Hye dan selamat tengahari semua..
Sedikit perkongsian mengenai pentingnya tersenyum ^_^
Jika kita tidak mempunyai harta untuk bersedekah, senyumlah...kerana dengan tersenyum kita dapat menyenangkan hati orang yang memandang dan dengan senyuman boleh menceriakan hari kita. Mulakan hari kita dengan senyuman dan jangan lokek memberi senyuman. Kenapa kita perlu tersenyum?
Mengurangkan Kesusahan
Mulai hari ini pastikan kita tersenyum walaupun hanya lima saat. Jika setiap hari kita mengasuh diri untuk tersenyum pasti jika ada musibah yang melanda kita masih mampu tersenyum. Tabiat tersenyum itu telah mewujudkan reaksi-reaksi kimia dalam tubuh yang membuatkan kita terus akan tersenyum walaupun menghadapi hari-hari sukar.
Melatih Diri Bersikap Positif
Dengan senyuman sahaja kita boleh mengubah keadaan diri. Tiba-tiba apabila pulang ke rumah selepas kerja kita dapati rumah bersepah seperti tongkang pecah kerana anak-anak tidak mengemas semula selepas bermain. Tentu perasaan marah muncul tetapi apabila kita memandang dengan senyuman situasi tersebut akan mengubah keadaan. Kita melihat situasi tersebut dari sudut yang berbeza dan maemberi kebahagian dalam hidup juga melatih agar sentiasa berfikiran positif.
Membahagiakan Orang lain
Apa perasaan kita jika kita mula menjejaki sebuah pejabat disambut dengan senyuman dan bagaimana pula rasanya jika hanya dipandang sepi oleh para pekerja. Apabila disambut dengan senyuman hati kita pasti berbicara bahawa kedatangan sangat dialu-alukan dan sebaliknya. Hanya dengan senyuman kita boleh menceriakan kehidupan orang lain dan membuat individu lain rasa dihargai.
Mudah Untuk Tersenyum
Sebenarnya apabila seseorang berkerut mereka memerlukan 72 otot untuk bekerja manakala jika tersenyum hanya 13 otot sahaja yang diperlukan. Inilah buktinya apabila orang mengatakan dengan senyuman kita boleh mengekalkan awet muda berbanding orang yang sering marah-marah.
Wallahu a'alam
No comments:
Post a Comment