Hye semua :)
Seronokkan kalau kita pergi bercuti ke suatu tempat dengan satu family ramai-ramai, selalunya rose kalau pergi bercuti sewa hotel je. Kali ni lagi seronok sikit sebab family belah mentua rose iaitu abang ipar rose ada sewa rumah Perak Boutique Villa di Batu Feringghi Pulau Pinang. Kebetulan isteri abang ipar rose kira biras rose la Kak long Maizura keja di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, kitaorang pakai nama dia. Lagi pun rumah Perak Villa ni hanya boleh disewa untuk staf Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak. Villa ni bukan setakat rasa macam duduk dalam suasana rumah tapi siap boleh BBQ tanpa gangguan dan memasak sendiri lagi. Memang best gila, pengalaman yang tak akan dilupakan.
Jadual aturcara aktiviti Family Day kitaorang :)
Rumah Perak Boutique Villa ni terletak di Batu Feringghi, betul-betul dihadapan pasar malam. Rumah Perak Boutique Villa ni mempunyai 6 unit bilik tidur peribadi dengan pemandangan laut. Setiap bilik tidur peribadi dilengkapi kemudahan penghawa dingin dan tv flat skrin rata. Bilik tidur ini jugak dilengkapi bilik air dan kemudahan pancuran air panas. Wifi percuma boleh diakses di kawasan awam, itu pun kalau boleh akses la..hehehe. Villa ini jugak mempunyai ruang tamu dan ruang makan serta dapur kecil dengan peti sejuk dan cerek elektrik. Setiap bilik dilengkapi dengan balkoni peribadi. Boleh dikatakan Villa ini cukup sempurna untuk percutian bersama-sama family tercinta. Ok, jom kita layan sekejap gambar2 percutian rose bersama family2 belah suami rose :)
Meja makan serba hitam...
Hiasan simple jer...
Lampu gantung di bahagian ruang tamu, lupa rose nak ambil gambar
sofa ruang tamu ni..
Hiasan dinding...
Dapur serba putih, nampak bersih dan cantikkan..
Laluan tangga ke tingkat atas...
Bilik tidur nya simple jer...
Bilik tidur ini dilengkapi 2 sofa dan meja kopi..
Cantik lampu bilik tidur ni kan...
Bahagian belakang rumah perak villa...
Bahagian belakang villa Perak ni betul2 mengadap laut..
Cantikkan...
Pagar belakang rumah Perak Villa ni...
Pagi2 lagi kami dah mandi laut...
Indah sungguh ciptaanNYA...
Tenangnya tengok laut ni kan...
Adik ipar rose, zeti dan suami sedang sibuk menyiapkan sarapan
pagi untuk semua :)
Jom layan games yang diadakan untuk family day kita orang..
tapi masa ni rose tak sampai lagi, sebab ada kenduri di Taiping.
Adik ipar dan anak buah rose berselfie ditingkat atas villa ni...
Adik iparku Eboy dan anakku Hafiz...
Bersama biras ku Kak Long Maizura dan Yong..
Sedikit ucapan dari Abang Ipar sebelum kami semua check out
dari rumah Perak Villa ni..
Sebelum keluar kami semua bergambar dulu :)
Kalau ada rezeki boleh pergi lagi, teringin pulak nak bawa adik beradik, mak bapa rose ke rumah Perak Villa ni..insyaallah.
Rumah Perak Boutique Villa @ Batu Feringghi, Pulau Pinang
No.72, Jalan Batu Feringghi,
11100 Pulau Pinang.
Tel : 013-3881272
Facebook : facebook.com/RumahPerakBoutiquevilla
cantiknyer rumah perak ni...
ReplyDeletetumpang lalu...
http://contengan-rasa.blogspot.com
Mmg cantik rumah perak villa ni..klu ada rezeki bleh dtg sini lg...
DeleteTerima kasih sudi singgah sini yer :)
Cantik nyer villa tu ... Tapi orang ramai memang xleh ker ?
ReplyDeleteRumah perak villa ni mmg utk staf yg bekerja di pejabat kerajaan Negeri je...
Deleteorang luar atau orang ramai mmg tak bleh sewa villa ni..rose pun sebab ada biras keja kat pejabat setiausaha kerajaan negeri perak..kalau tak, tak merasa la jugak :)
sgt menarik.
ReplyDeletesept ni aida ke penang.
amik hotel.
if only tau awal, boleh sewa sini :)
da terjah fb dia, skang x buka utk sewaan.
stop kejap katanya :(
Memang menarik rumah perak villa ni :)
Deletekalau boleh sewa utk org awam ok la aida..
sebelum ni biras rose kata tak boleh..hanya staf saje yg boleh..huhu..
Cantiknya lah villa tu kak .
ReplyDeleteSalam singgah :) emmadianastory.blogspot.com
Haah..mmg cantik villa ni emma...
Deleteterima kasih sudi singgah..nnti akak terjah blog emma yer :)
Cantiknya rumah ni. Saya memang ada merancang untuk buat family day dan tengah cari tempat. Terima kasih atas infonya. Salam perkenalan. :)
ReplyDeletewww.ainyyzain.blogspot.com
Rumah villa ni mmg besar dn cantik..sesuai klu nk buat family day...
Deletesama2 ainyy..salam perkenalan buat ainyy jugak :)
cantik dann kemass....
ReplyDeleteboleh riki riki sini nanti kalau bercuti ke utara..
thanx..
sama-sama shareena :)
DeleteSuka tengok family on holiday. So much love. Villa sangat cantik. Bila la nak ke utara.
ReplyDeleteSinggah sini jugak ye
emmemarinamhd@blogspot.com
Akak pun baru first time buat family day ni..villa ni memang cantik..rajin2 la jalan2 ke utara ni :)
Deletebestnye villa nih..cntik..lepas tu dkt pantai..rmh impian ni..bw dr www.housewifearts.blogspot.my slm perkenalan
ReplyDeleteMemang best sangat vila ni..
DeleteWow. berapa harga sewa villa ni
ReplyDeleteRadio Senyap - Senyap bukan bererti diam
Harga sewa villa ni kalau tak silap rm700 kot..rose pun dah lupa berapa..
Deleteas salam kak, kat situ ada tempat bakar bbq x? Sbb maksu sya wat family day hujung bulan ni... ingt nak wat bbq cuma risau xdisediakan je
ReplyDeleteWkslm Syazana..kat rumah perak ni memang ada disediakan tempat untuk bbq..
Deletemaaf ye akak lambat reply..sibuk sikit...
Hai, next week nk stay sini..nak tanya..semua bilik kt rumah ni katil size besar ke? Risau pulak ade bilik yang katil single je..😊
ReplyDeletemaaf ye lambat reply..sibuk sikit tak sempat nak buka blog, Alhamdulillah,jangan risau..semua bilik disediakan dengan katil size king..katilnya mmg besar :)
DeleteBestnya...
ReplyDeleteye..memang best :)
Deletedah tnye ..ini utk staff negeri perak jer..rm 250 1 ari..
ReplyDeleteSorry rose lambat reply, dah lama tak buka blog ni. Ye..betul tu, hanya untuk staff negeri perak.
DeleteSalam, hi, rumah perak dh open to public tak skng?
ReplyDeleteWkslm..dear, tak pasti la...kena call kerajaan negeri tanya..
DeleteBerapa harga villa ni ? Kira mcm mana
ReplyDeleteharga tak pasti la brp semlm...
DeleteMemang utk staf ja eh ? Org luar x boleh ka
ReplyDeleteVilla ni untuk staff kerajaan negeri jer...org luar mmg tak bleh booking..klu ada saudara mara keja kat kerajaan negeri bleh pakai nama dorg..
Delete