Hye semua :)
Ketahui kepelbagaian Khasiat Ulam
Ulam adalah antara hidangan yang biasa dimakan terutama masyarakat melayu dalam pengambilan makanan harian. Ulam boleh didapati disekitar kawasan rumah namun khasiatnya amat tinggi sekali. Pelbagai bahagian tumbuhan boleh dijadikan ulam seperti pucuk,daun,umbut,buah mahupun bunga.
Ulam boleh dimakan secara mentah atau dicelur menggunakan air panas. Bagi menabah keenakan ulam,biasanya ulam dimakan dengan menggunakan pencicah seperti sambal belacan,cencaluk atau budu. Ulam yang dimakan begitu sahaja lebih menyihatkan kerana pencicah selalunya mengandungi banyak garam.
Selain ulam yang disebutkan di atas,ada juga sayur yang dijadikan sebagai ulam seperti terung,kacang bendi,timun,kubis dan kacang panjang. Terung dan kacang bendi selalunya dicelur dahulu sebelum dimakan. Manakala kacang panjang dan timun akan dimakan mentah sahaja.
Ulam yang dianggap makanan kampung dan kini ditanam secara komersial kerana permintaan yang tinggi oleh masyarakat awam termasuklah di restoran mewah. Memakan ulam memang dapat meningkatkan kesihatan kerana kandungan khasiatnya yang tinggi. Malah ada juga nasi ulam atau dikenali juga nasi kerabu yang mengandungi pelbagai sayuran didalamnya.
Kebaikan Ulam Daripada Seratnya
Ulam mengandungi banyak galian seperti mineral dan vitamin. Justeru memakan ulam secara mentah sebenarnya lebih elok kerana dapat mengekalkan kandungan khasiat didalamnya. Merebus atau mecelur ulam boleh menghilangkan sedikit sebanyak khasiat ulam tersebut. Mencelur atau merebus ulam boleh memusnahkan khasiat seperti kalium,fosforus,zat besi,natrium dan kalium dalam ulam disebabkan oleh haba. Antara ulam yang mempunyai kandungan khasiat tinggi seperti kalsium,fosforus dan zat besi ialah daun kaduk.
Kebaikan paling utama dalam khasiat ulam ialah kandungan seratnya yang tinggi. Serat ini membantu sistem penghadaman manusia kerana boleh membantu memudahkan pelancaran sistem pembuangan air besar.
Kebaikan Ulam Untuk Kesihatan
Ulam juga termasuk dalam golongan herba yang diakui kebaikannya kepada kesihatan manusia dan ulam berasaskan tumbuhan semulajadi. Apatah lagi ulam dimakan mentah dan segala kandungan khasiatnya kekal tidak terusik.
Daun pegaga dikatakan boleh membantu meningkatkan kecerdasan pemikiran kanak-kanak. Selain itu boleh juga membantu sistem peredaran darah dan meningkatkan kesihatan kulit.
Daun kaduk pula mempunyai kandungan kalsium yang tinggi dan sangat bagus dimakan kerana boleh membantu mengurangkan risiko masalah kerapuhan tulang terutama bagi kalangan wanita.
Selain itu jering juga elok dimakan kerana mengandungi sebatian alkaloid pelawas yang memberi rangsangan untuk membuang air kecil. Secara tidak langsung,jering boleh membantu seseorang yang mempunyai masalah pembuangan air kecil terutama kalangan lelaki.
Bagi pesakit kencing manis, memakan jering dalam jumlah sedikit tetapi berterusan boleh membantu mengurangkan sedikit masalah kencing manis. Hal ini disebabkan oleh khasiat jering yang dapat meneutralkan kendungan gula dalam badan seseorang.
Lepas ni kena banyak makan ulam le nampaknya..rose sendiri pun kurang suka makan ulam..rose hanya suka makan kacang bendi je..hikhikhik..
ulam mmg baik untuk kesihatan.
ReplyDeleteBetul tu..tapi akak pun kurang makan ulam..huhuhu...
Delete