Tuesday, July 29

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Hye semua..:)


Di kesempatan ini, rose bagi pihak diri rose dan keluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri..maafkan segala salah silap rose sepanjang perkenalan kita, terlanjur kata, terkasar bahasa. Mohon diampunkan segala dosa..Maaf Zahir dan Batin. Semoga lebaran kali ini memberi seribu keberkatan, kerahmatan dan keriangan pada kita semua..:)

Sunday, July 27

RESEPI BISKUT MUMMY COOKIES

Hye semua..:)

Hari ni hari terakhir kita berpuasa..sedih rasanya nak meninggalkan bulan Ramadhan yang mulia ini. Semoga ibadah kita dibulan Ramadhan mendapat keberkatan dari Allah yang Maha Esa. Oleh kerana hari ini hari terakhir berpuasa rose nak buat satu lagi biskut raya..iaitu biskut raya mummy cookies..resepi dari adik ipar ku Ain..selalunya rose order je biskut ni kat adik ipar tapi kali ni nak cuba buat sendiri le..sebab resepi nya lebih kurang macam biskut semperit je..mudah dan senang sangat. Jom kita tengok bahan2nya...

Biskut Mummy Cookies


Bahan-bahannya :

200gm butter ( 1 cawan )
3/4 cawan gula icing
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung
1 cawan tepung custard
1 cawan tepung ubi
1 sudu kecil esen vanilla
1 kuning telur
Sedikit jem dan badam ( untuk hiasan )

Cara-caranya :

1. Putar mentega dan gula asing hingga berwarna putih, kemudian 
masukkan telur  dan esen vanilla.
2. Pukul sehingga kembang.
3. Masukkan tepung gandum, tepung jagung, tepung kastard dan tepung ubi yang telah di ayak - tak ayak pun takpe. 
4. Kacau dan uli hingga menjadi doh yang lembut.
5. Bentukkan ianya supaya menjadi bulat dan tekan sikit untuk letak jem dan badam (tak letak pun takpe) 
6. Masukkan dalam bekas kertas cup kecil.
7. Bakar selama 20 minit pada suhu 180'c

Selamat mencuba..:)




Wednesday, July 23

KAD RAYA DARI BLOG SHIDA RADZUAN

Hye semua..:)


Hari ini rose terima kad raya yang pertama dari rakan blogger...best sangat..selalu terima kad raya dari rakan sekolah dan saudara mara je.

Kad raya ini dari pemilik blog http://duniashida.com/ iaitu Shida Radzuan ! Comel sangat kad raya shida ni...rose yang paling suka sekali gambar tu..cute dn comel je..:)

Terima kasih shida sebab sudi bagi kad raya kat akak ye...
Kad raya biru...warna kombinasi yang sangat cantik.

Terima kasih juga sebab sudi jadi rakan akak..:)

Selamat Menyambut Hari Raya ^_^



Tuesday, July 22

RESEPI BISKUT SEMPERIT

Hye semua..

Biskut Semperit

Bahan-bahannya :

250gm butter
3/4 cawan gula icing
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung
1 cawan tepung custard
1 sudu kecil esen vanilla
1 kuning telur


Putar butter, gula icing dan telur kuning hingga sebati
Masukkan tepung gandum, tepung jagung dan tepung kastard yang telah di ayak -tak ayak pun takpe
Masukkan dalam acuan semperit dan tekan keatas loyang, letak ceri atau cip
Bakar selama 15 minit pada suhu 170'c


Siap sudah biskut semperit untuk hari raya nanti ^_^

Monday, July 21

RESEPI CRACKERS CHEESECAKE

Hye semua ^_^

Cheesecake ala ala tiramisu..sangatlah simple dan mudah disediakan. Pertama kali mencubanya, rose rasa macam tak berapa nak jadi je. Tapi bila dah siap nampak macam ok lak..hehehe..rasanya pun mungkin sedap..:) sebab rose pun tak rasa lagi..malam tadi buat dan terus simpan dalam peti sejuk..ingat sahur tadi nak le rasa sikit tapi tak selera lak nak makan cheesecake pagi2 sangat. Bagi sape2 yang gemar makan cheesecake ni boleh le cuba buat ^_^

Resepi Crackers CheeseCake 


Bahan-bahannya :

250g cream cheese
1/2 tin susu pekat
Biskut Hup Seng Deluxe Crackers
Susu full cream

Cara-caranya :

 
Putar cream cheese bersama susu pekat manis.

 bila dah kembang/sebati masukkan 4 sudu susu full cream - tujuan masukkan full cream ni adalah untuk mencairkan sedikit campuran cream cheese tadi..tapi jangan terlalu cair dan terlalu pekat ye..

Masukkan sedikit susu full cream/low fat kedalam bekas lain - sedikit saje untuk celup biskut..

Celup biskut satu persatu kedalam susu tadi dan susun kedalam bekas atau loyang. 

Sapu cream cheese kat atas biskut, sapu rata..tak perlu tebal sangat.. Celup biskut dan susun atas cheese. ulang layer sampai habis.
Layer cheese atas sekali biarkan tebal dari layer2 bawah. 

Akhir sekali taburkan milo  diatas cream cheese - kalau nak letak nestum pun boleh..anak2 rose suka milo..jadi rose tabur je milo atas cream cheese tu. Kalau ikut resepi asalnya tak letak pun..:)

Dah siap masukkan dalam peti sejuk...


Alhamdulillah..inilah hasil Crackers CheeseCake yang dah siap dipotong..lepas berbuka nanti boleh la makan ^_^

Monday, July 14

SALAM NUZUL AL-QURAN

Selamat malam semua...


Peristiwa Nuzul Al-quran merupakan Peristiwa turunnya ayat Al-Quran yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana Kitab Al-Quran yang ada pada hari ini.


Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam jumaat,17 Ramadhan,tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira,bersamaan dengan tanggal 6 ogos 610M. Perkataan Nuzul bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mujizat terbesar Nabi s.a.w. maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam seluruhnya.

Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.

Sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak dan hadirnya peristiwa besar Nuzul Al-Quran dengan itu marilah kita menggandakan amal ibadah dengan menjadikan Al-Quran sebagai panduan,sebagai rujukan dan sebagai pembentuk jiwa agar kita begitu hampir dan bertaqwa kepada Allah s.w.t dengan melaksanakan segala suruhanNya dan menjauhi segala laranganNya. Mudah-mudahan kita akan mendapat kebaikan di dunia mahupun di akhirat..Aamiin.


RESEPI SAYUR GORENG CAMPUR

Hye semua...



Sayur Goreng Campur 

Bahan-bahan :

1 batang carrot
Bunga kobis
jagung muda
Cabai masak
4 ulas bawang putih dihiris
5 ulas bawang merah dihiris
1 genggam ikan bilis
Garam secukup rasa
Perasa ikan bilis
Minyak masak

Cara-caranya :

1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih 
hingga naik bau. 
2. Masukkan 1 genggam ikan bilis dan masukkan semua sayur2. 
3. Campurkan 1/2 cawan air, tambahkan garam dan perasa ikan bilis. 
4. Tutup kuali dgn penutup. 
5. Biarkan dlm 5 minit sehingga sayur jadi empuk. 
6. Siap untuk dihidang.

Selamat mencuba ^_^

Thursday, July 10

PRAY FOR PALESTINE / SAVE GAZA


Selamat pagi semua...


Mengalir air mata,sedih terasa bila mengetahui betapa ramainya saudara kita di Gaza dibedil dengan rakus oleh zionis Yahudi laknatullah tanpa mengira anak2 kecil & wanita.Kejam sungguh!
Mari kita berdoa agar Allah beri kemenangan kepada umat Islam di seluruh dunia & membinasakan musuh-musuh Allah,musuh-musuh Islam.
Doa adalah kekuatan kita.

"Ya Hayyu Ya Qayyum, Wahai Yang Maha Hidup Yang Maha Memelihara,
turunkan para MalaikatMu untuk membantu para Mujahidin di Gaza dan seluruh Palestin, sebagaimana Engkau turunkan ribuan malaikat di Badar,
 di Khandaq dan di Tabuk.

Ya Hayyu Ya Qayyum, Wahai Yang Maha Hidup Yang Maha Memelihara, 
ringankanlah penderitaan saudara-saudara kami di Gaza, 
Kuatkanlah semangat jihad mereka.

Ya Hayyu Ya Qayyum, Wahai Yang Maha Hidup Yang Maha Memelihara
Ya Allah, muliakanlah Islam dan kaum Muslim. Ya Allah, tolonglah kaum Muslim dan Mujahidin di Palestin.
  
Ya Allah, teguhkanlah iman mereka dan turunkan ketenteraman di dalam hati mereka dan satukanlah barisan mereka. Ya Allah, hancurkanlah kaum kuffar dan kaum musyrikin. Ya Allah, binasakanlah kaum Yahudi dan pasukan Israel dan cerai-ceraikanlah kesatuan mereka.

Ya Allah, tunjukkanlah keajaibanMu dan menangkanlah kaum Mujahidin dengan Rahmatmu, Wahai Yang Maha Pengasih. Kabulkan doa kami Ya Allah kerana hanya padaMu tempat kami mengadu dan memohon.
Amin Ya Allah.





Wednesday, July 9

RESEPI AYAM MASAK LEMAK CILI PADI

Hye semua ^_^

Resepi dari bonda tercinta Ayam Masak Lemak Cili Padi..resepi kegemaran suami dan jugak ayahnda tercinta...jom cuba..


Ayam Masak Lemak Cili Api

Bahan-bahan :

1/2 ekor ayam dipotong ikut suka
4 biji ubi kentang dibelah empat
10 biji cili api diblend
2 ulas bawang putih diblend
4 biji bawang merah diblend
2 inci halia dihiris
1 batang serai diketuk
2 keping asam keping
Kunyit dan garam
1 biji santan

Cara-caranya :

Masukkan semua bahan yg diblend kedalam periuk. Tambah sedikit air dan renihkan dengan api kecil sehingga semua bahan mesra,masukkan ayam dan kacau. Setelah air agak kering,masukkan santan dan kacau sekali sekala (untuk memastikan santan tidak pecah minyak dan beruwap melimpah keluar) diatas api sederhana. Akhir sekali,masukkan kentang. Tambah sedikit garam. Tutup api apabila kentang telah empuk.
Siap dan angkat untuk dihidangkan.

selamat mencuba ^_^


Tuesday, July 8

RESEPI TOM YAM CAMPUR

Hye semua ^_^

Syukur alhamdulilah dengan rezeki yang Allah berikan...
Kali ni rose nak kongsi resepi masakan Thai iaitu Tomyam Campur
Sedapnya kalau dimakan bersama bihun...


Tom Yam Campur

Bahan-bahannya :

1/2 ekor ayam (dipotong kecil)
Makanan Laut (udang atau sotong)
2 biji bawang besar (dihiris bulat)
3 biji bawang putih (ditumbuk kasar)
15 batang cili padi merah (ditumbuk kasar)
2 batang serai (diketuk)
1 sudu besar pes tom yam
4 helai daun limau purut
2 biji limau nipis (diambil jusnya)
3 cawan air
Garam & perasa
Sedikit minyak
Sayur jagung muda dan tomato

Cara-caranya : 

1. Panaskan minyak dalam periuk. 
2. Tumis bawang putih hingga wangi dan perang.
3. Masukkan ayam, kacau sekejap dan tutup periuk sebentar untuk bagi air ayam keluar. 
4. Masukkan air dan biarkan mendidih. 
5. Setelah itu masukkan serai, bawang besar dan daun limau. 
6.  Masukkan cili padi, pes tom yam, garam serta perasa.
7. Kemudian masukkan sayur-sayuran dan biarkan sekejap.
8. Akhir sekali, masukkan jus limau, kacau sekejap dan matikan api.

Tom Yam yang enak, ada sedikit rasa pedas, masam dan wangi dari 
aroma daun limau.

Selamat mencuba ^_^

SEGMEN - SAYA MAHU KAD RAYA DAYANG DENO

Hye semua..:)


klik banner


**10 blogger bertuah akan dapat kad raya LE dayangdeno
**Cara pemilihan pemenang melalui Random.org 
**Pengumuman keputusan Random.org pada 15 Julai 2014


Tamat : 14 Julai @3pm


RESEPI SAMBAL TUMIS IKAN

Hye semua ^_^

Jom tengok resepi yang mudah dan senang disediakan...


Sambal Tumis Ikan

5 ekor ikan 
2 ulas bawang besar 
2 ulas bawang putih
semangkuk air asam jawa
2 sudu besar gula
Sedikit garam
Cili kering
Minyak masak

Cara-caranya :

1. Goreng ikan dahulu.
2. Panaskan minyak.
 3. Tumiskan bawang besar dan bawang putih.
4. Masukkan cili kering, kacau dan biar sehingga pecah minyak. 
5. Setelah pecah minyak masukkan air asam jawa dan kacau. 
6. Masukkan sedikit garam dan 2 sudu gula, kacau dan biar seketika. 
7. Masukkan ikan yang telah di goreng tadi kacau hingga sebati. 
7. Setelah nampak sebati tutup api dan angkat. 
8. Siap untuk dihidangkan.

Selamat mencuba ^_^

Monday, July 7

RESEPI AYAM MASAK KUNYIT BERKUAH

Hye semua...

Ayam Masak Kunyit Berkuah


Bahan-bahannya :

1/2 ekor ayam dipotong kecil
1 batang serai diketuk
4 cili hidup dikisar
1 sudu makan kunyit serbuk
2 keping kecil asam gelugor
4 biji ubi kentang
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2 potong halia
Minyak Masak
Sedikit Air
Garam
Gula

Cara-caranya :

1. Ayam yang telah dipotong,buang kulit dan dicuci,gaul dgn serbuk kunyit dan garam ketepikan dan goreng separuh masak. 
2. Panaskan minyak masak. Kemudian tumiskan bawang putih,bawang besar dan halia sehingga naik bau. 
3. Kemudian masukkan serai dan cili hidup gaul rata. 
4. Masukkan kunyit serbuk,asam Gelugor dan gaul rata. 
5. Masukkan ubi kentang dan air mengikut banyak kuah yang kita mahu,biar sampai ubi kentang empuk. 
6. Kemudian masukkan ayam dan gaul lagi sampai kuah keluar minyak. 
7. Akhir sekali masukkan garam dan gula secukup rasa. 
8. Siap dan boleh diangkat.

Selamat mencuba ^_^

RESEPI SAMBAL TUMIS TELUR REBUS

Hye semua...

Sambal Tumis Telur Rebus


Bahan-bahannya :

6 biji telur - direbus dulu
1 senduk cili kering di kisar
1 biji bawang besar di kisar
Air asam jawa
Sedikit garam
Sedikit gula -jika suka-

Cara-caranya :

Tumis bahan yang dikisar hingga garing dan masukkan air asam jawa
Tambahkan garam dan gula secukup rasa dan masukkan telur yang telah direbus. Biar sekejap dan boleh diangkat..
senang dan mudahkan.

Selamat mencuba ^_^

Saturday, July 5

Biduanita Negara Datuk Sharifah Aini Meninggal Dunia - Al-Fatihah

Al-Fatihah...


Al-Fatihah buat Allahyarham Biduanita Negara Datuk Sharifah Aini Bt Syed Jaafar meninggal dunia pada pukul 1.26 pagi tadi di Pusat Perubatan Pakar Damansara. Semoga roh beliau ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman di dalam Janatul Firdaus..Amin. Salam takziah jua buat kaum keluarga beliau..semoga tabah menghadapinya..sesungguhnya kita adalah milik Allah dan kepada Allah jua kita akan dikembalikan.


Friday, July 4

RESEPI AYAM MASAK KICAP

Hye semua ^_^

Menu untuk berbuka hari ini...


AYAM MASAK KICAP

Bahan-bahan :

Ayam digoreng 1/2 masak dahulu
Bawang besar
Halia
Cili dikisar
Sos tiram
Kicap manis cap kipas udang
Garam / gula secukup rasa

Cara-cara :

Panaskan minyak, tumis bawang besar dan halia sehingga naik bau
Masukkan cili dikisar, sos tiram dan kicap manis. Kacau sehingga pekat.
Kalau pekat sangat tambahkan sikit air. 
Masukkan ayam dan kacau rata..

Siap untuk dihidang...

Selamat buka puasa semua ^_^


KOLEKSI SERI HANA BY AVON HOME

Hye semua..:)

Agaknya warna apa le tahun ni nak hias rumah ye..hehehe..puasa pun baru je enam hari dah sibuk cite pasal hias rumah. Cantikkan kalau kita hias rumah kita dengan hiasan warna pink..segala2nya pink..hehehe..tertarik betul rose tengok hiasan dari Seri Hana Avon ni..warna dan suntikkan elemen ceria sangat dengan bunga sakura dalam dekor menambah penyeri dan penampilan rumah kita. Rekaan yang eksklusif dengan bunga 3D berona fuchsia menjadikan motif utama disetiap sudut barangan yang nampak sedondon. 
Jom kita cuci mata sambil tengok koleksi dari Seri Hana AVON..kalau berkenan boleh order atau terus beli kat Butik AVON yang berdekatan dengan tempat korang semua..:)

Koleksi Seri Hana by AvonHome






Nampak cantikkan kalau semuanya Pink ^_^



CORETAN DARI FELIXIA YAP - 3 JULAI HARI KELAHIRAN SEMULA KU

Tersentuh hati rose bila terbaca coretan daripada Felixia Yap..disini sengaja rose share kan coretan Felixia Yap ni..semoga menjadi ikhtibar dan menjadikan kita lebih berusaha untuk menjadi seorang Islam yang lebih baik...amiinn..

3 Julai : Hari Kelahiran Semula Ku - Felixia Yap


Assalammualaikum.

Sejak beberapa bulan ini, dari saat saya bertekad sebulat hati mengenakan hijab walaupun sebagai seorang yang belum Islam hatinya, hingga ke saat ini (3 Julai, sekarang pukul 6 pagi baru lepas Sahur), di mana saya telah Islam di hati, cuma tinggal perasmian sebagai seorang Islam di atas kertas dan di depan 4 orang saksi...saya telah mengharungi pelbagai dugaan.

Bantahan.

Makian.

Sindiran.

Fitnah.

Penyisihan.

Tekanan.

Tetapi syukur Alhamdullilah...saya juga dapat sokongan yang begitu hebat, yang menyentuh hati dan sokongan positif inilah yang serba sedikit menyumbang kepada saya untuk terus beristiqamah.

Dan saya harus berterima kasih juga dengan kedegilan saya. 
Terkenal juga dengan kepala batu saya, saya tidak mudah mengalah. 

Ya...saya mengaku, banyak kali saya rasa tumpas, tewas dan menangis atas semua yang negatif dan kasar terhadap saya. 

Namun, saya tetap tidak tanggalkan hijab saya.

Saya tetap teruskan perjalanan. 

Saya bertuah kerana dikurniakan seorang ibu yang bukan sahaja tabah untuk membesarkan saya dan adik dalam keluarga, tetapi rahmat yang terbesar adalah apabila beliau, seorang yang bukan Islam, langsung tidak mengetahui tentang agama Islam (kecuali yang Islam tak boleh makan khinzir) dan seringkali disindir saudara mara yang lain kerana anak perempuannya bertudung sehingga ke muka depan suratkhabar dan sebagainya...tidak membantah, malah merestui keputusan saya ini apabila saya memberitahu beliau yang saya sedang mempelajari tentang agama Islam dan bercadang untuk memeluknya.
Ibu kata saya sudah banyak berubah lebih baik.
Ibu kata saya dah matang, dah dewasa akhirnya.
Dalam dialek Kantonis, bila saya bermanja dan menanya kenapa beliau merestui keputusan saya, beliau menjawab, "Sang seng jor lor, dai gor nui la...kwai jor hou dor."
Ibu saya senyum, dan saya menahan air mata.

Rata-rata, ramai mualaf yang dibuang keluarga dan disisihkan keluarga kerana keputusan yang sama, dan ada segolongan pula yang terpaksa menyembunyikan identiti mereka sebagai seorang Islam daripada keluarga dan orang ramai kerana takut dibuang keluarga dan disisihkan. 

Saya mengaku, jika ayah saya tidak meninggalkan kami sekeluarga, mungkin perkara yang sama akan berlaku pada diri saya. Tetapi Allah Maha Mengetahui. 

Mungkin ini juga salah satu hikmah dari penceraian ibu dan ayah.
(Ibu saya jauhhhh lebih bahagia sekarang juga, ALHAMDULLILAH!)

Ia memaksa saya untuk berdikari pada usia muda, menjaga adik sehingga saya habis SPM dan terus meninggalkan Ipoh untuk mencuba nasib seorang diri di Kuala Lumpur dengan hanya RM300 sebulan sementara saya belajar di sebuah IPTS. Apabila sudah dihentikan saluran duit satu hari, saya keluar bekerja kerana saya tidak ingin melihat ibu saya terus bersusah payah menggunakan duit simpanan beliau yang tidak seberapa untuk menyara kami adik-beradik. Tambahan pula, adik saya perlu (dan saya pastikan) menyambung pelajaran dan perlu wang untuk membiayai yurannya. 

Saya mula memikul tanggungjawab menyara keluarga.

Pada masa itu, saya tidak ada agama (saya dibesarkan di keluarga yang tidak percaya kepada mana-mana agama atau Tuhan), tidak ada apa-apa bimbingan agama...cuma berbekalkan nasihat dari ibu saya; iaitu jangan menyusahkan orang lain, jangan membiarkan mana-mana lelaki mengambil kesempatan, jangan berbuat jahat, jangan tertipu dengan orang di bandar dan jaga diri baik-baik.

Namun sebagai seorang naif yang tidak tahu apa-apa tentang dunia, tipu helah dan godaan manusia (Ya, keputusan SPM yang baik tidak menjamin anda akan selamat dengan tipu helah dunia)...saya juga mula terikut-ikut dengan orang di sekeliling saya. TETAPI, saya cuba sedaya upaya yang boleh untuk melindungi diri saya dan pada masa yang sama mencari nafkah untuk dihantar balik ke rumah untuk ibu dan adik. Saya kekalkan pendirian untuk tidak sentuh arak, rokok, atau dadah. 
Pernah banyak kali dipaksa, tetapi kedegilan saya untuk menurut paksaan dan suruhan orang lain menyelamatkan saya dari terjerumus sekali dengan yang lain.

Dengan mata saya sendiri saya sepanjang hampir 10 tahun saya terlibat dalam bidang modeling, saya pernah lihat pelbagai jenis manusia dan cara kehidupan yang dikatakan "mewah" dan bahagia.
Mewah juga disamakan dengan kebahagiaan. 
Orang di sekeliling saya pada masa itu kebanyakkannya mengukur kebahagiaan dengan kekayaan teman lelaki, apa parti yang paling "happening" yang mereka dapat pergi, rasa "happy" janji dapat minum dan mabuk, berapa yang boleh dikikis dari lelaki kaya yang memikat, dan kebanyakkan mendahagakan kemewahan dan dicari tanpa mempedulikan harga diri.

Tetapi bagi saya, itu bukan kemewahan yang saya cari. Sebab apa gunanya punyai kemewahan tetapi hidup rasa kosong, tidak bermakna dan bergelumangan dengan dosa?
Itu bukan kebahagiaan yang saya carikan.

Saya pernah cuba mencari Tuhan.
Cuba mendekati diri dengan Tuhan.

Saya pernah pergi ke gereja Katolik setiap Ahad petang selama 2 tahun.
Saya pernah cuba memahami agama Kristian.
Saya pernah cuba mencari makna dalam penyembahan berhala Dewa Kuan Yin dan sebagainya.
Saya juga pernah cuba mengamalkan amalan seorang penganut Buddha.

Tetapi hati saya tidak pernah merasa dekat dengan Tuhan.
Hati saya tidak pernah rasa tersentuh.

***Harap jangan salah faham, di sini saya cuma ingin menekankan bahawa saya rasa lebih dekat dengan agama Islam, dengan Allah SWT. Saya hanya menjelaskan apa yang saya rasa dari hati.

Sejak saya mula mengenali ajaran-ajaran agama Islam, saya lebih redha, lebih tenang dan lebih senang bersyukur dengan hidup yang serba sederhana.
Duit dan kemewahan tidak lagi menarik perhatian saya sepertimana dahulu. 
Saya tidak lagi rasa "impressed" atau teruja dengan kereta sport, bag mahal, kehidupan glamor, atau cita-cita tinggal di rumah besar dan mewah.

Ya, tidak dapat dinafikan, jika ada semua ini, bukan benda yang buruk, malah bonus kehidupan...tetapi wang dan kemewahan tidak dapat membeli rasa bertaubat, rasa ingin menjadi seorang yang lebih baik, ketenangan, keredhaan dan kebahagiaan.

Sepanjang hampir 7 bulan saya berhijab dan mengenali agama Islam, saya banyak menangis. 
Bukan dalam kesedihan, tetapi dalam rasa penyesalan kehidupan yang dulu dan rasa ingin bertaubat.

Seringkali saya merintih dalam bisikkan yang saya ulang tanpa henti, "Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa saya!"
Pada kali pertama saya melihat video pengislaman dan pengucapan seorang wanita, saya tidak dapat henti menangis.
Pada saya, dia amat bertuah kerana Allah SWT memilih dia untuk diselamatkan.

Masa itu...saya masih tidak tahu apa itu hidayah dan taufiq.

Dan pada hari ini, iaitu hari bersejarah dalam hidup saya...saya akan menjadi seorang Islam secara rasmi. 

3 Julai 2014, bersamaan dengan 5 Ramadhan 1435.

Saya yang telah Islam di hati (tanpa disedari), kini akan mengucapkan 2 kalimah syahadah saya di depan keluarga terdekat saya, dan juga para kenalan yang telah seringkali menyokong dan memberi galakkan pada saya supaya terus istiqamah.

Tidak ada sebarang media yang akan hadir.

Hari ini bukan hanya saja Hari Lahir saya...tetapi juga Hari Kelahiran Semula saya. 
Hari saya kembali akhirnya selepas 28 tahun mencari jalan pulang.



P.S: Saya masih berbangsa Cina, dan akan berkeras mengekalkan nama Cina yang diberi ibu saya. Nama Cina saya dalam bermaksud "Ketenangan, Keanggunan" atau di dalam bahasa Inggeris, "Silent Grace". 
Saya cuma akan menambah nama kurniaan dari mimpi saya di hadapan nama asal.

copy dari blog Felixia Yap


" Semua penulis akan mati. Hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang akan dapat membahagiakan dirimu di Akhirat nanti "
- Saidina Ali bin Abi Talib -
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ LABEL ♥

3D Bathroom Floor Designs (1) Al-Fatihah (6) Baby Che Ta dan Zain (1) Baggy Shirt Murah (1) Banjir (1) Barang terpakai (4) Berhati2 Ketika Membeli Produk Minuman Atau Kesihatan (1) Birthday Mak Mentua (1) Bunga Kristal Pink (1) Contest Blog (2) Coretan Dari Felixia Yap (1) Cuti2 Malaysia (1) Deco Bilik Tidur Idaman (2) Deco Ruang Tamu Dan Dapur (1) Eco Park (1) Femininie Wash Harum Manja (1) FILM REVIEW (1) Film Review - Transformers : Age Of Extinction (1) From Taiping (2) Giveaway (14) Hadiah Dari Sponsor (1) Hadiah Follower 100 (1) Hadiah Menang Giveaway By Mamaniza.com (1) Happy Birthday (1) Happy Birthday Rosniwati (1) Happy New Year 2015 (1) Hardy Pastels Shawl - Koleksi Handmade Shawl (1) Hiasan 3D (1) Hot Spring Lubuk Timah Simpang Pulai (1) Ilmu Dan Pengetahuan (53) Info Kesihatan (14) Ipoh Perak (1) Jalan2 Bersama Family (11) Jamu Susuk Manja (1) Kenduri Kahwin (3) Kenyataan Akhbar Yg Dikeluarkan Oleh KKM (1) Kisah Makan (5) Koleksi Seri Hana (1) Kursus Pemjagaan Kesihatan (1) Laut Hindi (1) Majlis JasaMu Dikenang & Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (1) Majlis Pertunangan Sepupuku (1) Menang Segmen (1) Minuman Kesihatan (2) MrCendol (1) Mutiara Kata (2) MyHRMIS Cuti (1) Pelbagai Fungsi Kerongsang (1) Pengumuman Penangguhan Sesi Persekolahan Akibat Banjir (1) Percutian Bersama Family (1) Peringatan Bersama (37) Pesawat ADAM AIR Terhempas (1) Petua Kesihatan (19) Petua Stres (1) Petua Tradisional (1) PRAY FOR MH370 (3) Pray For Palestine (1) Produk Kecantikan (4) Produk Kesihatan (6) Resepi Air Lemon Teh (1) Resepi Biskut (2) Resepi Goreng (3) Resepi Kek (18) Resepi Masakan (21) Resepi Sihat (1) Review Jom Shopping (1) Review Makan (1) Review Produk Jamu Jelita (1) Review Produk Minuman (2) Salam Aidiladha (2) Salam Aidilfitri (1) Salam Jumaat (12) Salam Maal Hijrah (2) Salam Maulidur Rasul (2) Salam Penghulu Segala Hari (1) Segmen (3) Segmen - Saya Mahu Kad Raya Dayang deno (1) Segmen Bloglist (6) Segmen Bloglist Misya (2) Segmen Blogwalking (2) Segmen Duit Raya (1) Segmen Jom Raya 2015 By Sweet Rose (1) Segmen Saya Nak Design Header Blog/Facebook Raya (1) Segmen Tamat (1) Segmen U Follow I Follow (1) Sekolah DiTutup Esok Akibat Jerebu Teruk (1) Selamat Hari Ibu (1) Selamat Hari Malaysia (1) Selamat Hari Merdeka (3) Selamat Pagi (6) Senarai Pemenang (1) Serangan Asma Datang Lagi (1) Sultan Azlan Shah Mangkat (1) Sweet Dreams (1) Taman Botani (1) Terima Kasih Allah (1) The Liebster Award (1) Tip Ceriakan Hidup (2) Tips Berguna (1) Tips Keluarga Bahagia (2) Tips Kesihatan (16) Tips Persahabatan (1) Travelog (1) Ucapan (9) UlangTahun Kelahiran Sultan Perak (1) Vector Potret (1) Video Klip (1)

Blog Sweet Rose Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah