Monday, January 27

FROM TAIPING WITH LUV


Kenangan Masa Sekolah Dulu...
Black Mauntain Ais...
Stesen Bas Lama Taiping...
Rindu saat nie...
Rindu Zaman Sekolah ku...
Rindu Kampung ku..TAIPING PERAK







Sunday, January 26

SMK CONVENT TAIPING PERAK


Assalammualaikum semua..:)

SEMECOT THE BEST!!!..
CONVENT TAIPING...
luv u all..Kenangan tak dapat dilupakan start standard 1 lagi...rindu pada zaman persekolahan dan jugak kawan2 yg dah lama tak jumpa..







Saturday, January 18

RESEPI PUDING ROTI

Selamat petang semua..

jom kita cuba resepi Puding Roti untuk makan petang kita...

PUDING ROTI

Bahan-bahan :

12 keping roti
800ml susu segar HL
1/2 cawan gula
2 biji telur 
4 sudu besar mentega
1 sudu kecil esen vanila
Kismis atau prune

Cara-cara :

Carik-carikkan 12 keping roti kedalam bekas
Cairkan mentega dan tuang mentega ke atas roti yang telah dicairkan
Pecahkan telur bersama-sama susu dan gula kedalam bekas yang lain
Pukul sehingga gula hancur, masukkan esen vanila
Tabur kismis jika ada kedalam loyang dan tuang bahan-bahan yang dipukul
Bakar pada suhu 160'c sehingga emas kekuningan selama 40 minit.


Selamat mencuba..:)

Friday, January 17

RESEPI KEK BATIK BISKUT MARIE

Kek Batik Biskut Marie

Bahan-bahan :

1 paket milo (saiz paling kecil)
1 bungkus biskut marie (dipatahkan kepada 4 bahagian)
1 ketul butter 250g
1/2 tin susu pekat manis
1 sudu besar esen vanilla


Cara-cara :

1. Cairkan butter di dalam kuali/periuk
2. Setelah butter cair, masukkan milo dan susu. Kacau jangan bagi berketul2
3. Apabila sebati, masukkan esen vanilla. Kacau lagi
4. Apabila adunan tadi menjadi pekat dan mendidih
5. Masukkan biskut marie yang telah dipatah-patahkan
6. Gaulkan sehingga biskut marie tadi diseliputi dengan adunan coklat
7. Angkat, dan terus masukkan dalam loyang. Mampat-mampatkan adunan supaya tiada ruang antara biskut tadi
8. Apabila dah siap, masukkan dalam peti ais lebih kurang 4 jam

Sedia untuk di makan..:)


Selamat mencuba..:)

IKAN SIAKAP TIGA RASA

Selamat tengahari semua..:) 

Jom cuma resepi ikan siakap tiga rasa dari rose pulak :)

Bahan A: -
  • 1 ekor ikan siakap
  • 1 sudu besar tepung jagung (untuk salut ikan sebelum goreng)
  • 3 ulas bawang merah (dihiris)
  • 1 sudu besar cili kering kisar
  • 1 biji tomato – didadu kasar)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris)
  • 3 cm halia (dihiris halus)
  • 1 biji bawang besar - potong dadu
  • sedikit nenas - potong dadu
Bahan B: - (untuk sos)
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 3 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar air
  • 1 sudu kecil gula pasir
Bahan C:- (untuk hiasan/tabur)
  • 1 pokok daun bawang
  • 2 biji cili merah (dihiris)
  • 2 biji cili hijau (dihiris)

Cara-cara: -
  1. Letak garam dan kunyit pada ikan dan sapukan tepung jagung sekeliling ikan.
  1. Panaskan kuali dan goreng ikan hingga kuning keemasan. Angkat dan letakkan dalam pinggan hidangan.
  1. Keluarkan minyak dan tinggalkan 2 sudu besar dan tumis bahan yang dihiris hingga wangi.

Masukkan bahan2 sos dan biarkan mendidih. Kacau rata dan biar mendidih sikit. kalau nak kurang pekat, boleh ltk air sedikit…

  1. Masukkan bahan hiasan dan tutup api.
  1. Curahkan ke atas ikan tadi..siap untuk dimakan..:)

Selamat mencuba..:)

Wednesday, January 15

RESEPI KEK COKLAT MOIST


Resepi Kek Coklat Moist

Bahan-bahanya.

2 cawan tepung gandum 
2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil baking soda
1 cawan minyak masak
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula 
1/2 cawan susu pekat
1 cawan air suam
3 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla

untuk toping dan hiasan
1/2 bar coklat masakan + 2 sudu besar butter 
1/2 sudu besar gula halus dan sedikit esen vanila, guna kaedah double boiler kemudian curahkan keatas kek yg dah sejuk dan bolehlah hiaskan dgn coklat chip/ coklat rice.

cara-caranya

1. Ayak tepung gandum bersama serbuk koko,baking powder dan baking soda, ketepikan

2. Dengan mengunakan mixer, pukul telur dan gula hingga kembang dan gula hancur

3. Masukan pula tepung yang siap diayak tadi, sedikit demi sedikit, berselang seli dengan air suam, kacau mengunakan senduk kemudian masukan esen vanilla,susu pekat dan minyak masak, kacau hingga sebati.

4. Curahkan ke dalam loyang dan bakar dalam oven selama 40-50 minit dengan suhu 160'c 






Selamat mencuba..:)

BUAH MANGGA

Selamat petang semua ^_^


Sedapkan tgk buah mangga ni...rasa terliur nak makan..^_^