Wednesday, November 16

KEBAIKAN ENERGY CYSTAL SKIN ACTIVATOR - LEBAM BAWAH MATA

Hye semua !

Siapa ada masalah Lebam Bawah Mata..ni rose nak bagitau kebaikan guna Energy Cystal Skin Activator jenis Biomist sangat cair seperti air bahan yang berkualiti halus mampu meresap menyegar dan aktifkan kulit Lebam Bawah Mata anda. 


Ia mencegah mengawal masalah lebam bawah mata. Ramai juga yang tak sabar-sabar nak hilangkan lebam bawah mata mereka dengan cepat tapi tersalah Pilih yang menampal.

Masalah Lebam Mata, rupa-rupanya masalah ini dihadapi bukan saja pada kaum wanita tetapi juga lelaki..


5 sebab utama terjadinya lingkaran gelap bawah mata atau juga lebih dikenali dengan istilah mata panda dan lebam bawah mata.

1. Keturunan Tahap tebal nipis kulit (periorbital skin) di sekitar mata pada setiap orang adalah berbeza dan ini selalunya bergantung kepada genetik atau keturunan. Semakin nipis kulit bawah mata seseorang itu, semakin jelas lebam bawah matanya walaupun cuma sedikit keletihan atau sedikit kurang tidur.

2. Stress / Kurang Tidur / Keletihan Bila kita tertekan, kurang tidur atau keletihan, darah kita akan terarah kepada organ-organ utama badan yang memerlukan lebih darah (mengawal stress) berbanding bahagian muka yang nampak sedikit pucat.

3. Mata bekerja lebih keras sehingga pembuluh-pembuluh darah di sekitar mata juga lebih aktif dan terlihat sebagai bayang-bayang hitam di bawah kulit mata. Perbezaan ketara kandungan darah inilah yang menyebabkan lebam bawah mata kelihatan begitu ketara. 

4. Pertambahan Usia atau Penuaan Semakin bertambah usia, semakin kulit kehilangan kolagen dan keanjalan. Kulit di bahagian bawah mata menjadi lebih nipis dan memudahkan bayang-bayang gelap nampak lebih ketara tidak kira sama ada sudah cukup tidur atau mata segar dan tidak mengalami keletihan pun. 

5. Alergik atau Alahan Alergik atau alahan yang menyebabkan mata gatal menjadikan kita cenderung untuk menggosok mata. Hal ini boleh meningkatkan tekanan pada kulit dan membuatkan darah memenuhi pembuluh darah di bawah mata dan menyebabkan lebam bawah mata senang dilihat. 

6. Kekurangan Zat Besi atau Anemia Lebam bawah mata juga boleh menjadi petanda anda mengalami kekurangan zat besi atau anemia. Mereka yang mempunyai masalah kekurangan zat besi di dalam darah, menyebabkan hemoglobin dan sel darah merah yang membawa oksigen kepada sel-sel badan akan senang terurai dan membuatkan lingkaran bawah mata kelihatan lebih gelap atau lebam. 

Tips Petua orang lama atasi Lebam Bawah Mata

1. Dapatkan rehat dan tidur yang cukup. Cuba berfikiran positif untuk menghidari stress yang berlebihan

2. Amalkan pemakanan yang sihat, sayur-sayur hijau sebagai sumber zat besi dan juga buah-buahan sebagai sumber Vitamin C (membantu penyerapan zat besi dengan lebih efektif) 

3. Banyakkan minum banyak air kosong untuk mengawal kelembapan kulit dan air kosong juga salah satu petua awet muda. 

4. Boleh amalkan tips dengan menggunakan ais, timun dan uncang teh seperti di SINI (KLIK untuk info seterusnya) 


Tips Paling mudah Nak merawat, ramai yang dah guna jenis Biomist,

Lebam Bawah Mata
Mampu jika ia dirawat, pengawalan tenaga, Energy Cystal Skin Activator, Ameena saja mempunyai Jenis Water Base, membuat kulit bawah mata yang sangat nipis jadi sesuai direhatkan dengan formulasi baru ini dan Produk ini jenis Biomist sangat cair seperti air bahan yang berkualiti halus mampu meresap menyegar aktifkan kulit Lebam Bawah Mata anda. 

  Untuk keterangan lanjut sila hubungi @ whatsapp Rose 018-4680613

Thursday, September 22

FILEM REVIEW TRAIN TO BUSAN - CERITA NI MEMANG BEST!

Hye semua!

Dah lama rose tak jengok blog rose ni. Agaknya mood nak menulis ni dah hilang terbang entah kemana..heheheh. Lagi pun semenjak dua menjak ni rose agak sibuk sikit. Ok..hari ni rose nak kongsi sikit pengalaman rose menonton filem korea yang katanya best sangat, Train To Busan. 

\

Sinopsis Train To Busan:

Sinopsis cerita ni pasal sepasang suami isteri yang telah berpisah dan si anak tinggal bersama ayahnya. Masa hari jadi budak tu, dia nak sangat jumpa mak die kat Busan. Sebab tu diorang naik train ke Busan dan hampir 80% cerita ni semuanya berkisar dalam train tu jer. Masa dalam train tu, ada sorang penumpang yang dijangkiti virus zombie terlepas masuk dalam train dan mula dari situ hampir semua dalam train kena gigit jadi zombie.


Rose tengok Citer Train To Busan nie kat online jer. Kalau tengok kat wayang tentu best..mau menjerit2 ketakutan dan menyeramkan..hahahah

Ending citer ni sangat menyedihkan ... pengorbanan yang sangat menyentuh hati. Tapi rasanya macam ada sambungan je lagi citer Train To Busan ni.


Pelakon Utama yang endingnya sangat menyedihkan
Gong Yoo dan Ma Dong-Seok

Wednesday, July 20

REVIEW PRODUK AMEENA HILANGKAN LEBAM BAWAH MATA

Hye semua !!!

Sudah sekian lama rose tak update blog, semenjak dua menjak ni sibuk sikit dengan urusan keja dan urusan anak2 nak exam lagi, kena bagi tumpuan pada anak2, kalau tak nanti study entah kemana.

Kali ni rose nk review pasal produk Ameena lebam bawah mata yang dah sebulan rose guna. Rasanya ramai orang yang mempunyai lingkaran gelap pada mata kan..tak kira la sikit ataupun teruk sampai tahap macam beruang panda dah..huhuhu 

Mata lebam ni memang susah nak hilang. Macam2 tips rose dah pernah cuba. Dari guna krim yang dijual dipasaran sampai la petua tradisional. Tetap jugak tak hilang. Rupa2nya lingkaran bawah mata ni jadi gelap sebab kurang tidur. Kurang tidur membuatkan kulit sekitar mata menjadi pucat sekaligus menjadikan lingkaran hitam semakin jelas kelihatan, alahan, hidung tersumbat atau kurang vitamin jugak boleh menyumbang kepada lebam bawah mata dan mata yang sembab.


Kini rose dah temui produk yang lebih mudah dan ringkas digunakan. Maklumlah jadi ibu sangat super duper buzy nya. Caranya sangat mudah hanya dengan picit sedikit Biomist Ameena dan sapukan ke keliling mata, siap! Krim mata Ameena ini memang khusus untuk masalah sekitar mata terutamanya lingkaran hitam tersebut. Krim mata ni bukan sahaja berkesan untuk "mata panda" rose ni, tapi lebih banyak manfaatnya... 
antaranya ialah:

~ Mampu mengaktifkan sel kulit juga meningkatkan aliran darah ke kawasan lingkaran mata.
~ Membantu menebalkan kulit di bawah mata untuk mengurangkan bayang-bayang mata yang nampak jelas.
~ Menolong didalam menegangkan kawasan sekeliling mata.
~ Menghilangkan bulatan hitam dibawah mata.
~ Melembap dan mengurangkan lebam kulit di sekeliling mata.
~ Mengurangkan rasa letih pada kulit bawah mata.
~ Menjadikan kulit mata lebih segar dan sihat.
~ Menghilangkan garis2 kulit bawah menjadi licin, halus sekitar mata, perbaiki tekstur kulit di sekeliling mata dan seluruh kulit muka.


Gambar sebelum guna Biomist Ameena
korang nampak tak hitam dan lebam di sekeliling mata rose tu, yang paling jelas sekali atas mata rose tu..kuat hitam nya.


Kini dah hilang masalah lebam sekeliling mata rose. Selepas seminggu guna jer hasilnya dah tak nampak hitam dan lebam keliling mata rose. Ia merawat bukan menampal ye. Dan gambar diatas tu rose ambil selepas sebulan rose guna Biomist Ameena..tapi bawah mata rose yang nampak bengkak tu memang macam tu dari dulu ye..bukan sebab lebam atau sembab.


Buat pengetahuan semua ... produk Ameena adalah produk muslim, kelulusan No Pendaftaran KKM (No 151205676K).

Jom order untuk hilangkan lebam bawah mata korang...pastinya puas hati :)

WhatsApp:  018-4680613 ( Puan Rose )

Thursday, May 26

BIOMIST HILANGKAN KULIT LEBAM BAWAH MATA

Hye semua!

Siapa disini yang mata nya sentiasa lebam dan rasa tak bermaya. Meh sini rose nak bantu dan tolong buka topeng lebam kulit bawah mata tu, memang ia boleh diatasi untuk dihilangkan...Ok..jom kita baca sikit pasal produk kecantikan Ameena KSK III iaitu produk yang boleh menghilangkan lebam kulit bawah mata anda dengan berkesan.


Tahu Tak anda? 
Cara Hilangkan Lebam Kulit Di Bawah Mata yang paling bekesan.

Kenapa biarkan kulit bawah mata nipis hingga terkeluar " HAND BAG" kulit bawah mata ?

Tahu Tak?  
Antara punca  akibat kurang tidur boleh menjadikan kulit LEBAM muncul pada bahagian bawah mata. 


Tau tak? 
Apakah kesannya dan Tanda awal timbulnya lingkaran LEBAM Kulit Bawah Mata.

Ini ada cara terkini memperbaiki tekstur kulit di sekeliling mata.

Kini tak perlu RISAU LAGI
KINI TERCIPTA INOVASI Baru 

Teknologi KSK III terkini dari 

Jepun KSK III -


BIOMIST khas untuk LEBAM BAWAH Mata

- Tenaga Crystal Skin Activator -
yang kini mampu meningkatkan aliran darah ke kawasan lingkaran mata dan menebalkan kulit di bawah mata untuk mengurangkan bayang-bayang mata yang nampak jelas..

• Menolong di dalam menegangkan kawasan sekeliling mata.
• Menghilangkan bulatan hitam dibawah mata.
• Melembap dan mengurangkan kesan lebam kulit di sekeliling mata.
• Menenangkan kawasan kulit bwh mata.
• Mengurangkan rasa letih pd kulit bwh mata.
• Menjadikan kulit mata lebih segar & sihat
• Menghilangkan garis-garis kulit bwh menjadi licin, halus sekitar mata.

segera WhatsApp 

Kod - "Ameena promo Lebam"

Maklumat lengkap dan Harga promo

Setiap Hari Terhad kepada 50 orang Terawal  dalam Whatsapp sahaja .


Berminat Nak order 
Whatsapp Rose 012-4850271/018-4680613
Telegram Rose Ameena

Monday, May 9

RESEPI ROTI SOSEJ RANGGUP

Hye semua!

Hari ni rose nak share menu sarapan pagi atau sesuai jugak dijadikan menu sarapan petang bersama family. Mudah saje, kita cuma guna roti + cheese + sosej + serbuk roti :) 

Rebus sosej dahulu.

Penyekkan roti..guna gelas pun boleh.

Seterusnya letak cheese pada roti yang dipenyek tadi.

Letak pula sosej yang telah direbus dan gulungkan dengan kemas.

Macam ni.

Pecahkan telur dan kacau sehingga sebati. Kemudian celupkan roti yang telah digulung tadi dalam telur tersebut.

Celupkan roti tadi di atas serbuk roti seperti dalam gambar.

Susun semua dulu..nanti senang nak goreng.

Goreng dengan minyak panas, api sederhana. Angkat bila roti kelihatan kekuningan.

Dah siap pun, kerat macam mana pun takpa, ikut suka. Nak serong atau tak kerat pun boleh. Hidangkan bersama dengan mayonis atau sos cili. Pasti sedap hingga menjilat jari..heheheh

Selamat mencuba ye :)

SELAMAT HARI IBU!

Hye semua!

Rasanya belum terlambat lagi untuk rose ucapkan SELAMAT HARI IBU...
untuk semua ibu2 di blog ini..:)


Semoga cerdikmu Secerdik AISHAH,
Cantikmu secantik AINUL MARDIAH,
Pengorbananmu setinggi SUMAIYAH,
Ikhlasmu seikhlas RABIATUL ADAWIYAH,
Dan semoga tempatmu di syurga AL-JANNAH.

SELAMAT HARI IBU BUAT SEMUA IBU2 DI MALAYSIA :)


Tuesday, March 1

RESEPI SUP TELUR

Hye semua !

RESEPI SUP TELUR


Bahan-Bahannya :

3 biji telur
3 batang sayur siew pak choy
1/2 batang carrot (potong memanjang seperti batang manis)
2 ulas bawang merah (dikisar)
3 ulas bawang putih (dikisar)
1/2 halia (dikisar)
2 cawan air (nak lebih kuah boleh tambah lagi)
1/4 kiub ikan bilis
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam/sulah
garam secukup rasa atau serbuk perasa sedap

Cara-caranya :

1. Tumiskan bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau.
2. Masukkan air diikuti carrot, kiub ikan bilis dan lada hitam/sulah. Biarkan sehingga mendidih dan sayuran menjadi empuk.
3. Bila kuahnya dah betul-betul mendidih, pecahkan telur satu persatu. Biarkan sehingga telur mengeras.
4. Masukkan sawi pak choy dan serbuk perasa atau garam. 
5. Dah masak tutup api. Hidangkan panas-panas.

Selamat mencuba :)

Thursday, February 18

RESEPI OVERNIGHT OATS SEDAP

Hye semua!

Hari ni rose nak berkongsi Resepi Overnight Oats yang paling sedap dan mudah disediakan. Rasanya dah lama famous overnight oats ni..rose jer yang baru nak buat. Sebenarnya rose memang tak suka makan oats ni tapi sebab rose ada niat nak mengurangkan jumlah kolestrol rose sampai ke tahap tak payah makan ubat hospital dah..jadi excited juga la nak cuba buat. Tapi itulah..bila makan oats dengan susu jer memang rasa tak sedap langsung..tapi bila buat overnight oats ni baru selera nak makan..heheheh

Bila overnight oats ni jadi trending, rose pun apa lagi..nak cuba la juga. Kali pertama rose jumpa resepi oats ni memang selera dan sedap...dan ini resepi overnight oats buat kali ke lima yang rose buat..heheheh


Bahan-bahannya :

1/2 cawan Oats
1/2 cawan susu rendah lemak low fat milk
2 sudu yogurt greek
1 sudu kecil madu
Kismis atau Kurma
Buah-buahan (rose letak epal hijau)
Jar /botol kaca (rose guna botol spagetti je, cuci bagi bersih)


Cara-caranya :

1. Masukkan 1/2 cawan oats
2. Kemudian masukkan 1/2 cawan susu rendak lemak (bergantung banyak mana oats tu)
3. Masukkan 2 sudu yogurt (kalau tak berapa suka boleh letak 1 sudu yogurt)
4. Biarkan semalaman didalam peti ais..esoknya boleh lah dicampurkan dengan buah-buahan segar seperti pisang, epal atau strawberry atau pun boleh campurkan dengan buah kurma atau kismis dan 1 sudu madu.
5. Siap dah sarapan pagi rose...


Seriusly...Yummehhhh
Kalau sarapan pagi overnight oats ni memang akan kenyang sampai ke tengahari..heheheh

Tuesday, February 16

PANDUAN MENURUNKAN PARAS KOLESTROL

Hye semua!

Ramai diantara kita yang seolah-olah lupa diri termasuk ler rose sekali..hehehe..dengan mengambil secara berlebihan hidangan yang mengandungi kadar kolestrol yang tinggi. Lantaran itu, bagi menurunkan paras kolestrol dalam darah kita, rose nak share dengan korang semua makanan yang boleh dijadikan sebagai pilihan untuk mengurangkan kadar kolestrol.

~ Ikan dan Omega-3

Kita disarankan memakan ikan sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Antara ikan yang kaya dengan omega-3 ialah ikan tuna, tuna albacore, sardin, mackerel dan herring. Sajian yang sesuai ialah melalui kaedah bakar, panggang atau stim.

Asid lemak omega-3 dikatakan mampu meurunkan paras kolestrol dalam badan. Ia mampu membantu jantung menurunkan tekanan darah dan mengurangkan risiko pembekuan darah. Minyak ikan sesuai untuk pesakit jantung kerana ia dikatakan berkait secara signifikan terhadap penurunan risiko kematian mengejut.
~ Minyak Zaitun

Campuran antioksidan yang terdapat dalam minyak zaitun berperanan menekan paras kolestrol tanpa mengganggu kadar kolestrol baik (HDL). Bagi menjaga kesihatan jantung, badan FDA (Food and Drug Administration) juga menyarankan agar kita mengambil sekitar 23 gram minyak zaitun pada setiap hari.

Pilih minyak zaitun yang tulen kerana minyak ini diyakini mengandungi lebih banyak antioksidan yang menyihatkan kerana ia tidak melalui proses pengolahan dan penambahan zat kimia.

Sebagai contoh, tambahkan minyak zaitun bersama sayuran atau boleh disapukan sedikit pada daging sebagai pengganti mentega.

~ Badam dan Walnut

Kajian menunjukkan bdam dan walnut mampu membantu menurunkan paras kolestrol dalam darah. Ini kerana kacang ini mengandungi asid lemak tak tepu yang tinggi sekali gus membantu menjadikan pembuluh darah tetap sihat dan elastik.

Secara umumnya, kekacang mengandungi kalori yang tinggi. Dengan segenggam kacang yang tidak melebihi 57 gram sudah cukup memberi kebaikan untuk kita. Tetapi harus diingat, jangan mengambilnya secara berlebihan bersama makanan lain. Ia mungkin akan mengakibatkan kemukakan atau meningkatkan risiko serangan jantung.

~ Gandum dan Oat

Oat kaya dengan soluble fibre (serat larut) yang membantu menurunkan kolestrol tidak baik (LDL) dalam tubuh anda. Serat ini diyakini mampu menurunkan penyerapan kolestrol dalam proses pencernaan. 10 gram lebih serat larut yang diambil setiap hari sudah cukup untuk menurunkan kadar LDL.

Satu setengah cawan oat mengandungi enam gram serat. Jika diambil bersama buah-buahan seperti pisang, empat gram serat telah ditambah. Serat larut ini juga boleh ditemui didalam kacang buncis, barli, epal, prun dan pear.

Makanan ini hanyalah saranan dalam membantu anda mengawal paras kolestrol dalam darah. Namun, ia tidak bermakna kita boleh mengambil daging dan lemak secara berlebihan. Kawal pemakanan secara bijak dan lakukan senaman secara teratur.

petikan dari : Nurul Huda Zulkifli

Wednesday, February 10

RESEPI SPAGETTI BOLOGNESE

Hye semua :)

Hari ni rose nak kongsikan resepi Spagetti Bolognese..spagetti ni rose masak masa cuti raya cina baru2 ni. Kesian kat anak rose asyik cakap nak makan spagetti je..walaupun sebelum ni rose tak pernah masak spagetti. Suami rose tak suka makan spagetti tu sebab rose malas nak masak spagetti ni..heheheh


Alkisahnya Spagetti Bolognese ni memang senang sangat buat, terutamanya waktu kita malas..hehehe..kalau rose tahu dari awal lagi rose dah masak spagetti ni. Jom la belek2 resepi spagetti rose kat bawah ni...

 Spagetti Bolognese

Bahan-bahannya :

1 paket spagetti (rose guna jenama Kimball)
1 tin sos pasta tradisi prego
250g daging kisar Ramlee
2 sudu besar minyak zaitun
1/2 biji bawang besar dipotong dadu
5 batang sosej dipotong bulat
5 cendawan butang dipotong kecil (rose tak letak psl anak2 tak suka)
Air secukupnya, Garam dan Gula

Cara Masak Spageti :

Didihkan air, campurkan 2 sudu minyak zaitun dan garam. Celur spagetti hingga lembut, anggaran masa 7-8 minit. Toskan dan lalukan air biasa sekejap.

Cara Masak Kuah Spagetti :

1. Panaskan minyak zaitun didalam kuali. Kemudian masukkan bawang dan tumis sehingga wangi.

2. Tuangkan sos pasta tradisi prego, daging kisar dan sedikit air kacau dan masak hingga daging empuk.

3. Masukkan garam, gula, sosej dan cendawan butang. Biarkan masak dalam api perlahan selama 5 minit. Tutup api.

4. Hidangkan sos bolognese dengan spagetti yang telah dimasak tadi.

Selamat mencuba..:)

Friday, February 5

PELIHARALAH UCAPANMU

Hye semua!

Ya Allah peliharalah lidah ini...
Hindarilah diri ini dari azab api nerakamu..
Sesungguhnya engkau lebih mengetahui segalanya.


Peliharalah UcapanMu
Jangan sampai berkata menyakitkan orang lain..
maka ucapkanlah yang baik..maka engkau akan selamat dari marabahaya.


SALAM JUMAAT

Hye semua!

Allah sentiasa bersama setiap masa dan saat. Tak kira saat sedih atau gembira. Allah..kuatkan hati ini...


Selamat pagi dan salam jumaat 26 R'Akhir 1437H...

Friday, January 29

KAFE SETINGGAN LAKSA TELUR GORENG BERSARANG

Hye semua :)

Hari ni rose nak story pasal makan laksa telur goreng bersarang. Dah banyak kali rose dengar orang duk bercakap pasal laksa telur goreng bersarang ni sedap gila, ntah apa la yang sedap sampai gila tu..heheheh


Rabu baru ni rose ada pergi makan kat kafe setinggan laksa telur goreng bersarang dengan suami..kebetulan rabu tu rose tak berapa sihat..pergi klinik nak ambil mc sebab dah tak tahan sangat batuk dan sakit tekak dah seminggu tak baik2 lagi. Walaupun tak sihat gagah jugak le teman suami makan laksa kat sini, suami yang teringin sangat nak makan laksa telur goreng bersarang ni.


Kat sini kena layan diri..takde yang ambil order yer..
Tengok tu siap tulis Laksa Telur Goreng Bersarang tidak mempunyai mana2 cawangan..original resepi hanya di Seri Margosa Bandar Seri Botani..heheheh


Dah lama sebenarnya suami rose nak makan laksa telur goreng bersarang ni..orang ofis suami rose cakap laksa telur goreng bersarang ni sedap sangat. Cuti ahad lepas rose dan suami dah pergi kafe setinggan ni..bila sampai orang punya la ramai, tempat duduk semua penuh, kat luar nampak ramai orang beratur nak bungkus..rupanya kat dalam pun dah ramai yang beratur panjang sampai kat pintu masuk lagi..terus cancel niat nak makan laksa telur goreng bersarang tu. Datang balik gitu je la..nasib baik rumah rose tak jauh dari Taman Botani ni..kalau tak rasa hampa la jugak. Kata suami takde rezeki kita..lain kali la kita datang lagi..bukan jauh dari rumah pun.


Gambar hiasan yang tergantung tu semua gambar penyanyi rockers dulu-dulu..yang rose perasan kumpulan Lefthanded dan Bidadari..


Kafe Setinggan Laksa Telur Goreng Bersarang ni dibuka dari pukul 12.00 tengahari hingga 7 malam. Waktu niaga sabtu hingga khamis sahaja..hari jumaat kafe ni ditutup. Rose dan suami sampai di kafe tu awal pukul 2.59 petang, orang pun tak berapa ramai lagi masa tu.

Suasana konsep kafe style ala-ala tahun 60an..cantikkan


Suasana decoration kafe setinggan ni memang terbaik dan cantik sangat..konsep kafe style dulu-dulu..ala-ala tahun 60an punya style..sinki basuh tangan nya (terlupa pulak rose nak snap gambar sinki basuh tangan ni), di renovate dapur minyak tanah zaman dulu-dulu kot..memang terbaik la kafe setinggan ni. Bagi orang Ipoh rugi kalau korang tak cuba datang sini dan rasa sendiri laksa telur goreng bersarang ni..pasti korang puas hati dan mesti datang sini cari lagi..heheheh

Ini lah dia Laksa Telur Goreng Bersarang tu..

Harga laksanya cuma rm3.50 semangkuk
Minuman sejuk Teh'o ais rm1.20

Harga laksa telur goreng bersarang  ni pun murah ja semangkuk RM3.50..kenyang sangat makan..laksanya pun banyak..kalau nak telur rebus pun ada tapi laksa telur rebus ni dah biasa sangat kita makan. Ada jugak tambahan pelbagai fish cake dan fish ball sebagai penambah selera. Yang paling best kuah laksa nya memang pekat dan rasanya pun memang sedap sangat..bila hirup kuah laksa terasa isi ikan nya.. perghh..nikmatnya tak terkata..heheheh 

Inilah kafe nya :)

Kafe Setinggan
Laksa Telur Goreng Bersarang
No. 1, Jalan Margosa, D/8 Seri Margosa,
Bandar Seri Botani, Ipoh Perak.
018- 5772955 / 013-5867881

Waktu Niaga :
Sabtu hingga Khamis (Jumaat Cuti)
Jam 12 tengahari hingga 7 malam

Tuesday, January 19

SEGMEN BLOGLISTED BY MISYA 2016

Hye semua :)

Klik banner diatas untuk join!

Segmen berakhir pada 31 Januari 2016 jam 12 malam

Selamat bersegmen kawan2 semua :)

" Semua penulis akan mati. Hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang akan dapat membahagiakan dirimu di Akhirat nanti "
- Saidina Ali bin Abi Talib -
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ LABEL ♥

3D Bathroom Floor Designs (1) Al-Fatihah (6) Baby Che Ta dan Zain (1) Baggy Shirt Murah (1) Banjir (1) Barang terpakai (4) Berhati2 Ketika Membeli Produk Minuman Atau Kesihatan (1) Birthday Mak Mentua (1) Bunga Kristal Pink (1) Contest Blog (2) Coretan Dari Felixia Yap (1) Cuti2 Malaysia (1) Deco Bilik Tidur Idaman (2) Deco Ruang Tamu Dan Dapur (1) Eco Park (1) Femininie Wash Harum Manja (1) FILM REVIEW (1) Film Review - Transformers : Age Of Extinction (1) From Taiping (2) Giveaway (14) Hadiah Dari Sponsor (1) Hadiah Follower 100 (1) Hadiah Menang Giveaway By Mamaniza.com (1) Happy Birthday (1) Happy Birthday Rosniwati (1) Happy New Year 2015 (1) Hardy Pastels Shawl - Koleksi Handmade Shawl (1) Hiasan 3D (1) Hot Spring Lubuk Timah Simpang Pulai (1) Ilmu Dan Pengetahuan (53) Info Kesihatan (14) Ipoh Perak (1) Jalan2 Bersama Family (11) Jamu Susuk Manja (1) Kenduri Kahwin (3) Kenyataan Akhbar Yg Dikeluarkan Oleh KKM (1) Kisah Makan (5) Koleksi Seri Hana (1) Kursus Pemjagaan Kesihatan (1) Laut Hindi (1) Majlis JasaMu Dikenang & Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (1) Majlis Pertunangan Sepupuku (1) Menang Segmen (1) Minuman Kesihatan (2) MrCendol (1) Mutiara Kata (2) MyHRMIS Cuti (1) Pelbagai Fungsi Kerongsang (1) Pengumuman Penangguhan Sesi Persekolahan Akibat Banjir (1) Percutian Bersama Family (1) Peringatan Bersama (37) Pesawat ADAM AIR Terhempas (1) Petua Kesihatan (19) Petua Stres (1) Petua Tradisional (1) PRAY FOR MH370 (3) Pray For Palestine (1) Produk Kecantikan (4) Produk Kesihatan (6) Resepi Air Lemon Teh (1) Resepi Biskut (2) Resepi Goreng (3) Resepi Kek (18) Resepi Masakan (21) Resepi Sihat (1) Review Jom Shopping (1) Review Makan (1) Review Produk Jamu Jelita (1) Review Produk Minuman (2) Salam Aidiladha (2) Salam Aidilfitri (1) Salam Jumaat (12) Salam Maal Hijrah (2) Salam Maulidur Rasul (2) Salam Penghulu Segala Hari (1) Segmen (3) Segmen - Saya Mahu Kad Raya Dayang deno (1) Segmen Bloglist (6) Segmen Bloglist Misya (2) Segmen Blogwalking (2) Segmen Duit Raya (1) Segmen Jom Raya 2015 By Sweet Rose (1) Segmen Saya Nak Design Header Blog/Facebook Raya (1) Segmen Tamat (1) Segmen U Follow I Follow (1) Sekolah DiTutup Esok Akibat Jerebu Teruk (1) Selamat Hari Ibu (1) Selamat Hari Malaysia (1) Selamat Hari Merdeka (3) Selamat Pagi (6) Senarai Pemenang (1) Serangan Asma Datang Lagi (1) Sultan Azlan Shah Mangkat (1) Sweet Dreams (1) Taman Botani (1) Terima Kasih Allah (1) The Liebster Award (1) Tip Ceriakan Hidup (2) Tips Berguna (1) Tips Keluarga Bahagia (2) Tips Kesihatan (16) Tips Persahabatan (1) Travelog (1) Ucapan (9) UlangTahun Kelahiran Sultan Perak (1) Vector Potret (1) Video Klip (1)

Blog Sweet Rose Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah