Hye semua..:)
Rose nak berkongsi cerita sikit dengan korang semua tapi bukan mengumpat ye.
Hanya untuk renungan dan peringatan buat diri sendiri.
Cuba kita pandang sekeliling kita..di pejabat, dikawasan rumah kita dalam bas atau di mana saja kita berada. Ada berbagai2 jenis manusia yang boleh kita lihat. Ada yang berlagak pandai semua dia tahu (tak tahu tapi dia buat2 tahu), ada yang suka buat hal sendiri tak ambil pusing apa yang berlaku di sekeliling, ada yang suka jaga tepi kain orang (jenis ni bahaya) ada yang suka buat ketupat dan macam2 lagi lah.
Tapi jenis orang yang paling rose tak suka ialah orang yang suka bermuka2. Pada rose orang seperti inilah yang paling merbahaya sekali. Depan kata lain belakang kita siap kutuk2 kita lagi. Kadang2 haru biru kita dibuatnya.
Misalnya bila kita kutuk (sape suruh kutuk-mengutuk) orang tu, dia boleh mengadu pulak pada orang tu yang kita kutuk orang tu. Dan orang tu pulak bila kutuk kita sibermuka2 tu mengadu pulak kat kita yang orang tu kutuk kita. Lama2 jadi perang dunia ketiga. Orang inilah yang kita perlu berhati2 bila kita berkawan. Dan kedua orang yang rose kurang berkenan ialah orang yang suka berlagak pandai. Semua benda dia tahu. Orang lain baginya apa2 pun tak reti..bak kata macam dunia ini dia yang punye..hehehe..
Rose ada terbaca dalam artikel dinyatakan sifat2 orang yang takbur dan sombong iaitu tidak sanggup untuk merendah diri, tidak dapat meninggalkan
perasaan hasad dengki dan dendam, tidak selalu berkata benar, tidak sabar dan pemarah dan akhir sekali tidak mahu dengar nasihat, suka mengumpat, suka mengejek dan menghina orang lain..Nauzubillah..
Janganlah kita bersangka buruk dengan orang lain...takut muflis pulak di Akhirat nanti..udah le amalan pun tak banyak mana. Semoga kita semua menjadi seorang insan yang baik yang tidak suka mengutuk, menfitnah, mencari salah orang lain atau berlagak pandai. Ambilkanlah kebaikan dalam diri seseorang dan abaikan lah kejahatannya kerana tiada manusia yang sempurna.
Pesanan ustaz Kazim
Nak cari kawan, carilah yang menjaga aib walaupun dah bergaduh atau pun dah tak contact lagi. Sebaik baik kawan ialah kawan yang simpan aib.
Sekadar renungan dan peringatan bersama ^_^
semoga kita terpelihara
ReplyDeleteSemoga kita semua terpelihara...
ReplyDelete