Hai sahabat rose semua !!!
Kali ini belah rose pulak buat family day. Pada 13.11.2021 family belah mak rose mengadakan trip Family Day PakWanChik. Pada hari tersebut saudara mara, adik beradik rose saja yang bertolak awal tengahari ke Teluk Batik. Rose, suami dan anak2 saja yang bertolak lambat pada jam 3 petang sebab suami ros ada games badminton dan rose pun sibuk buat kek untuk di bawa ke Teluk Batik.
Rose saudara mara dan adik beradik menginap di Chalet yang terletak betul-betul dekat Teluk Batik. Chalet lain semua dah penuh terpaksa jugak ambik chalet yang ada ini. Chalet yang rose menginap ini ada 2 bilik tidur, 1 bilik air dan ada ruang tamu, ada aircond di setiap bilik dan ada kipas di ruang tamu. Tapi rose tak puas hati duduk kat chalet sini sebab ruang tamu kosong dengan takde kerusi apa pun. Sinki air pun melimpah bila buka air. Air aircond bilik no 2 pun sama bocor air keluar sampai basah tilam. Nasib menginap 2 hari 1 malam ja. Rose rasa mungkin sebab PKP lama tu sebab banyak kerosakan.
Dipendekkan cerita, masa sampai tu rose, suami dan anak2 terus ke pantai jumpa saudara mara dan adik beradik yang dah lama lepak kat pantai. Siap depa pasang khemah awal2 lagi, ye la rose sampai kat pantai pun dah jam 6 petang. Sampai ja suami terus mandi, rose memang tak la nak mandi kat pantai tu...fobia dah pernah lemas suatu ketika dulu...hehehe.
Waktu malam lepas solat isyak baru rose dan family keluar jumpa saudara mara untuk bbq depan pantai. Cadang mula-mula nak buat bbq depan chalet ja tapi pakcik rose seorang ni beria-ria nak buat bbq depan pantai jugak, kita orang ikutkan je la. Memang penat sikit la sebab nak angkut meja, kerusi, barang-barang bbq dan makanan semua. Kalau chalet buka ja pintu terus nampak pantai ok la jugak, ini nak kena jalan jauh jugak la ke pantai tu. Tapi takpa la, penat-penat pun happy berkumpul ramai-ramai dan siap ada karoke lagi.
Selesai bbq kami mengemas dan kami semua balik ke chalet masing-masing. Balik tidur tak sabar nak tunggu esok pagi naik bot pusing pulau, selfie dengan saudara mara semua...hehehe.
Ahad 14.11.2021 kami semua mengemas barang-barang dan letak dalam kereta siap-siap, sebab check out jam 12 tghri. Risau tengah seronok kat pantai dengan aktiviti dan naik bot nanti tak sempat nak kemas barang pulak. OK..Selesai bab mengemas, kami terus ke pantai untuk sarapan pagi.
Lepas tu kami sewa bot ramai-ramai pusing pulau situ. Bot yang rose sewa ni kira 1 kepala rm7 untuk dewasa dan rm5 untuk kanak-kanak. Tak silap ros dulu-dulu kalau nak sewa satu bot tu RM70 ja tapi sekarang kira satu kepala, lagi untung kira macam tu, pandai depa kan...hehehe.
Selesai naik bot kita orang buat aktiviti pertukaran hadiah dari setiap keluaraga dan goodies untuk kanak-kanak. Tak perlu risau sebab semua keluarga akan dapat 1 hadiah, cuma besar kecil je la....hehehe
Selesai program semua, kami sesama ahli keluarga bergambar sebelum balik. Mula-mula bergambar dengan keluarga masing-masing dulu dan akhir sekali baru bergambar kenangan ramai-ramai dengan semua keluarga.
Terima kasih pada saudara mara dan adik beradik semua kerana menjayakan family day keluarga besar PakWanChik. Ada rezeki tahun depan kita berjumpa lagi di tempat lain pulak.
Kat mana pun kita pergi, keluarga, adik beradik dan saudara mara tetap yang pertama dalam hidup kita. Semoga kita semua sentiasa dalam Rahmat Allah...Aamiin