Hai sahabat rose semua !!!
Alhamdulillah, setelah beberapa tahun tiada family day belah suami (seingat rose last family day belah suami di rumah Perak, Penang pada 8.5.2005) akhirnya tahun ni berkumpul lagi untuk family day sekali majlis kenal suai dua orang anak saudara yang baru mendirikan rumahtangga pada tarikh 17.9.2021 iaitu hakim bersama isteri dan zarith bersama suami. Family day kali ni diadakan di Homestay & Chalet D'Asia, Bota.
Memandangkan adik beradik belah suami ramai, semua dah ada family dan anak-anak jadi kawasan chalet tu abg ipar book semua, tak bercampur dengan org luar. Chalet situ ada 3 chalet kayu, 4 chalet batu dan 1 dom. Bilik chalet ni nak kata besar tak besar sangat tapi selesa la untuk duduk 1 family dalam 5 orang. Dom pulak ada 3 katil queen dan 3 katil bujang. Surau jugak ada disediakan.
Yang bestnya chalet disini ada kolam renang untuk dewasa dan kanak-kanak. Jugak disediakan tempat untuk BBQ dan dapur untuk memasak.
No comments:
Post a Comment