Friday, January 29

KAFE SETINGGAN LAKSA TELUR GORENG BERSARANG

Hye semua :)

Hari ni rose nak story pasal makan laksa telur goreng bersarang. Dah banyak kali rose dengar orang duk bercakap pasal laksa telur goreng bersarang ni sedap gila, ntah apa la yang sedap sampai gila tu..heheheh


Rabu baru ni rose ada pergi makan kat kafe setinggan laksa telur goreng bersarang dengan suami..kebetulan rabu tu rose tak berapa sihat..pergi klinik nak ambil mc sebab dah tak tahan sangat batuk dan sakit tekak dah seminggu tak baik2 lagi. Walaupun tak sihat gagah jugak le teman suami makan laksa kat sini, suami yang teringin sangat nak makan laksa telur goreng bersarang ni.


Kat sini kena layan diri..takde yang ambil order yer..
Tengok tu siap tulis Laksa Telur Goreng Bersarang tidak mempunyai mana2 cawangan..original resepi hanya di Seri Margosa Bandar Seri Botani..heheheh


Dah lama sebenarnya suami rose nak makan laksa telur goreng bersarang ni..orang ofis suami rose cakap laksa telur goreng bersarang ni sedap sangat. Cuti ahad lepas rose dan suami dah pergi kafe setinggan ni..bila sampai orang punya la ramai, tempat duduk semua penuh, kat luar nampak ramai orang beratur nak bungkus..rupanya kat dalam pun dah ramai yang beratur panjang sampai kat pintu masuk lagi..terus cancel niat nak makan laksa telur goreng bersarang tu. Datang balik gitu je la..nasib baik rumah rose tak jauh dari Taman Botani ni..kalau tak rasa hampa la jugak. Kata suami takde rezeki kita..lain kali la kita datang lagi..bukan jauh dari rumah pun.


Gambar hiasan yang tergantung tu semua gambar penyanyi rockers dulu-dulu..yang rose perasan kumpulan Lefthanded dan Bidadari..


Kafe Setinggan Laksa Telur Goreng Bersarang ni dibuka dari pukul 12.00 tengahari hingga 7 malam. Waktu niaga sabtu hingga khamis sahaja..hari jumaat kafe ni ditutup. Rose dan suami sampai di kafe tu awal pukul 2.59 petang, orang pun tak berapa ramai lagi masa tu.

Suasana konsep kafe style ala-ala tahun 60an..cantikkan


Suasana decoration kafe setinggan ni memang terbaik dan cantik sangat..konsep kafe style dulu-dulu..ala-ala tahun 60an punya style..sinki basuh tangan nya (terlupa pulak rose nak snap gambar sinki basuh tangan ni), di renovate dapur minyak tanah zaman dulu-dulu kot..memang terbaik la kafe setinggan ni. Bagi orang Ipoh rugi kalau korang tak cuba datang sini dan rasa sendiri laksa telur goreng bersarang ni..pasti korang puas hati dan mesti datang sini cari lagi..heheheh

Ini lah dia Laksa Telur Goreng Bersarang tu..

Harga laksanya cuma rm3.50 semangkuk
Minuman sejuk Teh'o ais rm1.20

Harga laksa telur goreng bersarang  ni pun murah ja semangkuk RM3.50..kenyang sangat makan..laksanya pun banyak..kalau nak telur rebus pun ada tapi laksa telur rebus ni dah biasa sangat kita makan. Ada jugak tambahan pelbagai fish cake dan fish ball sebagai penambah selera. Yang paling best kuah laksa nya memang pekat dan rasanya pun memang sedap sangat..bila hirup kuah laksa terasa isi ikan nya.. perghh..nikmatnya tak terkata..heheheh 

Inilah kafe nya :)

Kafe Setinggan
Laksa Telur Goreng Bersarang
No. 1, Jalan Margosa, D/8 Seri Margosa,
Bandar Seri Botani, Ipoh Perak.
018- 5772955 / 013-5867881

Waktu Niaga :
Sabtu hingga Khamis (Jumaat Cuti)
Jam 12 tengahari hingga 7 malam

Tuesday, January 19

SEGMEN BLOGLISTED BY MISYA 2016

Hye semua :)

Klik banner diatas untuk join!

Segmen berakhir pada 31 Januari 2016 jam 12 malam

Selamat bersegmen kawan2 semua :)

Monday, January 18

RESEPI ROTI PIZZA GARDENIA

Hye semua :)

Okey..ini lagi satu hidangan favourite anak-anak rose yang tersangatlah sedap dan senang nak buat...Roti Pizza Gardenia. Rose cuma guna roti gardenia, tak pandai nak uli tepung untuk buat pizza yang betul-betul tu..setakat roti pizza jer, jadilah janji anak-anak suka makan kan!

Roti Pizza Gardenia


Bahan-bahannya :

Roti 4 keping (ikut dulang besar mana ye)
Sosej 2 batang (lebih pun boleh)
Ayam atau daging cincang
Sos cili atau sos tomato
2 keping cheddar


Cara-caranya :

1. Panaskan oven pada suhu 160'c.

2. Sapukan sos cili atau sos tomato ke atas roti.

3. Potong sosej bulat2 kecil. Anggaran 2 batang sosej untuk 4 keping roti.

4. Sedikit ayam dicincang.

5. Susun potongan sosej ke atas roti yang telah disapu sos cili atau sos tomato dan taburkan sedikit ayam atau daging yang telah dicincang.

6. Letakkan kepingan cheddar yang dipotong beberapa bahagian dan letakkan di atas sosej dan ayam tadi.

7. Masukkan dalam oven dan masak selama 10 minit.


Tadaa..siap sudah roti pizza gardenia untuk anak-anak rose. Hidangan roti pizza gardenia ni rose buat petang semalam (ahad). Tak sempat nak update, jadi hari ni baru boleh update :)

RESEPI SUP SAYUR BEBOLA IKAN

Hye semua :)

Hari ni rose nak share hidangan ringkas dan sedap untuk kita sekeluarga. Kalau dah tak tahu nak masak apa, bolehlah cuba resepi rose ini. Ringkas, sedap, berkhasiat dan sesuai untuk yang berdiet sekarang ni...

 Sup Sayur Bebola Ikan


Bahan-bahannya :

6 biji fish ball
1 biji fish cake
1 biji bawang merah (ditumbuk)
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
1/2 inci halia (ditumbuk)
Sedikit lada hitam (ditumbuk)
1 biji cili masak
1 sup bunjut 
1 1/2 cawan air
Sayur bunga kobis
Sayur bunga brokoli
Lobak merah
1 biji ubi kentang (dipotong dadu) 
Garam dan serbuk perasa

Cara-caranya :

1. Tumiskan bahan tumbuk bersama sup bunjut didalam kuali sampai naik bau. Kemudian masukkan air (ikut nak banyak mana kuah sup).

2. Masukkan ubi kentang, bebola ikan, sayur bunga kobis, brokoli dan lobak merah.

3.Masukkan sedikit garam dan serbuk perasa.

4. Biar sampai mendidik sekejap. Tutup api.

5. Sedia untuk dihidang :)


Sedap kalau dimakan bersama nasi atau makan begitu saja :)

*Kata orang sayur brokoli mengandungi beta karoten dan vitamin lain yang dapat melindungi tubuh daripada kanser.

Friday, January 8

PERCUTIAN SAHOM VALLEY - AGRO & ECO RESORT

Hye semua :)

Percutian di Sahom Valley - Agro & Eco Resort. Dengar nama tempat pun dah tahu suasana kampung kan..tentu nyaman dan mendamaikan..


Rose dah call situ dan katanya satu perkampungan tu kita boleh sewa khas untuk family kita saja tak campur dengan orang lain..pendek kata memang puas hati la kot kalau datang bercuti bersama family disini. 


Tempat ni antara Gopeng dan Kampar, lagi pun mesti ada signboard nak ke Kampung Sahom ni kan. Tak silap rose sebelum jumpa Kampung Sahom ni kita akan jumpa Kampung Kuala Dipang dulu..kat situ ada satu waterfull, boleh la kalau nak singgah situ mandi manda dulu..lagi pun rose pernah singgah sini masa balik dari kampung orang asli ada urusan keja, rasanya dah lama sangat.



Harga sewa rumah untuk satu kampung Sahom tu RM850 (harga tahun lepas) dengar kata tahun ni Rm1200..ada lima buah rumah cantum dua-dua..satu rumah besar, wakaf, dapur dan kolam. Ada privasi dan tak campur dengan orang lain. Sewanya dikira satu kampung Sahom tu, ada lima chalet dan tak boleh sewa satu-satu. Katanya boleh bawa ahli keluarga dalam anggaran 80 orang..Best jugakkan kalau buat family day kat kampung Sahom ni :)



Rose sendiri pun belum pernah sampai lagi. Bila nak booking ja semua dah full..dengar kata tahun 2016 ni pun hampir full booking. 



Agaknya kalau sekali datang sini rasa tak nak balik dah kot..suasana yang damai dan tenang la katakan..heheheh



Best jugak resort ni kan..ada tasik, sungai, swimming pool dan tempatnya dalam ladang pulak tu..memang best sangat-sangat :)



Insyaallah..kalau ada bajet lebih boleh la datang bercuti bersama family ke Sahom Valley - Agro & Eco Resort, Kampar ni!

Sumber gambar dari carian google

Lot 228800 Kg Sahom
31900 Kampar
Perak Darul Ridzuan

Tel: 012-488-2480 / 012-212-2480

SALAM JUMAAT 2016

Hye semua :)

Salam Jumaat Penghulu Segala Hari


Jika jatuh, berdiri lagi.
Jika kalah, mencuba lagi.
Jika gagal, bangunlah lagi.
Sampai ALLAH memanggil waktunya kembali.

Selamat pagi dan salam jumaat 27 R'Awal 1437H...