Hye semua ^_^
Syukur alhamdulilah dengan rezeki yang Allah berikan...
Kali ni rose nak kongsi resepi masakan Thai iaitu Tomyam Campur
Sedapnya kalau dimakan bersama bihun...
Syukur alhamdulilah dengan rezeki yang Allah berikan...
Kali ni rose nak kongsi resepi masakan Thai iaitu Tomyam Campur
Sedapnya kalau dimakan bersama bihun...
Tom Yam Campur
Bahan-bahannya :
1/2 ekor ayam (dipotong kecil)
Makanan Laut (udang atau sotong)
2 biji bawang besar (dihiris bulat)
3 biji bawang putih (ditumbuk kasar)
15 batang cili padi merah (ditumbuk kasar)
2 batang serai (diketuk)
1 sudu besar pes tom yam
4 helai daun limau purut
2 biji limau nipis (diambil jusnya)
3 cawan air
Garam & perasa
Sedikit minyak
Sayur jagung muda dan tomato
Cara-caranya :
1. Panaskan minyak dalam periuk.
2. Tumis bawang putih hingga wangi dan perang.
3. Masukkan ayam, kacau sekejap dan tutup periuk sebentar untuk bagi air ayam keluar.
4. Masukkan air dan biarkan mendidih.
5. Setelah itu masukkan serai, bawang besar dan daun limau.
6. Masukkan cili padi, pes tom yam, garam serta perasa.
7. Kemudian masukkan sayur-sayuran dan biarkan sekejap.
8. Akhir sekali, masukkan jus limau, kacau sekejap dan matikan api.
Tom Yam yang enak, ada sedikit rasa pedas, masam dan wangi dari
aroma daun limau.
Selamat mencuba ^_^
THANKS SEBAB SUDI SINGGAH.. SAYA SINGGAH & FOLLOW BALIK.. SALAM PERKENALAN...
ReplyDeleteSalam perkenalan buat Jueliza jugak..:)
Deleteyummy sdpnya, dlu sha xsuka tomyam, bila akak sha bawa mkn dkt pntai, tomyam sdp..rasa mcm rindu nak mkn tom yam,hihih
ReplyDeleteTomyam mmg sedap sha..akak suka mkn dgn bihun..tambah klu pedas..berselerak..:)
Delete