Hye semua !
Antara sebab yang sering dijadikan alasan mengapa banyak antara kita yang tidak menggemari makanan yang dikategorikan sebagai sihat ini kerana kita merasakan makanan tersebut tidak sesedap makanan yang kurang sihat.
Sebenarnya banyak yang salah dengan persepsi sedap atau tidak makanan berkhasiat ini kerana tidak semestinya sesuatu yang baik untuk kita mempunyai rasa yang jelik. Andai semua makanan berkhasiat yang kita makan rasanya tidak menyelerakan, besar kemungkinan kita tidak membuat pemilihan yang betul. Malahan ada banyak cara yang boleh kita jadikan makanan sihat sebagai suatu yang enak dan menyelerakan. Disini ada beberapa cara yang boleh kita ambil kira.
Cuba Alternatif Baru
Industri pemakanan sihat dan berkhasiat telah banyak berubah sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Disebabkan kesedaran mengenai hal ini semakin meningkat, banyak produk-produk baru yang sihat dan berkhasiat boleh didapati dengan mudah. Lain kali apabila kita ke kedai atau pasaraya,lihat disekeliling dan kita pasti akan dapati banyak pilihan yang ada. Malahan ada banyak makanan yang suatu ketika dahulu dilabelkan sebagai kurang sihat kini diperkaya dan menjadi lebih sihat untuk dinikmati. Cuba produk-produk makanan tersebut dan kita pasti berasa terkesima dengan rasanya.
Sediakan Makanan Kita Sendiri
Dewasa ini terdapat banyak produk makanan yang sedia dimasak,misalnya makanan dingin beku,makanan di pek mahupun yang sedia dimasak untuk kita nikmati pada bila-bila masa. Namun harus diingat bahawa mudah tidak semestinya sihat dan banyak makanan yang dipasarkan sebagai makanan sihat mempunyai rasa yang kurang menyelerakan.
Sebenarnya lebih mudah dan sedap jika kita menyediakan sendiri makanan kita. Andai tidak punya masa, jalan paling mudah ialah dengan memasak beberapa jenis makanan pada hari kita tidak sibuk dan menyimpannya dalam pendingin beku. Dengan cara ini ia bukan sahaja memudahkan kita tetapi juga mempunyai makanan sihat yang enak dan mengikut cita rasa kita.
Tambahkan Rempah Ratus
Cara terbaik untuk menambah rasa tanpa menambah terlalu banyak lemak, kalori ataupun serbuk perasa ialah dengan menggunakan rempah ratus.
Ingatlah, garam bukannya satu-satu bahan perasa yang boleh ditambahkan pada makanan. Cubalah lain-lain perasa atau rempah ratus sehingga kita temui satu yang paling sesuai dengan selera kita.
Lebihkan Buah-Buahan
Apabila kita terasa ingin makan sesuatu yang manis seperti gula-gula ataupun coklat, makanlah buah-buahan kerana ia bukan sahaja berupaya mengatasi keinginan tersebut. Pada masa akan datang, andai kita tidak mahu makan nasi ataupun mi ketika makan tengah hari, kunyahlah sebiji buah, contohnya epal. Untuk makan malam pula jadikan buah-buahan sebagai pencuci mulut, makanan sampingan ataupun bahan yang ditambahkan pada menu utama.
Buah-buahan memberikan kita banyak vitamin dan mineral dan ia memenuhi keinginan kita pada benda-benda manis seperti gula-gula dan lain-lain. Selain itu, andai ada mesin membuat jus, buatlah jus daripada pelbagai sayur-sayuran dan tambahkan keenakannya dengan pelbagai jenis buah-buahan. Dengan cara ini kita bukan sahaja mendapat kebaikan buah-buahan, tetapi juga sayur-sayuran.
Makan Snek Yang Berkhasiat
Menyimpan stok snek berkhasiat sama ada dirumah, dalam tas tangan mahupun di pejabat (bagi yang masih bekerja) adalah satu idea yang baik, ia bukan sahaja mengenyangkan tetapi juga memberikan kita nutrien yang diperlukan oleh tubuh.
Kini yakin bahawa kita mempunyai banyak pilihan makanan sihat dan berkhasiat dengan rasa yang lebih enak dan menyelerakan..Jadi lain kali apabila kita berbelanja di pasaraya, lupakanlah makanan segera yang tidak sihat, tetapi penuhkan troli dengan pelbagai pilihan sihat yang menguntungkan. Selain itu ingatlah bahawa makan bukan sahaja untuk kenyang, tetapi juga membuat kita lebih kreatif!
Wallahu'alam