Friday, January 29

KAFE SETINGGAN LAKSA TELUR GORENG BERSARANG

Hye semua :)

Hari ni rose nak story pasal makan laksa telur goreng bersarang. Dah banyak kali rose dengar orang duk bercakap pasal laksa telur goreng bersarang ni sedap gila, ntah apa la yang sedap sampai gila tu..heheheh


Rabu baru ni rose ada pergi makan kat kafe setinggan laksa telur goreng bersarang dengan suami..kebetulan rabu tu rose tak berapa sihat..pergi klinik nak ambil mc sebab dah tak tahan sangat batuk dan sakit tekak dah seminggu tak baik2 lagi. Walaupun tak sihat gagah jugak le teman suami makan laksa kat sini, suami yang teringin sangat nak makan laksa telur goreng bersarang ni.


Kat sini kena layan diri..takde yang ambil order yer..
Tengok tu siap tulis Laksa Telur Goreng Bersarang tidak mempunyai mana2 cawangan..original resepi hanya di Seri Margosa Bandar Seri Botani..heheheh


Dah lama sebenarnya suami rose nak makan laksa telur goreng bersarang ni..orang ofis suami rose cakap laksa telur goreng bersarang ni sedap sangat. Cuti ahad lepas rose dan suami dah pergi kafe setinggan ni..bila sampai orang punya la ramai, tempat duduk semua penuh, kat luar nampak ramai orang beratur nak bungkus..rupanya kat dalam pun dah ramai yang beratur panjang sampai kat pintu masuk lagi..terus cancel niat nak makan laksa telur goreng bersarang tu. Datang balik gitu je la..nasib baik rumah rose tak jauh dari Taman Botani ni..kalau tak rasa hampa la jugak. Kata suami takde rezeki kita..lain kali la kita datang lagi..bukan jauh dari rumah pun.


Gambar hiasan yang tergantung tu semua gambar penyanyi rockers dulu-dulu..yang rose perasan kumpulan Lefthanded dan Bidadari..


Kafe Setinggan Laksa Telur Goreng Bersarang ni dibuka dari pukul 12.00 tengahari hingga 7 malam. Waktu niaga sabtu hingga khamis sahaja..hari jumaat kafe ni ditutup. Rose dan suami sampai di kafe tu awal pukul 2.59 petang, orang pun tak berapa ramai lagi masa tu.

Suasana konsep kafe style ala-ala tahun 60an..cantikkan


Suasana decoration kafe setinggan ni memang terbaik dan cantik sangat..konsep kafe style dulu-dulu..ala-ala tahun 60an punya style..sinki basuh tangan nya (terlupa pulak rose nak snap gambar sinki basuh tangan ni), di renovate dapur minyak tanah zaman dulu-dulu kot..memang terbaik la kafe setinggan ni. Bagi orang Ipoh rugi kalau korang tak cuba datang sini dan rasa sendiri laksa telur goreng bersarang ni..pasti korang puas hati dan mesti datang sini cari lagi..heheheh

Ini lah dia Laksa Telur Goreng Bersarang tu..

Harga laksanya cuma rm3.50 semangkuk
Minuman sejuk Teh'o ais rm1.20

Harga laksa telur goreng bersarang  ni pun murah ja semangkuk RM3.50..kenyang sangat makan..laksanya pun banyak..kalau nak telur rebus pun ada tapi laksa telur rebus ni dah biasa sangat kita makan. Ada jugak tambahan pelbagai fish cake dan fish ball sebagai penambah selera. Yang paling best kuah laksa nya memang pekat dan rasanya pun memang sedap sangat..bila hirup kuah laksa terasa isi ikan nya.. perghh..nikmatnya tak terkata..heheheh 

Inilah kafe nya :)

Kafe Setinggan
Laksa Telur Goreng Bersarang
No. 1, Jalan Margosa, D/8 Seri Margosa,
Bandar Seri Botani, Ipoh Perak.
018- 5772955 / 013-5867881

Waktu Niaga :
Sabtu hingga Khamis (Jumaat Cuti)
Jam 12 tengahari hingga 7 malam

8 comments:

  1. Replies
    1. Suasana tempatnya memang best..laksa telur goreng bersarang pun sedap sangat :)

      Delete
  2. wahh..boleh g try nii...errrmmm...tp pas abes pantg laksa laa...buln 9 nuuunnn...erhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sabaq sha..bulan 9 tak lama pun..akak dulu lepas bersalin tiga2 anak 2 tahun pantang tak makan laksa dan minum ais..rasa seksa..tp bila pikir untuk kesihatan badan kita akak redha ja la..skrg ni pantang jumpa laksa je..heheheh

      Delete
  3. Replies
    1. Bila2 nnti pg la ika..Laksa telur goreng bersarang nya memang sedap..rasa puas hati...

      Delete
  4. suasana nyer menarik.
    harga nyer mudah alhamdulillah :)

    ReplyDelete