Hye semua :)
Sedikit Perkongsian Ilmu yang ingin rose kongsikan bersama..
4 Teknik Cara Saidina Umar Mendidik Anak.
1. Anak 7 Tahun KeBawah
Anggap mereka seperti BUNGA...iaitu sentiasa dibelai, dimanja, disayangi walaupun mereka melakukan kesalahan...anggap kesalahan itu dilakukan kerana mereka belum mengerti dan paham apa2.
2. Anak Dari 8 Tahun Hingga 14 Tahun
Jadikan mereka sebagai HAMBA iaitu mengarah mereka melakukan kerja. Tujuan agar anak tersebut pandai berdikari dan pandai melakukan kerja tanpa disuruh..memberi pengetahuan dan pengalaman.
3. Anak Dari 15 Tahun Hingga 21 Tahun
Jadikan mereka sebagai MUSUH iaitu jangan mudah memberi kepercayaan kepada apa yang mereka cakap. Agar ibubapa harus selidik dahulu apa yang mereka nyatakan..anak2 zaman sekarang terdedah dengan pelbagai cabaran it dan teknologi serta pergaulan bebas.
4. Anak Dari 22 Tahun Keatas
Jadikan mereka sebagai SAHABAT iaitu selalu bercakap serta berkongsi pandangan dan menerima pandangan mereka selagi tidak salah dari segi agama. Agar anak2 tersebut merasakan dekat dengan ibubapa mereka melebihi kawasan2nya dan tidak takut untuk menceritakan perihal dan masalah yang mereka hadapi.
Semoga bermanfaat buat kita semua :)
Perkongsian yang menarik sis. Nanti dah ada anak boleh la apply
ReplyDeleteAlhamdulillah...terima kasih sudi membaca..
Deletepengkngsian bagus ni
ReplyDeleteTerima kasih cik ash 😊
Delete