Sunday, August 31

DI SINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA - MERDEKA 57

Selamat pagi semua..:)


Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta

Cinta
Cinta kepada nusa
Kini dan selamanya
Tak berbelah bagi

Cinta bergema
Sejarah kebangkitan
Semangat bagai pahlawan
Alangkah oh bertuahnya

Kita
Punya rasa yang dalam
Pada pertiwi ini
Kita terus berganding ke mercu

Chorus
Di sini lahirnya sebuah cinta
Cinta yang semarakkan
Penyatuan kita semua
Di sini lahirnya sebuah cinta
Curahkan sepenuhnya
Jasa dan budi kita

Segala cabaran
Kita terus tempuhi
Jangan ada yang leka
Tetap berjuang

Di sini lahirnya sebuah cinta
Cinta yang semarakkan
Penyatuan kita semua
Di sini lahirnya sebuah cinta
Curahkan sepenuhnya
Jasa dan budi kita

Ayuhlah berbakti
Hingga akhirnya


Saya anak MERDEKA !
Saya Anak Malaysia..
Saya Sayang Malaysia..

"SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN KE 57 KEMERDEKAAN MALAYSIA"

SELAMAT HARI LAHIR ROSNIWATI

Hye semua!

Selamat pagi dan Selamat Hari Merdeka.

Alhamdulillah..hari ini 31 Ogos 2014..
Hari ini hari merdeka dan hari ini jugak le tarikh rose dilahirkan..hehehe
31 Ogos genap 36 tahun usia rose..
Alhamdulillah..rose masih lagi diberi peluang untuk bernafas dan kekuatan oleh Allah dalam meneruskan kehidupan ini..terima kasih ALLAH.


Terima kasih kepada semua yang sudi wish dan mendoakan rose selama ini.
Semoga korang semua sentiasa dirahmati Allah..amin.

Mohon maaf jika rose ada menyakiti hati sesiapa pun selama ini..andai kalau ada yang terasa hati dan menyinggung perasaan dengan penulisan rose di blog ini..maafkan rose...Demi Allah..tiada niat rose untuk mencari keaiban sesiapa pun..hanya sekadar ingin berkongsi cerita..semoga ukhwah yang terjalin antara kita semua akan semakin erat dan bertambah ceria..


Semoga Allah swt meredhai usiaku.:)
Semoga amalanku jua akan bertambah lebih dari usiaku..Amin.

Doakan rose semoga menjadi muslimah, isteri, ibu, anak, menantu solehah 
dan berjaya dunia akhirat..

Terima kasih buat semua..:)

Saturday, August 30

SABAR ITU INDAH

Hye dan selamat pagi semua..:)

Sabar Itu Indah


Berusaha sabar dalam kesedihan
Berusaha sabar dalam kekecewaan
Berusaha sabar dalam kesakitan
Berusaha sabar dalam musibah
Berusaha sabar dalam ujian hidup.

Memang benar..

Sabar itu susah
Sabar itu letih
Sabar itu sakit
Sabar itu buat stres.

Akan tetapi jika kita mampu melewatinya.
Maka sabar itu akan menjadi sebuah keindahan.

InsyaAllah...

Friday, August 29

JADI ISTERI SEBENARNYA TIDAK PENAT JIKA...

Hye dan selamat malam semua..
Rose ingin berkongsi sedikit cerita mengenai luahan rasa seorang wanita dan tanggungjawap suami isteri.
Dari tinta seorang penulis.. Senyum & simpati saya meneliti luahan rasa seorang wanita. Dia dan suami sama2 bekerja. Namun kerja rumah dia yang buat dari memasak, membasuh, menyediakan makan pakai, mengurus anak2. Suami tolong sikit2 sahaja. Akhirnya dia jadi penat dan letih. Sampai tak boleh sentiasa muka manis depan suami. Sampai dia biasa tinggi2kan suara pada suami...letih..penat..tension...
Suami kena faham agama & faham apa yg Nabi ajar.
Isteri kena faham agama & faham apa yg Nabi ajar.
Bukan ikut budaya Melayu.. isteri buat kerja bagai nak rak, suami duduk relax. Atau isteri buat banyak sgt kerja, suami tolong sikit2...Allah hu Akbar! Lepas tu masam muka pada suami yang hakikatnya Nabi dah cakap orang yang masam muka pada suami ini, Allah melaknat dia sampai dia berbaik dengan suaminya kembali...
Sebab tu perempuan yang baik ialah perempuan yang bila suaminya memandang dia, suami dia akan rasa senang & bahagia. Tapi bagaimana nak muka manis kalau bahu asyik terbeban kerja rumah & urus anak tak pernah habis...
Wajib bagi wanita ..
-bercantik2 untuk suami,
-menyayanginya sepenuh hati,
-berlemah lembut padanya,
-tidak meninggikan suara, 
-setia & taat selagi tidak melanggar perintah Allah,
-berkata baik padanya. 
-sentiasa syukur
-sentiasa bermanis muka.

Berapa ramai wanita buat kerja rumah macam nak mati, tapi muka amat susah nak manis dgn suami, tengking2 suami, ada pula mood2 hari ni nak bercakap, esok nak diam....ada pula bertekak pasal kerja rumah tak habis2....
JANGAN ikut BUDAYA Melayu. IKUT apa yg Nabi AJAR.
Cerita penceramah & pakar kaunseling rumahtangga TUAN HJ HUSSIM, sahabat baik Dato Fadzilah Kamsah. Dia mengaku sangat bahagia bersama isterinya...
Katanya," Saya bangga nak bagi tahu semua, dulu waktu anak-anak kecik, sayalah tukang cuci punggung anak2, salin lampin, sampai anak pancut kat muka, sayalah tukang basuh baju lampin semua...tu kerja saya...Isteri saya kata, "abg, malam2 abg ambik alih buat kerja tu semua ok"...kita sama2 kerja.

"Saya nak bagitahu, dalam rumahtangga, suami kena rajin. Tak boleh malas...Lani dah senang, baru saya cari pembantu kat isteri saya. Tapi saya bangga nak bagi tahu itu yang saya buat dalam rumhatangga selama ini. Jemur baju kat luar, jiran sebelah tegur. Semua tu kerja saya dan saya tak malu mengaku.."

Berforum pula saya dgn USTAZ NIZAM KADIR, katanya..
suami kena rajin, sampai siapkan makan untuk isteri sampai isteri boleh makan,
siapkan pakai sampai suami tolong iron baju isteri, 
siapkan rumah sampai suami yang jaga kebersihan rumah, mengemas semua suami,

Habis isteri? 
Isteri sediakan diri untuk suami, bercantik2, picit2 suami, bermuka manis. 
Kalau isteri buat kerja rumah, isteri dapat pahala.

Sebab tu kalau sama2 kerja, sama2 buat, tapi suami kena lebih sebab tu memang tanggungjawab suami.
Isteri kalau buat lebih, suami jangan lepas tgn pula, kena ada belas kasihan sebab ni bukan tugas isteri. Tapi hari ini perempuan buat kerja sampai tak ada masa rehat langsung, Mana tak tarik muka, mana muka tak nampak penat. Mana tak komplen suami. Macam mana nak bahagia rumahtangga?
Kita hari ni org Melayu nampak suami buat lebih sikit, kita kata isteri dia queen control, Padahal itu yg Islam suruh. Orang perempuan buatlah kerja macam2, dalam hati dok menyumpah seranah, dalam hati dok kata nak redho tapi tak ikhlas2 juga, sia2 saja. Last2 penat dapat, dosa pun dapat"

USTAZ ZAHAZAN MOHAMAD:
"Menurut pendapat masyhur kalangan EMPAT MAZHAB, seorang isteri tidak diwajibkan melayani suaminya iaitu menyediakan makan, mencuci pakaian dan seumpamanya. Seandainya isteri melakukannya, ia hanyalah sebagai kesopanan atau akhlak mulia terhadap suami. Bukan kerana kewajipannya.

Oleh itu, jika suami menuntut isterinya atas masalah ini ke pengadilan syariah, maka tetap isteri tidak boleh dipaksa (tidak diwajibkan) melayani suaminya. Maka, sangatlah adil kalau suami bekerja, memeras keringat untuk menanggung kehidupan keluarganya. Sedangkan isteri bekerja dirumah melayani kepentingan keluarga.
Jika isteri bekerja di luar rumah (sama2 mencari nafkah) , maka sudah seharusnya suaminya turut membantu menyelesaikan pekerjaan di rumah. Apalagi jika mereka mempunyai anak yang masih kecil"
Jika kita tiada ilmu, jangan kita memandai-mandai menjatuhkan hukum semua urusan rumahtangga adalah kewajipan isteri.
Ikutlah acuan yang Nabi ajarkan. Saidatina Aisyah melaporkan Nabi ketika di rumahnya, bagindalah yang paling banyak senyum pada isterinya, yang paling banyak khidmat dan buat kerja rumah untuk isterinya....
Menjadi wanita tidak penat. Jika suami faham tanggungjawab. 
Menjadi suami tidak penat, bilamana semua beban kerja hilang dengan melihat senyuman, kecantikan dan kasih sayang seorang isteri.

Adilnya Islam bila kita sama2 membantu...
sama2 memuliakan antara satu sama lain.

SEMOGA ALLAH AMPUNKAN SEGALA DOSA KITA SEMUA

KISAH MENARIK MENGENAI RASULULLAH

Hye semua..


jom kita baca Kisah yang sangat menarik mengenai Rasulullah

1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah
menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya.
Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan
keluarga mahupun untuk dijual.

2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada
makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan,
sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya
untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina 'Aisyah
menceritakan "Kalau Nabi berada di rumah, beliau
selalu membantu urusan rumahtangga.

3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke
masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai
sembahyang."

4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah
baginda amat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada
apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun
tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar.

Maka Nabi bertanya, "Belum ada sarapan ya
Khumaira?" (Khumaira adalah panggilan mesra untuk
Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-
merahan')
Aisyah menjawab dengan agak serba salah, "Belum ada
apa-apa wahai Rasulullah."

Rasulullah lantas berkata,
"Jika begitu aku puasa saja hari ini." tanpa sedikit
tergambar rasa kesal di wajahnya.

5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat
seorang suami memukul isterinya. Rasulullah menegur,
"Mengapa engkau memukul isterimu?"
Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar,
"Isteriku sangat keras kepala. Sudah diberi nasihat dia
tetap degil, jadi aku pukul dia."
"Aku tidak bertanya alasanmu," sahut Nabi s. a. w.
"Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman
tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?"

6) Pernah baginda bersabda, "sebaik-baik lelaki adalah
yang paling baik dan lemah lembut terhadap isterinya."
Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam
menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun
menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.

7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat.
Dilihat oleh para sahabat,pergerakan baginda antara
satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali.
Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah
sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser
antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan
melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah
selesai bersembahyang,
"Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan
menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah
ya Rasulullah?"

"Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar."
"Ya Rasulullah...mengapa setiap kali tuan menggerakkan
tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di
tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit..." desak
Umar penuh cemas.

Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para
sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis,
kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil,
buat menahan rasa lapar. Batu-batu kecil itulah yang
menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya
tubuh baginda.

"Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar
dan tidak punya makanankami tidak akan
mendapatkannya buat tuan?" Lalu baginda menjawab
dengan lembut, "Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa
pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi
apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti,
apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada
umatnya?"
"Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku,
agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia
ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat
kelak."

8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun
makan di sebelah seorang tua yang penuh kudis, miskin
dan kotor.

9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap
dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas
merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan
baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di
dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan
itu.

10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt
dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri
Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ke tuanan.

11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH
langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih
dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam
keseorangan.

12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk
baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi
malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah
baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-
bengkak.

13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung
kemahuan jiwanya yang tinggi.Bila ditanya oleh
Sayidatina 'Aisyah, "Ya Rasulullah, bukankah engaku
telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah
payah begini?"

Jawab baginda dengan lunak, "Ya 'Aisyah, bukankah aku
ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin
menjadi hamba-Nya yang bersyukur."

RAHSIA REZEKI MELIMPAH, HALAL & BERKAT

Hye semua.:)

Rahsia rezeki melimpah, halal & berkat
dengan Solat Dhuha


Cara Mengerjakannya

- boleh dilakukan 2,4,8 atau 12 rakaat
- waktu yang disarankan adalah pukul 10 pagi
- cadangan surah : rakaat pertama selepas al-fatihah
as-syams, rakaat kedua selepas al-fatihah, ad-dhuha


selepas selesai solat itu baca doa ini...

Ya Allah, sesungguhnya waktu dhuha itu, dhuhaMu, Kebaikan itu kebaikanMu, Keindahan itu keindahanMu, Kekuatan itu kekuatanMu, Kekuasaan itu kekuasaanMu dan Perlindungan itu perlindunganMu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit turunkanlah, sekiranya masih didalam bumi, keluarkanlah, sekiranya sukar permudahkanlah, sekiranya haram sucikanlah dan sekiranya jauh dekatkanlah. Berkat waktu dhuhaMu, keagunganMu, keindahanMu, kekuatanMu dan kekuasaanMu, limpahkanlah kepada kami segala yang engkau limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.
Amin. 




Thursday, August 28

HARDY PASTELS SHAWL - KOLEKSI HANDMADE SHAWL

Hye semua..

Anda sedang mencari rekaan shawl yang menarik?
Buat peminat tudung online, kali ini rose ingin mengajak anda semua untuk shopping di Hardy Pastels Shawl.


Hardy Pastels Shawl menawarkan pelbagai shawl terkini yang menepati syarak..:)


Hardy Pastels Shawl bukan sahaja menjual tudung yang pelbagai, namun Hardy Pastels Shawl turut menjahit manik tudung buat muslimah yang ingin kelihatan cantik dan menawan.




Ingin kelihatan cantik namun masih menutup aurat? jom shopping tudung di Hardy Pastels Shawl !
Tudung shawl keluaran Hardy Pastels Shawl dijahit dengan pelbagai saiz iaitu 2,1.8 dan 1.5 meter.



Buat muslimah yang meminati tudung labuh..anda boleh dapatkan shawl labuh dengan bidang yang lebih besar di Hardy Pastels Shawl.


Pelbagai rekaan menarik dengan corak manik yang terkini ditawarkan dan pastinya akan menambat hati anda..tambahan manik dijahit sendiri oleh Hardy Pastels Shawl.




Anda jugak boleh dapatkan shawl Butterfly Palestine yang diperbuat daripada High Quality Chiffon Silk.


Kelebihan tudung dari Hardy Pastels Shawl :

- Kain lembut tapi berat 
- Mudah dibentuk
- Sukar kedut
- Pelbagai pilihan warna menarik
- Selesa dipakai


Jenis Material :

Chiffon Silk
Chiffon Silk Crepe
Chiffon Goergette


Pasti anda tertanya-tanya tentang harga yang ditawarkan?
Jangan bimbang tentang harga !

kerana anda boleh mendapatkan tudung shawl labuh dan pendek mengikut citarasa anda, yang pastinya cantik dengan harga mampu milik..

ramai pelangan berpuas hati dengan koleksi tudung di Hardy Pastels Shawl..
  jangan tunggu lagi..
jom shopping di :

Email : hazardgary007@gmail.com

Jom like page Hardy Pastels Shawl



WAKTU TERBAIK UNTUK KITA BERDOA

Hye semua..:)


Tuesday, August 26

ORANG YANG BERMUKA DUA

Hye semua..:)

Rose nak berkongsi cerita sikit dengan korang semua tapi bukan mengumpat ye. 
Hanya untuk renungan dan peringatan buat diri sendiri. 
Cuba kita pandang sekeliling kita..di pejabat, dikawasan rumah kita dalam bas atau di mana saja kita berada. Ada berbagai2 jenis manusia yang boleh kita lihat. Ada yang berlagak pandai semua dia tahu (tak tahu tapi dia buat2 tahu), ada yang suka buat hal sendiri tak ambil pusing apa yang berlaku di sekeliling, ada yang suka jaga tepi kain orang (jenis ni bahaya) ada yang suka buat ketupat dan macam2 lagi lah.
Tapi jenis orang yang paling rose tak suka ialah orang yang suka bermuka2. Pada rose orang seperti inilah yang paling merbahaya sekali. Depan kata lain belakang kita siap kutuk2 kita lagi. Kadang2 haru biru kita dibuatnya. 
Misalnya bila kita kutuk (sape suruh kutuk-mengutuk) orang tu, dia boleh mengadu pulak pada orang tu yang kita kutuk orang tu. Dan orang tu pulak bila kutuk kita sibermuka2 tu mengadu pulak kat kita yang orang tu kutuk kita. Lama2 jadi perang dunia ketiga. Orang inilah yang kita perlu berhati2 bila kita berkawan. Dan kedua orang yang rose kurang berkenan ialah orang yang suka berlagak pandai. Semua benda dia tahu. Orang lain baginya apa2 pun tak reti..bak kata macam dunia ini dia yang punye..hehehe..
Rose ada terbaca dalam artikel dinyatakan sifat2 orang yang takbur dan sombong iaitu tidak sanggup untuk merendah diri, tidak dapat meninggalkan
perasaan hasad dengki dan dendam, tidak selalu berkata benar, tidak sabar dan pemarah dan akhir sekali tidak mahu dengar nasihat, suka mengumpat, suka mengejek dan menghina orang lain..Nauzubillah..


Janganlah kita bersangka buruk dengan orang lain...takut muflis pulak di Akhirat nanti..udah le amalan pun tak banyak mana. Semoga kita semua menjadi seorang insan yang baik yang tidak suka mengutuk, menfitnah, mencari salah orang lain atau berlagak pandai. Ambilkanlah kebaikan dalam diri seseorang dan abaikan lah kejahatannya kerana tiada manusia yang sempurna.

Pesanan ustaz Kazim
Nak cari kawan, carilah yang menjaga aib walaupun dah bergaduh atau pun dah tak contact lagi. Sebaik baik kawan ialah kawan yang simpan aib.

Sekadar renungan dan peringatan bersama ^_^

Monday, August 25

KASIH IBU MEMBAWA KE SYURGA

Hye semua..:)


Tiba-tiba nak menangis dengar kisah benar hari ini yang diceritakan oleh seorang alim di barat...
Seorang suami ajak isterinya makan seperti biasa. Jom sayang kita pergi cuba makan sekian tempat sedap sangat makanannya dan tempat yang sangat istimewa.
Isterinya diam dan tiba-tiba cakap. Saya sebenarnya lebih rela abang ajak seorang wanita lain untuk makan istimewa dengan abang..
Suaminya terkejut dan tanya siapa pula sayang. Isterinya jawab, ajaklah mak abang. Abang dah terlalu lama tak meluangkan masa berbual dan makan dengannya. Saya sudah selalu. Pergilah..
Suaminya terkejut bercampur sedih dan terharu. Dia telefon ibunya dan ajak ibunya. Ibunya terkejut. Hanya berdua nak..yer kita berdua mak..
Dia pun bawa ibunya. Makan bersama-sama di tempat romantik dan istimewa itu.
Berbual panjang dan setelah itu. Ibunya senyum dan dia sangat gembira dapat makan dan bercakap-cakap panjang dengan anaknya..
Tanya dia pada ibunya. Ok ke ibu. Ibu seronok ke?
Jawabnya ibunya, yer anak. Susah-susah bawa mak ke sini. Seronok dapat bercakap-cakap dengan kamu.
Nanti saya bawa ibu lagi ye.
Jawab ibunya, nanti ibu pula belanja dan ajak kamu ke sini..
Setelah itu dia pulang. Dia terlalu sibuk dengan kerjanya. Sibuk dengan isteri dan anak-anak setiap hari..tidak sempat beri masa buat ibunya yang keseorangan. Jumpa sekejap-sekejap sahaja..
Satu hari dalam kesibukan dia terkejut dengar ibunya sakit. Dia kelam kabut tinggalkan kerja kerana dia sayang ibunya. Bila sampai ke hospital ibunya telah meninggal dunia. Dia sangat sedih dan menyesal.
Tidak berapa lama dia dapat kad dari tempat makan istimewa itu. Tempat makan untuk dia dan isterinya sudah dibayar...
Dia pun makan. Masa makan dia dapat sikit nota dari siapa yang tempahkan tempat itu buatnya. Rupa-rupanya arwah ibunya.
Kata ibunya, terima kasih gembirakan ibu. Ibu nak balas dan tunaikan janji ibu. Ibu tempah khas buat kamu dan isteri kamu. Selamat bergembira..
Lelaki tadi dan isterinya menangis teresak-esak.
Itulah mak.....ya Allah tidak terbayar korban mereka. Tapi sekurang-kurangnya buatlah sesuatu dan gembirakan mereka. Malam hari doa menangis pada Allah buat mereka...
Kadang-kadang ada orang rasa hebat baru khidmat sikit pada mak. Sebenarnya kita belum buat baik. Kita cuma balas jasa mereka. Itu pun tak terbalas. Mereka mandikan kita dari kecil sehingga 0-6 tahun. Tukarkan pampers atau lampin 3 tahun. Siapkan makan minum paling kurang 17 tahun. Dukung 3 tahun. Cuci najis 5 tahun. Doa buat kita selagi mereka bernyawa.


Jadilah anak yang soleh. Ini bukan pilihan. Tapi perintah Allah yang wajib dan teramat besar.
Hargailah ibubapa dan mertua kita. Sayangilah mereka selagi mereka masih bernyawa. Minta maaf buat baik, jauhi yang haram.


Friday, August 22

AL-FATIHAH DAN SALAM TAKZIAH MH17


Hari yang suram penuh kesedihan dan linangan air mata buat kita semua.
INNALILLAHI WAINNA ILAIHI ROJIUN.
Tiada kata yang mampu untuk diungkapkan namun doa tak pernah putus..doa dari hati kita semua yang turut bersedih agar Allah beri ketabahan kepada semua ahli keluarga & sahabat handai MH17 dan semoga Allah menempatkan semua roh umat Islam di dalam keredhaan Allah di jannah nan abadi..amin 


Salam takziah buat kaum keluarga MH17..semoga tabah menghadapinya. 
Sesungguhnya kita adalah milik Allah dan kepada Allah jua kita akan dikembalikan.

Monday, August 18

PENTINGNYA TERSENYUM

Hye dan selamat tengahari semua..
Sedikit perkongsian mengenai pentingnya tersenyum ^_^

Jika kita tidak mempunyai harta untuk bersedekah, senyumlah...kerana dengan tersenyum kita dapat menyenangkan hati orang yang memandang dan dengan senyuman boleh menceriakan hari kita. Mulakan hari kita dengan senyuman dan jangan lokek memberi senyuman. Kenapa kita perlu tersenyum?
Mengurangkan Kesusahan

Mulai hari ini pastikan kita tersenyum walaupun hanya lima saat. Jika setiap hari kita mengasuh diri untuk tersenyum pasti jika ada musibah yang melanda kita masih mampu tersenyum. Tabiat tersenyum itu telah mewujudkan reaksi-reaksi kimia dalam tubuh yang membuatkan kita terus akan tersenyum walaupun menghadapi hari-hari sukar.

Melatih Diri Bersikap Positif

Dengan senyuman sahaja kita boleh mengubah keadaan diri. Tiba-tiba apabila pulang ke rumah selepas kerja kita dapati rumah bersepah seperti tongkang pecah kerana anak-anak tidak mengemas semula selepas bermain. Tentu perasaan marah muncul tetapi apabila kita memandang dengan senyuman situasi tersebut akan mengubah keadaan. Kita melihat situasi tersebut dari sudut yang berbeza dan maemberi kebahagian dalam hidup juga melatih agar sentiasa berfikiran positif.

Membahagiakan Orang lain

Apa perasaan kita jika kita mula menjejaki sebuah pejabat disambut dengan senyuman dan bagaimana pula rasanya jika hanya dipandang sepi oleh para pekerja. Apabila disambut dengan senyuman hati kita pasti berbicara bahawa kedatangan sangat dialu-alukan dan sebaliknya. Hanya dengan senyuman kita boleh menceriakan kehidupan orang lain dan membuat individu lain rasa dihargai.

Mudah Untuk Tersenyum

Sebenarnya apabila seseorang berkerut mereka memerlukan 72 otot untuk bekerja manakala jika tersenyum hanya 13 otot sahaja yang diperlukan. Inilah buktinya apabila orang mengatakan dengan senyuman kita boleh mengekalkan awet muda berbanding orang yang sering marah-marah.

Wallahu a'alam

Thursday, August 14

AL-FATIHAH BUAT ARWAH MD FAIZOL BIN ABDUL HAMID

Al-fatihah buat arwah Md Faizol bin Abdul Hamid pemandu pengarah JAKOA Perak yang telah meninggal dunia pada pukul 11 malam selasa 12.8.2014. Jenazah arwah telah dikebumikan di Bukit Mertajam pada 13.8.2014. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman didalam Janatul Firdaus..Amin.


Kebetulan masa rose call k.hasnah nk bgtau yg rose demam dn dpt mc 2 hari dn nk mnta tolong k.hasnah pos surat atas meja rose..tiba2 k.hasnah ckp rose..Faizol meninggal..haa..terkejut rose dgr berita dari k.hasnah smpai rose ckp betul ke ni..k.hasnah ckp betul la rose..rasa mcm nk pengsan je..mcm tak percaya apa yg rose dgr. Rose buka fb Jakoa nk tgk betul ke apa yg rose dgr td..bila buka mmg betul..hati rasa sebak dan sayu sgt. Rasa terkilan sbb mnggu ni mmg tak jumpa lngsng dgn arwah kat ofis. Mana tak nya hari isnin rose cuti bawa anak dara rose pg hospital kena serangan asthma. Selasa pagi pulak rose pg klinik ada appoiment psl kolestrol rose. Dlm pkul 11 lebih baru rose msuk ofis..tp masa tu arwah dh kluar bawa pengarah mesyuarat smpai petang. Esok tu dgr arwah dh meninggal dunia..sebak dan sayu hati ini..sedih sgt.

Arwah jugak rakan seperjuangan rose..kami lapor diri sama2 pd 1.8.1997. Rose ingat lg masa rose nk lapor diri nmpk arwah tgh tnggu kt pondok rehat sebelah jaga..siap pnggil mai le sini jap. Rose pn pg le dn bertanya nk lapor diri jugak ke..arwah jawap ye..klu mcm tu jom le kita naik atas lapor diri sama2..lg pun dh pkul 8 pg ni..arwah pun jwp jom le. Arwah ni mmg sorg yg peramah dn tak sombong. Rose kt ofis pnggil arwah dgn pnggilan abg joi..kt ofis rose jarang dpt bersembang dgn arwah sbb arwah selalu keja luar bawa pengarah. Kalau ada ofis pun arwah rajin duduk dlm bilik pemandu. Kalau nk pnjm gam atau nk suruh rose fotostat baru arwah sembang dgn rose..itu pun sbb nk mnta tolong rose fotostat akaun bank, payslip dan elaun..tp arwah kalau lalu dpn meja rose selalu tegur rose..askm rose..senyum sikit. Kalau rose diam dn masam muka arwah mesti dtg kt meja rose tnya..nape masam ni..tak ceria la..senyum sikit..nnti cepat tua tau. Itu je la soalan arwah pd rose..rose duduk sorg2 takkan nk senyum..tentu le muka serius..lawak le arwah ni..huhuhu..tapi skrg arwah dh takde..arwah dh pg meninggalkan kita semua buat selama-lamanya. Walaupun rose agak terkilan sikit sbb tak sempat berjumpa arwah..tp rose sempat mohon ampun salah dan silap kt arwah pd bulan ramadhan seblm menjelang hari raya aidilfitri. Al-fatihah buat arwah..semoga rohnya dicucuri rahmat..amin.


Salam takziah jua buat kaum keluarga arwah..semoga tabah menghadapinya. Sesungguhnya kita adalah milik Allah dan kepada Allah jua kita akan dikembalikan.
Hari ini kita sedekahkan Al-Fatihah buat orang lain..mungkin esok orang lain juga akan sedekahkan Al-Fatihah buat kita. 
Sesungguhnya,mati itu pasti...


Friday, August 8

AL-QURAN PENAWAR JIWA..UBAT KEPADA HATI

Salam jumaat dan Selamat petang semua..:)


Jika kamu ingin Allah bercakap denganmu,
bacalah Al-Quran kerana Al-Quran ialah
 ayat-ayat Allah yang ditujukan kepadamu.
Tetapi...
Jika kamu pula ingin bercakap dengan Allah,
maka dirikanlah solat kerana solat hakikatnya
ialah Doa, pengaduan, pujian dan rintihan seorang hamba kepada Allah.

Jadikanlah Al-Quran itu Surat CintaMu sepanjang masa...

Bacalah Al-Quran walaupun satu muka surat pada setiap hari. Al-Quran memberi petunjuk ke jalan yang benar..

Semoga diri ini dapat berubah ke arah kebaikan dan mendapat ketenangan jiwa serta hidayah dari Allah Yang Maha Esa..amin.



Tuesday, August 5

MAJLIS PERTUNANGAN SEPUPUKU - TAIPING PERAK

Hye semua.:)

Dah dua minggu rose tak berkesempatan update blog..sebelum raya sibuk dengan persiapan menyambut raya..bila dah menjelang hari raya pulak sibuk beraya dengan keluarga mentua, adik beradik dan sanak saudara. Kebetulan hari raya ke enam sepupu rose pulak bertunang..udah sibuk dengan majlis pertunangan..macam rose yang sibuk sangat..menyibuk ada la..hehehe..rose sekadar tolong apa2 yang patut je..nak kata pandai gubah hantaran pun tak pandai jugak..sekadar tumpang seronok tengok sepupu sendiri bertunang..bila tengok teringat zaman rose bertunang dulu..tak sama macam zaman sekarang..sekarang bertunang pun siap ada pelamin lagi..masa zaman rose dulu duduk dalam bilik..tunggu bakal makmentua datang sarung cincin je..dah tu zaman sekarang tunang lelaki pun siap boleh ikut duduk sekali rombongan gitu..zaman dulu2 tak boleh mak bapa tak bagi..itu masa zaman rose tahun 2000...lagi pun zaman dah banyak berubah...zaman dah makin canggih..adoii..panjang pulak celoteh rose ni..asyik merepek je kan..hehehe...
Jom kita layan jap foto2 sekitar majlis pertunangan sepupu rose ^_^

Gabungan dua warna pink dan cream..
  
Warna baju dusty pink..cantikkan..

Gubahan hantaran yang siap digubah oleh mak saudaraku sendiri..












Ini le mak saudara yang mengubah semua hantaran sepupuku..
dari rose bertunang lagi mak saudara rose ni la yang bersusah payah
mengubah semua hantaran bertunang..gubahan hantarannya memang cantik dan simple..kalau ada yang berkenan nak tempah untuk hantaran pertunangan atau perkahwinan boleh le pm rose untuk pertanyaan..

jom layan lak foto2 bersama semua sepupuku yang comel2 belaka..:)





Inilah opah rose..
opah yang paling rose sayang..:) 
  

Ini pulak rumah opah rose..dirumah ini le rose dibesarkan.
Rumah ini jugak yang mengajar rose erti kehidupan..hidup susah senang 
bersama opah..terlalu banyak kenangan pahit manis masa zaman kanak2 dan zaman persekolahan..opah rose terlalu sabar menjaga rose 
dari kecil sampai le besar..semoga opah rose diberi kesihatan yang baik, 
sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah...

" Semua penulis akan mati. Hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang akan dapat membahagiakan dirimu di Akhirat nanti "
- Saidina Ali bin Abi Talib -
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ LABEL ♥

3D Bathroom Floor Designs (1) Al-Fatihah (6) Baby Che Ta dan Zain (1) Baggy Shirt Murah (1) Banjir (1) Barang terpakai (4) Berhati2 Ketika Membeli Produk Minuman Atau Kesihatan (1) Birthday Mak Mentua (1) Bunga Kristal Pink (1) Contest Blog (2) Coretan Dari Felixia Yap (1) Cuti2 Malaysia (1) Deco Bilik Tidur Idaman (2) Deco Ruang Tamu Dan Dapur (1) Eco Park (1) Femininie Wash Harum Manja (1) FILM REVIEW (1) Film Review - Transformers : Age Of Extinction (1) From Taiping (2) Giveaway (14) Hadiah Dari Sponsor (1) Hadiah Follower 100 (1) Hadiah Menang Giveaway By Mamaniza.com (1) Happy Birthday (1) Happy Birthday Rosniwati (1) Happy New Year 2015 (1) Hardy Pastels Shawl - Koleksi Handmade Shawl (1) Hiasan 3D (1) Hot Spring Lubuk Timah Simpang Pulai (1) Ilmu Dan Pengetahuan (53) Info Kesihatan (14) Ipoh Perak (1) Jalan2 Bersama Family (11) Jamu Susuk Manja (1) Kenduri Kahwin (3) Kenyataan Akhbar Yg Dikeluarkan Oleh KKM (1) Kisah Makan (5) Koleksi Seri Hana (1) Kursus Pemjagaan Kesihatan (1) Laut Hindi (1) Majlis JasaMu Dikenang & Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (1) Majlis Pertunangan Sepupuku (1) Menang Segmen (1) Minuman Kesihatan (2) MrCendol (1) Mutiara Kata (2) MyHRMIS Cuti (1) Pelbagai Fungsi Kerongsang (1) Pengumuman Penangguhan Sesi Persekolahan Akibat Banjir (1) Percutian Bersama Family (1) Peringatan Bersama (37) Pesawat ADAM AIR Terhempas (1) Petua Kesihatan (19) Petua Stres (1) Petua Tradisional (1) PRAY FOR MH370 (3) Pray For Palestine (1) Produk Kecantikan (4) Produk Kesihatan (6) Resepi Air Lemon Teh (1) Resepi Biskut (2) Resepi Goreng (3) Resepi Kek (18) Resepi Masakan (21) Resepi Sihat (1) Review Jom Shopping (1) Review Makan (1) Review Produk Jamu Jelita (1) Review Produk Minuman (2) Salam Aidiladha (2) Salam Aidilfitri (1) Salam Jumaat (12) Salam Maal Hijrah (2) Salam Maulidur Rasul (2) Salam Penghulu Segala Hari (1) Segmen (3) Segmen - Saya Mahu Kad Raya Dayang deno (1) Segmen Bloglist (6) Segmen Bloglist Misya (2) Segmen Blogwalking (2) Segmen Duit Raya (1) Segmen Jom Raya 2015 By Sweet Rose (1) Segmen Saya Nak Design Header Blog/Facebook Raya (1) Segmen Tamat (1) Segmen U Follow I Follow (1) Sekolah DiTutup Esok Akibat Jerebu Teruk (1) Selamat Hari Ibu (1) Selamat Hari Malaysia (1) Selamat Hari Merdeka (3) Selamat Pagi (6) Senarai Pemenang (1) Serangan Asma Datang Lagi (1) Sultan Azlan Shah Mangkat (1) Sweet Dreams (1) Taman Botani (1) Terima Kasih Allah (1) The Liebster Award (1) Tip Ceriakan Hidup (2) Tips Berguna (1) Tips Keluarga Bahagia (2) Tips Kesihatan (16) Tips Persahabatan (1) Travelog (1) Ucapan (9) UlangTahun Kelahiran Sultan Perak (1) Vector Potret (1) Video Klip (1)

Blog Sweet Rose Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah