

Jadual Waktu Sistem Badan Manusia!


Waktu Pagi

3:00 am – 5:00 am  

Paru-paru – Ini adalah waktu
terbaik untuk bangun dari tidur.
Ketika ini terdapat lebih banyak
kandungan ozon di udara. Ini akan
memberi satu sumber tenaga yang
baru jika mengamal latihan
pernafasan, yoga serta bertakafur.
Mereka yang mempunyai asma
tidak patut tidur waktu ini dan boleh
merasai kesukaran bernafas.

5:00 am – 7:00 am

Usus Besar - Mereka yang bangun
tidur pada waktu ini tidak akan
menghadapi masalah sembelit.
Jika menbuang air besar dan mandi
dengan air sejuk diselesaikan
dalam waktu ini, masalah
kegugupan boleh dihindarkan.

7:00 am – 9:00 am

Perut - Sarapan patut diambil
dalam tempoh masa ini.

9:00 am – 11:00 am

Limpa – Tidak minum dan makan
waktu ini walaupun setitik air. Jika
makan pada waktu ini akan
mengakibatkan suhu badan
meningkat, menambahkan keletihan
dan mengurangkan tahap
pencernaan. Ini lebih terserlah
pada pengidap diabetes yang akan
merasa kegigilan dan mengantuk.

Waktu Tengahari

11:00 am – 1:00 pm

Jantung – Hanya air sahaja yang
diambil pada ketika ini. Tidak
sepatutnya melakukan kerja berat
atau tidur di masa ini. Jika tidak
lebih karbon dioksida akan
bercampur dengan oksigen. Ini
akan meningkat kemungkinan
terkena serangan jantung, lumpuh
atau kesakitan badan.
Kebiasaannya pihak hospital akan
lebih berjaga-jaga pada waktu ini
kerana pesakit jantung dan
diabetes berkemungkinan diserang
sakit jantung berbanding pada
waktu lain.

Waktu Petang

1:00 pm – 3:00 pm

Usus kecil – Makan tengahari pada
waktu ini. Selepas itu duduk tutup
mata untuk rehat selama 5 minit.
Elakkan dari tertidur.

3:00 pm – 5:00 pm

Pundi Kencing – Sesuai untuk
mengambil minuman seperti jus
buah atau teh.

5:00 pm – 7:00 pm

Buah Pinggang – Ini adalah masa
untuk bersantai dan rehat dari kerja
harian. Jika tidak akan
memudaratkan ginjal dan jangkitan
salur kencing.

Waktu Malam

7:00 pm – 9:00 pm

Dinding Jantung – Makan malam
patut diambil pada waktu ini. Jika
tidak akan menimbulkan getaran
atau sakit di dada.

9:00 pm – 11:00 pm

Ini adalah masa untuk
mengembalikan semula tenaga
organ-organ yang bekerja sejak
pagi. Oleh itu sebaiknya waktu ini
seseorang itu hendaklah baring dan
bersedia untuk tidur. Elakkan dari
membaca buku, menonton tv atau
bekerja.

11:00 pm – 1:00 am

Hempedu – Waktu tidur. Jika masih
berjaga akan menyebabkan badan
kekurangan tenaga untuk bekerja di
hari esoknya.

Waktu Lewat Malam

1:00 am – 3:00 am

Hati – Waktu tidur lena. Jika tidak
akan memberi kesan kepada
penglihatan dan badan lesu.

Sekadar perkongsian bersama mengenai ringkasan jadual waktu badan manusia..semoga bermanfaat..:)

Sunday, October 12

RESEPI KEK MUFFIN PISANG

Hye dan selamat pagi semua..:)

Pagi ni rose nak share resepi kek muffin pisang dengan korang semua. Kek muffin pisang yang mudah dan senang disediakan, hanya guna blender je..jom kita tengok resepi yang simple ni..

Kek Muffin Pisang Simple


Bahan-bahannya :

4-5 biji @ 1 cawan pisang masak
1 cawan minyak masak @ 1 buku butter
1 sudu teh soda bikarbonat
1 cawan gula castor
1 sudu teh esen vanilla
2 cawan tepung gandum
4 biji telur

Cara-caranya :

Masukkan pisang, telur, minyak, gula dalam blender.
Putar sehingga sebati/hancur semuanya.
Tuang dalam bekas dan tambah tepung sambil digaul sebati.
Sudukan adunan dalam acuan kertas cupcakes dan bakar dalam oven pada suhu 180'c, api atas bawah selama lebih kurang 25 minit sehingga masak.

Selamat mencuba ^_^

Saturday, October 11

RESEPI DAGING MASAK KICAP

Hye semua..:)

Dah lama rasanya rose tak post entry pasal resepi ni kan..:) kebetulan makmentua rose ada bagi sikit daging korban masa raya haji hari tu. Nak masak apa ye..kita masak daging masak kicap je la..lagi pun mudah dan senang...

Daging Masak Kicap


Bahan-bahannya :

Daging lembu
Kicap manis cap kipas udang
garam dan gula secukupnya
3 ulas bawang putih dikisar
2 inci halia dikisar
1 biji bawang besar dipotong bulat
2 sudu cili boh
kulit kayu manis,bunga lawang
bunga cengkih dan buah pala

Cara-cara :

Rebus daging terlebih dahulu.
Tumis bawang putih,halia,bawang besar dan masukkan cili boh sehingga naik bau.
Masukkan kulit kayu manis,bunga lawang,cengkih dan buah pala.
Selepas itu masukkan air rebusan daging dan tambah kicap mengikut selera.
Akhir sekali masukkan daging masak sehingga kering.
Letak garam dan gula secukupnya.
Siap untuk dihidangkan.

Selamat mencuba ^_^

Friday, October 10

7 MATA YANG DICINTAI OLEH ALLAH

Salam Jumaat semua..:)


Mata mereka yang sentiasa berusaha ke arah melaksanakan perintah Jihad pada Jalan Allah swt.

Mata yang berjaga malam di jalan Allah.

Mata yang menitis air mata kerana takutkan kebesaran Allah. 

Mata yang memerhati dan memuji kejadian Allah.

Mata yang memandang dan membaca Al-Quran mengambil pengajaran dan mengamal dalam kehidupan.

Mata yang memandang mereka yang miskin dengan penuh kerahmatan dan kasih sayang.

Mata yang sentiasa bertahan atau bersabar daripada memandang perkara yang haram.


Tuesday, October 7

20 PETUA KELUARGA BAHAGIA

Hye semua..:)

Petua keluarga bahagia yang ingin rose kongsikan bersama..
jom kita baca.

20 Petua Keluarga Bahagia

- Doa yang berterusan.

- Patuh ajaran agama.

- Murah dengan pujian.

- Murah dengan khidmat.

- Murah dengan belaian kasih sayang.

- Murah dengan sentuhan.

- Mencari kebaikan pasangan.

- Cari masa berkomunikasi,berbual atau bergurau senda.

- Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.

- Menghormati had,sempadan atau hal peribadi pasangan.

- Menilai diri daripada perspektif pasangan.

- Berfikiran terbuka - boleh tegur menegur.

- Berani mengambil risiko emosi - tegur/perubahan/berpisah sementara.

- Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.

- Tolak ansur.

- Menghormati dan mengambil kira gerak batin perempuan.

- Tidak mengejar kebendaan semata-mata.

- Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.

- Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.

- Sanggup berkorban buat pasangan.


SUAMI ISTERI adalah sahabat sehidup semati..sahabat yang selalu BERUSAHA untuk saling harga menghargai..saling HORMAT menghormati..saling belajar untuk MEMPERBAIKI DIRI..berusaha MEMPELAJARI ISI HATI masing-masing..saling INGAT MENGINGATI dan suka memuji antara satu sama lain..

Sahabat yang ada kalanya BERMASAM MUKA sementara..namun akan selalu berusaha untuk membuat sahabat GEMBIRA.

Wallahu'alam

Monday, October 6

BERCAKAP SENDIRI POSITIFKAN MINDA

Hye dan selamat pagi semua..:)

Andai emosi kita tiba-tiba terasa terganggu dan tertekan, usah berasa gusar. Jalan terbaik mengatasi perasaan tersebut adalah dengan bercakap pada diri sendiri. Tapi jangan cakap yang buruk-buruk. Sebaliknya cakap yang baik-baik mengenai diri kita, positifkan diri dan minda. Menurut pakar psikologi, berulang-ulang kali mengungkapkan perkataan yang baik-baik pada diri dapat menukar emosi negatif menjadi positif dan membuat kita kembali ceria dan bersemangat.

Wallahu'alam


Orang bijak pandai selalu menyebut "sayangi, hormati dan cintailah diri kamu sendiri, kelak nanti kamu akan menjadi seorang yang hebat"...

Orang yang mempunyai hati yang bersih dan kuat sentiasa tabah dengan dugaan yang dihadapinya. Biarpun di timpa musibah dia tidak pernah mengeluh. Walaupun pada hakikatnya dia sedang menghadapi kesulitan, dia tetap tenang. Orang yang tenang sentiasa menang. - pesanan Prof Dr Muhaya -




Saturday, October 4

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA

Hye semua..:)

Selamat Hari Raya Aidil Adha..Maaf Zahir dan Batin
Taqabballah huminna waminkum..
rose ucapkan kepada semua muslimin dan muslimat.
Dikesempatan ini rose ingin memohon maaf diatas segala kesilapan dan kekurangan diri ini.
Semoga kita semua dirahmati dan diberkati Allah s.w.t



Ikhlas dari Rose sekeluarga ^_^


" Semua penulis akan mati. Hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang akan dapat membahagiakan dirimu di Akhirat nanti "
- Saidina Ali bin Abi Talib -
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ LABEL ♥

3D Bathroom Floor Designs (1) Al-Fatihah (6) Baby Che Ta dan Zain (1) Baggy Shirt Murah (1) Banjir (1) Barang terpakai (4) Berhati2 Ketika Membeli Produk Minuman Atau Kesihatan (1) Birthday Mak Mentua (1) Bunga Kristal Pink (1) Contest Blog (2) Coretan Dari Felixia Yap (1) Cuti2 Malaysia (1) Deco Bilik Tidur Idaman (2) Deco Ruang Tamu Dan Dapur (1) Eco Park (1) Femininie Wash Harum Manja (1) FILM REVIEW (1) Film Review - Transformers : Age Of Extinction (1) From Taiping (2) Giveaway (14) Hadiah Dari Sponsor (1) Hadiah Follower 100 (1) Hadiah Menang Giveaway By Mamaniza.com (1) Happy Birthday (1) Happy Birthday Rosniwati (1) Happy New Year 2015 (1) Hardy Pastels Shawl - Koleksi Handmade Shawl (1) Hiasan 3D (1) Hot Spring Lubuk Timah Simpang Pulai (1) Ilmu Dan Pengetahuan (53) Info Kesihatan (14) Ipoh Perak (1) Jalan2 Bersama Family (11) Jamu Susuk Manja (1) Kenduri Kahwin (3) Kenyataan Akhbar Yg Dikeluarkan Oleh KKM (1) Kisah Makan (5) Koleksi Seri Hana (1) Kursus Pemjagaan Kesihatan (1) Laut Hindi (1) Majlis JasaMu Dikenang & Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (1) Majlis Pertunangan Sepupuku (1) Menang Segmen (1) Minuman Kesihatan (2) MrCendol (1) Mutiara Kata (2) MyHRMIS Cuti (1) Pelbagai Fungsi Kerongsang (1) Pengumuman Penangguhan Sesi Persekolahan Akibat Banjir (1) Percutian Bersama Family (1) Peringatan Bersama (37) Pesawat ADAM AIR Terhempas (1) Petua Kesihatan (19) Petua Stres (1) Petua Tradisional (1) PRAY FOR MH370 (3) Pray For Palestine (1) Produk Kecantikan (4) Produk Kesihatan (6) Resepi Air Lemon Teh (1) Resepi Biskut (2) Resepi Goreng (3) Resepi Kek (18) Resepi Masakan (21) Resepi Sihat (1) Review Jom Shopping (1) Review Makan (1) Review Produk Jamu Jelita (1) Review Produk Minuman (2) Salam Aidiladha (2) Salam Aidilfitri (1) Salam Jumaat (12) Salam Maal Hijrah (2) Salam Maulidur Rasul (2) Salam Penghulu Segala Hari (1) Segmen (3) Segmen - Saya Mahu Kad Raya Dayang deno (1) Segmen Bloglist (6) Segmen Bloglist Misya (2) Segmen Blogwalking (2) Segmen Duit Raya (1) Segmen Jom Raya 2015 By Sweet Rose (1) Segmen Saya Nak Design Header Blog/Facebook Raya (1) Segmen Tamat (1) Segmen U Follow I Follow (1) Sekolah DiTutup Esok Akibat Jerebu Teruk (1) Selamat Hari Ibu (1) Selamat Hari Malaysia (1) Selamat Hari Merdeka (3) Selamat Pagi (6) Senarai Pemenang (1) Serangan Asma Datang Lagi (1) Sultan Azlan Shah Mangkat (1) Sweet Dreams (1) Taman Botani (1) Terima Kasih Allah (1) The Liebster Award (1) Tip Ceriakan Hidup (2) Tips Berguna (1) Tips Keluarga Bahagia (2) Tips Kesihatan (16) Tips Persahabatan (1) Travelog (1) Ucapan (9) UlangTahun Kelahiran Sultan Perak (1) Vector Potret (1) Video Klip (1)

Blog Sweet Rose Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah