Hye semua ^_^
Cheesecake ala ala tiramisu..sangatlah simple dan mudah disediakan. Pertama kali mencubanya, rose rasa macam tak berapa nak jadi je. Tapi bila dah siap nampak macam ok lak..hehehe..rasanya pun mungkin sedap..:) sebab rose pun tak rasa lagi..malam tadi buat dan terus simpan dalam peti sejuk..ingat sahur tadi nak le rasa sikit tapi tak selera lak nak makan cheesecake pagi2 sangat. Bagi sape2 yang gemar makan cheesecake ni boleh le cuba buat ^_^
Resepi Crackers CheeseCake
Bahan-bahannya :
250g cream cheese
1/2 tin susu pekat
Biskut Hup Seng Deluxe Crackers
Susu full cream
Cara-caranya :
Putar cream cheese bersama susu pekat manis.
bila dah kembang/sebati masukkan 4 sudu susu full cream - tujuan masukkan full cream ni adalah untuk mencairkan sedikit campuran cream cheese tadi..tapi jangan terlalu cair dan terlalu pekat ye..
Masukkan sedikit susu full cream/low fat kedalam bekas lain - sedikit saje untuk celup biskut..
Celup biskut satu persatu kedalam susu tadi dan susun kedalam bekas atau loyang.
Sapu cream cheese kat atas biskut, sapu rata..tak perlu tebal sangat.. Celup biskut dan susun atas cheese. ulang layer sampai habis.
Layer cheese atas sekali biarkan tebal dari layer2 bawah.
Akhir sekali taburkan milo diatas cream cheese - kalau nak letak nestum pun boleh..anak2 rose suka milo..jadi rose tabur je milo atas cream cheese tu. Kalau ikut resepi asalnya tak letak pun..:)
Dah siap masukkan dalam peti sejuk...
Alhamdulillah..inilah hasil Crackers CheeseCake yang dah siap dipotong..lepas berbuka nanti boleh la makan ^_^
WAAA...MESTI SEDAP NI..SYIRA NAK !
ReplyDeletesedap le jugak...hehehe..
Delete