Monday, November 30

PAK YUS JAMBU MENINGGAL DUNIA

Hye semua :)

Selamat pagi rakan-rakan semua. 
Innalillahwainnaillaihirojiuun..Pelawak Yussry bin Edoo,39 atau dikenali sebagai Pak Yus dari kumpulan Jambu telah pergi meninggalkan kita semua. Di Fahamkan Pak Yus Jambu mengalami sesak nafas dan rebah selepas mengadakan persembahan sebelum meninggal dunia di Hospital Selayang sebentar tadi.


Takziah pada kaum keluarga arwah... Sesungguhnya kita adalah milik Allah dan kepada Allah jua kita akan dikembalikan. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh arwah dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman..Al-Fatihah.

Friday, November 27

ULANG TAHUN KEPUTERAAN SULTAN PERAK

Hye semua :)

Dirgahayu Tuanku


SEMOGA DIRAHMATI DAN DIBERKATI ALLAH

Duli Yang Maha Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan

Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum
Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah

Sultan, Yang Di-Pertuan dan Raja Pemerintah Negeri Perak Darul Ridzuan

SEMPENA ULANG TAHUN KEPUTERAAN TAHUN 2015

Friday, November 20

GIVEAWAY: 100 FOLLOWERS CELEBRATION BY ZANNA GHAZALI

Hye semua :)

Sekali lagi rose join GA by Zanna...

Klik banner untuk join :)

Tarikh penyertaan :
19 - 29 November 2015

8TH ANNIVERSARY GIVEAWAY

Hye semua :)

Klik banner dibawah untuk join sekali..


1. Giveaway ini akan berlangsung daripada 20.11.2015 hingga 25.11.2015 
jam 11.59 malam.

2. Senarai peserta akan diumumkan pada 27.11.2015.

3. Senarai pemenang akan diumumkan pada 30.11.2015.

4. Keutamaan akan diberikan kepada follower blog QasehnyaRania.

Hadiahnya ialah :


Good Luck semua :)

Tuesday, November 3

REVIEW : JOM SHOPPING DI BAGGYSHIRT NURI

Hye semua :)

Entry kali ini pasal shopping baju muslimah yang rose beli di Butik Baggyshirt Nuri. Selalunya kalau kita dengar pasal shopping ni, orang perempuan la yang paling suka sekali..betul tak korang?? termasuk la rose...heheheh
Sekarang ni memang dah jadi trend orang suka shopping online. Rose sendiri pun suka beli online, bukan apa senang dan mudah, order dan bayar esok terus barang sampai di ofis. Tak payah nak keluar ke shopping Mall dah, dari situ dah jimat masa..heheheh

Skirt Kembang

Blouse Long Top

Blouse Loose Top

Jubah Top Patch

BaggyShirt Nuri menawarkan pelbagai jenis Skirt, Blouse, Kemeja, Dress, Jubah, Tudung dan Produk kecantikan.
Yang penting harga mampu dimiliki oleh semua orang! Order secara online dibuka 24 jam setiap hari di Butik 

Facebook : BAGGYSHIRT NURI.


Tadaaa!!! cantik tak Jubah Top Patch rose??
Jubah Top Patch ni sangat selesa, kualiti kainnya pun sejuk dan tak panas. 
Jubah Top Patch ni pun cantik cutting Princess.

Harga : RM38.00 
Postage : RM7 SM & RM10 SS
Saiz : Free saiz fit up to 2xl

So, jom kita terjah sini BAGGYSHIRT NURI untuk melihat pelbagai update terbaru! Sure korang semua rambang mata nak pilih :)

SEGMEN : JOIN BLOGLIST AIN BULAN NOV - DIS!!!

Hye semua :)

Jom join segmen dari Blog Dunia Ain..
Klik banner dibawah untuk join segmen yer :)






SEGMEN CARIK BLOGLIST BLOG ENCIK KIDAL

Hye semua :)

Jom kita join Segmen lagi..kali ini segmen dari Blog Encik Kidal.
Sape-sape nak join boleh klik banner dibawah ni yer :)



Tarikh Tamat : 07 November 2015

Monday, November 2

10 PETUA TRADISIONAL

Hye semua :)

Jom kita tengok 10 Petua Tradisional yang boleh kita ikuti.


1. Kurangkan Kadar Kolestrol
Perah sedikit lemon dan campurkan dengan secamca teh minyak zaitun. Amalkan meminumnya dua atau tiga hari sekali atau setiap kali mengambil makanan berkolestrol tinggi. Kesannya akan dapat dirasai dalam masa seminggu. Ia juga dapat menghilangkan pembentukan selulit.

2. Tomato Elok Untuk Kulit
Tomato sangat terkenal sebagai bahan yang sangat baik dalam penjagaan kulit. Tomato yang dicampurkan dengan sedikit gula berfungsi untuk mencantikkan kulit. Isi tomato juga baik untuk kulit yang berminyak. Ia akan mengurangkan daya kerja kelenjar minyak dan berfungsi sebagi astringen bagi kulit yang mulai kendur.

3. Beras Hancur Segarkan Wajah
Beras yang digoreng hingga kekuningan dicampurkan dengan cekur, bunga cengkih dan kulit kayu manis, kemudian dicampurkan dengan gula merah dan asam. Campuran ini begitu memuaskan untuk menyegarkan wajah, melancarkan peredaran darah dan membuat seseorang tidak mudah penat.

4. Limau Nipis Untuk Langsing
Ambil dua biji limau nipis/kasturi, setiap hari. Perah di dalam segelas berisi air sejuk. Masuk ke dalam peti sejuk. Setelah itu, bolehlah dijadikan minuman seharian. Seeloknya lepas makan tengah hari dan malam.

5. Mengempiskan Perut
Asam jawa dan garam dibancuh dengan segelas air panas. Embunkan semalaman. Esok paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka atau membuang air kecil.

6. Melicinkan Dan Memerahkan Kulit Muka
Ambil sebiji buah tomato masak, lecek hingga halus. Kemudian pupurkan di seluruh muka. Biarkan mengering selama 20 minit. Bilas dengan air bersih. Amalkan seminggu 2 atau 3 kali.

7. Menegangkan Kulit Muka
Ambil tepung ubi kayu dan mentimun. Timun itu hendaklah di sagat/dihancurkan terlebih dahulu atau dilumatkan. Kemudian campurkan kedua-duanya dengan air sedikit. Kacau rata dan jangan terlalu cair. Selepas itu, sapukan ke muka dan biarkan ia kering. Kemudian basuh. Dengan cara ini ia dapat menegangkan kulit muka serta menampakkan keputihan di muka dan menjadikan kulit kita segar.

8. Menghilangkan Bau Badan
Caranya mudah saja, ambil beberapa helai daun pandan, tumbuk hingga lumat dan ambil airnya. Masukkan sedikit kapur sirih ke dalam air daun pandan tadi dan kacau rata-rata. Kemudian sapukan air daun pandan ini perlahan-lahan ke seluruh badan dengan menggunakan kedua-dua tapak tangan. Seelok-eloknya lakukan sebelum kita mandi.

9. Supaya Gigi Lebih Putih
Ada satu cara untuk memulihkan gigi anda iaitu dengan menggunakan garam halus sahaja. Mula-mula ambil garam halus sebanyak satu sudu campurkan dengan titisan air tapi ingat jangan terlalu banyak memadai lembap saja memudahkan anda mencoleknya. Kemudian gosoklah garam tadi pada gigi anda. Sebaik-baiknya gunakan berus yang rapat, beruslah berulang kali dan ulangi selama satu hingga dua minggu.

10. Hapuskan Pecah-Pecah Telapak Kaki
Ambil buah betik muda dan potong hingga keluar getah. Kemudian barulah digosok sama rata dengan menggunakan getah betik. Biarlah getah betik itu kering supaya meresap pada kaki yang pecah. Selepas itu barulah dicuci dengan air bersih. Ulangi cara ini beberapa kali.

Selamat mencuba kawan-kawan semua :)