Hye semua :)
Hari ni rose nak story pasal makan laksa telur goreng bersarang. Dah banyak kali rose dengar orang duk bercakap pasal laksa telur goreng bersarang ni sedap gila, ntah apa la yang sedap sampai gila tu..heheheh
Rabu baru ni rose ada pergi makan kat kafe setinggan laksa
telur goreng bersarang dengan suami..kebetulan rabu tu rose tak berapa sihat..pergi
klinik nak ambil mc sebab dah tak tahan sangat batuk dan sakit tekak dah
seminggu tak baik2 lagi. Walaupun tak sihat gagah jugak le teman suami makan laksa kat sini, suami yang teringin sangat nak makan laksa telur goreng bersarang ni.
Kat sini kena layan diri..takde yang ambil order yer..
Tengok tu siap tulis Laksa Telur Goreng Bersarang tidak mempunyai mana2 cawangan..original resepi hanya di Seri Margosa Bandar Seri Botani..heheheh
Dah lama sebenarnya suami rose nak makan laksa telur goreng
bersarang ni..orang ofis suami rose cakap laksa telur goreng bersarang ni sedap
sangat. Cuti ahad lepas rose dan suami dah pergi kafe setinggan ni..bila sampai
orang punya la ramai, tempat duduk semua penuh, kat luar nampak ramai orang
beratur nak bungkus..rupanya kat dalam pun dah ramai yang beratur panjang
sampai kat pintu masuk lagi..terus cancel niat nak makan laksa telur goreng bersarang
tu. Datang balik gitu je la..nasib baik rumah rose tak jauh dari Taman Botani
ni..kalau tak rasa hampa la jugak. Kata suami takde rezeki kita..lain kali la
kita datang lagi..bukan jauh dari rumah pun.
Gambar hiasan yang tergantung tu semua gambar penyanyi rockers dulu-dulu..yang rose perasan kumpulan Lefthanded dan Bidadari..
Kafe Setinggan Laksa Telur Goreng Bersarang ni dibuka dari
pukul 12.00 tengahari hingga 7 malam. Waktu niaga sabtu hingga khamis sahaja..hari
jumaat kafe ni ditutup. Rose dan suami sampai di kafe tu awal pukul 2.59 petang,
orang pun tak berapa ramai lagi masa tu.
Suasana konsep kafe style ala-ala tahun 60an..cantikkan
Suasana decoration kafe setinggan ni memang terbaik dan
cantik sangat..konsep kafe style dulu-dulu..ala-ala tahun 60an punya
style..sinki basuh tangan nya (terlupa pulak rose nak snap gambar sinki basuh tangan ni), di renovate dapur minyak tanah zaman dulu-dulu
kot..memang terbaik la kafe setinggan ni. Bagi orang Ipoh rugi kalau korang tak
cuba datang sini dan rasa sendiri laksa telur goreng bersarang ni..pasti korang puas
hati dan mesti datang sini cari lagi..heheheh
Ini lah dia Laksa Telur Goreng Bersarang tu..
Harga laksanya cuma rm3.50 semangkuk
Minuman sejuk Teh'o ais rm1.20
Harga laksa telur goreng bersarang ni pun murah ja semangkuk RM3.50..kenyang
sangat makan..laksanya pun banyak..kalau nak telur rebus pun ada tapi laksa
telur rebus ni dah biasa sangat kita makan. Ada jugak tambahan pelbagai fish
cake dan fish ball sebagai penambah selera. Yang paling best kuah laksa nya memang pekat
dan rasanya pun memang sedap sangat..bila hirup kuah laksa terasa isi ikan nya..
perghh..nikmatnya tak terkata..heheheh
Inilah kafe nya :)
Kafe Setinggan
Laksa Telur Goreng Bersarang
No. 1, Jalan Margosa, D/8 Seri Margosa,
Bandar Seri Botani, Ipoh Perak.
018- 5772955 / 013-5867881
Waktu Niaga :
Sabtu hingga Khamis (Jumaat Cuti)
Jam 12 tengahari hingga 7 malam