Friday, October 30

MUTIARA JUMAAT

Hye semua :)

Selamat pagi dan salam jumaat...


Doa Pagi Jumaat

Ya Allah, di pagi Jumaat yang Mulia ini, Ampunilah dosa-dosa ku, dosa-dosa ibubapa ku, seluruh ahli keluarga ku, saudara-saudara ku dan seluruh umat Islam. Panjangkan umur kami. Kurniakanlah kami keselamatan dan kesihatan yang baik. Tunjukilah kami jalan yang benar. Berkatilah kehidupan kami di Dunia dan di Akhirat. Dan masukkanlah kami ke dalam Syurga Mu..
Aamiin.


Thursday, October 29

REVIEW PEARL WHITE PUTIH MULUS KELUARAN JAMU JELITA

Hye semua :)

Sebelum ni rose ada promote produk PEARL WHITE PUTIH MULUS KELUARAN JAMU JELITA..hari ni rose nak review tentang produk Pearl White Jamu Jelita lagi. Rose dah minum produk ini dari bulan mac 2015 hingga la sekarang. Produk Pearl White Jamu Jelita ni memang best, rasanya sedap sangat dan harganya pun murah RM36.90 untuk 1 Jar 400gm disertakn sekali shaker pink yang comel dan didalam Jar ni juga disertakan scoop pink cute gitu.


Sebenarnya rose lebih suka mencuba produk kecantikan terbaru yang berada dipasaran lebih-lebih lagi yang mengandungi collagen. Maklum la umur rose pun semakin meningkat ke angka 40, sudah pasti tubuh badan kita memerlukan collagen untuk melambatkan proses penuaan. Rahsianya terkini adalah Pearl White Putih Mulus yang sememangnya keluaran Jamu Jelita. 


Rahsia awet muda dan pencerahan yang menyeluruh dengan produk Pearl White, memandangkan harga yang sangat berpatutan sesuai untuk rose amalkan produk ini demi kecantikan kulit. Kalau beli produk yang mahal sangat pun tapi kesannya lebih kurang sama dengan produk Pearl White buat rugi je kan..heheheh

Untuk melihat testimoni yang berjaya mohon terjah 'Testimoni Pearl White Jamu Jelita'. Pasti kurang juga turut jatuh hati nanti :)

KHASIAT PEARL WHITE JAMU JELITA

Melambatkan proses penuaan dan meremajakan kulit.
Mencerahkan kulit wajah.
Menggebu dan menganjalkan kulit wajah.
Menyihatkan lagi kulit wajah.
Menyegarkan kulit wajah.
Melindungi kulit dari sinaran utraungu.

CARA PENGGUNAAN PEARL WHITE JAMU JELITA


1. Masukkan satu scoop Pearl White Putih Mulus Jamu Jelita ke dalam shaker yang mengandungi 150 ml air.
2. Goncangkan shaker atau kacau di dalam gelas sehingga larut.
3. Disarankan mengambil Pearl White Putih Mulus 15 minit sebelum sarapan pagi dan sebelum tidur malam.


Emm memang berkesan jugak le produk ni pada rose. Memang dapat rasa kulit rose dulu kering je, bila mengamalkan produk Jamu Jelita ni nampaklah sikit perubahan pada kulit rose. Kulit rasa lembut, jerawat pun makin menguncup dan bintik-bintik hitam jugak semakin berkurang. Cerah tu..on the way kot..heheheh. Tapi ok la, best, jimat dan berkesan. Yang penting awet muda..heheheh

Wednesday, October 28

JALAN-JALAN CUCI MATA @ AEON MALL IPOH KLEBANG

Hye semua :)

Ahad baru-baru ni suami rose ada keja yang nak di selesaikan di ofis. Rose dan anak-anak pun apa lagi menyibuk la jugak nak ikut. Dah alang-alang dekat je tempatnya (nak kata dekat tu tak la jugak tapi boleh la suruh hantar kejap..heheheh. Sambil menyelam sambil minum air (ambil kesempatan namanya..hahahah)

AEON Mall Ipoh Klebang :)

Sampai je rumah adik di Klebang Restu terus adik ipar ajak pergi, dah lama diorang tunggu rupanya. Bila suami rose dah pergi kami pun apa lagi merayap le ke Aeon Klebang..nasib baik adik ipar pandai bawa keta. Tapi punya ramai orang kat sana, sampai nak parking keta pun takde tempat. Kami terpaksa parking kat kawasan perumahan tepi jalan, jenuh jalan kaki jauh.

Sebenarnya Aeon shopping mall ni baru je tiga hari pembukaan. Baru sangat-sangat bukanya memang le ramai orang. Tak silap rose 21hb Oktober 2015 pembukaannya..rose pergi hari ahad 25hb oktober, maknanya dah lima hari la beroperasi. Kawasannya panjang dan besar jugak, tak silap rose 3 tingkat..rose naik sampai tingkat 2 je, tak larat nak jalan dah letih. Tapi ramainya orang kat aeon tu..sakit kepala dibuatnya.



Kedai-kedai kat situ not bad, ok-ok je. Ada kedai Tomei, Poh Kong, Esprit, Valentino Rudy, Tissot, Guess, Fossil, Ooppa, Fanski, Brands Outlet, Giordano, Smart Master, Adidas, Guardian, Osim, Lenovo, Carlo Rino, Sembonia, Sasa, Kaison, Mr Diy, Daiso, H&M dan macam-macam lagi. Tak ingat dah kedai yang lain, banyak sangat. Lebih kurang macam Aeon Station 18 jugak cuma Aeon Station 18 tak ada Kaison dan Mr Diy.

Kedai makanan pun pelbagai ada Bakeri Born & Bread, Secret Recipe, Sushi King, Kopitiam Avenue, The Chicken Rice Shop, Orchid Bistro, Vivo Pizza, KFC dan fast food yang kebiasaannya ada kat shopping mall. Food court je rose tak singgah, tak boleh nak singgah pun orang terlalu ramai, takde tempat nak duduk. Kat sini jugak ada mini library. 

Akuarium 3D..cantikkan

Sepanjang perjalanan ada saje wallpaper 3D kat dinding aeon mall klebang ni nampak menarik sangat, ros pun apa lagi tak lepas peluang la ambil gambar kat situ..heheheh

Selfie sebelah ikan sat..heheheh

Pemandangan berlatar belakangkan Akuarium...

Selfie tepi pantai sat..heheheh

Rasa macam kat Akuarium KLCC je..heheheh


Cantik pulak gambar ni :)

Udah macam kat Bukit Kledang je..heheheh

Bersama anak dara rose Nur Alya Nabilah :)

Adik ipar rose yang sweet sangat Nur Azizah :)

Anak dara rose nabilah dan anak saudara rose syafiqah :)

Macam ye2 je anak saudara rose Iman ni kayuh basikal..heheheh

Friday, October 23

SALAM JUMAAT 10 MUHARAM 1437H

Hye semua :)


Salam Jumaat 10 Muharam 1437H..semoga hidup kita sentiasa dibawah lindungan-Nya..Aamiin..:)


Wednesday, October 21

JEREBU : SEKOLAH DITUTUP ESOK 22 OKTOBER 2015

Hye semua :)

21 Oktober 2015 Kementerian Pendidikan Malaysia sekali lagi mengeluarkan kenyataan media berkenaan isu jerebu yang melanda negara yang mana menyatakan bahawa bacaan IPU di beberapa buah kawasan masih tidak sihat dan melanjutkan tempoh cuti sekolah sehingga 22 Oktober pada kawasan-kawasan yang terlibat.

Kawasan-kawasan yang terlibat:

Negeri Sembilan
Selangor
Wilayah Persekutuan Putrajaya
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Perak
Pulau Pinang
Kedah
Perlis
Daerah Bentong (Pahang)
Kuching, Samarahan, Seri Aman, dan Betong (Sarawak)

Sama-samalah kita berdoa semoga keadaan jerebu kembali pulih seperti sedia kala...



SERUM VITAMIN C BY NN BEAUTY

Hye semua :)

Muka berparut dan tona kulit tidak sekata????

Serum Vitamin C by NN Beauty Ada jawapannya...


Rugi tak cuba...memang berkesan
Tiada lagi JERAWAT 
Tiada lagi JERAGAT
Tiada lagi PARUT 
Tiada lagi KULIT KERING/KUSAM
Yang ada...
Kulit moise lembab2 basah
Kulit bersih tanpa cela
Kulit tegang dan fresh seperti awek muda
Kulit cerah dan lembut seperti kapas
Tona kulit lebih sekata

Kelebihan Serum Vitamin C :

✔ Menghilangkan jerawat
✔ Menghilangkan parut jerawat & cela
✔ Mengurangkan & menyelesaikan masalah jeragat
✔ Mengurangkan kedutan
✔ Mencerahkan kulit yang kusam/gelap
✔ Menyamaratakan tona kulit yang tidak sekata
✔Melembut dan menghalus kulit
✔ Memberi kelembapan yang sempurna
✔ Mengurangkan dan menghilangkan tompok hitam
✔ Memudarkan parut akibat jerawat
✔ Penggunaan berterusan akan membuat kulit lebih bersinar & bermaya tanpa solekan yang tebal.


Kebaikan Serum Vitamin C :

Membaiki struktur kulit yang rosak akibat sinar UV.
Agen Anti Oksida yang bertindak menghapuskan radikal bebas.
Mengaktifkan penjanaan kolagen pada kulit.
Menghilangkan bintik-bintik hitam.
Mengurangkan garis-garis halus, kedutan, parut dan cela pada wajah.
Memberikan kulit yang halus, lembut dan gebu serta warna kulit yang sekata.
Mengekalkan kelembapan kulit.

Cara Penggunaan Serum :

Bersihkan muka. Ambil sedikit serum, sapu nipis pada kulit wajah sehingga serum meresap sepenuhnya ke dalam kulit. Boleh digunakan pada muka sebagai asas lapisan mekap. Boleh digunakan sekerap mungkin dan apabila perlu.  

100% buatan Malaysia dan disahkan halal oleh jakim.


Serum Vitamin C by NN Beauty

Harga 1 unit : RM55.00
Postage RM7 SM & RM10 SS
Berat Bersih : 15ml

Sebarang pertanyaan atau order sms/whatsapp 018-4680613

Friday, October 16

SALAM PENGHULU SEGALA HARI

Hye semua :)

Selamat pagi rakan semua...


Semoga hari ini, 
Awalnya membawa RAHMAT, 
Pertengahannya membawa NIKMAT,
Dan penghujungnya dipenuhi BERKAT.

Salam Jumaat semua :)


Tuesday, October 13

SALAM MAAL HIJRAH 1437H

Hye semua :)

Sempena tahun baru hijrah ini, rose mengambil kesempatan mengucapkan Salam Maal Hijrah 1437H kepada seluruh umat Islam. 

Di kesempatan ini juga, rose menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf andaikata rose ada terlepas kata secara sengaja ataupun tidak. Mohon maaf andaikata gurau senda dan kata2 rose selama ini menyakiti hati dan menyinggung perasaan anda semua. Rose harap anda semua dapat memaafkan rose dengan seikhlas hati. Maafkan rose sekali lagi ye rakan2 blogger semua :) 

Selamat Menyambut Tahun Baru Maal Hijrah :) 


  •  Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
  • Dengan izin Allah, sesiapa yang membaca Doa Akhir Tahun ini akan mendapat Perlindungan Allah SWT dari fitnah dan tipu daya syaitan serta mendapat setahun keampunan dosa yang lalu.

  • Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas Maghrib pada malam 1 Muharram 1437.
  • Barangsiapa membaca doa Awal Tahun ini sebanyak 3 kali selepas solat rowatib ba’diyyah Maghrib pada malam tanggal 1 Muharram, Allah akan memerintahkan 2 malaikat untuk melindunginya daripada fitnah dan tipu daya syaitan selama setahun yang mendatang.
Semoga kita semua sentiasa diRahmati, diBerkati dan diRedhai Allah :)


Friday, October 9

MUTIARA KATA

Hye semua!

Hidup ini berkisar tentang 5 perkara..

1. Apabila diberi nikmat, bersyukur.
2. Apabila diuji, bersabar.
3. Apabila terjebak dengan dosa, bertaubat.
4. Apabila melakukan kesilapan, mohon maaf.
5. Apabila dilanda dukacite, jadikan sebagai iktibar.


Salam Jumaat 25 Zulhijjah..semoga hidup kita sentiasa dibawah lindungan-Nya..Aamiin..:)


Thursday, October 8

THENAMYBLOG 1ST BLOG ANNIVERSARY

Hye semua :)

Kali ni jom kita join segmen THENAMYBLOG 1ST BLOG ANNIVERSARY. Syaratnya sangat mudah, yang nak join klik banner dibawah ni yer :)


5 blog bertuah akan kekal bertepek di sebelah kanan bloglist selama setahun
 dan 3 blog review
Dateline : tengah malam 31 Oktober 2015


Giveaway 2015 By Syafiyahluv.com

Hye semua :)

Jom kita join GA dari Syafiyahluv, hadiahnya sangat menarik Tudung Bawal Aidijuma. Yang nak join boleh klik banner di bawah ni yer :)


Giveaway ini akan berakhir pada 31 Oktober 2015 jam 10 malam.



ANTARA ADAT,ADAB VS HUKUM??

Hye semua :)

Antara Adat, Adab VS Hukum???
Pilihlah HUKUM...


ISTERI

BOLEH BERSALAM DENGAN :
- Adik beradik perempuan suami
- Bapa dan emak suami
- Datuk & nenek suami
- Moyang suami
- Anak2 saudara (perempuan) Belah suami
- Saudara mara (perempuan) belah suami 

WAJIB BERHIJAB DAN HARAM BERSALAM :
- Bapa tiri suami
- Adik beradik lelaki suami
- Bapa saudara suami
- Anak2 saudara (lelaki) belah suami
- Datuk tiri suami
- Saudara mara (lelaki) suami

SUAMI

BOLEH BERSALAM DENGAN :
- Adik beradik lelaki isteri
- Bapa dan emak isteri
- Bapa saudara isteri
- Datuk dan nenek isteri
- Moyang isteri
- Anak2 saudara (lelaki) belah isteri
- Saudara mara (lelaki) belah isteri

HARAM BERSALAM :
- Adik beradik perempuan isteri
- Emak saudara isteri
- Anak2 saudara (perempuan) belah isteri
- Emak tiri isteri, nenek tiri isteri
- Saudara mara (perempuan) belah isteri

Sekadar renungan dan peringatan bersama :)

Sunday, October 4

SEKOLAH TUTUP 2 HARI AKIBAT JEREBU TERUK

Hye semua :)

Baru sekejap tadi rose tengok buletin 1.30 tengahari, Dato'Seri Mahawangsa Mahdzir Khalid mengumumkan semua sekolah di seluruh Malaysia diarah tutup selama dua hari bermula (5 dan 6 Oktober 2015) kecuali sekolah-sekolah di Negeri Wilayah Persekutuan Labuan, Kelantan, Sarawak dan Sabah. Sesi persekolahan petang bagi Kedah, Terengganu dan Johor pada hari ini, 4 Oktober 2015 (Ahad) turut perlu ditutup.   


Syukur alhamdulillah...lega rasanya rose dengar berita dari TV 3 tadi, memandangkan jerebu yang sangat teruk sekarang ini. Diharap kita semua boleh menjaga kesihatan dan kena hadkan aktiviti anak2 di luar sana. Kena banyakkan minum air kosong untuk menggelakkan macam2 penyakit.

Thursday, October 1

PRODUK JAMU SUSUK MANJA HOMEMADE

Hye semua :)

Sudah menjadi lumrah kehidupan kita sebagai kaum wanita yang mementingkan kecantikan. Zaman sekarang ni bukan wanita saja yang ingin cantik, malah lelaki pun sama ingin cantik. Sebelum usia kita mencecah 40 tahun, wajah kita masih lagi nampak muda dan bertenaga. Kalau boleh kita tidak mahu wajah kita nampak tua dan tidak bertenaga bila usia mencecah 40 tahun keatas. Oleh itu kita harus menjaganya dari sekarang. Rose pun nak makan jugak la jamu ni sebab usia rose pun hampir 40 tahun, kalau tak nanti wajah tak bermaya dan badan tak bertenaga, tak nak le macam tu..heheheh 
Jom kita terjah JAMU SUSUK MANJA HQ yang menjual pelbagai jenis jamu untuk kecantikan dan kesihatan dalaman kita.


Korang nak kurus ??
Nak cantik ??
Nak kulit gebu ??
Nak mantap dan ketat aset wanita ??

Jangan risau..kerana produk Jamu Susuk Manja ada jawapannya!!

Jamu Serapat Manja

-merawat keputihan
-menurunkan berat badan
-menambahkan susu badan
-melancarkan period
-menyihatkan rahim
-mewangikan miss v
-ketatkan miss v

Harga : RM36 inc postage 
Berat : 50 kapsul
1@2 kapsul malam sblm tido

Jamu Seri Manja 

-Menegangkan payudara dan punggung
-Mengecutkan peranakan
-Buang angin dalam badan
-Ketatkan miss V
-Mengempiskan perut
-Menambahkan susu badan

Harga : RM50 inc postage 
Berat : 50 kapsul

Jamu Surut Manja

Nak kurus dengan selamat tanpa perlu berulang alik ke tandas meh makan Jamu Surut Manja, dah ramai yang cuba. Jika ikut step yang betul insyaallah 2 hari akan turun 3 kg.

Harga : RM50 inc postage
Berat : 30 kapsul


Herba Resdung

Masalah resdung merenyam2 dimuka, mata, hidung, muka banyak jerawat, mulut berbau, kepala gatal2, ambil sikit sapu dalam rongga hidung dan tunduk kepala keluarkan lendir2.

Harga : RM50 termasuk postage

 boleh guna 30-40 kali, untung sangatkan..kalau tempat rawatan resdung sekali buat rm10, yang ni RM50 je dah boleh buat 30-40 kali boleh kongsi satu family.

Magic Cream 10g

Eczeme, parut hitam, kulit berbelang, kulit melecur, ruam, ruam lampin, gatal2 kulit dimana sahaja bahagian tubuh, kulit tak tahan sabun, luka, alergik, kulit rosak disebabkan kosmetik..segala jenis penyakit kulit boleh guna krim ini. Krim ini hanya berasaskan daun herba cina sahaja. Sangat berkesan dalam sekali sapu je dah nampak kesannya. 

Harga : RM20 inc postage
Berat : 10gram


Sabun Manja Harum

Lepas mandi sabun ini kena ke miss v dan bontot untuk hilangkan bau, merapatkan miss v, mengurangkan keputihan, menegangkan kulit miss v, mencerahkan miss v dan celah peha.

Harga : RM20 inc postage
Berat : 50gram


Testimoni dari Cik ELLYN FAZLLYN Agent dari JAMU SUSUK MANJA HQ.
Cik Ellyn Fazllyn juga menggunakan produk Jamu Surut Manja untuk menguruskan badannya, dulu beratnya 65kg selepas mengamalkan produk jamu surut manja ni cik ellyn fazllyn berjaya menurunkan berat badannya 6kg dan sekarang berat badannya hanya 59kg je. Anda juga boleh langsing dan cantik seperti cik Ellyn Fazllyn, yang pasti kurus dengan cara yang selamat :)

Dapatkan pelbagai jenis jamu untuk KECANTIKAN, PELANGSINGAN BADAN dan KESIHATAN dalaman kita. Tidak perlu ragu2 lagi kerana Jamu Susuk Manja Homemade ini pastinya ORI.

KLIK LINK DI BAWAH UNTUK ORDER YER..

FACEBOOK :

SMS/WHATSAPP : 016-2912864

" Semua penulis akan mati. Hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang akan dapat membahagiakan dirimu di Akhirat nanti "
- Saidina Ali bin Abi Talib -
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ LABEL ♥

3D Bathroom Floor Designs (1) Al-Fatihah (6) Baby Che Ta dan Zain (1) Baggy Shirt Murah (1) Banjir (1) Barang terpakai (4) Berhati2 Ketika Membeli Produk Minuman Atau Kesihatan (1) Birthday Mak Mentua (1) Bunga Kristal Pink (1) Contest Blog (2) Coretan Dari Felixia Yap (1) Cuti2 Malaysia (1) Deco Bilik Tidur Idaman (2) Deco Ruang Tamu Dan Dapur (1) Eco Park (1) Femininie Wash Harum Manja (1) FILM REVIEW (1) Film Review - Transformers : Age Of Extinction (1) From Taiping (2) Giveaway (14) Hadiah Dari Sponsor (1) Hadiah Follower 100 (1) Hadiah Menang Giveaway By Mamaniza.com (1) Happy Birthday (1) Happy Birthday Rosniwati (1) Happy New Year 2015 (1) Hardy Pastels Shawl - Koleksi Handmade Shawl (1) Hiasan 3D (1) Hot Spring Lubuk Timah Simpang Pulai (1) Ilmu Dan Pengetahuan (53) Info Kesihatan (14) Ipoh Perak (1) Jalan2 Bersama Family (11) Jamu Susuk Manja (1) Kenduri Kahwin (3) Kenyataan Akhbar Yg Dikeluarkan Oleh KKM (1) Kisah Makan (5) Koleksi Seri Hana (1) Kursus Pemjagaan Kesihatan (1) Laut Hindi (1) Majlis JasaMu Dikenang & Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (1) Majlis Pertunangan Sepupuku (1) Menang Segmen (1) Minuman Kesihatan (2) MrCendol (1) Mutiara Kata (2) MyHRMIS Cuti (1) Pelbagai Fungsi Kerongsang (1) Pengumuman Penangguhan Sesi Persekolahan Akibat Banjir (1) Percutian Bersama Family (1) Peringatan Bersama (37) Pesawat ADAM AIR Terhempas (1) Petua Kesihatan (19) Petua Stres (1) Petua Tradisional (1) PRAY FOR MH370 (3) Pray For Palestine (1) Produk Kecantikan (4) Produk Kesihatan (6) Resepi Air Lemon Teh (1) Resepi Biskut (2) Resepi Goreng (3) Resepi Kek (18) Resepi Masakan (21) Resepi Sihat (1) Review Jom Shopping (1) Review Makan (1) Review Produk Jamu Jelita (1) Review Produk Minuman (2) Salam Aidiladha (2) Salam Aidilfitri (1) Salam Jumaat (12) Salam Maal Hijrah (2) Salam Maulidur Rasul (2) Salam Penghulu Segala Hari (1) Segmen (3) Segmen - Saya Mahu Kad Raya Dayang deno (1) Segmen Bloglist (6) Segmen Bloglist Misya (2) Segmen Blogwalking (2) Segmen Duit Raya (1) Segmen Jom Raya 2015 By Sweet Rose (1) Segmen Saya Nak Design Header Blog/Facebook Raya (1) Segmen Tamat (1) Segmen U Follow I Follow (1) Sekolah DiTutup Esok Akibat Jerebu Teruk (1) Selamat Hari Ibu (1) Selamat Hari Malaysia (1) Selamat Hari Merdeka (3) Selamat Pagi (6) Senarai Pemenang (1) Serangan Asma Datang Lagi (1) Sultan Azlan Shah Mangkat (1) Sweet Dreams (1) Taman Botani (1) Terima Kasih Allah (1) The Liebster Award (1) Tip Ceriakan Hidup (2) Tips Berguna (1) Tips Keluarga Bahagia (2) Tips Kesihatan (16) Tips Persahabatan (1) Travelog (1) Ucapan (9) UlangTahun Kelahiran Sultan Perak (1) Vector Potret (1) Video Klip (1)

Blog Sweet Rose Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah