Tuesday, December 7

FAMILY DAY & MAJLIS ANAK SAUDARA DI HOMESTAY&CHALET D'ASIA, BOTA PERAK

 Hai sahabat rose semua !!!

Alhamdulillah, setelah beberapa tahun tiada family day belah suami (seingat rose last family day belah suami di rumah Perak, Penang pada 8.5.2005) akhirnya tahun ni berkumpul lagi untuk family day sekali majlis kenal suai dua orang anak saudara yang baru mendirikan rumahtangga pada tarikh 17.9.2021 iaitu hakim bersama isteri dan zarith bersama suami. Family day kali ni diadakan di Homestay & Chalet D'Asia, Bota.

Memandangkan adik beradik belah suami ramai, semua dah ada family dan anak-anak jadi kawasan chalet tu abg ipar book semua, tak bercampur dengan org luar. Chalet situ ada 3 chalet kayu, 4 chalet batu dan 1 dom. Bilik chalet ni nak kata besar tak besar sangat tapi selesa la untuk duduk 1 family dalam 5 orang. Dom pulak ada 3 katil queen dan 3 katil bujang. Surau jugak ada disediakan.

Yang bestnya chalet disini ada kolam renang untuk dewasa dan kanak-kanak. Jugak disediakan tempat untuk BBQ dan dapur untuk memasak. 

Kolam renang dewasa dan kanak-kanak

Tempat untuk BBQ

Tempat memasak dan makan 

Dapat hadiah daripada abg long ayah pengantin lelaki

Bergambar kenangan bersama pengantin baru hakim & zarith

Bergambar kenangan bersama adik ipar dan biras2

Akhir sekali sebelum balik kami semua bergambar dulu 😍

Korang nak suasana kampung yang ada dusun buah boleh la datang bercuti di Homestay&Chalet D'Asia ni. Sebab kalau musim berbuah memang best giler sebab boleh makan buah. Pool di situ pun best besar, ada untuk dewasa dan kanak2. Kalau korang kaki pancing jangan risau, Sg Perak kat sebelah saje. Korang boleh pancing sebab bot pun ada disediakan kalau korang nak guna.


Homestay & Chalet D'Asia
Jalan Kampung Tanjung,
Gelugor 32600 Bota Kanan, 
Perak Darul Ridzuan.
013-2284915

No comments:

Post a Comment