Hye semua :)
Selamat Menyambut Tahun Baru 1436 Hijrah
Semoga kita semua akan menjadi lebih baik dan mendapat keredhaan Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang...kita akan bertemu tahun baru hijrah 1 Muharram 1436H pada 25 oktober 2014 esok. Bermula maghrib nnti kita dah masuk tahun baru 1436H. Cepat betul masa berlalu dan bertemu tahun berikutnya.
Sebelum berakhir tahun 1435H,sama-sama le kita membaca..
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu asar sebelum masuk waktu maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Sesiapa yang membaca doa ini,syaitan berkata:
"kesusahan bagi ku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini,Allah ampunkan dosanya setahun"
Doa Awal Tahun 1436H dibaca 3 kali selepas waktu maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini,Syaitan berkata:
"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan"
Yang terindah apabila kita dapat hijrah diri dari baik kepada yang lebih baik... InsyaAllah semoga kita berhijrah menjadi hamba Allah yang berjaya dunia dan akhirat..Amin.
salam maal hijrah kak. :)
ReplyDeleteSalam Maal Hijrah buat Farhana jugak :)
Delete