Kek Batik Biskut Marie
Bahan-bahan :
1 paket milo (saiz paling kecil)
1 bungkus biskut marie (dipatahkan kepada 4 bahagian)
1 ketul butter 250g
1/2 tin susu pekat manis
1 sudu besar esen vanilla
Cara-cara :
1. Cairkan butter di dalam kuali/periuk
2. Setelah butter cair, masukkan milo dan susu. Kacau jangan bagi berketul2
3. Apabila sebati, masukkan esen vanilla. Kacau lagi
4. Apabila adunan tadi menjadi pekat dan mendidih
5. Masukkan biskut marie yang telah dipatah-patahkan
6. Gaulkan sehingga biskut marie tadi diseliputi dengan adunan coklat
7. Angkat, dan terus masukkan dalam loyang. Mampat-mampatkan adunan supaya tiada ruang antara biskut tadi
8. Apabila dah siap, masukkan dalam peti ais lebih kurang 4 jam
Sedia untuk di makan..:)
Selamat mencuba..:)