Hye semua!
Ramai diantara kita yang seolah-olah lupa diri termasuk ler rose sekali..hehehe..dengan mengambil secara berlebihan hidangan yang mengandungi kadar kolestrol yang tinggi. Lantaran itu, bagi menurunkan paras kolestrol dalam darah kita, rose nak share dengan korang semua makanan yang boleh dijadikan sebagai pilihan untuk mengurangkan kadar kolestrol.
~ Ikan dan Omega-3
Kita disarankan memakan ikan sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Antara ikan yang kaya dengan omega-3 ialah ikan tuna, tuna albacore, sardin, mackerel dan herring. Sajian yang sesuai ialah melalui kaedah bakar, panggang atau stim.
Asid lemak omega-3 dikatakan mampu meurunkan paras kolestrol dalam badan. Ia mampu membantu jantung menurunkan tekanan darah dan mengurangkan risiko pembekuan darah. Minyak ikan sesuai untuk pesakit jantung kerana ia dikatakan berkait secara signifikan terhadap penurunan risiko kematian mengejut.
~ Minyak Zaitun
Campuran antioksidan yang terdapat dalam minyak zaitun berperanan menekan paras kolestrol tanpa mengganggu kadar kolestrol baik (HDL). Bagi menjaga kesihatan jantung, badan FDA (Food and Drug Administration) juga menyarankan agar kita mengambil sekitar 23 gram minyak zaitun pada setiap hari.
Pilih minyak zaitun yang tulen kerana minyak ini diyakini mengandungi lebih banyak antioksidan yang menyihatkan kerana ia tidak melalui proses pengolahan dan penambahan zat kimia.
Sebagai contoh, tambahkan minyak zaitun bersama sayuran atau boleh disapukan sedikit pada daging sebagai pengganti mentega.
~ Badam dan Walnut
Kajian menunjukkan bdam dan walnut mampu membantu menurunkan paras kolestrol dalam darah. Ini kerana kacang ini mengandungi asid lemak tak tepu yang tinggi sekali gus membantu menjadikan pembuluh darah tetap sihat dan elastik.
Secara umumnya, kekacang mengandungi kalori yang tinggi. Dengan segenggam kacang yang tidak melebihi 57 gram sudah cukup memberi kebaikan untuk kita. Tetapi harus diingat, jangan mengambilnya secara berlebihan bersama makanan lain. Ia mungkin akan mengakibatkan kemukakan atau meningkatkan risiko serangan jantung.
~ Gandum dan Oat
Oat kaya dengan soluble fibre (serat larut) yang membantu menurunkan kolestrol tidak baik (LDL) dalam tubuh anda. Serat ini diyakini mampu menurunkan penyerapan kolestrol dalam proses pencernaan. 10 gram lebih serat larut yang diambil setiap hari sudah cukup untuk menurunkan kadar LDL.
Satu setengah cawan oat mengandungi enam gram serat. Jika diambil bersama buah-buahan seperti pisang, empat gram serat telah ditambah. Serat larut ini juga boleh ditemui didalam kacang buncis, barli, epal, prun dan pear.
Makanan ini hanyalah saranan dalam membantu anda mengawal paras kolestrol dalam darah. Namun, ia tidak bermakna kita boleh mengambil daging dan lemak secara berlebihan. Kawal pemakanan secara bijak dan lakukan senaman secara teratur.
petikan dari : Nurul Huda Zulkifli
tq. kebetulan minggu ni aida makan ikan lebih 2 kali :)
ReplyDeleteTakpa..sekali sekala makan ikan lebih..heheheh
Deletesha rasa sha terlebih kolestrol laa skg..huhuhu...senam pun malas..isshh..
ReplyDeleteSama la dgn akak sha..malas senam..tp akak mmg kolestrol tinggi pun..
Delete