Hye semua!!!!
Wednesday, April 12
REVIEW TUDUNG BUTIK NADEERAH STATION 18 IPOH
Tuesday, April 11
KEDAI EMAS MURAH SAKEENAH_NADEERAH DI PERAK
KEDAI EMAS SAKEENAH_NADEERAH
Kedai emas murah Sakeenah. Nak tahu tak kat mana, mestilah kedai emas murah di Ipoh. Wanita dan emas memang tak boleh dipisahkan. Emas dambaan setiap wanita, tak cantik takpa, janji ada emas di badan.
Penah dengar orang cakap, biarlah kita beli emas tu walau sekecil-kecil mana pun sebab bila kita susah, emas itulah yang boleh tolong kita. Sebab tu pentingnya simpan emas ni. Kita boleh gunakan ia diwaktu kecemasan. Kalau cash, sekejap jelah simpannya.
Kalau tengok kedai ni dari luar nampak kecil dan biasa-biasa jer, tapi kalau korang masuk dalam kedai emas ni, mesti korang tertarik.
Masa ros pergi kedai emas sakeenah ni nak cari loket love gantung untuk rantai tangan lipan dunhill ros. Sambil tu nak tengok la jugak dengan mata sendiri, boleh belek-belek sekali design emas cantik dan terkini. Dapat cuci mata tengok emas pun jadilah kan. Mula-mula cuci mata dulu, lama-lama cuci poket pulak hehehe.
Ros dah banyak kali datang kedai emas ini beli untuk diri sendiri, anak dan siap bawa adik2 ipar untuk tukar emas lama kepada emas baru. Jangan risau kedai emas sakeenah ni senang dicari dan kawasan parking yang mudah. Paling best staf kat situ semuanya peramah melayan pelanggan yang datang dan sentiasa memberi senyuman, itu yang buat ros suka. Tukang emas pun bagus tak sombong melayan pelanggan.
Kalau yang duduk jauh jangan risau korang boleh beli online je di kedai emas sakeenah ni. Selalu kita tengok orang beli makanan dan barang biasa je dekat online, sekarang emas pun dah boleh beli online.
Korang jangan risau Insyaalah selamat beli emas secara online ni. Ros biasa beli emas online dekat kedai emas lain, alhamdulillah selamat je sampai.
Semua jenis design ada, dari orang dewasa dan kanak-kanak. memang diaorang akan selalu masukkan gambar, update rekabentuk terkini dan masukkan stok baru di telegram emas sakeenah. Sangat berkenan dengan harga, bagi ros harga emas dekat kedai sakeenah ni murah berbanding kedai lain yang ros pernah pergi.
Contohnya, kedai emas lain menawarkan emas dengan harga 280/gm, tu belum campur upah, bila campur dengan upah harga emas tu jadi mahal, tapi kalau kedai emas sakeenah ni menawarkan harga emas semasa RM285/gm, bila dikira plus minus, masih lagi murah.
Menariknya dekat kedai emas ni, KOS UPAH hanya rm15-rm45, item bawah 1gm upah rm10 dan item batu upah rm10-rm30. Yang paling ros suka kedai emas sakeenah ni banyak menjual emas bajet-bajet harga masih mampu beli. Berbaloi beli emas dekat kedai Sakeenah ni.
Ros yakin setiap orang pasti ada emas kan. Penyimpanan emas ni sangat berbaloi untuk jangka masa panjang. Pentingnya emas ni dalam kehidupan kita. Nilai emas ni semakin lama semakin meningkat.
Facebook : https://www.facebook.com/KedaiEmasSakeenah
Instagram : https://www.instagram.com/emas_sakeenah/
Telegram : https://t.me/ainrosegold
Sebarang pertanyaan korang boleh je whatsapp atau terus berhubung dengan admin :
📌Admin Nurul: https://AdminNurulEmasSakeenah.wasap.my
📌Admin Lin: https://AdminLynEmasSakeenah.wasap.my
📌Admin Izzati: https://AdminIzzatiEmasSakeenah.wasap.my
Rantai tangan boba yang ros beli di kedai emas sakeenah, cantikkan korang!!!
Untuk pengetahuan korang kedai emas sakeenah ni bukan hanya setakat menjual emas saja, kedai emas sakeenah ni jugak ada menjual shawl satin, shawl chiffon, bawal dan anak tudung. Lepas korang beli emas korang boleh la naik tingkat atas cuci-cuci mata tengok tudung pulak. Jangan risau kualiti tudung di Butik Nadeerah ni sangat cantik dan setanding jenama-jenama di luar sana. Tunggu ros review ye!!!
Jom korang kita beli emas di kedai emas sakeenah, boleh buat tambah koleksi di hari raya nanti.
Wednesday, March 29
BLING-BLING RAYA -EMAS ROZITA (MV)
♥ LABEL ♥
Blog Sweet Rose Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah