Hye semua :)
Cerita rose masa cuti hari krismas jumaat lepas. Masa ini seronok sebab cuti agak panjang dari hari khamis (cuti Maulidur Rasul) hingga ahad. Kebetulan semua adik beradik rose balik bercuti dirumah mak Ipoh Perak.
Mula-mula adik rose cadang nak sewa homestay di Chepor..kat situ pun ada tempat perkelahan. Memandangkan adik-adik yang lain tak berapa setuju nak berkelah disitu jadi cadangan berubah la pulak. Last-last adik rose cadangkan kami semua berkelah di Lubuk Timah Hot Spring, katanya ada kolam air panas, kalau sejuk mandi air sungai boleh mandi kolam air panas pulak. Rose pernah ke sini suatu ketika dulu, lama sangat dah. Rasanya dah 10 tahun yang lepas kot..heheheh
Masa ketika dulu Lubuk Timah ni hanya dikelilingi hutan, tiada kemudahan awam yang disediakan. Air sungainya sangat sejuk dan jernih. Yang best dan menjadi tarikan dikawasan Lubuk Timah ni adalah kolam air panasnya. Seronok dapat rendam kaki dan badan sekali. Tapi bila sampai sini tak dapat pun nak rendam kaki, orang ramai sangat.
Bila rose pergi kali ni, banyak sangat perubahannya. Kawasan ini telah dinaiktaraf, memang cantik sangat. Disediakan kemudahan awam yang sangat lengkap seperti surau, gerai makan, pondok, tandas dan kawasan parking yang luas. Tapi, masa rose sampai sini tandas je masih lagi dalam pembinaan, tak siap sepenuhnya. Jenuh lah tandas lelaki dan perempuan bercampur.
Disebabkan kawasan lubuk timah ni dah dinaiktarafkan, masuk ke kawasan ni pun dah dikenakan bayaran. Dulu-dulu 10 tahun yang lepas free je masuk sini. Sekarang dewasa rm3 seorang manakala kanak-kanak rm1.50 seorang. Tapi ok la jugak masih murah lagi. Bayaran dikenakan masa kereta nak masuk ke kawasan parking.
Sewa pondok kat sini cuma rm20 sehari. Ada kipas dan plug elektrik..boleh la nak masak nasi ke nak masak tomyam ke atau nak caj tel ke atau apa-apa aje la..heheheh. Yang pondok rose dapat ni siap ada tanah kiri kanan, lapang lagi bolehlah bentang tikar untuk duduk lepak ke letak barang-barang ke. Kawasan pondok yang rose lepak ni ada berpagar. Kalau ada budak kecil tak risau sangat. Setiap pondok dilengkapkan dengan tong sampah besar. Jadi takde le sisa makanan terbiar lama, nanti bau busuk pulakkan. Sangat berbaloi kalau dikenakan bayaran rm20 untuk satu pondok dan keselesaannya.
Masa rose dan adik-adik sampai disini, masyaallah orang punya la ramai..sampai takde tempat rose nak duduk. Nasib baik masa datang tu suami rose nampak pondok tu kosong takde orang duduk lagi, cepat-cepat suami suruh rose dan anak2 duduk dulu sementara yang lain angkat barang. Pondok tu tak boleh nak booking, kata orang yang jaga kat situ ikut nasib sape yang datang dulu.
Kalau nak buat BBQ pun senang di pondok yang kami duduk ni, sebab dah disediakan tempat bakar. Adik rose yang sorang ni senang dia guna pembakar elektrik jer. Cuma adik rose yang sorang lagi ni je bakar guna cara lama.
Alhamdulillah..kami semua dah selesai mandi..sementara menunggu suami masing-masing tengah syok mandi kami selfie dulu..jap lagi nak kemas barang pulak. Sekali sekala buat family day macam ni best jugakkan :)