Monday, November 2

10 PETUA TRADISIONAL

Hye semua :)

Jom kita tengok 10 Petua Tradisional yang boleh kita ikuti.


1. Kurangkan Kadar Kolestrol
Perah sedikit lemon dan campurkan dengan secamca teh minyak zaitun. Amalkan meminumnya dua atau tiga hari sekali atau setiap kali mengambil makanan berkolestrol tinggi. Kesannya akan dapat dirasai dalam masa seminggu. Ia juga dapat menghilangkan pembentukan selulit.

2. Tomato Elok Untuk Kulit
Tomato sangat terkenal sebagai bahan yang sangat baik dalam penjagaan kulit. Tomato yang dicampurkan dengan sedikit gula berfungsi untuk mencantikkan kulit. Isi tomato juga baik untuk kulit yang berminyak. Ia akan mengurangkan daya kerja kelenjar minyak dan berfungsi sebagi astringen bagi kulit yang mulai kendur.

3. Beras Hancur Segarkan Wajah
Beras yang digoreng hingga kekuningan dicampurkan dengan cekur, bunga cengkih dan kulit kayu manis, kemudian dicampurkan dengan gula merah dan asam. Campuran ini begitu memuaskan untuk menyegarkan wajah, melancarkan peredaran darah dan membuat seseorang tidak mudah penat.

4. Limau Nipis Untuk Langsing
Ambil dua biji limau nipis/kasturi, setiap hari. Perah di dalam segelas berisi air sejuk. Masuk ke dalam peti sejuk. Setelah itu, bolehlah dijadikan minuman seharian. Seeloknya lepas makan tengah hari dan malam.

5. Mengempiskan Perut
Asam jawa dan garam dibancuh dengan segelas air panas. Embunkan semalaman. Esok paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka atau membuang air kecil.

6. Melicinkan Dan Memerahkan Kulit Muka
Ambil sebiji buah tomato masak, lecek hingga halus. Kemudian pupurkan di seluruh muka. Biarkan mengering selama 20 minit. Bilas dengan air bersih. Amalkan seminggu 2 atau 3 kali.

7. Menegangkan Kulit Muka
Ambil tepung ubi kayu dan mentimun. Timun itu hendaklah di sagat/dihancurkan terlebih dahulu atau dilumatkan. Kemudian campurkan kedua-duanya dengan air sedikit. Kacau rata dan jangan terlalu cair. Selepas itu, sapukan ke muka dan biarkan ia kering. Kemudian basuh. Dengan cara ini ia dapat menegangkan kulit muka serta menampakkan keputihan di muka dan menjadikan kulit kita segar.

8. Menghilangkan Bau Badan
Caranya mudah saja, ambil beberapa helai daun pandan, tumbuk hingga lumat dan ambil airnya. Masukkan sedikit kapur sirih ke dalam air daun pandan tadi dan kacau rata-rata. Kemudian sapukan air daun pandan ini perlahan-lahan ke seluruh badan dengan menggunakan kedua-dua tapak tangan. Seelok-eloknya lakukan sebelum kita mandi.

9. Supaya Gigi Lebih Putih
Ada satu cara untuk memulihkan gigi anda iaitu dengan menggunakan garam halus sahaja. Mula-mula ambil garam halus sebanyak satu sudu campurkan dengan titisan air tapi ingat jangan terlalu banyak memadai lembap saja memudahkan anda mencoleknya. Kemudian gosoklah garam tadi pada gigi anda. Sebaik-baiknya gunakan berus yang rapat, beruslah berulang kali dan ulangi selama satu hingga dua minggu.

10. Hapuskan Pecah-Pecah Telapak Kaki
Ambil buah betik muda dan potong hingga keluar getah. Kemudian barulah digosok sama rata dengan menggunakan getah betik. Biarlah getah betik itu kering supaya meresap pada kaki yang pecah. Selepas itu barulah dicuci dengan air bersih. Ulangi cara ini beberapa kali.

Selamat mencuba kawan-kawan semua :)

10 comments:

  1. Oh itu petuanya, saya biasa guna tomato dan lemon :-)

    ReplyDelete
  2. Cik Nad tertarik dengan petua no. 5..hehee..very nice sharing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Petua no 5 tu memang elok kalau nak kempiskan perut..rose biasa buat dengan air asam jawa tu..tapi rose tak letak garam..ok la nampak perubahannya..heheheh

      Delete
  3. ada yang pernah kak ana amalkan Ros,memang serasi kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak ana..rose biasa amalkan petua yang no.1, no.4 dan no.5 tu...memang serasi :)

      Delete
  4. Senua petua best2 n mudah je..tq for sharing

    ReplyDelete
  5. so far aida x pernah buat semua tu.
    but but da byk juga baca petua tradisional ni lebih mujarab!
    will do...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu ada la jugak buat aida..tp skrg dah malas..huhuhuh

      Delete