Monday, December 29

PENGUMUMAN PENANGGUHAN TARIKH SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2015

Berikut adalah KENYATAAN MEDIA YAB MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA


PENGUMUMAN PENANGGUHAN TARIKH BERMULA SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2015 AKIBAT BANJIR

Sepertimana semua pihak sedia maklum bahawa banjir yang sedang melanda negara sekarang masih berterusan khususnya di negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia. Sehingga pada tarikh 28 Disember 2014, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mendapati sejumlah 340 buah sekolah daripada tujuh buah negeri terlibat dengan banjir, sama ada dijadikan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) atau sekolah tersebut ditenggelami air akibat banjir.

Sebagai Menteri Pendidikan, saya amat memahami dan mengambil berat akan kesukaran yang bakal dihadapi oleh semua pihak termasuk pengurusan sekolah, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid sekiranya persekolahan bagi tahun 2015 dibuka seperti dijadualkan iaitu pada 4 Januari 2015 (bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor) dan pada 5 Januari 2015 bagi negeri-negeri lain.

Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan bahawa KPM dengan ini bersetuju untuk menangguhkan permulaan sesi persekolahan di seluruh negara bagi tahun 2015 selama seminggu. Dengan penangguhan ini, tarikh baru sesi bermula persekolahan tahun 2015 bagi  negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah pada 11 Januari 2015 (Ahad).  Manakala bagi negeri-negeri lain akan bermula pada 12 Januari 2015 (Isnin).  
Penangguhan ini juga dibuat setelah mengambilkira;

a) Sekolah-sekolah yang terlibat sama ada sebagai PPS atau ditenggelami air akan mengambil masa untuk dipulihkan; dan

b) Keadaan guru-guru, ibu bapa dan murid yang menjadi mangsa banjir serta serba kekurangan perlu mengambil masa untuk pemulihan dan membuat persiapan persekolahan mereka.

Sekiranya keadaan banjir tersebut pulih, maka pihak pengurusan sekolah hendaklah menggunakan tempoh tersebut untuk mengadakan gotong royong pembersihan kawasan sekolah masing-masing bagi memastikan anak-anak kita dapat belajar dalam keadaan selamat, selesa dan sempurna.


Terima kasih
Tan Sri Muhyiddin Hj Mohd Yassin
Timbalan Perdana Menteri
Merangkap Menteri Pendidikan
29 Disember 2014

Wednesday, December 24

RESEPI KEK COKLAT KUKUS

Hye semua :)

Buat rakanku Ana..terima kasih banyak2 kerana sudi share resepi kek coklat moist yang sedap ini dengan rose ye :) 

Resepi Kek Coklat Moist Kukus

Bahan-bahannya :

2 bji telur ayam
1 cawan gula 
2 cawan tepung gandum
1 cawan minyak (jenis apa pun boleh)
1/2 tin susu pekat manis (klu nk manis tambah lagi susu ikut citarasa)
1 cawan air suam (agak2 panas juga)
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder (kalau takde guna soda lebih sikit)

1/2 cawan serbuk koko

1 sudu kecik perasa coklat
1 sudu kecil esen vanilla


Cara-caranya :

Pukul telur dengan gula smpai kembang.
lepas tu masuk bahan yang lain satu persatu akhir sekali air suam..ratakan kukus..pastikan masa nak kukus air dah mendidih...kukus dalam 1 jam..(penutup kukus perlu di balut dengan kain agar air tak masuk dalam kek) cucuk dengan lidi kalau tak melekat maknanya kek dah masak...tuggu sejuk baru kekuarkan kek dari acuan..


Coklat cair:

2 sudu serbuk koko
1 cawan air
3 sudu susu
Gula ikut manis yang kita nak
Masak hingga pekat...
Bila dah pekat curah atas kek 
Akhir sekali boleh la tabur coklat rice atau apa saje..

Selamat mencuba :)

SELAMATKANLAH MEREKA !

Hye semua !

"Wahai bumi telanlah airmu, dan wahai langit berhentilah dari curah hujanmu"
-surah Hud, ayat 44 -


Ya Allah...
Redakanlah bencana yang kami alami..Lindungilah kami semua...elakkan daripada berlaku bencana2 yang lebih besar dari biasa..Kasihanilah kami semua Ya Allah..sesungguhnya Engkaulah penentu segalanya..bantulah kami mangsa2 bencana alam..Kami bermohon KepadaMu..Engkaulah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..Makbulkanlah doa kami Ya Allah..Amin ya rabbal'alamin..Amin.

Sunday, December 21

3D BATHROOM FLOOR DESIGNS

Hye dan selamat pagi semua !

3D Bathroom Floor Designs

Kalau bilik mandi rumah rose macam ni..tak tau ler nak cakap apa. Nak pijak lantai bilik air pun rasa takut..mana tak nya..dah rasa macam kat laut je..hehe..cantik dan nampak macam hidup je design 3D Bathroom ni. Tapi idak ler rose nak buat bilik mandi umah rose jadi macam itu..nanti mandi asyik pandang ke bawah je..heheheh...jom kita layan jap foto2 3D Bathroom Floor Designs ni...





- Copy foto dari Tips Hias Rumah -

Saturday, December 20

MRCENDOL DI MAYDIN MALL MERU RAYA

Hye semua !

Tengahari semalam punye cite teman rakan ofis rose cik Milah..katanya nak cari hadiah kahwin Norizan. Mula2 cadang nak pergi Jusco..last2 kami pergi ke Mydin jer. Rambang mata rose,Liza dan milah nak cari hadiah untuk kahwin izan. Tengok barang elektrik pun ok..tengok cadar pun cantik..tengok pinggan mangkuk pun ok jugak..boleh dikatakan semua cantik..heheheh..last2 jumpa jugak hadiah untuk izan dari milah. Selesai sudah tugas kami teman milah cari hadiah..hehehe...

Masa jalan2 nak cari kedai makan kami terjumpa satu kedai yang menjual bermacam2 jenis blouse,skirt,seluar dan t-shirt muslimah..murah2 harga blouse kat situ. Akhirnya tergoda jugak rose dengan t-shirt muslimah yang jual kat kedai tu..harganya boleh tahan murah...

MrCendol ^_^

Menu dan harga untuk secawan dan semangkuk Cendol :)

Menu dan harga makan MrCendol :)

Selfie sat..sementara cendol dan rojak sampai..

MrCendol sudah sampai..

Ini le rojak MrCendol..nampak sedapkan..:)

Alhamdulillah..kami bertiga dah kenyang ^_^

Ini ler kedai MrCendol tu...

Kalau korang jalan2 kat Mydin Mall Meru Raya di Ipoh Perak..singgah2 ler makan kat MrCendol ni..harganya tak ler mahal sangat..cendol dan rojaknya pun sedap. Kalau yang tak berapa gemar makan rojak boleh ler order menu yang lain..:)

Thursday, December 18

LUKISAN DINDING 3D

Hye semua :)

Lukisan dinding yang sangat menarik ini terdapat di lokasi pekan kecil Gopeng Perak. Menarik...dan lukisannya kelihatan hidup dengan gabungan bahan-bahan terpakai. Rose sendiri pun tak pernah lagi melihat lukisan2 dinding ni..foto ini rose dapat dari Google. Kreatif sungguh orang yang melukisnya..lukisan itu kelihatan hidup. Rupa-rupanya dah lama jugak lukisan dinding seperti ini ada di Ipoh Perak..rose saje yang tidak tahu..huhu...

Jom kita layan jap lukisan dinding yang kelihatan sungguh menarik ini...






Lukisannya kelihatan hidup dengan gabungan bahan-bahan terpakai :)

Tuesday, December 16

TEH SEMBUHKAN LUKA

Hye semua :)

Teh bukan sekadar enak diminum. Sebaliknya, ia juga boleh digunakan untuk merawat dan menyembuhkan luka di samping menghilangkan kesan terbakar akibat pancaran matahari pada kulit.


Cara-caranya :

Hanya tampalkan kapas yang telah dibasahkan dengan air rebusan teh hijau atau hitam diatas luka selama lima minit.

Manakala kulit yang terbakar akibat sinaran matahari pula boleh dihilangkan dengan menampal kapas yang dibasahi air teh selama 15 hingga 20 minit atau sehingga kulit terasa dingin..mudah je kan.

Selamat mencuba :)


7 PERKARA JANGAN DILAKUKAN SELEPAS MAKAN

Hye semua :)

Apakah tabiat yang sering anda lakukan selepas makan? Apa yang kita lakukan selepas makan sebenarnya banyak mempengaruhi diet dan sistem pencernaan tubuh kita. Jika anda sering mengamalkan perkara dibawah, cuba hentikan dari sekarang.


1. Makan Buah
Ramai yang menganggap buah dijadikan sebagai pencuci mulut selepas makan. Tanggapan ini salah kerana makan buah sebaik sahaja selesai makan, akan menyebabkan perut menjadi kembung kerana terlalu banyak air. Justeru lebih baik makan buah satu jam sebelum makan atau dua jam selepas makan. 

2. Minum Teh
Asid yang terkandung didalam daun teh boleh menyebabkan kandungan protein didalam makanan yang telah dimakan segera mengeras. Seterusnya makanan tersebut sukar untuk dicernakan. Jadi anda disarankan agar minum air putih sahaja.

3. Mandi
Sekiranya anda mandi selepas makan, ia boleh menyebabkan aliran darah pada tangan,kaki dan tubuh akan meningkat, manakala jumlah darah di kawasan perut dan sekitarnya akan menurun. Keadaan ini akan melemahkan sistem pencernaan perut anda.

4. Banyak Berjalan
Jangan berjalan terlalu banyak selepas anda makan. Ini kerana berjalan terlalu banyak boleh mengakibatkan sistem pencernaan tidak dapat menyerap nutrisi daripada makanan yang telah dimakan. Justeru, ambil masa anda untuk berehat beberapa minit sebelum meneruskan kerja harian anda.

5. Tidur
Sikap anda yang gemar terus tidur sebaik sahaja makan boleh membahayakan sistem pencernaan anda. Ini kerana makanan tersebut tidak dapat dicerna dengan baik oleh sistem penghadaman ketika anda tidur. Justeru, jarak kan masa makan dan tidur anda sekurang-kurangnya satu atau dua jam.

6. Merokok
Berdasarkan penelitian, menghisap sebatang rokok sahaja selepas makan kesannya sama dengan menghisap 10 batang rokok pada waktu lain. Merokok sudah pasti membahayakan kesihatan anda. Justeru, langkah terbaik ialah berhenti merokok.

7. Bersenam
Bersenam baik untuk kesihatan dan diet anda. Namun, jangan sesekali melakukan senaman atau aktiviti riadah lain selepas anda makan. Ini kerana aktiviti fizikal secara drastik selepas makan akan menyebabkan sistem pencernaan tidak boleh berfungsi dengan baik. Oleh itu, jangan bersenam dengan keadaan perut yang penuh dengan makanan.

- Petikan dari Keluarga Harmoni -


Sunday, December 14

TIPS MENGAWAL RASA MARAH TERHADAP PASANGAN

Hye semua :)

Tip Mengawal Rasa Marah Terhadap Pasangan


1. Malulah kepada Allah swt atas sikap dan perbuatan kita (rasa marah tersebut).

2. Ingatlah bahawa semua manusia tak terlepas dari membuat kesilapan 
termasuk kita.

3. Berdiam diri dan ambil masa untuk redakan kemarahan serta bertenang.

4. Menyedari kesan buruk marah yang boleh membawa kepada permusuhan 
dan perpisahan.

5. Istighfar dan membaca taawuz (A'u zubillah) kerana marah itu datangnya 
dari syaitan.

6. Berwuduk dan lakukan solat sunat.

7. Apabila marah itu datangnya sewaktu kita sedang berdiri, maka duduklah. Jika marah itu ketika sedang duduk, maka bersandar/berbaringlah. Ini untuk mengelakkan kemarahan memuncak.

- Tips oleh Mahligai Cinta -

3 WAKTU DILARANG MANDI

Hye semua :)

3 Waktu Dilarang Mandi


A. 30 minit setelah solat asar.
B. Setelah maghrib.
3. Setelah isya' sehingga pukul 12 malam.

Penjelasan : 

A. 30 minit setelah solar asar itu adalah waktu dimana darah didalam diri kita ketika itu sedang panas, jika kita mandi ketika itu, akan menyebabkan badan menjadi lelah dan penat untuk melakukan pekerjaan.

B. Jantung kita setelah maghrib sudah mulai lemah untuk melakukan perkerjaan. Jadi, kajian menunjukkan bahawa ketika ini jika kita mandi akan menyebabkan paru-paru boleh dimasuki air dan boleh menyebabkan paru-paru basah.

C. Setelah solat isya, ini saatnya jantung kita berhenti dan melakukan istirahat, jika mandi ketika ini akan menyebabkan kerosakan jantung akibat kemasukan air. Sebaiknya mandi setelah 1 jam dari jam 12 malam. Antara pukul 2-3 pagi, itu akan lebih memberikan energy kepada badan sepertimana bateri yang telah lemah di cas semula.

Wallahu a'alam


Friday, December 12

15 TIPS MURAH REZEKI

Hye semua !

15 Tips Murah Rezeki 


1. Membantu penuntut ilmu.

2. Membantu golongan orang miskin.

3. Hijrah cari pendapatan ke tempat lain.

4. Ingat Allah sentiasa.

5. Memperbanyakkan doa.

6. Bersyukur atas nikmat.

7. Bersungguh melakukan perkara yang harus.

8. Melibatkan diri dalam perniagaan.

9. Bersedekah secara istiqamah.

10. Menjaga hubungan silaturrahim.

11. Mengerjakan haji dan umrah.

12. Taqwa kepada Allah.

13. Beribadah kepada Allah dengan sebenarnya.

14. Istighfar dan bertaubat.

15. Tawakkal dan usaha seiringan.

Semoga bermanfaat..

Salam Jumaat semua ^_^

Thursday, December 11

SAFI - FEMININE HYGIENE FOAM WASH

Hye semua !

Hari ni rose nak share sikit dengan korang pasal kebaikan Buih Pembersih Peribadi Wanita Dengan Ekstrak Manjakani - Selamat dan suci untuk digunakan. Pertama kali menggunakannya memang terasa best sangat2...rasa berangin dan sejuk je..hehehe..jom kita baca kebaikan pembersih peribadi wanita keluaran SAFI ini...


Untuk keharmonian, keselesaan & kesejahteraan keintiman.
Diilham berasakan penggunaan secara tradisional yang telah lama terbukti sejak berzaman lamanya, kini Rangkaian Buih Pembersih Peribadi Wanita SAFI menggabungkan kebaikan tradisi berserta rumusan saintifik untuk menghasilkan bahan pembersih yang amat sesuai untuk wanita. Ia diperkaya dengan ekstrak bahan2 semulajadi seperti Manjakani, Aloe Vera dan Kacip FATIMAH yang telah lama dipercayai untuk penjagaan peribadi wanita. formulasi ya dapat membersihkan secara lembut di samping memastikan bahawa keseimbangan semulajadi bahagian intim kekal pada tahap ph 3.5, lantas memberikan anda kesegaran yang berpanjangan setiap hari.

Kandungan Vitamin E pula membekalkan antioksidan yang berupaya melindungi sel2 kulit. Selain itu, pengguna juga dapat memanfaatkan sepenuhnya khasiat semulajadi yang terkandung didalamnya. Pelbagai isu bahagian intim wanita dapat diatasi dengan berkesan sekiranya kita sentiasa peka terhadap bahan pembersih yang digunakan.

Rangkaian Buih Pembersih Peribadi Wanita SAFI ini merupakan rumusan tanpa sabun yang amat lembut dan berkesan dalam memberikan rasa yang selesa sepanjang hari. Ia selamat digunakan sekerap mana yang perlu. Ia juga disyorkan untuk kegunaan ketika kedatangan haid, sebelum dan selepas bulan madu serta sewaktu tempoh pantang bersalin.

Rangkaian Buih Pembersih Peribadi Wanita SAFI adalah jawapan anda untuk kesegaran sepanjang hari.

Kebaikan Manjakani

- Untuk merapatkan keharmonian keintiman.
- Kaya dengan tanin, asid tanik, kalsium, besi, karbohidrat 
- Membantu mencegah ketidakselesaan 

Kebaikan Aloe Vera

- Untuk menggalakkan keselesaan keintiman
- Kaya dengan Vitamin A,C,E,B12,Folic Acid dan Choline
- Mengandungi 20 jenis asid amino
- Sesuai untuk kulit sensitif

Kebaikan Kacip Fatimah

- untuk mengeratkan kesejahteraan keintiman
- Membantu mengekalkan kebersihan bahagian intim
- Menyediakan bahagian intim dengan lapisan pelindung semulajadi
- Membantu mengatasi rasa ketidakselesaan untuk kebebasan berpanjangan




KETENANGAN JIWA

Hye semua :)

Muda dan cantik berkait rapat dengan kesihatan hati. Hati yang bersih jelas terpancar di wajah. Dengan mengerjakan sembahyang, kita akan dapat merasakan ketenangan yang tidak dapat dibayangkan dengan kata-kata. Sembahyang dapat merehatkan minda dan hati dan kecelaruan mengejar urusan seharian yang tiada penghujungnya.


Mengejarkan solat ialah jalan terbaik untuk memperoleh ketenangan minda. Memberi sepenuh hati dan perasaan ketika menghadap-Nya, tutup segala pintu dunia saat kita mengerjakan solat lima waktu sehari semalam. Inilah masanya kita berhadapan dengan sang pencipta yang Maha Agung.

Iman tidak pernah mengenal usia. Selagi kita bernafas, selagi itulah iman akan terus menerus dikira. Kemuliaan seseorang makhluk Allah itu bukan terletak pada darjat dan harta kekayaan yang dimiliki, tetapi ia terletak pada amalan yang dilakukannya. Jadi lakukan perkara yang disuruh dan tinggalkan segala perkara yang boleh membawa kemungkaran.

Sekadar renungan dan peringatan buat diri sendiri :)


Wednesday, December 10

MENDIDIK ANAK MENCINTAI IBADAH

Hye semua :)

Kata orang, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Setiap kebaikan yang dilakukan oleh ibu bapa, pastinya akan dituruti oleh anak2. Jadi, sebagai ibu bapa, tingkah laku serta budi pekerti yang baik haruslah menjadi teladan yang baik untuk anak2. Mengajar anak2 untuk melakukan kerja2 amal sememangnya suatu tugas yang mencabar. Perkataan pahala harus diterapkan di minda mereka agar tidak loket untuk melakukan suatu perkara itu tanpa mengharapkan balasan. Jadi, mulakan aktiviti kerja amal mereka dengan aktiviti 2 seperti : 


1. Mengunjungi taman permainan yang mereka selalu kunjungi tetapi bukan untuk bermain. Kali ini, kita ajak mereka membersihkan persekitaran taman permainan tersebut dan mengajar mereka mengenai menghijaukan bumi seperti komposisi, kitar semula ataupun taman organik. Terapkan kepada mereka kepentingan memelihara alam sekitar untuk generasi akan datang.

2. Mengajar mereka mengenai bencana alam yang menimpa dunia seperti kejadian tsunami, banjir, kebakaran dan sebagainya. Keratan akhbar dan bacaan dari internet boleh membantu anak2 kita lebih memahami fenomena alam ini. Sekali gus ia akan menginsafkan kita dan anak2 kita mengenai kekuasaan Allah sekiranya manusia tidak mensyukuri nikmat yang diperolehinya.

3. Sajikan anak2 kita makanan yang sering dihidangkan di rumah2 kebajikan. Cara ini dapat mengajar anak kita mengenai penderitaan orang lain dan kepayahan orang lain mendapatkan sesuap nasi. Dengan cara ini, mereka akan lebih menghargai setiap hidangan yang kita sediakan dan tidak membazir sewenang-wenangnya.

4. Rancang aktiviti lasak untuk keluarga kita seperti berjalan kaki, menunggang basikal dan sebagainya. Beri galakan dan sokongan moral sekiranya anak kita menyertai aktiviti sukan lasak dan jadikan ia sebagai motivasi untuk membentuk sebuah keluarga yang harmoni dan bahagia.

5. Jika anak kita sudah meningkat dewasa bawa mereka bersama-sama menyertai pasukan bantuan seperti pasukan sukarelawan dan sebagainya. Dengan cara ini mereka dapat mengisi masa dengan aktiviti yang berfaedah selain menghargai kehidupan yang mereka kecapi kini.

Wallahu'alam 

Tuesday, December 9

GIVEAWAY 2 YEAR BLOG TENGKUBUTANG

Hye semua...


Giveaway berakhir pada 20 Disember 2014 (jam 11.59 malam)

Monday, December 8

MAJLIS KAHWIN SYAHIR & FATIN

Hye semua !
Cerita majlis kahwin adik angkatku Syahir & Fatin..semalam 7hb 12 2014. Terima kasih sangat pada family syahir yang sudi layan kak rose dan family..dah le kami sampai lewat umah pengantin..pukul 5 petang baru kami sampai..bila sampai pengantin pulak dah keluar pergi ambil gambar di Taman Tasek Taiping. Ingat nak singgah hantar hadiah je..lepas tu terus nak balik kampung opah di Kg Larut Tin Taiping. Bila nak balik..kakak syahir ajak masuk dan makan dulu..mula2 segan jugak rose nak masuk..dah le lewat datang..dorg pun dah kemas barang dan lauk2. Tak sampai hati lak nak kacau..tapi dalam hati memang nak jumpa pengantin..nak tak nak kami masuk le jugak umah tunggu pengantin..dalam 1 jam lebih baru le pengantin balik dari bergambar.





Alhamdulillah dapat jugak berjumpa dan bergambar dengan pengantin walaupun sekejap. Selamat Pengantin Baru Syahir & Fatin...semoga bahagia hingga ke jannah..:)

Saturday, December 6

MENANGANI STRES DENGAN BIJAK

Hye semua !


Adakah anda stres...jom kita cuba melakukan teknik berehat seperti menarik nafas dalam. Sedut udara segar dan tahan nafas dengan lebih lama, panjang dan perlahan-lahan hembus keluar. Lakukan beberapa kali dengan fokus yang tinggi pasti kita akan terasa santai. Satu lagi teknik yang boleh dicuba dengan melakukan regangan otot seperti melakukan regangan pusingan di kepala sehingga kita merasa selesa dan segar. Kendurkan juga otot bahu dengan gerakan membulat ke hadapan dan ke belakang. Jadikan teknik ini sebagai rutin harian pasti kita dapat menangani stres yang kita hadapi.

Wallahu'alam 

Friday, December 5

RAPATKAN DIRI DENGAN OREN

Hye semua !

Oren sangat padat dengan vitamin C, mengandungi kalsium, potasium juga vitamin A dan secara praktis tidak mengandungi sodium. Oren ialah sumber yang baik untuk serat diet dan selaput putihnya kaya dengan pektin yang dapat membantu mengurangkan kolesterol darah. Sebaik-baiknya setiap orang harus makan sebiji oren sehari.


Oren juga merupakan sumber asid folik ketika anak2 tidak mengambil sayuran hijau yang mencukupi.

Ulasan oren mengandungi lebih banyak vitamin C dibandingkan dengan bahagian lain buah itu. Tanpa ulasan, sebiji oren berukuran sedang menyediakan kira2 66 mg vitamin C, 100 peratus daripada keperluan diet tetap seorang dewasa.

Oren harus disimpan didalam peti sejuk untuk mengawetkan vitamin C yang dikandungnya.

SALAM JUMAAT

Hye semua !


Jika Allah ingin memberi sesuatu kebaikan kepada kita, maka Dia timpakan musibah kepada kita. Jika kita insaf dan perbaiki diri pasti kebaikan demi kebaikan kita terima selepas ini. Bersyukurlah dengan ujian sebab itu tanda kasih Allah untuk kita. Allah tidak pernah membiarkan hamba-Nya bersendirian melainkan ada kebaikan untuk semuanya.

Salam Jumaat Semua :)

Thursday, December 4

DECO BILIK TIDUR IDAMAN

Hye semua :)

Teringin rasanya nak letak wallpaper atau warna yang terang untuk bilik tidur idaman bagi lebih menarik..heheheh...tapi waktu masih belum berkesempatan untuk deco bilik lagi..entah bila ler nak pergi beli barang2 dan nak deco nya...huhuhu...ini pun sebab tengah boring tak tahu nak buat apa...saje le gatai tangan klik kat google nak tengok contoh deco bilik tidur...kot2 ada design yang menarik boleh ler ikut contoh macam tu nanti..rose berkenan tengok dua bilik tidur macam gambar dibawah ni cantik, simple, kemas dan warna pun menarik jugak..kalau korang berkenan tak...hehehe...jom kita tengok cuci mata jap..:)


Warna kuning...cantik jugakkan :)


Lembut warna bilik tidur ni...cantik ^_^

Wednesday, December 3

DOA DAN CARA PENYEMBUH RABUN MATA

Hye..selamat petang semua :)

Kalau ada yang rabun mata bolehlah cuba petua dan doa ini :)


1. Sediakan 21 lobak merah. Adalah sebaik-baiknya lobak merah yang kecil (Baby Carrots).

2. Basuh kesemua lobak tersebut dengan air.

3. Kemudian, baca ayat (seperti dalam gambar diatas) pada lobak tersebut sebanyak 14 kali.

4. Apabila selesai, bolehlah makan lobak tersebut dengan cara makan begitu sahaja (dimakan mentah) tanpa memasak lobak tersebut. Makan pada setiap hari dan niat didalam hati bahawa Allah sahaja yang boleh menyembuhkan.

Selamat mencuba ^_^


PETUA MERAWAT KENCING MANIS DENGAN BENDI

Hye semua ! 

Petua Merawat Kencing Manis Dengan Bendi

Bendi dapat mengurangkan paras gula dalam darah. Jika anda ada penyakit kencing manis, cuba amalkan petua ini.

Ambil 2 biji batang bendi, kerat bahagian atas dan bawah. Kelar bahagian tengah kedua-dua bendi dan masukkan ke dalam gelas berisi air. Tutup gelas dan biarkan semalaman pada suhu bilik. Keesokan paginya keluarkan bendi dari gelas dan minum air tersebut sebelum sarapan pagi. Amalkan setiap hari. Anda akan lihat hasil bacaan gula menurun dalam masa 2 minggu.


Selamat mencuba ^_^

Tuesday, December 2

MENANG HADIAH GIVEAWAY BY MAMANIZA.COM

Hye semua !

Alhamdulillah...rezeki rose menang Giveaway lagi :)


Tak sangka pulak blog rose terpilih sebagai pemenang Giveaway 
by mamaniza.com ^_^ 
Ini kali kedua rose dipilih sebagai pemenang.


Alhamdulillah...hadiah Shawl manik juntai dari sponsor Shalimar Mohd Yusof telah selamat rose terima...terima kasih Shalimar. cantik Shawl nya...warna hijau lagi. Terima kasih jugak pada blog Mamaniza.com kerana sudi pilih blog Sweet Rose sebagai pemenang.





Friday, November 28

COCOA COLLAGEN POWER PLUS

Hye semua !

Cocoa collagen Power Plus


Kopi Pracampuran adalah minuman enak yang diadun dari biji kopi Arabica Brasil dan juga serbuk koko bermutu tinggi. Ia diperkayakan lagi dengan Marine Collagen untuk kecantikan dalaman dan juga Ekstrak Lobata serta Kacip Fatimah yang telah lama digunakan secara tradisi untuk kesihatan dalaman wanita. Ia minuman enak lagi berkhasiat.

Harga Pasaran : RM 59.90
Harga Promosi : RM 50.00
Kuantiti : 30 Sachet (3 kotak)
Berat : 750gm / set

Bahan-bahan : Ekstrak Kopi Arabica Brasil, Serbuk Koko, Gula Perang, Dextrose Monohydrate, Oligo Saccharide, Krimer Bukan Tenusu, Marine Collagen, Lobata, Kacip Fatimah.


Penyediaan :-
1 sachet untuk setiap cawan minuman. 1 kali sehari.


Marine Collagen
Membantu mengimbangi hormon, mencantikkan kulit, menghaluskan dan menggebukan kulit.

Kacip Fatimah
Membantu merapatkan otot-otot rahim, faraj wanita dan memberi kehebatan dalam hubungan suami isteri.

Lobata
Membantu menambahkan tenaga, memontokkan dan menegangkan payudara serta punggung.

Krimer Bukan Tenusu
Membantu meningkatkan daya kesihatan anda.

Dextrose Monohydrate
Melambatkan proses penuaan.

Oligo Saccharide
Menyahkan toksin dan meningkatkan sistem dalam badan.

" Semua penulis akan mati. Hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang akan dapat membahagiakan dirimu di Akhirat nanti "
- Saidina Ali bin Abi Talib -
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ LABEL ♥

3D Bathroom Floor Designs (1) Al-Fatihah (6) Baby Che Ta dan Zain (1) Baggy Shirt Murah (1) Banjir (1) Barang terpakai (4) Berhati2 Ketika Membeli Produk Minuman Atau Kesihatan (1) Birthday Mak Mentua (1) Bunga Kristal Pink (1) Contest Blog (2) Coretan Dari Felixia Yap (1) Cuti2 Malaysia (1) Deco Bilik Tidur Idaman (2) Deco Ruang Tamu Dan Dapur (1) Eco Park (1) Femininie Wash Harum Manja (1) FILM REVIEW (1) Film Review - Transformers : Age Of Extinction (1) From Taiping (2) Giveaway (14) Hadiah Dari Sponsor (1) Hadiah Follower 100 (1) Hadiah Menang Giveaway By Mamaniza.com (1) Happy Birthday (1) Happy Birthday Rosniwati (1) Happy New Year 2015 (1) Hardy Pastels Shawl - Koleksi Handmade Shawl (1) Hiasan 3D (1) Hot Spring Lubuk Timah Simpang Pulai (1) Ilmu Dan Pengetahuan (53) Info Kesihatan (14) Ipoh Perak (1) Jalan2 Bersama Family (11) Jamu Susuk Manja (1) Kenduri Kahwin (3) Kenyataan Akhbar Yg Dikeluarkan Oleh KKM (1) Kisah Makan (5) Koleksi Seri Hana (1) Kursus Pemjagaan Kesihatan (1) Laut Hindi (1) Majlis JasaMu Dikenang & Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (1) Majlis Pertunangan Sepupuku (1) Menang Segmen (1) Minuman Kesihatan (2) MrCendol (1) Mutiara Kata (2) MyHRMIS Cuti (1) Pelbagai Fungsi Kerongsang (1) Pengumuman Penangguhan Sesi Persekolahan Akibat Banjir (1) Percutian Bersama Family (1) Peringatan Bersama (37) Pesawat ADAM AIR Terhempas (1) Petua Kesihatan (19) Petua Stres (1) Petua Tradisional (1) PRAY FOR MH370 (3) Pray For Palestine (1) Produk Kecantikan (4) Produk Kesihatan (6) Resepi Air Lemon Teh (1) Resepi Biskut (2) Resepi Goreng (3) Resepi Kek (18) Resepi Masakan (21) Resepi Sihat (1) Review Jom Shopping (1) Review Makan (1) Review Produk Jamu Jelita (1) Review Produk Minuman (2) Salam Aidiladha (2) Salam Aidilfitri (1) Salam Jumaat (12) Salam Maal Hijrah (2) Salam Maulidur Rasul (2) Salam Penghulu Segala Hari (1) Segmen (3) Segmen - Saya Mahu Kad Raya Dayang deno (1) Segmen Bloglist (6) Segmen Bloglist Misya (2) Segmen Blogwalking (2) Segmen Duit Raya (1) Segmen Jom Raya 2015 By Sweet Rose (1) Segmen Saya Nak Design Header Blog/Facebook Raya (1) Segmen Tamat (1) Segmen U Follow I Follow (1) Sekolah DiTutup Esok Akibat Jerebu Teruk (1) Selamat Hari Ibu (1) Selamat Hari Malaysia (1) Selamat Hari Merdeka (3) Selamat Pagi (6) Senarai Pemenang (1) Serangan Asma Datang Lagi (1) Sultan Azlan Shah Mangkat (1) Sweet Dreams (1) Taman Botani (1) Terima Kasih Allah (1) The Liebster Award (1) Tip Ceriakan Hidup (2) Tips Berguna (1) Tips Keluarga Bahagia (2) Tips Kesihatan (16) Tips Persahabatan (1) Travelog (1) Ucapan (9) UlangTahun Kelahiran Sultan Perak (1) Vector Potret (1) Video Klip (1)

Blog Sweet Rose Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah