Monday, September 28

RESEPI KEK MARBLE SUSU

Hye semua :)

Petang isnin ni rose nak share resepi kek marble susu dari pelakon Sheila Rusly. Kek marble susu ni rose buat sebelum raya haji baru2 ni. Atas permintaan anak2 nak makan. Resepi kek sheila rusly ni memang sedap sangat..chewahhh puji sendiri..heheheh..yang tak bestnya tiap kali rose buat kek, bentuknya mesti tak berapa cantikkan..tapi isi dalamnya gebu dan sedap..heheheh


Kek Marble Susu

Bahan-bahannya :

3 biji telur
1 cawan buttercup
1 cawan gula kastor
2 cawan tepung gandum
1 sudu makan baking powder
2 sudu besar susu pekat manis
1 sudu teh esen vanilla
Pewarna ikut suka

Cara-cara membuatnya :

1. Pukul buttercup bersama gula sampai kembang.
2. Kemudian masukkan telur satu persatu.
3. Pukul lagi adunan sehingga kembang.
4. Masukkan esen vanilla dan susu pekat kacau rata dan sebati.
5. Masukkan tepung yang diayak bersama baking powder (kaup balik jer).
6. Bahagikan pada 2 bahagian dan bubuh warna ikut suka hati.
7. Tuangkan ke dalam loyang yang telah di sapu majerin dan di alas kertas.
8. Tuangkan satu persatu warna mengikut citarasa. 
9. Bakar selama 45 minit dengan suhu 160'c atau sehingga masak.


Beginilah rupa kek marble susu rose bila dipotong.
Ok..siap untuk di makan :)

7 comments:

  1. sedapnye kak ros... nk try lah nnt. ayah Haida suke ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak2 kak ros yang suka sangat kek butter dan kek marble susu ni..kak ros pun sama suka jugak...heheheh

      Delete
  2. wah Ros, gebu geban kek nya, nanti kak ana nak cuba lah resepi Ros pula :)

    ReplyDelete
  3. Slm..kalau pakai tepung berserbuk penaik boleh ke..blue key

    ReplyDelete
  4. Slm..klu ganti tepung blue key boleh ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wkslm..zulia, sorry lambat reply..kalau guna tepung blue key lagi sedap dn gebu..

      Delete